Berani buat tapi tak berani tanggung

Dalam wawancara dengan Malaysian Digest – ‘PCM echoes Utusan, asks Chinese what more do they want’ - timbalan presiden Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan berkata Perdana Menteri Najib Razak sudah banyak memenuhi tuntutan kaum Cina.

Namun masyarakat Cina tidak menghayati perpatah ‘Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’.

HuanChengGuanClose

Kalau ada apa-apa kemusykilan, boleh pergi jumpa wakil DAP nanti

Mengulas tindakan sesetengah cawangan MCA dan Gerakan sekali dengan PCM menutup pusat perkhidmatan mereka, Huan menjelaskan bahawa tsunami Cina telah membuktikan lebih 90 peratus pemilih Cina tidak mengundi BN dalam pilihanraya umum yang lepas.

Tambah beliau lagi, calon-calon bidan terjun Pakatan pula boleh diberikan kepercayaan oleh pemilih Cina meskipun politikus-politikus pembangkang itu hanya muncul di kawasan beberapa minggu sebelum hari mengundi.

Ini bermakna masyarakat Cina setempat tidak menghargai sumbang khidmat yang diberikan oleh para wakil BN selama bertahun-tahun itu.

Huan Cheng Guan mencatat dalam Facebooknya:

Mei 7: “This election is intresting, totally play out by the chinese, when they need help for schools, temples, association and others, they come for me. But when they vote, they vote for DAP. I have learn my lesson. Now i will close down all my service centres. Will spent my time enjoying myself. Lu orang mati lu punya pasai. Jangan cari saya lagi.”

Mei 9: “Thank you to all my service team members. i know you all have done your very best but unfortunately we lost. So everyone take a good rest and spent time with your families members. Meanwhile later i will organise seminar for all our service team and hardcore members on,

a) How to con
b) How to cheat
c) How to lies
d) how to bluff and also telling the greatest lies on Facebook.

“With the blessing from Jesus, gurantee next election we will wins every seat we contest.”

Twitterhannahyeoh may God have mercy on the racists

Evangelista Bintang Tiga

Dalam temuramahnya dengan Malaysian Digest pada minggu lepas itu, naib presiden PCM Huan Cheng Guan juga mendakwa fanatik Kristian telah meracuni minda orang Cina agar menentang BN (“Huan also alleged that fanatic Christians are the ones spoiling the minds of Chinese people to go against BN”).

Beliau juga menganggap kaedah politik ketaksuban golongan Kristian fanatik adalah penyebab utama kenapa orang Cina melihat pada pemimpin-pemimpin Pakatan bagai maksum.

HuanChengGuanGod

Politik benci dipupuk kultus

Perangai yang melampau dan kurang waras adalah antara salah satu gejala kultus.

Sentimen diapi-apikan melalui ahli-ahli kultus Pakatan saban hari disuap fitnah dan pembohongan. Cuba tengok pada segala dakyah yang telah disebar tentang perjalanan PRU13, sampai orang Bangla dipukul vigilante pro-pembangkang.

Malah Uskup Paul Tan pun turut melenting — ‘Bishop: Polls anything but free and fair‘ (FMT, 17 Mei 2013)

Salah satu ciri yang paling menonjol di kalangan politikus evangelis ialah kelicikan mereka memutar-belit dan berhelah. Menafikan apa yang ada di depan mata.

RitaSim

Kurang 10 peratus

Pengarah pilihanraya BN Selangor, Mohd Zin Mohamed, menganggarkan hanya lima peratus sahaja kaum Cina yang mengundi BN di negeri tersebut.

Namun orang DAP sedang dengan begitu bersungguh-sungguh cuba mengelak daripada mengaku bahawa kehilangan undi popular oleh BN adalah disebabkan tsunami Cina.

Dalam rencananya bertajuk ‘Kaum Cina perlu bertanggungjawab‘ (Berita Harian, 15 Mei 2013), Prof. Teo Kok Seong menulis:

“Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memperlihat polarisasi politik, dengan pola pengundian kaum Cina yang kuat menyokong pihak pembangkang khususnya DAP. Dianggarkan sekitar 90 peratus undi kaum Cina memihak kepada pembangkang.”

Beliau meneliti bahawa gelombang yang hampir-hampir meruntuhkan pembentukan kerajaan BN adalah mencerminkan hasrat sebenar kaum Cina.

“Sesungguhnya percaturan kaum Cina itu untuk bersama-sama pembangkang adalah satu strategi yang mereka fikirkan pintar,” kat Prof. Teo.

Janganlah kini hanya kerana hajat mereka tidak kesampaian, maka orang Cina mahu berpura-pura bahawa bukan mereka yang menjayakan gelombang anti-BN.

HannahRacistUmno

Kalau Pakatan yang menang tempoh hari, bagaimana?

Sambung Prof. Teo:

“Sebaliknya, apakah yang akan terjadi jika strategi mereka berjaya? Tentu, BN akan tumbang dan gagal membentuk kerajaan.”

Sekiranya BN kecundang, pasti orang Cina akan berbangga dan berkokok bahawa merekalah yang bertanggungjawab mencetuskan tsunami yang meranapkan BN.

Orang India pun tidak pernah segan silu mendabik dada bahawa merekalah yang menimbulkan tsunami tahun 2008.

Sikap talam dua muka

Dalam kolumnya di Berita Harian, Prof. Teo Kok Seong menulis lagi:

“Dalam hal kaum Cina dicemuh hebat kerana tindakan mereka sendiri, mereka masih mahu menuntut untuk diberi segala manfaat oleh BN yang ingin ditumpaskan itu walaupun tidak berjaya, dengan tidak pun mahu mengalami sebarang kerugian akibat tindakan belot mereka itu.

“Dengan kata lain, dalam keadaan begini pun yang memperlihat mereka tewas, mereka masih mahu memperoleh kedua-duanya, mengecapi imbalan dan mengelak balasan yang bakal diterima.”

star_10may13_sm

Selepas merasa bahang backlash orang Melayu, barulah lidah-lidah pengarang Jerusubang seperti The Star mahu merengek tentang “reconciliation” lah, “We are Malaysia” lah.

Sebelum itu, bukankah mereka telah bersungguh-sungguh melaungkan Ganyang Umno “ABU, ABU, ABU!” yakni mahu menguburkan parti Melayu yang mempunyai lebih tiga setengah juta ahli orang Melayu itu? Bukankah mereka yakin akan dapat menawan Putrajaya?

HannahMICracist

Ini yang kita cakap sikap hipokrit orang Cina beriya-iya menafikan ia tsunami Cina yang berlaku.

Prof. Teo berpendapat orang Cina “sebetulnya adalah kelompok yang pintar dan tidak pernah sesaat pun alpa dalam segala tindakan mereka”. Kata profesor itu, strategi orang Cina “bukan saja bijak pada setiap masa, tetapi juga senantiasa culas”.

Beliau juga menegur:

“Sehubungan ini, kaum Cina perlu memperlihat mereka mempunyai maruah. Mereka perlu menerima apa-apa jua kesan, daripada perbuatan mereka yang mengecewakan banyak pihak. Dalam sesetengah kes, mereka lupa kepada bakti dan jasa tangan yang menyuap makanan ke dalam mulut mereka untuk sekian lama. Sehubungan ini, mereka tergamak menggigit tangan yang murah hati itu, tanpa perasaan bersalah langsung.”

Beliau juga menasihatkan agar “mereka perlu bukan saja berani sebagai anak jantan untuk menerima segala kritikan” tetapi yang lebih bahaduri lagi ialah “mereka perlu sanggup menghadapi segala kesulitan akibat daripada tindakan mereka sendiri, dengan penuh tanggungjawab”.

Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter 2013-05-19 11-59-33

Kultus Jerusubang dipromosi dan dikembangkan oleh The Star.

Hanya kerana percaturan mereka tidak menjadi kali ini, begitu kuat dan lantang menafi kejayaan DAP (seolah-olahnya Umno lah yang telah berkempen dengan sedaya-upaya untuk memenangkan calon-calon Cina Pakatan?).

Prof. Teo mahu kaum Cina “dengan hati terbuka menerima segala kesan ekoran daripada ketetapan yang mereka buat dalam PRU-13″.

Dalam kata lain, berani buat, berani tanggung. Jangan culas.

“Malaysian tsunami” kepala otak The Star.

Mei 19, 2013 at 12:22 pm 24 comments

Pasukan peronda DAP membentuk bridged wanita pula sekarang

Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Bridged Wanita akan ditubuhkan ekoran “rekod kejayaan kerajaan negeri menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela”, mengikut satu laporan Buletin Mutiara beberapa hari lepas pada 15 Mei 2013.

Walau bagaimanapun, dia tidak menjelaskan secara terperinci mengenai fokus utama pasukan baru itu ditubuhkan selain berkata bahawa bridged tersebut akan diletakkan secara khusus di bawah pejabat Ketua Menteri. (more…)

Mei 18, 2013 at 6:05 pm 21 comments

Can you see the problem here with The Star?

A story run by the MCA-controlled newspaper today — ‘DAP MP says sorry to voter

Doctor (PhD) Ong Kian Ming is the same person who had previously raised a ruckus over an alleged “3.3 million problematic voters”. (more…)

Mei 18, 2013 at 1:15 pm 42 comments

Why is Najib alienating the Sarawakians?

“Angry SPDP members have called for the party leaders to pull out of BN over its exclusion from the federal cabinet despite delivering four parliamentary seats.” — see FMT report (17 May 2013)

(more…)

Mei 18, 2013 at 6:02 am 25 comments

Tsunami Cina: Baling batu sorok tangan

Orang Cina sudah tunjuk belang dan tunjuk taring. Akan tetapi sekarang ini DAP yang telah menang besar dengan ehsan undi masyarakat Cina pula mahu menafi bahawa ada berlakunya “tsunami Cina”.

(more…)

Mei 17, 2013 at 7:48 pm 66 comments

Quick! Pakatan people sell your house and car

By i hate n’sync

BN politicians are particularly slow on the uptake on many fronts, especially the really stupid lies peddled by some PR supporters. (more…)

Mei 17, 2013 at 9:17 am 89 comments

Apa lagi Cina mahu?

Cina mahu Umno mati.

Itu saja. (more…)

Mei 15, 2013 at 11:13 pm 223 comments

Older Posts


Aku Cina

Helen Ang

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 1,792,250 hits

Kalender

Mei 2013
I S R K J S A
« Apr    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 188 other followers