Apahal Ezam ugut nak bakar Malaysiakini, M’sian Insider ni?

August 13, 2011 at 8:42 am 4 comments

Diberitakan Senator Ezam Mohd Nor memberi amaran keras kepada kumpulan Kristian agar menghentikan kegiatan memurtadkan umat Islam tatkala berucap dalam satu rapat umum semalam di Shah Alam. Katanya:

“Amaran ini bukan hanya kepada pemimpin, tetapi agen-agen mereka, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang bersikap biadap kepada Jabatan Agama Islam, fitnah Jabatan Agama Islam, kononnya kita ceroboh, kononnya kita tidak beradap.

Malaysiakini dan Malaysian Insider, kita beri amaran terakhir, jika kamu tidak hentikan semua ‘sampah’ ini, kami akan pergi dan ‘bakar’ kamu.” — Agenda Daily

Sebenarnya umum sudahpun tahu-menahu bab betapa sesetengah pihak pembangkang — yang diterajui puak Kristian DAP dan penyokong-penyokong mereka — bersikap kurang ajar dan makin tidak mengenal batasan.

Namun ugutan Ezam bukannya boleh memenangi perang saraf bagi meyakinkan orang yang masih duduk atas pagar baikpun menjaga martabat umat Islam.

Sejarah menunjukkan bahawa tindakan membakar hanya diambil oleh samseng-samseng yang tidak mampu berhujah dengan bernas. Reichstag, iaitu bangunan Parlimen German, telah dibakar pada 27 Feb 1933 dan kejadian tersebut membuka jalan kepada parti Nazi untuk mengambil alih kuasa sejurus kemudian.

Sememangnya ada betul juga apa yang diperkatakan Ezam tentang bagaimana Malaysiakini dan Malaysian Insider menjadi sarang juak-juak Dinasti Lim yang begitu riak sekali. Sila baca sepucuk surat kepada pengarang yang saya tujukan kepada Steven Gan, ketua pengarang Malaysiakini baru-baru ini.

Percayalah ada penganut Buddha tidak berpuashati dengan cara Guan Eng meng-‘hijack’ perayaan Wesak untuk jihad Kristian dan kepentingan politiknya.

Orang India beragama Hindu dan berketurunan Tamil — yang dari awal-awal lagi dikesampingkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang — cukup mengenali siapakah Guan Eng serta percaturan politik Kristiannya.

Malah di kalangan ahli-ahli DAP sendiri (yang bukan Kristian ataupun yang bukan Cina) mula membantah hala tuju yang sekarang ini dibawa parti mereka serta masak dengan kerenah segelintir yang gemar mencari pasal dan mencari gaduh.

Meskipun begitu, Ezam patutlah sedar bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

About these ads

Entry filed under: DAP, Islam, Jabatan Media DAP, Ketua Menteri lidah bercabang, Media kelentong, Puak berputar-belit. Tags: , , , , , , , .

Playing DUMC / Kristian hanya buat bodoh Mungkin benar ada yang hendak murtad

4 Comments Add your own

  • 1. Zull  |  August 13, 2011 at 6:39 pm

    Jangan salahkan orang lain. Yang penting kita bekerja untuk Islam.
    Rasulullah diwahyukan untuk menyampaikan agama, berdakwah dan menunjukkan contoh sebaik2 ikutan, bukannya menyalahkan agama orang lain.
    Kita hari ini asik menyalahkan pengikut agama lain, sedangkan kita sendiri tidak menunjukkan kebaikan dan kelebihan agama kita.
    Perangai segelintir orang kita lebih teruk dari orang kafir itu sendiri.

    Reply
  • 2. bradpitt  |  August 14, 2011 at 12:19 am

    Kristianity ada adalah suatu ugama yang jahat dari Eropah.
    Orang2 Kristian telah dihantar oleh maharajah Spain, Portugis, Belanda untuk menakluki Indonesia, Malaysia dan Filipina.

    Orang Kristian ini telah membunuh Melayu di Indonesia, Melaka dan Filipina.

    Bagi mereka yang tidak faham mengenai Kristian ini akan menganggap ia sebagai satu ugama yang benign.

    Tapi Krisitan fundamental adalah sejahat Al Qaeda. Mereka semua cult yang berasalkan dongeng dan mitology Asia Timur yang di kerah membunuh mereka yang bukan pengikut mereka seperti yang berlaku di Sweden baru2 ini.

    Kejahatan Kristian membuat kan mereka dibenci di Eropah. Di Rusia oang kampung membunuh maharajah mereka. Di Perancis Maharajah Kristian di pancung. Di Spain di halau.

    Di US katolik di haramkan dari datang dan masuk ke Amerika. Kristian protestant pula membunuh ethic cleanisng penduduk Wounded Knee dan puak 2 asli di amerika.

    Awasi kristian.

    Reply
    • 3. Obewan  |  August 19, 2011 at 8:30 pm

      “Kristianity ada adalah suatu ugama yang jahat dari Eropah”

      “Di US katolik di haramkan dari datang dan masuk ke Amerika.”

      ^ Ini menunjukkan betapa kurang pengetahuan awak :)

      Bak kata orang tua: “Kalau bodoh, usah bercakap”

      Reply
  • 4. taipingmali  |  August 14, 2011 at 1:07 am

    salam,

    Bila pula Pas nak bakar The Star dalam isu Ramadhan Delight..

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,917,656 hits

Kalender

August 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 342 other followers

%d bloggers like this: