Mungkin benar ada yang hendak murtad

August 14, 2011 at 3:59 am 16 comments

Di bawah adalah screengrab beberapa tweet yang dikeluarkan oleh peguam hak asasi Edmund Bon Tai Soon pada Ogos 4.

(Pada malam Ogos 3, Jais menjalankan pemeriksaan acara kontroversi yang dianjurkan oleh pusat Harapan Komuniti-DUMC bertempat di dewan gereja Methodist).

Tweet Edmund Bon mengatakan beliau telah cuba berunding dengan kerajaan Selangor supaya tidak menentang hak anak guamnya untuk meninggalkan Islam.

Akan tetapi Edmund nampaknya tidak betul fakta apabila mengatakan JAIS/MAIS bukan terletak di bawah bidang kuasa exco negeri. Sebenarnya exco Selangor Hasan Ali ialah timbalan pengerusi MAIS dan perkara-perkara bersabit agama adalah hal negeri (state matter).

(Klik pada rajah untuk besarkan. Http://twitter.com/#!/edmundbon)

Edmund Bon pernah menjadi pengerusi jawatankuasa undang-undang perlembagaan serta jawatankuasa hak asasi manusia bersama Majlis Peguam. Beliau juga salah seorang pengasas Pusat Rakyat Loyar Burok.

Siapa agaknya anak guam yang dimaksudkan oleh Edmund Bon itu dan adakah tweetnya mempunyai apa-apa kaitan dengan 12 orang Melayu yang akan disoalsiasat Jais?

___________________________________________________________________

PENDIRIAN BLOGGER INI:

Saya menyokong hak kebebasan agama.

Sila baca sini: Kupasan Zaid Ibrahim tentang Artikel 11 perlembagaan negara.

Posting di atas dibuat sekadar untuk pengetahuan umum bahawa Jais mengambil tindakan kerana apa yang disyakinya mungkin beralasan.

Maka ‘pemeriksaan’ yang dilakukan pada tempoh hari itu bukannya disebabkan pihak berkuasa agama Islam tidak mahu membenarkan orang Muslim bergaul dengan Kristian di jamuan makan muhibbah mengutip derma ataupun kerana sebuah komplot (mengikut teori konspirasi) yang diatur oleh BN sepertimana yang dimomokkan oleh media alternatif.

Perhatikan bahawa DUMC mendiam seribu bahasa apabila ditanya tentang kesahihan gejala murtad tersebut.

KEMASKINI:

Penjelasan Edmund Bon tentang tweet ‘murtad’nya

About these ads

Entry filed under: Christian, Islam, Penyokong Pakatan, Religion. Tags: , , , , , , , , .

Apahal Ezam ugut nak bakar Malaysiakini, M’sian Insider ni? Babi panggang ‘The Star’ dan kaki bakar Perkasa

16 Comments Add your own

  • 1. Apocryphalist  |  August 14, 2011 at 12:10 pm

    Saudari Helen,

    Saya harap saudari seorang Kristian supaya apa yang saya akan perkatakan disini boleh saudari fahami secara mudah. Saya tidak tahu mengenai Edmon Bon, tetapi bangsa cina ‘amnya di Tanah Melayu kita ini hampir keseluruhannya mempunyai nama Kristian, kerana menganggap apa-apa yang berbunyi Mat Salleh itu sebagai suatu simptomatik kepada kemajuan dan progress. Ini juga mengundang persoalan yang lebih mendalam: adakah kebanyakkan kemasukan orang-orang cina di malaysia ini ke agama Kristian semata-mata kerana mereka percaya bahawa berbuat demikian akan meningkatkan “darjat” mereka lagi di prasarana dunia? Sila baca nukilan saya yang terdahulu yang mana saya mengetengahkan beberapa teori yang mencabar di sini:-

    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/fighting-for-god-or-fighting-over-allah.html?showComment=1233845700000#c3658086545420518134

    Saya secara `amnya tidak ada masaalah dalam hal-hal penukaran agama jika ianya dilakukan secara “level playing field”. Tetapi gereja menggunakan wang dalam usahanya untuk menarik ke akidah mereka, bukan dengan pendekatan akal atau pemahaman sanubari naluri manusia, dan ini saya rasa tidak “level”.

    Tidak malukah saudari menganut suatu ugama yang terpaksa menggunakan materi untuk menongkat Qiyamnya? Apa akan terjadi jika esoknya suatu fahaman lain pula, seperti komunisma atau atheisma, mempelopori idea-idea mereka dibiayai oleh seorang yang lebih kaya dan yang sanggup untuk mengeluarkan wang lebih? Jika seseorang itu, dalam keadaan ini, menganut fahaman komunisma kerana telah dibayar secara lumayan, adakah saudari pikir bahawa perbuatannya itu didorong oleh keyakinan yang tulin dan hakiki?

    Itu sebabnya didalam Islam dilarang atau tidak ada sama sekali pendakwahan dilakukan melalui pemberian wang. Walaubagaimanapun apabila seseorang itu TELAH memasuki Islam, maka dia dianggap mu’allaf dan secara otomatik termasuk sebagai salah satu asnaf mereka-mereka yang harus menerima zakat bersama-sama dengan fakir, miskin, amil dan sebagainya. Itu adalah kategori yang berbeza sama sekali.

    Saya percaya bahawa untuk menarik seseorang itu ke agama kita, harus dilakukan secara terang-terangan dan harus dilakukan secara ilmiah atau pendebatan. Dan saya percaya juga bahawa jika ini dilakukan oleh pihak Kristian, mereka tidak mampu sama sekali untuk berdiri dan mempertahankannya. Kerana apa? Kerana dogma dan kepercayaan yang diajar oleh Kristian itu sendiri sangat mengelirukan, bercanggah dengan naluri manusia, dan terbukti berbeza-beza dari satu mazhab ke mazhab yang lain. Tidak dapat juga dinafikan bahawa Injil yang dipakai itu sendiri telah didapati di tokok tambah, di padam, di tukar-tukar sehinggakan tiada siapa pun yang boleh memberitahu secara benar bahawa itulah sebenarnya gospel yang dibawa oleh Nabi Isa sejak awalnya dahulu. Perhatikan sajalah video-video Ahmad Deedat yang berhadapan dengan pelbagai rahib dan padri Kristian yang akhirnya tergamam dengan hujjah dan pendedahan Ahmad Deedat mengenai perkara ini.

    Tidak malukah saudari dengan suatu ugama yang mana negeri-negeri asalnya seperti dibarat, mempunyai penganut-penganutnya meninggalkan ugama itu secara berduyun-duyun dan menuju kepada atheisma atau kepada Islam? Dan mereka-mereka yang masbuq ini bukannya orang-orang biasa. Mereka saintis, mereka karyawan, mereka atheis, mereka ahli mathematik. Malahan ada yang padri dan rahib juga. Tidak percaya? Baca tulisan saya di sini untuk rujukan :-

    http://satdthinks.blogspot.com/2010/01/allah-name-issue-patronymic-nom-de.html

    Berlainan pula dengan Kristian. Kerana tidak lagi dapat meyakini orang-orang barat yang berfikir dan yang intellek akan agamanya itu, maka ia mengarah muncungnya ke timur pula: orang-orang dayak dipedalaman, orang-orang bercawat New Guinea, orang-orang asli di hutan, orang-orang miskin dan yang memerlukan, orang-orang yang kurang bertamadun — INI menjadi sasaran utama mereka. Dan bersenjatakan wang dan kemewahan mereka mensasar mereka-mereka ini dikristiankan. Jika saya, saya amat malu menjadi penganut ugama yang sedemikian rupa.

    Saya fikir kalau mahu berdakwah, dakwahlah secara terang-terangan. Di hadapan suatu kumpulan orang yang siap sedia dengan soalan. Buatlah, tetapi bersiap sedialah untuk mempertahankan segala hujjah yang kamu buat jika kami semua bertanya, jika kami semua boleh membuktikan kepada kamu, akan kepalsuan hujjah-hujjah pihak Kristian. Buatlah ditempat umum, bukan dengan secara rahsia-rahsia, sembunyi-sembunyi dan langsung tidak gentleman menyogok wang.

    Apocryphalist

    Reply
    • 2. Helen Ang  |  August 14, 2011 at 1:30 pm

      Saudara Apocryphalist:

      Teman,

      1. Saya bukan Kristian.

      2. Benar nama saya berbunyi Mat Salleh tetapi bukan saya sendiri yang memilih. Arwah emak yang menamakan saya Helen, dan ianya meskipun nama Barat tetapi bukan semestinya nama Kristian. Sila baca penjelasan yang terlebih awal.

      3. Pada hemat saya, orang Cina masuk Kristian kerana falsafah Buddha bukanlah ajaran yang menitik-beratkan dakwah manakala (dengan secara ringkasnya) agama Kristian di Malaysia lebih ‘organised’ (teratur rapi) dan rela menabur wang untuk kegiatan-kegiatan demi menarik minat khalayak ramai.

      4. Sejak bulan Januari 2010, yakni ketika krisis perebutan istilah ‘Allah’ memuncak, telahpun saya menulis — “the convention of Allah belongs to Islam”. Orang Kristian, iaitu mereka yang bukan pribumi di Semenanjung yang rata-rata tidak bertutur dalam bahasa Melayu, nampak begitu beria-ia hendak mengebas gelaran ‘Allah’ dan lain-lain istilah Islam. Niat mereka sama ada mahu membeli jiwa atau apa memang harus kita persoalkan.

      5. Saya berharap apa-apa penukaran agama dijalankan dengan cara berhemah, senyap (demi menghormati sensitiviti keluarga) dan tanpa kontroversi atas dasar kita mengakuri pilihan peribadi seseorang itu yang akil baligh dan waras. Janganlah kedua-dua pihak Muslim dan Kristian membiarkan perkara ini dipolitikkan lalu menimbulkan sengketa. Please let’s respect the individual.

      6. Kalau nak disebut ‘level playing field’, saya rasa Islam yang menjadi ‘religion of the Federation’ (agama Persekutuan) pastinya mempunyai banyak kelebihan dari segi perolehan dana dan penggunaan prasarana yang dibiayai kerajaan. Sila rujuk Artikel 12 (2) perlembagaan negara.

      7. Berkenaan mualaf layak menerima sedekah, kenapa tidak juga wang zakat digunakan untuk membantu barang sesiapa yang memerlukan dengan tanpa mengira agama?

      8. Saya bersetuju dengan pendapat teman bahawa konsep triniti Kristian serta exegesis kitab (Bible) lebih mengelirukan berbanding mesej Islam sepertimana yang disampaikan melalui dua kalimah syahadah. Islam secara zahirnya lebih mudah dihayati tetapi lebih sukar dipraktikkan, misalannya tuntutan berpuasa sebulan.

      9. Saya ada memiliki buku Ahmad Deedat tetapi belum sempat membacanya. (Agak sibuk dan kesuntukan masa …)

      10. Pengamatan teman tentang pola perkembangan di masyarakat Barat yang kian meninggalkan agama Kristian serta menuju kepada Islam atau atheisme adalah betul. Namun agama Kristian sejak kebelakangan ini tampak berjaya menyakini orang Timur seperti di Singapura Korea, Taiwan/Hong Kong dan di PRC (negara asal moyongku).

      Kalau ditengok pada siri drama Kantonis di kaca TV, babak di mana pasangan hero dan heroine berkahwin kebanyakannya menonjolkan upacara Kristian (church wedding). Dianggap lebih ‘glamour’ kot.

      Perihal apa yang teman komen di blog Tuan SAA, diajak berbincang di lain hari.

      Reply
    • 3. xp  |  August 22, 2011 at 10:26 pm

      Apocryphalist,

      Memang malu anda menganggap Helen sebagai Kristian hanya berdasarkan namanya. Macam tanggapan anda terhadap agama yang anda kutuk itu, serta tuduhan tanpa melihat gajah di depan mata anda itu.

      Anda menuduh orang memeluk & mengambil nama Kristian demi meningkatkan status mereka. Bagaimana pula dengan ramai orang Melayu Islam yang kini gemar mengambil nama ‘Al-‘ dan ‘Syed’ untuk dilihat lebih Arab? Dan meniru gaya dan budaya Arab atas tanggapan Menjadi Arab = Menjadi Islam

      Adakah jabatan2 agama di Malaysia ini tidak menjanjikan wang ringgit kepada orang2 jika mereka memeluk Islam? Bagaimana pula dengan orang asli yang anda gelar ‘kurang bertamadun’ (lihatlah ‘superiority complex’ anda ini) digula2 dengan kemudahan, pembangunan, dan wang jika mereka bertukar agama?

      Anda menuduh Kristian sebagai bermazhab, sementara kurang sedar akan konflik berdarah berterusan antara mahzab dalam Dunia Islam; Sunni, Syiah, dan Ahmadiya yang mengorbankan ribuan nyawa sehingga kini. Lebih sejuta terkorban atau dicacatkan gas racun dalam perang Iran (Sunni)-Iraq (Shia), Pakistan dan dunia Arab kini dibelenggu keganasan Shia lawan Sunni, dll.

      Lain kali, usahlah menjadi kuali yang menuduh cerek hitam

      Reply
  • 4. Apocryphalist  |  August 14, 2011 at 2:35 pm

    Terima Kasih Helen kerana sudi membuat penjelasan seperti tertera. Ya saya sedar tentang nama saudari: bukankah “Helen of Troy” itu wujud sejak sebelum era Kristian lagi, so yes, saudari memilih nama bukan kerana ugama (atau: saudari memilih ugama bukan kerana nama :-) ). Saya pernah kenal dengan seorang wanita bangsa cina beragama Kristian di Bangi. Dia tidak mempunyai nama “western” sedikit pun tetapi beliau sangat berakhlak baik, mempraktikkan agamanya secara telus dan tidak menyangkutkan kepercayaannya dengan hal-hal glamour!

    Mengenai orang-orang bukan muslim menerima bantuan dari kerajaan Islam, sememangnya memang ada peruntukan. Suatu hari Khalifah Omar mendapati seorang yahudi yang sangat miskin dan dha’if dibawah kerajaan beliau dan bertanyakan kenapa masih ada orang sebegini dan tidak dibantu. Sahabat2 beliau bekata, “Wahai Amirul Mukminin, kita tidak bantu dia kerana dia bukan seorang Islam” maka Omar dengan marahnya berkata, “Bagaimana kita boleh mengambil zakat atau fidyah dari orang2 Islam dan juga bukan Islam tetapi hanya dibantu orang Islam sahaja?” Dalam konteks ini adalah salah jika negara kita TIDAK membantu orang2 bukan Islam yang memerlukan, dan saya bersetuju dengan fakta nombor (6) saudari. Tetapi peruntukannya bukan dari zakat tapi dari wang yang lain dari khazanah negara dan tidak kisah dari sumber orang Islam atau tidak. Zakat itu sudah tetap ada kategori orangnya yang harus diberi. Dan juga ada orang2 yang tidak BOLEH menerimanya.

    Pernah satu hari saya ditugaskan untuk membahagi-bahagikan wang zakat dalam satu komuniti terpencil dan saya pun agih-agihkan. Ada seorang pelajar universiti ni yang sangat miskin dan dha’if, tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya menumpang dimesjid sahaja, dan makan minumnya pun tidak terurus. Justru saya berikan sedikit wang zakat yang terkumpul kepadanya. Apabila melihat wang itu, mukanya merah padam dan sangat marah. Dia berkata, walaupun dia mati kebuluran, dia tidak akan menerima wang zakat walau sesen pun. Saya pun pelik kenapa. Rupa-rupanya saya ketahui dikemudian hari bahawa dia adalah seorang Syed (keturunan Nabi Muhammad SAW) dan keturunan atau keluarga Nabi ini dilarang untuk menerima zakat.

    Apocryphalist
    [Tak ada pulak sesiapa mempersoalkan samada nick saya ini kristian atau tidak. :-) ]

    ________________________________________________

    Terima kasih atas maklum balas saudara. (Dan kenalah kami tahu hendak mengeja dan menyebut nick 5-sukukata ‘Apocryphalist’ sebelum terfikir untuk menyoal apa maknanya perkataan itu. Saya sendiri kurang pasti.)

    Perihal (7), sudahpun saya menelah bahawa mesti ada nas dan hukumnya, serta soal ini sudah berabad-abad dibelek oleh para sarjana Islam. Sebagai seorang non Muslim, saya sekadar bertanya untuk menambah ilmu.

    Dijemput Saudara Er-por-kre-fi-li (?) singgah lagi. — Helen

    Reply
  • 5. shaharrin shariff  |  August 15, 2011 at 5:04 pm

    You both are cute….intellectually…

    Reply
  • 6. semut  |  August 15, 2011 at 10:54 pm

    yes, very cute… saya membaca sambil tersenyum :)

    Reply
  • 7. smile  |  August 22, 2011 at 11:28 pm

    liked this

    Reply
  • 8. zulkifli  |  August 23, 2011 at 3:09 pm

    ..berbahas..berhujah..tanpa emosi..tanpa sengketa..alangkah indahnya

    Reply
  • 9. Syahredzan Johan  |  August 24, 2011 at 2:57 pm

    Saudari Helen,

    Sila baca tweet-tweet tersebut dengan betul.

    Edmund tidak menyebut bahawa beliau mewakili DUMC mahupun mana-mana orang yang ditangkap ketika serbuan JAIS.

    Tweetnya harus dibaca bersama dengan tweet sebelum ini berkenaan dengan 3 kes kebebasan agama yang tidak ada kena mengena dengan kes DUMC. Perkara tentang berunding dengan kerajaan Selangor adalah berkenaan dengan kes-kes tersebut.

    Dan saudari juga harus membaca tweet-tweet dalam konteks ini. Sudah tentu dia tahu EXCO Hassan Ali berada di dalam MAIS, apa yang dia maksudkan adalah rundingan dengan kerajaan Selangor telah menghadapi jalan buntu kerana seakan-akan EXCO yang terbabit tidak punya kuasa atau pengaruh.

    Saya harap penjelasan akan dibuat, kerana sudahpun ada orang yang menggunakan ulasan saudari untuk perkara negatif. Sila layari http://www.anwaraidc.com/?p=16189

    Bona fide.

    _________________________________________________________

    Saudara Syahredzan,

    Sila baca posting saya dengan lebih teliti.

    Saya tidak menyebut bahawa Edmund mewakili pihak DUMC ataupun mana-mana individu yang hadir ketika serbuan Jais itu.

    Begitu juga, tweet-tweet Edmund yang sebelum itu adapun saya muatkan dalam screenshot berasingan pada halaman yang sama.

    Saya telah mengutarakan wujudnya gejala murtad, yang mana rundingan Edmund dengan kerajaan negeri S’gor mengesahkan fakta tersebut.

    Namun terima kasih kerana membawa perhatian saya kepada laman AIDC. Akan saya baca nanti. — Helen

    Reply
  • 10. Edmund Bon Tai Soon  |  August 24, 2011 at 8:57 pm

    Saudari Helen

    Saya baru sahaja dimaklumkan berkenaan posting ini. Saya juga telah membaca komen Syahredzan dan jawapan saudari.

    Bagi saya, prinsip-prinsip hak-hak asasi antarabangsa mengutarakan kedudukan bahawa semua manusia mempunyai kebebasan beragama. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan bijaksana saya dalam mewakili rakyat yang ingin menukar agama adalah berdasarkan, antara lainnya, prinsip-prinsip tersebut yang kami memahami juga dirangkumi dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

    Posting saudari yang mengkaitkan kes-kes anakguam-anakguam kami dengan isu DUMC mungkin akan diputarbelitkan untuk agenda-agenda tersendiri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
    Sebagai penjelasan, kes-kes anakguam-anakguam kami adalah secara amnya kes-kes di mana mereka telah menganuti agama-agama lain kemudiannya untuk alasan-alasan tersendiri (seperti ingin berkahwin) menukar menganuti agama Islam, dan kini ingin menukar balik menganuti agama-agama lain.

    Kes-kes yang saya bincangkan dalam tweet-tweet saya secara langsung tidak kena-mengena dengan isu DUMC. Malahan, saya berpendapat bahawa semua pihak berkuasa relevan perlu menerimapakai kedudukan yang konsisten dalam membenarkan kebebasan beragama di negara ini. Hanya apabila sebuah negara mengamalkan kebebasan beragama yang tulen, rakyat dapat hidup secara aman damai dan semua agama dapat berkembang untuk kebaikan negara tersebut.

    Edmund Bon Tai Soon
    24 Ogos 2011

    Reply
  • 11. adbullah kelantan  |  September 1, 2011 at 7:50 am

    jangan biarkan orang islam terus murtad. kuat kuasakan undang islM SESIp MURTd setelH DIPPUJUK MASIH DEGIL HJENDAHLAH DIBUNUH. Kalau undang-undang islam tidak dikua kuasakan gejala ini makin banyak . kembalilah kepada kedaulatan islam sebenar.

    Reply
  • 12. mustaqim abdul rahman  |  September 13, 2011 at 12:01 am

    Saudara edmun bon,

    saya mempunyai seorang ibu yg berbangsa cina dan sepertimana agama lain, penukarannya mendapat tentangan keluarga sehingga dibuang keluarga selama berpuluh tahun…usaha saya untuk berkahwin dengan perempuan cina juga mendapat halangan kerana di malaysia adalh “diluar tabii” jika islam yang tukar agama untuk kahwin malah keselamatan juga diancam…jadi setngah pasangan bukan islam bersetuju untuk masuk islam atas dasar cinta dan memendam cita-cita untuk berdakwah pada pasangan islamnya selepas kahwin…..kesimpulannya, usaha saudara edmun memperjuangkan kebebasan beragama sebenarnya adalah masalah global dan bukan sahaja islam..agama lain di negara lain juga akan merasa marah jika penganut mereka tukar agama bukan islam sahaja….

    saya minta pembaca dan edmund juga bersifat global sementara sebelum teruskan membaca…

    kebebasan beragama bukan sahaja impian saudara edmun malah disebut beberapa kali dalam quran dengan bunyi biarkan mereka dengan agama mereka dan banyak lagi….disebut juga ALLAH tidak berkehendak pada orang yg murtad dan pemergian mereka TIDAK langsung menyakitkan ALLAH…pada hemat saya..quran juga seperti kitab lain memberi kebebasan penganutnya berfikir dan menimbang malah membuat keputusan tanpa paksaan…

    globalisasi membenarkan kita melihat persamaan manusia-kebaikan dan kita akur sebenarnya mana-mana agama juga mempromosikan kebaikan dan keluhuran tetapi selalu disalah erti oleh penganutnya….dalam kalangan penganut tidak kira cina, melayu, india, eropah, jepun dsb yang membezakan adalah diri mereka sendiri bukan agama…malangnya salah interpretasi oleh ramai penganut agama masing-masing telah melahirkan banyak pelampau agama samada dalam islam, kristian, yahudi, buddha, hindu dan lainlain fahaman…..

    sungguh malang kerana palestin terus ditindas dan dizalimi, orang islam seluruh dunia tegar membalas dengan serangan yang mengakibatkan banyak nyawa tidak berdosa terkorban…justeru…amat malang apabila islam pantas dicap sebagai agama yang ganas sungguhpun sebenarnya ia adalah tindak balas semulajadi manusia….pada pendapat kita semua, bukankah islam agama yang tinggi toleransi seperti yang ditunjuukkan di malaysia..lina joy masih hidup, begitu juga sofea nadeanne…jika mahu bercerita tentang penentangan yang mereka dapat, seperti yang saya katakan ia adalah perkara normal dalam semua agama…ibu saya anak angkat dewa kuan yin juga ditentang hebat untuk tukar pada agama islam…

    saya sbnrnya cuba menggambarkan pada saudara edmun semua agama menghadapi satu masalah yang sama iaitu interprestasi…..naluri manusia semulajdi cenderung menggunakan interprestasi mengikut fahaman dan kepentingan diri tanpa disedari….maka lahirlah banyak golongan dengan pelbagai interpretasi yang salah…..

    intpretasi yang salah ini digerakkan oleh kehendak masyarakat dan terbentuk menjadi garis sensitiviti…ini juga adalah masalah seluruh dunia…sbg contoh di malaysia…golongan berpurdah- nampak mata sahaja- kurang diterima di malaysia oleh orang islam sendiri tetapi menjadi satu kemestian di iran…begitu juga buddha kristian dll masing-masing di seluruh dunia mempunyai garis sensitiviti yang bebeza2….

    ok…sekrang kita lupakan globalisasi..kita lihat sekitar kita…saya sebagai anak campur berpendapat dan menginterpretasikan alQURAN tidak menghalang mahupun menyekat umat islam tukar agama…banyak ayat yang menunjukkan ALLAH tidak memerlukan mereka oleh itu buat apa dipaksa dan dihalang??? tetapi islam di malaysia bukan hanya saya dan interpretasi saya….ramai sebenrnya yang menginterpretasikan QURAN suruh bunuh dan darah islam murtad ini halal bagi mereka masakini…

    saudara edmun,

    sebuah kerajaan digerakkan mengikut corak dan kehendak masyarakat…islam adalah agama toleransi tetapi dalam semua agama bukan semua pengikut akan interpretasikan satu kitab yang sama dengan satu maksud yang sama… saya percaya ini terjadi pada agama kristian(ada paderi gay), buddha, hindu dll…oleh itu kerajaan yang faham akan sejarah pasti akan bertindak mengikut keadaan dan arus perdana semasa..walaupun hakim atau menteri beranggapan seperti saya tetapi bukan rakyat kebanyakan….

    saudara edmun,

    bukan rakyat kebanyakan yang saya maksudkan adalah PAS dari PR….mereka kini galak menjual agama dan pemimpin mereka menunjukkan sifat yang begitu islamik…dan sememangnya islam adalah begitu..jika ikut kehendak hati perdana menteri juga mahu berkata..ya ALQURAN membenarkan murtad kerana kemana mereka lari ttp mereka akan mati…

    tapi saudara edmun, ibu saya lebih 30 tahun sebenranya merana kerana perbuatan dan fahaman ekstrem PAS yang masih segar sehingga kini….

    saudara edmun,

    sukar saudara mahu percaya bukan pas begitu, beginilah, pergilah ke kota bharu dan bawa lah seorang perempuan cina yang berskirt pendek dan memakai tube seperti di KL….saudara akan faham apa maksud saya…..atau berenti sebentar seorang diri di pasir mas, dan kawasan pendalaman lain…saya khuatir perempuan tersebut akan dicederakan…kebebasan berpakaian pun anda tidak dapat di semua tempat dimalaysia apatah lgi beragamaa..

    inilah masalah manusia….dari semua agama bukan islam sahaja…perjuangan saudara kebebasan agama harus melibatkan semua agama bukan islam sahaja..kerana jika saudara orang jepun dan tukar agama kepada islam di jepun…..adakah saudara mampu bertahan tinggal di jepun…saya pernah ke tokyo dan melihat dakwah kristian yang baru mahu mresap itupun saya dapat lihat pemberi risalah tersebut dikejar oelh orang ramai kerana larangan mereka tidak diendahkan…

    oleh itu..pandangan peribadi saya…saya sokong usaha saudara dengan syarat ia harus dilakukan secara global dan bukan dimalaysia sahaja…jika ia hanya boleh dilakukan dimalaysia sahaja….saudara boleh teruskan kerana ALQURAN mengatakan itu hak mereka dan tiada paksaan…tapi…itu interpretasi saya…saudara perlu bersedia dengan tindakan mereka yang ala-ala berani mati di pendalaman sana seperti kata saya tadi….kebebasan berpakaian pun saudara tidak akan dapat di berebapa tempat di kelantan, johor, terengganu bukan saahaja agama…

    akhir sekali, masalah orang islam sebenarnya bertunjang kepada akar permasalahan yakni yahudi menyembelih orang islam di palestin…oleh itu..jika mahu kebebasan beragama untuk semua dan di benarkan oleh semua agama….masalah palestin harus diselesaikan kerana jika tidak..mana datangnya toleransi agama yang menjadi perkara harus dalam kebebasan beragama…??????????????

    Reply
    • 13. mohd khir  |  February 25, 2013 at 5:20 pm

      Ya, setuju pendapat no12 walau baru skrg saya membacanya. saya harap Kak Helen terbuka utk menerima islam, biar kita bersama2 merasa nikmat
      islam.

      Kak Helen nak tau tak, belajar dalam agama islam dengan penuh disiplin, jiwa kita akan tenang. sebab itu orang melayu yg mengamalkan islam mereka sentiasa tersenyum kerana jiwa mereka tenang. jgn tengok segelintir org melayu di kl tu yang dah terlalu terikut dgn gaya hidup barat, masih belum terlambat untuk bertaubat. jikalau mereka lambat untuk bertaubat sebelum mati, nescaya mereka tergolong menjadi penghuni neraka buat selama2nya bersama syaitan, yahudi zionis, firaun, namrud dan byk lagi.

      syaitan takut masuk ke dalam hati orang yg mengamalkan ajaran islam. so,syaitan gunakan pengikutnya iaitu yahudi zionis dan NWO utk hancurkan dan memfitnah islam kononnya islam tu terrorist. kes 911 tu adalah rancangan yahudi zionis.

      mana2 orang kristian yang sudah sedar, yang baik dan yang jujur mrk akan dedahkan melalui youtube atau menulis ke dalam buku ataupun mereka menerima agama islam sbg agama mereka.. orang kristian pun ada jugak yang baik.

      Reply
      • 14. mohd khir  |  February 25, 2013 at 5:24 pm

        Di dalam Al Quran dan hadis ada mengatakan berani kerana benar,takut kerana salah.

        Reply
  • 15. Isfandiar Jasdi  |  September 26, 2011 at 11:54 am

    Sepatutnya, negara kita yang majmuk nie harus ada Perkahwinan Campur.Berkahwin saja di Pejabat Pendaftaran.Sekurang2 nya sudah menjadi suami isteri, masa itu lah berdebat atau bincang2 pasal agama.

    ______________________________________________________

    Cute! — Helen

    Reply
  • 16. ad  |  December 15, 2012 at 2:17 am

    Dear Helen

    By any mean, why does the apostesy has became the main globalise problem in Malaysia……..n why does people want it
    much?

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,514,910 hits

Kalender

August 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 326 other followers

%d bloggers like this: