Butir-butir kes murtad di Pulau Pinang

August 20, 2011 at 7:11 am 25 comments

RENTETAN PERISTIWA

Tahun 2010

Ogos 13: Seorang pembekal gas Fong Mee Hui memeluk Islam; nama Islamnya Fatimah Fong binti Abdullah

Okt 26: Fatimah Fong (FF) menuntut cerai di mahkamah syariah

Okt 27: FF diberikan hak penjagaan anak oleh Mahkamah Syariah Shah Alam

Nov 8: FF ditemani pegawai-pegawai Jais serta polis merampas Tan Yi Min, anaknya yang berumur 7 tahun, dari kawasan sekolah di Butterworth, Pulau Pinang

Nov 9: Yi Min diIslamkan di Selangor; nama Islamnya Eilliyah Fong Abdullah

Nov 11: Tan Cheow Hong (TCH: bapa Yi Min) seorang penolong pengurus pemasaran memohon summons (surat panggilan) supaya anaknya dipulangkan

Dis 13: TCH diminta menghadir diri di mahkamah syariah

Dis 27: Hakim mahkamah sivil di Pulau Pinang menemuramah TCH, FF dan  Yi Min dalam kamar

4 Jan 2011: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memberikan hak penjagaan anak kepada FF

MAKLUMAT LATAR

2001: TCH mengahwini FF; ia merupakan sebuah perkahwinan sivil membabitkan dua individu Cina

2003: Anak kecil ini hasil daripada perkahwinan Cina, kedua-dua ibubapanya bukan Muslim tatkala Yi Min dilahirkan

2007: Pasangan FF dan TCH berpisah sewaktu Yi Min berusia 4 tahun

2007-2010: Yi Min diasuh bapa, emak saudara belah bapa serta nenek belah bapanya

Yi Min belajar Darjah Satu di SJK(C) Kwang Hwa, Pulau Pinang.

Yi Min membesar di dalam sebuah keluarga Cina, bertutur bahasa Cina sebagai bahasa ibundanya, dididik dalam adat Cina serta menganuti agama tradisional Cina (Chinese traditional faith belief system).

MENYALAHI UNDANG-UNDANG

(1) Mahkamah syariah telah memberikan hak penjagaan anak kepada FF hanya sehari selepas wanita itu diluluskan perceraiannya oleh seorang hakim mahkamah yang sama. Sebenarnya mahkamah syariah tidak mempunyai jurisdiction (kekuasaan kehakiman) ke atas seorang budak Cina bukan Islam

(2) Sekiranya sebuah perkahwinan dirasmikan di bawah bidang kuasa undang-undang sivil, maka perkahwinan tersebut harus juga dibatalkan mengikut lunas-lunas perundangan sivil. Penceraian yang diperolehi FF bersifat unilateral (satu pihak sahaja)

(3) Tertakluk kepada undang-undang sivil negara, seorang budak bawah umur tidak boleh ditukar agamanya tanpa persetujuaan kedua-dua ibubapa; TCH tidak merestui anaknya masuk Islam dan dengan itu, haknya sebagai seorang bapa telah dicabuli


GAGAL MENEGAKKAN KEADILAN 

(1) Pada hari ‘penculikan’ (Nov 8), Jais dan pegawai-pegawai polis berada di SJK(C) Kwang Hwa selama dua jam. Keadaan tegang dan huru-hara di sekolah. Guru-gurunya telah mengunci pintu gerbang serta cuba menghalang budak itu dirampas. Yi Min menangis meraung-raung

Polis membantu pegawai penguatkuasa Jais 'merampas' Yi Min dari sekolah

(2) TCH ke balai polis. Polis mengugut untuk menangkapnya serta menyumbatnya ke dalam penjara. TCH diberitahu bahawa dia terpaksa akur dengan perintah mahkamah (syariah)

(3) Penukaran agama Yi Min adalah tidak sah. Cerita seorang budak 7 tahun kononnya mengucap dua kalimah syahadah di depan pegawai-pegawai jabatan Islam sukar dipercayai

(a) Ianya tidak munasabah memandangkan Yi Min terlalu mentah serta dia tidak pernah terdedah kepada ajaran Islam sebelum itu

(b) Yi Min yang menetap di Butterworth, Pulau Pinang, telah dibawa lebih kurang 200km ke Kajang, Selangor dalam perjalanan sehari suntuk pada Nov 8

(c) Pada keesokan harinya (Nov 9), seorang budak kecil Cina yang keletihan dan ketakutan – yang dilari paksa dari sekolahnya di Pulau Pinang sehari awal – didakwa mampu mengucap “ašhadu an la ilaha illa (A)llah, wa ašhadu anna Muhammada(n) rasulu (A)llah, ašhadu an la ilaha illa (A)llah, wa ašhadu anna Muhammada(n) rasulu (A)llah” dengan tepat dan tanpa cacat cela di depan pegawai-pegawai Melayu yang tidak dikenalinya di sebuah pejabat kerajaan yang tidak pernah dikunjunginya … Mustahil?

Akan tetapi sekiranya tidak diikutkan prosedur masuk Islam, bagaimana pula Yi Min boleh disijilkan Eilliyah Fong Abdullah oleh jabatan agama?

Yi Min merupakan satu kes murtad di mana seorang anak kecil Cina dikeluarkan daripada agama kelahirannya melalui kaedah yang membawa aib kepada kesucian Islam.

Kalau pun hendak diIslamkan, biarlah ia dibuat dengan cara berhemah dan perkara tersebut diputuskannya sendiri apabila Yi Min mencapai dewasa.

MASYARAKAT CINA CUKUP TERKILAN

(1) Berlandaskan adat resam Cina, nama anak adalah mengikut nama keluarga pihak lelaki. Maka Yi Min ialah seorang ahli keluarga Tan

(2) Setelah Yi Min diIslamkan oleh emaknya, namanya ditukar dari Tan Yi Min menjadi Eilliyah Fong Abdullah. Nama Cinanya ‘Yi Min’ terus hilang. Apakah nenek Cinanya yang telah membelai Yi Min dari kecil harus sekarang menggelarnya Eilliyah?

(3) Nama keluarga bapanya ‘Tan’ pula diganti dengan nama keluarga emak, iaitu ‘Fong’. Perbuatan ini amat menghina budaya Cina yang taat menghormati nenek moyang. Bayangkan kalau seorang kanak-kanak Melayu Islam ditukar namanya dari Ali bin Ahmad kepada Ali bin Fatimah

(4) Begitu juga, cuba anda bayangkan suatu situasi di mana sepasang suami isteri Melayu sedang duduk (katakan mereka pekerja expat) di sebuah negara Kristian (katakan Texas di Amerika Syarikat). Si isteri Melayu kemudian memurtadkan anak kecilnya Ali dan ditukar nama budak itu kepada Anthony Andrew (sekaligus dibuang ‘bin’nya) ekoran bersubahat dengan paderi-paderi dan Texas rangers melarikan anak

(5) Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah pun memberi sebarang komen tentang Yi Min dan jauh sekali mempertahankan hak asasi seorang pemastautin negerinya

(6) Walaupun akhbar Cina dan Melayu ada membuat liputan kes Yi Min, media siber pro-pembangkang sebaliknya sengaja downplay (enggan menghebohkan) implikasi tindakan FF di dalam laporan-laporan mereka. Berbanding bab DUMC, tengok sahaja betapa lantangnya politikus-politikus Pakatan bersuara menggatakan ia satu ‘serbuan’

(7) Jelas bahawa Lim Guan Eng and mereka-mereka yang sewaktu dengannya tidak mahu menyentuh hal tersebut kerana takut sokongan Melayu di Pulau Pinang akan terhakis. Peduli apa dengan nasib seorang budak kecil (ditukar dari sekolah Cina ke sekolah convent dan dipakaikan tudung oleh ibunya) asalkan populariti politikus dijaga dengan tidak menjolok jabatan Islam

Meskipun belum akil baligh, Yi Min dihijabkan pada usia 7 tahun kerana mualaf Fatimah itu seolah-olah mahu menunjukkan dia lebih Islam. Pendekatannya tidak lari jauh dari kerenah Selendang Squad Pakatan.

Sepertimana Lim Guan Eng pekak bisu tentang kes murtad Tan Yi Min, apakah Khalid Ibrahim juga acuh tak acuh jika kejadian murtad di kalangan orang Melayu senegerinya benar berlaku?

About these ads

Entry filed under: DAP MENGKHIANATI KAUM CINA. Tags: , , , , , , , , , , .

Pengundi Cina jatuhkan talak tiga Memperkenalkan presiden Kelab Suami Patuh Kepada Isteri

25 Comments Add your own

  • 1. Camelot  |  August 20, 2011 at 12:06 pm

    Helen,

    Thanks for highlighting this subject. I have been following this case and received updates only from “Shu Zheng” blog. I am both disappointed and surprised that pro-opposition media such as Malaysiakini, Malaysian Insider etc does not bother to even give a one-liner to this case.

    You are absolutely spot on that Lim Kit Siang & son together with the rest of the “Chinese champion” group is keeping silent on this. Betul-betul cakap tak serupa bikin hypocrites!

    I salute you,

    Reply
  • 2. Hussin Rahman  |  August 20, 2011 at 3:44 pm

    Saya tidak setuju dengan sebarang cara tidak wajar untuk mendakwah seseorang atau memaksa seseorang itu memeluk agama lain dari agama asalnya.
    Tetapi di Malaysia undang-undang amat jelas, penganut agama lain tidak boleh mendakwah, memujuk atau memaksa orang Islam menukar agamanya. Kalau tidak setuju dengan undang-undang ini, jangan tinggal di Malaysia. Emigrate lah ke mana-mana negara.

    Reply
    • 3. ARUL  |  August 22, 2011 at 3:05 am

      tapi negara kita pun ada undang2 yg mengatakan bebas menganut apa agama abg!!tapi saya hormat semua agama,semua agama mengamalkan ajaran yg baik tak 1 pun ajar yg tak baik so kenapa di malaysia saja ada jenis paksa utk memeluk islam adakan ada dalam kitap islam?saya rasa kalau seorang nak memeluk islam mesti dari isi hati atau nayaitu mereka!!!kita tak boleh paksa org abg!saya ni jenis merantau abg banyak saya dah tgk kat luar negara islam yg moden tapi mereka ada batasan mereka!!!!!pikir2kan lah jgn cakap kita tak suka boleh emigrate kat luar negara!!!!

      Reply
  • 4. A Voice  |  August 20, 2011 at 5:27 pm

    Helen

    Usahlah jolok balik sarang tabuan, nanti Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim salahkan UMNO :)

    ________________________________________________________

    Hahaha, LGE tu kalau terjadi tsunami ke, gempa bumi ke pun dia akan salahkan Umno juga. Baginya, sah semua Umno yang buat di sebalik tabir … — Helen

    Reply
  • 5. muhammad  |  August 20, 2011 at 6:17 pm

    Helen,

    I’m a muslim and have a degree in Islamic field of study. I really understand your feeling on this issue. I won’t comment on the legal aspects as I don’t really know the law. I just want to say that i strongly believe if this case happens in our Prophet saw time, He definitely won’t allow His companions to kidnap that poor girl. Some muslims believe they do the right things to protect Islam but in reality they are the one who give Islam a bad name and in the process destroy the image of Islam. Another example is body snatching drama when a muallaf die, the irony is no one cares about the muallaf when he is alive, sad but true… A great muslim scholar once said upon his return from the West, “i saw Islam eventhough there was no muslim but I can’t see Islam here while I’m surrounded by muslims”

    _________________________________________________________

    Thank you Muhammad. I hope you shall continue visiting my blog as I would value your feedback and input.

    I think if the parent who wins custody of the child (I’m not disputing that the mother has her legitimate right to file the claim in court or suggesting that the judge erred in awarding it her) brings up the child in a Muslim way and environment, the child will in all likelihood grow up a Muslim. I can accept that.

    However, what hurt the Chinese community is when a person takes advantage of the power of the state (in the case of our country, Islam is empowered by the state), and uses this as a means to bully and weapon to ensure she wins.

    Also I hope that Malays who are born Muslim will be wary of those who may not be honest in their intentions but only jumping on the bandwagon (this includes the ‘mulut manis’ Chinese politicians trading in ‘Islamic’ vocabulary). Salam — Helen

    Reply
  • 6. Msian Msia  |  August 20, 2011 at 7:43 pm

    Helen,
    It seem you are too engross in these murtad thing. The law is very clear, let it take it course and just divert your attention to any other thing where sober discussion will make some different to that, perhaps.

    As a non Muslim, it is wise we just don’t ingress ourselves in any ways and means into their domain in a serious way. The law and regulation are very obvious with it stand with regard to that, so let it take it course. Whichever side of the divide as a non Muslim, you will be sure to become the fall guys later. So just let the Muslim handle and settle their own case accordingly thereafter and the most you can do is to stand and watch the game played by them in a safe distance.

    Sorry for the negative ideas, but that is the best we can do in Malaysia currently.

    Reply
  • 7. azmi  |  August 21, 2011 at 1:20 am

    I’m a muslim and these cases do affect me and since they also involve a non-muslim partner, it does affect non-muslims. I can’t comment on the legal aspects just like Muhammad (comment no 4) but the action taken is definitely not in the Quran. The laws used are man made, based on interpretations of the Quran and hadis and anything man made can be changed.

    Reply
  • 8. parcifal  |  August 21, 2011 at 4:20 am

    Dear Helen. I’m a mixed Malay-chinese man. I hear ugly things from both sides of the races. I applaud you of stating the real situation of things. It can’t get more real than your blog. Thanks for that.
    Being a mixed person (not bangsa malaysia), i’m caught in a dilemma of hearing all sort of poisons from both sides. Who do i side with? I don’t know.
    What i see is, the malays have not yet come to terms with their sad and sorry state. And the chinese, if there’s no holds barred would have conquered this country hands down, and that is yesterday’s news.
    I think the malays should take whatever rights they’re bestowed with, and empower themselves. And from a position of strength, help everyone grow, including non-malays. But as long as they blame everything on BN government, they are deluded. Malays have to acknowledge that their weaknesses are their own fault. And work about solving the problem. Last time i listed down the problems of malays, someone attacked me, saying i stereotype malays. But then, a stereotype is a stereotype. I didn’t invent it.
    I can understand the chinese hating BN, but honest to goodness, the chinese are not that sincere in the first place. (this statement doesn’t apply to all chinese, but sadly a significant amount of them). I know, they’ll quickly come with arguments of how much they’ve given to the country; but don’t deny it. They look down too much on the malays, that the subconsciousness permeates it. We know many off them say in their dialect ‘malay bodoh’. And think malay language is low-class.
    Ironically, these same people are the ones who say, ‘i miss the days when i mixed with abu, samy and joginder’. Big bunch of hypocrites.

    But you helen, i don’t know for sure but if you’re a real malaysian, i’m sure you had your times when you had racist thoughts. Don’t be ashamed of it, it’s human. But acknowledge that it is counterproductive and try to solve the awkwardness of it, being in a melting pot of races. I rather read from someone like you, who tells it like it is, then someone who sugarcoats.
    Thank you.

    Reply
    • 9. KTP  |  January 16, 2012 at 10:08 pm

      i feel sad when afamily break up, regardlees of race and religion the child suffers.
      You have a point , is the conversion valid? . I am muslim, but i don’t know.
      But I feel sad for the father regardless if he is a muslim or not.

      Reply
  • 10. anakkenyalang  |  August 21, 2011 at 10:15 am

    Helen, keep it up and highlight the ‘force conversion’ issue. This type of thing should not be condoned by right minded person from whatever religion. The rule of decency doesn’t apply to Malaysia currently. The religious fanatics in the governement have hijacked our plural society and the word ‘Muhibbah’ has been forgotten completely. This is not the Malaysia I used to live in the 60s, 70s and early 80s. The suedo Malay Mamak single handedly destroyed what is ‘good’ in Malaysia.

    Reply
    • 11. anakmalaysia  |  August 22, 2011 at 2:41 am

      Religious fanatics in the government? Pseudo Malay Mamak?

      Just so u know these religious fanatics are not only in the goverment la hello! have you heard of Nor Aisyah Bukhari in 97, she was kidnapped and taken out from Malaysia without her passport to Singapore & Australia by the christian religious fanatics? going in two countries without a passport? that’s pretty amazing! Also if i tutor your kids for free, and i teach your underage kids the ‘shahadah’ or Muslim declaration of belief, because of my rights and freedom to do so. Is that condoned by any right minded person from whatever religion?

      That’s a definite deliberate low blow to Tun Mahathir. Don’t be so racist la. You said you prefer the old ‘muhibbah’ Malaysia but you yourself is making a racist comment. If i call you a Pseudo Batak Indon, Pseudo Chinese Batak, pseudo chinese mamak is it acceptable and muhibbah to you?

      what a closeted racist!

      Reply
  • 12. norman  |  August 21, 2011 at 11:46 am

    it not suppose like that. who ever want to embrace islam…let them do it voluntarily, tiada paksaan…

    in this case…let the mother raise the daughter (as the court said), the mother can raise her daughter in islamic environment….the daughter can learn islamic teaching…but do not force her to embrace islam since she was born not in islam. let ler decide at the age of aqil baligh or after 18 years old as allow under the law

    Reply
  • 13. Ezihan Ijalil  |  August 21, 2011 at 11:21 pm

    hakikatnya inilah tanggungjawab ibu yang beriman pada Allah. Kebenaran 100% hanya ada pada Islam. Tidak salah untuk ibu berjuang demi kehidupan anak selepas mati. Tidak ada agama yang menyatakan kebenaran 100% selain Islam. Kebebasan agama yang dinyatakan dalam al-Quraan sudah diputarbelitkan. Seorang ibu telah disampaikan akan kebenaran Islam masa kan mahu anaknya tergolong dalam golongan mereka yang RUGI.

    Reply
    • 14. Fabian  |  August 22, 2011 at 2:49 am

      This is exactly the kind of bloody mindset we see these days. Kid gets kidnapped and it’s “for the salvation of her soul”. Woman gets raped and it’s “padan muka, takkan tak tau yang lelaki ni ada nafsu”, public place gets bombed and it’s because of “the suffering of the Palestinian people”.

      Oi Ezihan, bayangkan macam mana kalau agama saya ni katakan yang orang Muslim ni teroris? Yang agama Islam ni ajaran jahat? Dan kalau iman saya ni kuat, patutkah saya sembelih ngko, si bangang?

      What bloody bullshit. Hipokrit. Kalau orang buat kat ngko, “Oh, tak adil”. Kalo buat pada orang lain “Inilah ajaran kita”. Boleh blah~

      Reply
    • 15. qu yun  |  November 1, 2012 at 4:05 pm

      100% benar?? …itu sekadar anggapan kamu aja.. blm tntu lagi.. masakan agama yg lain nggak bener?? kita akan tahu deh di belakang hari… waktu nya udah dekat…

      Reply
  • 16. A Voice  |  August 22, 2011 at 2:25 am

    Helen

    Sepatutnya isu seperti ini diselesaikan oleh kedua-dua pihak dan dalam suasana ‘keluarga’.

    Amat tidak adil isu keluarga sebegini dibebankan kepada masyarakat dan akhirnya cabang kerajaan atau cabang kehakiman dipersalahkan dalam mengambil sebelah mana-mana pihak dalam keputusan.

    Masyarakat perlu pertanggungjawabkan dan menuntut kedua-dua ibu bapa membuat keputusan bersama dan usah babitkan pihak-pihak lain yang akhirnya memecahbelahkan masyarakat majmuk yang hidup aman dan damai.

    Reply
  • 17. siti  |  August 22, 2011 at 10:42 am

    This is a sorry state of affairs. I am of mixed parentage too and I feel for both parties. In Islam , there is no compulsion with regards to conversion.

    “Let there be no compulsion in religion. Truth has been made clear from error. Whoever rejects false worship and believes in God has grasped the most trustworthy handhold that never breaks. And God hears and knows all things.” (Quran 2:256)

    In cases of conversion to Islam, the person does not have to change his/her name. My husband is still known by his American Christian name although he converted to Islam long before he met me. Islam does not aim at severing the ties of kinship between its adherents and their non-Muslim relatives. Islam considers these kinds of relationship to be very important, particularly between parents and children. Therefore, it should be clear that Muslims are ordered by Allah to establish good relations with their family, neighbors, and fellow humans, regardless of whether the latter are Muslims or not. So ties with parents and relatives must never be neglected..

    The Prophet (peace and blessings be upon him) said,“Those who sever ties of kinship cannot hope to enter paradise.”Once a person asked the Prophet (peace and blessings be upon him) to guide him to the best of morals, he replied,“Join ties with those who sever ties with you; give to those who deny you, and forgive those who harm you.”

    Reply
  • 18. Serious Shepherd  |  August 24, 2011 at 10:29 am

    Is it true that the Chinese are into defending their faiths and beliefs? Because last time I heard that the Chinese are planning to defy the smoking ban in Malacca, planning to sue the state govt of Kelantan for banning lottery, and planning to sue the state govt of Kedah for implementing an enactment approved 16 years ago.

    Or these stuff (lottery, disco etc) are the true Chinese’ faiths and beliefs?

    ______________________________________________________

    Aiyah, Serious Shepherd… Disco has nothing to do with spiritual faith or belief. And as for tradition, the concept of filial piety (as one example) can be traced back thousands of years in Chinese culture. Hmm, can we find something like Vincent Tan’s Berjaya Sports Toto in any ancient Chinese historical texts, I wonder?

    The freedoms to sin though are a legitimate debate in their proper context, i.e. degree of state control that we want or should allow. Cheers — Helen

    Reply
    • 19. Serious Shepherd  |  August 24, 2011 at 11:47 am

      Helen,
      Don’t we all fight for what we hold dear? To the extent of threatening to sue the state govt. Then it must be so very important.

      I don’t recall Perkasa threatening to sue the Penang govt for banning rempit.

      Anyway, how to write Yi Min’s name in Chinese so that I can find her name in MCA’s website, jika ada. Because when I search for ‘gambling’ I found entries like “MCA to haul PAS to court over gambling ban”. I don’t remember “Perkasa to haul DAP to court over rempit ban”.
      ______________________________________________________

      Try this 陳乙敏

      About the gambling, I suppose it’s like cigarettes. Bad for health but imagine if the govt were to ban smoking and then proceed to ban other things that they decide to be bad for us — we’re on a slippery slope.

      Reply
  • 20. Ta Acu  |  December 15, 2011 at 11:23 am

    “Seorang bapa, walau siapapun dia, dia tetap bapa. Sebab, benihnya yang sah itulah yang menghasilkan keturunannya. Bukan benih orang lain. Maka anakyang lahir itu berkait dengannya.”Isu nama ‘bin Abdullah’ telahpun difatwakan oleh Mufti Dr.Maza oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perlis.Keputusan muzakarah mendapati Islam MENEGAH nama bapa ditukar sekalipun dia bukan muslim.Baca fatwa Dr Maza – http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=12

    Reply
  • 21. Ta Acu  |  December 15, 2011 at 11:25 am

    Berkenaan isu anak bawah umur memeluk islam secara paksaan – http://rewangeromo.wordpress.com/2011/09/05/qs-al-baqoroh-256-tidak-ada-paksaan-dalam-beragama/

    Reply
    • 22. qu yun  |  November 1, 2012 at 4:13 pm

      amat lah tidak adil.. hanya kerana islam ni agama rasmi negara, diorang boleh buat sesuka hati… ni main paksa2 lagi ..nanti bila budak tu dah besar ..dah boleh berfikir cara org dewasa, dia nak balik lagi agama asal…haa, kena denda la, kena lokap la… apa ni!!!! malaysian law ckp bebas beragama… bebas beragama amenda ni!!!??? ni diktator, kuku besi…

      Reply
  • 23. sharmila  |  August 4, 2013 at 3:37 pm

    i pun xtwu nk bg komen ape….bdk tu baru umur 7thun…mustahil die boleh mengucap sedangkn die di besarkan oleh fmly cina…bile budah tu da besar,insyaalahhh klu die nekad mmeluk islam…alhmdulillahhh…bertambah la fmly kite..kan :)

    Reply
  • 24. Lila  |  January 20, 2014 at 10:14 pm

    hi, helen!

    any update on this case?
    i hope that girl is in a good condition.

    Reply
    • 25. Helen Ang  |  January 20, 2014 at 10:18 pm

      The last she was in the news was a BBC article where the Buddhist father was reported to be pursuing court action.

      Otherwise, one wonders also about the mother’s conversion.

      As for Felixia Yeap the hijab-wearing Playboy model, the latest is that she’s acting in Malay TV dramas.

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,886,645 hits

Kalender

August 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: