Memperkenalkan presiden Kelab Suami Patuh Kepada Isteri

August 21, 2011 at 2:46 pm 11 comments

Dalam postingnya pada hari Jumaat ‘Hannah Yeoh or Hasnah Yeop?‘, saudara Rocky telah memuatkan pautan kepada blog saya — rencana ‘Ibu Pin menjaja teko raksasa DAP’.

Seorang pembaca Rocky memberi komen seperti di bawah:

Mazlan mengatakan Presiden Obama tidak perlu memakai nama Mat Salleh supaya dia boleh dianggap sebagai Anak Amerika.

Bobby Jindal

Menjawab pembaca ‘teko di langit’ dekat Rockybru itu, adakah Obama pernah menafikan dia bukan berketurunan Afrika ataupun meragam apabila digambarkan sebagai orang kulit hitam?

Dan boleh saya tanya sama ada contoh Obama berupa kes kebiasaan ataupun satu kekecualian?

Bobby Jindal ialah Gabenor Louisiana di Amerika Syarikat. Nama asalnya Piyush Jindal. Ibubapanya Amar dan Raj Jindal adalah orang Hindu berasal dari Punjab yang telah berhijrah ke AS.

Jindal menggelar dirinya ‘Bobby’ serta memeluk agama Kristian. Beliau memakai sut dan tali leher serta tidak bercakap bahasa Punjabi semasa berkempen.

Nikki (kiri) bersama Sarah Palin

Nikki Haley ialah Gabenor South Carolina. Nama asalnya Nimrata Randhawa. Ibubapanya Dr Ajit dan Raj Randhawa beragama Sikh. Mereka pendatang ke AS dari Amritsar, India.

‘Haley’ ialah mengikut nama suaminya manakala nama timangan ‘Nikki’ tidak berbunyi ketimuran. Nikki Haley juga bertukar agamanya kepada Kristian.

Dan pastilah beliau bertutur Inggeris apabila berdepan dengan para penyokongnya yang rata-rata orang putih.

Berbalik kepada Obama. Apakah anda percaya Barack Hussein Obama akan berjaya dipilih menjadi Presiden sekiranya beliau menganuti Islam? Kenapa nama ‘Hussein’ itu tidak dipakainya terang-terang?

Adakah beliau mengamalkan budaya Afrika? Adakah Obama, yang bapanya orang Kenya, pernah bertutur dalam bahasa Swahili?

Kesemua buku-buku karya Obama ditulisnya dalam bahasa Inggeris, iaitu lingua franca negaranya.

Hannah Yeoh lain pula dan tidak menggunakan bahasa kebangsaan negaranya apabila bergiat di Twitter.

Warga Amerika yang berketurunan Afrika telah menghasilkan banyak karya sastera dalam bahasa Inggeris.

Di antara pengarang orang kulit hitam yang terkenal ialah Maya Angelou, Toni Morrison, Alice Walker (The Color Purple yang memenangi Hadiah Pulitzer), Alex Haley (Roots yang dijadikan drama bersiri television), Ralph Ellison (Invisible Man, pemenang Anugerah Buku Kebangsaan), Martin Luther King Jr (Letter from Birmingham Jail), Robert Hayden (‘poet laureate’/lebih kurang setaraf sasterawan negara) dan ramai lagi.

Bolehkan anda menyebut nama seorang ‘Anak Malaysia’ berketurunan Cina yang pernah menghasilkan novel sastera dalam bahasa Malaysia?

Pembaca Rocky yang bergelar Mazlan itu juga menegaskan bahawa anak Hannah Yeoh seorang kacukan, lantaran itu Shay Adora Ram harus dinobatkan sebagai Anak Malaysia.

Apa ciri-ciri majmuk yang ada pada Hannah dan suaminya Encik Yeoh? Si isteri tidak bercakap Cina kepada suami. Si suami tidak bercakap India kepada isteri.

Jumlah penduduk Malaysia mengikut banci 2010 adalah 24.6% etnik Cina dan 7.3% etnik India. Adakah anak Hannah mewakili (representative of) penduduk kita selebihnya 68.1% yang bukan Chindia?

Segelintir 9.2% penghuni Malaysia beragama Kristian. Adakah anak Hannah membayangkan majoriti 91.8% yang bukan Kristian? Apa statusnya Islam pula apabila ditabalkan Shay Adora Ram sebagai Anak Malaysia?

Hanya mereka yang dangkal seperti Mazlan akan menegakkan benang basah Anak Malaysia — sepertimana ia ditakrif oleh Hannah dan dipelopori ajaran sesat Teko di Langit DAP.

Namun untuk pengetahuan Tuan Mazlan, anak Hannah Yeoh pada akhirnya didaftarkan sebagai ‘Cina’ juga walaupun bapa kepada kanak-kanak itu bernama Ramachandran Muniandy.

(Klik pada rajah untuk baca rencana penuh)

'Hannah Yeoh exploiting race identity for political mileage' oleh Yeoh LC (Free Malaysia Today, 16 Jun 2011)‏

Gambar Hasnah Yeop bertudung, klik Siapa yang sokong hudud?

About these ads

Entry filed under: DAP MENGKHIANATI KAUM INDIA. Tags: , , , , , , , , , , .

Butir-butir kes murtad di Pulau Pinang PAS-Umno acapkali bincang perpaduan mesti ada sebabnya

11 Comments Add your own

  • 1. farihin  |  August 21, 2011 at 3:39 pm

    Apsal tak taruk India ikut mcm bapanya. Mungkin, nanti kalu dah besar, susah nak buat bisnes kalu bukan bangsa cina..

    Reply
  • 2. adieu1999  |  August 21, 2011 at 4:30 pm

    Yang saya tahu novelis keturunan Cina yang menulis novel dalam bahasa Malaysia adalah Lim Swee Tin tetapi beliau pun xpernah mengakua bahawa beliau keturunan Malaysia~

    _______________________________________________

    Ya betul tetapi umum lebih mengenali LST kerana sajak, puisi serta cerpennya. — Helen

    Reply
  • 3. AYAH  |  August 21, 2011 at 5:27 pm

    Syabas Helen. Inilah buktinya sedikit pengetahuan boleh ditembak bertubi-tubi oleh ilmu yang luas. Perkataan-perkataan yang mampu digunakannya adalah ‘petty’, ‘stupid’ dan ‘dumbass’ untuk memperkukuhkan pendiriannya.

    Actually he is the one who is petty, stupid and a dumbass. You showed him what he actually is. And “Mazlan” is a fake!

    Reply
    • 4. namza  |  August 22, 2011 at 10:35 am

      AYAH and Helen, both of you are spot on. Mazlan is a fake and do not know what he is really talking about. But I wonder why ‘Presiden Kelab Suami Patuh Kpd Isteri’ did not insist getting his child registered as Indian instead of Chinese. Is Indian so inferior to Chinese race? Probably he was paid to keep quiet – anyway he is an employee to ‘hasnah yeoh. What happens when the child grows up being more like an Indian compare to a Chinese – with a darker skin. How embarassing it is to the child trying to explain it to his chinese friends. Very Ego-istic Hasnah yeoh

      Reply
  • 5. parcifal  |  August 21, 2011 at 11:33 pm

    Congrats helen… You’re a woman of steel.

    Don’t mess with helen…….

    Reply
  • 6. A Voice  |  August 22, 2011 at 2:17 am

    Ingin sekali mendengar pula pandangan Helen tentang Kelab Taat Suami yang Ketua Umum yang sesuai pastilah Datin Seri Dr Wan Azizah. :)

    ______________________________________________

    LOL. Back to you, here. — Helen

    Reply
  • 7. anakmalaysia  |  August 22, 2011 at 3:15 am

    haiyo hannah yeoh, if you put children’s race as Malaysian, it’s not good for business wor. You are not from business line, so u donno wan. U know ar, when we do a market research, we really want to know which products that are sellable to malay, chinese & indian. When we want to advertise our product on television, we also need to know the ‘prime time’ to advertise to our target audience/ demography.

    In the US also same, they ask u to write one race group only.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Race_and_ethnicity_in_the_United_States_Census

    Reply
  • 8. FC  |  August 22, 2011 at 6:58 am

    let’s not forget that those customer service line that was outsourced to foreign countries, mainly India. these Indian people who provided services to Americans required to introduce themselves with fake American names and better still faked an American accent so that those yanks can feel comfortable ordering or buying from the retailers. yet they are not even American citizen but they must use American names nonetheless. Gupta or Sameer just won’t cut it.

    Reply
  • 9. Hussin Rahman  |  August 22, 2011 at 12:18 pm

    Whatever we do, please have some integrity.

    Reply
  • 10. Politicalamity9  |  August 22, 2011 at 5:13 pm

    as if they are the first mixed couple, as if their child is the first born from mix marriage…. nobody created huuhaas previously, why now?

    Reply
  • [...] Mereka yang berbahasa ibunda Inggeris adalah berbangsa Anak Malaysia, umpamanya Shay Adora Ram. [...]

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,776,234 hits

Kalender

August 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 342 other followers

%d bloggers like this: