Posted in Hudud

Take beer ialah 80 sebatan di bawah hudud Kelantan

Mufti Perak Harussani Zakaria pernah berkata hukuman enam sebatan yang dijatuhkan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno bagi kesalahan meminum arak adalah sebenarnya ringan kerana hukuman mengikut hudud ialah 40-80 sebatan.

Enakmen hudud di Kelantan memperuntukkan hukuman sebat yang tidak lebih daripada 80 kali sebatan dan tidak kurang daripada 40 kali sebatan untuk syurb, iaitu kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan.

Di bawah undang-undang bersabit hudud di Kelantan, sesiapa yang melakukan kesalahan syurb, sama ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman.

Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tetapi belum lagi dikuatkuasakan oleh kerajaan PAS setakat ini.

Hudud Kelantan juga memperuntukkan hukuman potong tangan kanan bagi kesalahan pertama sariqah (mencuri) serta potong kaki kiri bagi kesalahan yang kedua.

Sekiranya kita senantiasa mendengar keluhan bahawa kaum Melayu ketinggalan dari segi pencapaian ekonomi, pelaksanaan hudud akan lagi membawa padah. Bayangkan masyarakat Melayu terpaksa menanggung hidup OKU di sebuah negeri miskin seperti Kelantan.

Memilih yang paling keras

Membincangkan hudud Kelantan, Prof. Mohammad Hashim Kamali — dekan International Institute of Islamic Thought and Civilisation (Istac) — membuat penelitian di bawah:

“The Bill has clearly opted for the most unforgiving and severe stance concerning the second offence of theft, which is punishable by amputation of a part of the left foot “in the middle of the foot in such a way that the heel may still be usable for walking and standing” (Clauses 6 and 52).”

dan,

“There is clear guidance in the Sunna to the effect that in matters of punishment, the ruler and judge should adopt the course that is inclined toward leniency, not toward severity and hardship. This naturally gives rise to the question as to why did the drafters of the Hudud Bill take the harsher of the two available positions.”

(‘Islamic Law In Malaysia‘, Chapter 7,  The Hudud Bill Debate, pp.128-158, Kuala Lumpur, Ilmiah Publishers, 2000).

Undang-undang hudud Kelantan

Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 mengandungi 72 fasal dan lima jadual tambahan.

Ia dibahagikan kepada enam bahagian, iaitu jenis-jenis kesalahan hudud, qisas, keterangan (saksi dan ikrar), bagaimana hukuman dilaksanakan, peruntukan umum, dan mahkamah.

Kesalahan-kesalahan hudud disenaraikan di dalam Bahagian I di bawah enam tajuk, iaitu sariqah, hirabah, zina, qazaf, syurb dan irtidad atau riddah.

Berkaitan:

Negara-negara paling selamat tiada hudud

Manifesto Pakatan tidak terang-terang menegah hudud

Siapa yang sokong hudud?

***   ***   ***   ***   ***   ***   ***

General information

WHAT ARE THE HUDUD PENALTIES?

zina – pre-marital sex/adultery

  • Whipping 100 lashes for unmarried offender [1]
  • Stoning to death for married [2]

qazaf – wrongfully accusing someone of zina

  • Whipping 80 lashes [3]

sariqah – theft

  • Amputation of hand/feet [4]

hirabah – highway robbery

  • Any one of the following methods, namely death, crucifixion, cross amputation of limbs or banishment [5]

al-Khamr – consuming alcoholic beverages

  • Flogging up to 80 stripes [6]

al-Baghy – persons who rebel against state authority on religious grounds

riddah – apostasy

  • Death for Muslim offender who refuses to repent after being given the opportunity to return to Islam

[1] This punishment is based on the Quranic verse, “The woman and the man guilty of adultery or fornication, flog each of them with hundred stripes. Let not compulsion move you in their case, in a matter prescribed by God, if you believe in God and the Last Day: And let a party of the believers witness their punishment.” Verse 24: 2, The Holy Quran translated by Abdullah Yusuf Ali

[2] This punishment is based on the hadith of Prophet Muhammad, “Take from me, Allah has prescribed for them (guilty of zina) the way, unmarried will be punished with hundred stripes and expulsion of one year and married will be punished with hundred stripes and stoning to death.” reported in Muslim, Volume II at p. 176 quoted by Anwarullah, supra, note 1 at p. 145

[3] This punishment is based on the Quranic verse, “And those who accuse chaste women (of Zina) and produce not four witnesses (in support of their allegation), flog them with eighty stripes; and reject their evidence ever after; for such persons are wicked transgressors; unless they repent thereafter and mend (their conduct); for Allah is oft-forgiving most merciful.” Verse 24:4, The Holy Quran translated by Abdullah Yusuf Ali

[4] This punishment is based on the Quranic verse, “And to the thief, male and female, cut off his or her hand.” Verse 5:38, The Holy Quran translated by Abdullah Yusuf Ali

[5] “The Punishment of those who wage war against Allah and his messenger (in respect of endangering the security of the State established under the divine law) and strive with might and main for mischief through the land, is execution , or crucifixion, or the cutting of their hands and feet from the opposite sides, or exile from the land; that is their disgrace of this world, and a heavy punishments is theirs in the hereafter; except those who repent before they fall into your power; in that Allah is oft-Forgiving and Most Merciful.” Verse 5:33, 34, The Holy Quran translated by Abdullah Yusuf Ali

[6] Anwarullah, Criminal Law of Islam, Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affair, Brunei at p. 214

[7] This punishment is derived by the Muslim jurists from the following verse of the Quran: “If two parties among the believers fall into a quarrel, make peace between them: but if one of them transgress until it complies with the command of God. But if it complies, then make peace between them with justice, and be fair; for God loves those who are fair (and just)” Verse 49:9, The Holy Quran translated by Abdullah Yusuf Ali

Source:The Dilemma of Hudud and International Human Rights: Proposing a Benevolent Mechanism’ in The Journal of Globalization for the Common Good, 2006

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Take beer ialah 80 sebatan di bawah hudud Kelantan

  1. “Sekiranya kita senantiasa mendengar keluhan bahawa kaum Melayu ketinggalan dari segi pencapaian ekonomi, pelaksanaan hudud akan lagi membawa padah. Bayangkan masyarakat Melayu terpaksa menanggung hidup OKU di sebuah negeri miskin seperti Kelantan”

    Hudud sepatutnya menakutkan lalu mencegah umat Islam dari melakukan jenayah seperti mencuri. Maka dengan hukuman seperti ini umat Islam sepatutnya menjadi manusia, pekerja atau peniaga yang lebih jujur. Samada membawa padah atau tidak dimasa hadapan, tiada siapa yang dapat menjangkakan dengan tepat tapi hukuman hudud pasti mengurangkan kes2 jenayah.

    1. Tiada jaminan bahawa yang dinamakan manusia ini takut kepada undang2. Wujud orang Melayu Muslim sendiri sanggup menjadi “Kaldai Dadah” demi sedikit wang.

      Begitu juga yang berlaku tentang pembuangan bayi-bayi dalam longkang dan parit najis di mana wanita yang melahirkannya takut kepada undang Enakmen Syariah yang berkuatkuasa pada masa sekarang yang hanya menghukum denda RM3,000, penjara 3 bulan atau keduanya sekali atas kesalahan melahirkan anak tanpa nikah.

      Siapa sanggup memberi jaminan hukum hudud mengurangkan jenayah jika jenayah sama berterusan dilakukan di negara yang mengamalkan hukuman barbarik seperti rejam dengan batu itu?????

      Hukuman rejam terhadap penzina sendiri ada dinyatakan dalam kitab-kitab Taurat Bani Yahudi dan Injil Bani Nasara, dan mereka sendiri pada zaman Nabi Muhamad saw di Madinah sendiri tidak melakukannya sebagai hukuman zina. Sila rujuk Hadith Muslim yang mengkisahkan Nabi Muhamad saw menjatuhkan hukuman rejam terhadap pasangan Yahudi di Madinah itu.

  2. Tapi Mursyidul Am PAS kata they need 4 saksi to prove case like that. Let say they implement the hudud, agak-agak berapa banyak kes yang akan disabitkan? Mana mau cari saksi? Hmmmm…

  3. Jika hukuman berat dilaksanakan untuk pendatang haram yang merompak rakyat dan yang menyebabkan maut kepada mangsa-mangsa mereka, seperti mereka yang jatuh kerana cuba mempertahankan harta mereka, ini lah merupakan hukuman yang dapat menakutkan mereka yang bakal melakukan kesalahan.

    Sebagai seorang yang bukan muslim, Helen kamu tidak boleh mempersoalkan undang-undang agama yang bukan kamu menganuti.

    Lebih penting, ialah realisasi bahawa semua undang-undang adalah baik, tetapi apa memberatkan adalah cara undang tersebut dilaksanakan. Jika dilaksanakan dengan sempurna dan baik, yakni semua rakyat akan dimanfaatkan.

    1. Rujukan yang Helen guna adalah dari sejarah Islam. Helen tidak mempersoalkan undang undang agama yang tidak tertulis dalam kitab kitab Islam.

  4. To Yati, mungkin helen ang bukan muslim tp hal ini akan ada impak terhadap seluruh rakyat msia. Jadi jgn terlebih merapu.

  5. Saya sokong apa yang si-yati tu tulis. PM pun sendiri berkata bahawa beliau sokong perlaksanaan hudud, tapi merasakan sekarang belum tiba masanya. Ini bermakna memang hudud adalah diterima oleh parti UMNO dan PAS.

    Undang-undang digunakan untuk menjaga hak orang awam, jika undang digunakan untuk mengelakkan jenayah daripada berlaku, apa salahnya hukuman hudud?

    Tanyalah kepada mangsa jenayah, apakan rasa hati mereka? Yang penting, perlaksanaan hudud mestilah adil dan saksama.

  6. Kepada semua, isu berbangkit sebenarnya berasas dari kurangnya pendedahan masyarakat tentang apa sebenarnya Hudud. Ini adalah kelemahan yang belum lagi diatasi oleh Kerajaan. Kerana tidak tahu apa itu Hudud, rakyat menjadi takut kepada bayang mereka sendiri yaitu logik pemikiran sendiri. Kepada Helen, post yang baik, cuma anda perlu berhati hati dalam penulisan agar keharmonian perbincangan ini dapat dikekalkan, kerana terdapat beberapa perkara yang agak sensitif telah anda catatkan. Selaku pengamal undang undang, saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pencerahan.

    Hudud adalah satu kod undang undang yang berat. kerana ia akan melibatkan violation of right. Itulah sebabnya mengapa Allah meletakkan pensabitan kes hudud menjadi hampir hampir mustahil (seperti requirement of saksi dan jumlah saksi yang ramai). Jika requirement ini tak dapat dipenuhi, maka hudud tidak dapat dilaksanakan (contoh mencuri, jika saksi tidak dapat mendatangkan keterangan yang beyond reasonable doubt, maka tidak dipotong tangan nya walau dia benar benar mencuri). Disebabkan itu taa’zir pula akan menggantikan Hudud. Taa’zir adalah hukum yang akan dijatuhkan oleh hakim berdasarkan budi bicara hakim. Penal Code boleh dikategorikan sebagai taa’zir, yaitu prosedur asal jenayah mencuri. Ruangan ini terbatas untuk menerangkan apa sebenarnya Hudud. Diharap anda semua dapat menjalankan research anda sendiri atau meghadiri sesi forum membincangkan isu ini. Wallahua’lam.

    p/s: Mullah, “Siapa sanggup memberi jaminan hukum hudud mengurangkan jenayah jika jenayah sama berterusan dilakukan di negara yang mengamalkan hukuman barbarik seperti rejam dengan batu itu?????”…… Allah dan Rasulnya menjamin…. siapa yang menjamin Penal Code dapat mencegah jenayah…? “TIADA” itulah sebabnya jenayah masih berleluasa…..

    1. pencerahan yang menarik tuan ridhwan, “Taa’zir adalah hukum yang akan dijatuhkan oleh hakim berdasarkan budi bicara hakim” sekiranya kita perhatikan dari konteks undang2 sekrang bukankah ini yang kita sedang lakukan…bezanya hukuman bagi kesalahan2 dikategorikan sebagai sivil kita bicarakan di dalam makamah sivil tapi bila kita kategorikan sebagai berkaitan lebih spesifik dengan islam kita bicarakan di makamah syariah.

      tapi yang hairan nya mereka2(ahli politik PAS)meletakkan bagi semua umat islam haruslah di bicarakan di dalam makamah syariah, pada masa yang sama timbul pula persoalan2 seperti sekiranya kesalahan itu dilakukan bersama dengan bukan islam jadi macam perbicaraan itu akan dikasifikasikan??

      saya percaya kalau kita bertaya kepada2 ahli2 pas atau ahli dapster mereka tidak tahu “Taa’zir adalah hukum yang akan dijatuhkan oleh hakim berdasarkan budi bicara hakim” dan bagi mereka(ahli pas) hudud adalah 1 perkara yang tidak dapat di bahagi2kan sedangkan konteks hudud itu adalah dari perlbagai segi.

      kerana itulah ada sebahagian rakyat yang tidak yakin dengan unkapan pas “akan laksanakan hudud” kerana dari satu segi mereka sendiri masih tercari2 cara2 perlaksanaan dan kesan terhadap kehidupan rakyat seharian amnya. contohnya kita hanya melihat dari konteks mencuri jadi potong tangan, tapi bagaimana pula dengan memandu laju atau melintas jalan dari segi hudud bagaimanakah kita akan kategori kan kesalahan ini?

      berani kah pas mengeluarkan satu buku undang2 yang pasti mereka boleh ikut bagi pelaksanaan?

      adakah kerana kesangsian ini maka mereka(peyokong2 pakatan haram) layak melabelkan orang lain murtad dan kafir?

      dan bagi mereka ahli2 kitab ahli2 sarjana islam yang sekrang ini sendiri masih tercari2 lagi pengisian yang sesuai dalam konteks hudud ini?

      “Siapa sanggup memberi jaminan hukum hudud mengurangkan jenayah jika jenayah sama berterusan dilakukan di negara yang mengamalkan hukuman barbarik seperti rejam dengan batu itu?????”

      bagi mereka yang meyertai bersih 28 april hari itu dan bagi ambiga adakah anda akan memperjuangkan hak asasi manusia nanti??

  7. apa pun allah yang menjadikan manusia allah jua yang meletakan undang2nya allah maha mengetahui ……

Comments are closed.