Negara-negara paling selamat tiada hudud

October 5, 2011 at 1:47 pm 45 comments

Global Peace Index (GPI) telah menyiapkan laporan tahunan terbaru yang membandingkan tahap keamanan dan keselamatan negara-negara di dunia.

Warna hijau menunjukkan negara-negara paling aman dan warna merah yang paling kurang selamat serta kacau-bilau.

PALING AMAN PALING TIDAK AMAN

Di bawah ialah senarai negara-negara yang menduduki 10 tempat teratas dalam GPI 2011. Kesemuanya negara barat kecuali Jepun.

GPI dibentuk berdasarkan pencarian mengikut beberapa petunjuk, yakni (kurangnya) keganasan, (tiada) peperangan dan konflik dalaman, kadar jenayah, polis dan sekuriti, dsb.

Di bawah pula ialah kedudukan 20 negara Islam anggota OIC. Laporan GPI merangkumi 153 negara.

  • 108 – Turkmenistan
  • 109 – Uzbekistan
  • 114 – Kyrgyzstan
  • 116 – Syrian Arab Republic
  • 119 – Niger
  • 119 – Islamic Republic of Iran
  • 122 – Azerbaijan
  • 123 – Bahrain
  • 127 – Turkey
  • 129 – Algeria
  • 130 – Mauritania
  • 137 – Lebanon
  • 138 – Yemen
  • 141 – Chad
  • 143 – Libyan Arab Jamahiriya
  • 146 – Pakistan
  • 150 – Afghanistan
  • 151 – Sudan
  • 152 – Iraq
  • 153 – Somalia

Negara yang mengamalkan hudud ada juga berada di tempat tercorot.

Tidak hujan batu

Adakah kita di sini berasa selamat?

Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ialah setakat mana berleluasanya kejadian pembunuhan, kecurian, rompakan, penculikan, rogol, deraan/gangguan seksual, seksa anak, kekerasan dalam rumah tangga, pengedaran dadah, kemalangan jalanraya dan menyalahi undang-undang trafik serta sikap umum terhadap gejala keganasan.

Malaysia menduduki tempat ke-19 dalam GPI. Syabas. Rasa-rasanya wajar juga kita masuk bakul angkat sendiri, bukankah begitu?

Khalifah Celup seorang itu yang memburuk-burukkan negeri Johor dan gerombolan penyokong-penyokong tegarnya ialah jenis yang tidak tahu bersyukur.

Malaysia yang menghinggap pada tangga ke-19 GPI juga tidak seharusnya terikut-ikut negara yang mengamalkan hudud tetapi melarat.

Sebaliknya untuk menambah kesejahteraan hidup, kita harus melihat kepada ciri-ciri pembangunan Human Development Index (HDI).

Masyarakat maju

Negara-negara yang paling menyerlah dalam HDI tidak mengamalkan hudud.

Rakyat negara bagus HDI adalah mereka yang terpelajar, berpendapatan tinggi dan prihatin kepada persekitaran. Masyarakat yang beretika jarang-jarang menampakkan orang mencuri atau menipu.

Kesemua negara dalam Top 10 HDI adalah negara barat disusuli Jepun dan Korea pada tangga ke-11 dan 12.

Contoh pelaksanaan hudud

Di negara yang mengamalkan hudud, misalnya Republik Islam Afghanistan, terdapat laporan insiden di mana si tertuduh tidak diberikan apa-apa pertolongan kecemasan atau bantuan perubatan setelah tangan mereka dipotong. Tiga orang budak kampung yang berasal dari pedalaman hampir maut kerana pendarahan teruk selepas hukuman dijalankan.

Baca The International Herald Tribune: ‘The men whose hands were chopped off’ (May 24, 2010)

Tangan dan kaki yang dipotong tidak akan tumbuh balik.

Manakala di Republik Islam Iran, hukuman rejam dijatuhkan ke atas seorang remaja Azhar Bakri kerana dituduh berzina oleh suami yang dikahwininya pada usia 14 tahun. Seramai 11 orang lagi sedang menunggu hukuman rejam sampai mati dijalankan.

Baca Wall Street Journal: ‘Iran’s Medieval Justice System’ (July 16, 2010)

Gadis Afghan dipotong hidung: Kaum wanita tidak berstatus atau terlindung

Pemantauan yang dijalankan oleh badan-badan hak asasi antarabangsa mendapati bahawa kaum wanita akan lagi tertindas apabila ada hudud.

Human Rights Watch (HRW):

“In effect, the hudud laws have given legal sanction to biased social attitudes towards women, thus not only legitimating the oppression of women in the eyes of the state but also intensifying it: women who seek to deviate from prescribed social norms now may not only be subject to societal censure, but also to criminal penalties.” — (‘Double Jeopardy’, laporan kajian di Pakistan)

Amnesty International, sebuah lagi badan hak asasi menyatakan hukuman-hukuman hudud “are not in accordance with international legal standards for fair trial and pre-trial safeguards, as well as being blatantly discriminatory of women and girls”.

Contohnya, bagaimanakah kes qazaf Anwar Ibrahim terhadap Datuk T akan diadili dengan tanpa empat saksi lelaki Muslim tetapi jika dikemukakan bukti CCTV?

Seorang anak kehilangan ibu

Di Arab Saudi pula, seorang pembantu rumah pekerja Indonesia telah dipancung kepala dan mayatnya digantung dari helikopter untuk tontonan orangramai.

Ruyati binti Satubi yang didapati bersalah (menikam orang) sebenarnya telah didera dengan dashyat oleh majikannya sebelum itu tetapi sistem penghakiman Saudi amat memihak kepada warga Arab. Pernah ada kes bunuh di mana keterangan saksi bukan-Muslim tidak diterima mahkamah.

Baca AsiaNews: ‘After Ruyati’s beheading, Jakarta stops migrants from going to Saudi Arabia’ (June 24, 2011)

Carrot or stick?

Soalnya kita mahu pakai kaedah yang mana satu — memujuk atau menghukum dengan kejam untuk dibuat pengajaran?

Sekiranya sesebuah negara itu berjaya membekalkan penginapan dan kehidupan selesa serta memenuhi keperluan batin (kemuafakatan sosial dan ketenteraman fikiran), tidak payahlah rakyat ditakut-takutkan dengan larangan keras.

Rencana berkaitan:

Take beer ialah 80 sebatan di bawah hudud Kelantan

Manifesto Pakatan tidak terang-terang menegah hudud

Siapa yang sokong hudud?

About these ads

Entry filed under: Hudud. Tags: , , , , , .

Tweet Guan Eng berbunyi ‘juz like BN a typical thief’ Kaitan bola sepak dengan frying pan

45 Comments Add your own

  • 1. Anti Batu  |  October 5, 2011 at 3:34 pm

    Sila baca:

    http://mentalbondageinthenameofgod.wordpress.com/

    Reply
  • 2. Abi Qalam  |  October 5, 2011 at 4:15 pm

    Hi Helen,

    Rasanya posting berat macam ni tak ramai yang suka komen.

    Kedudukan Hudud, Qisas dan Takzir (hukum-hakam berkaitan jenayah @ jinayat) dalam islam adalah tak ubah seperti kedudukan kewajipan yang lain didalam islam. Ini kerana ia adalah perintah secara jelas dari Allah di dalam Al-Quran.

    Ya, saya adalah penyokong Hukum Hudud (sungguhpun saya adalah non-partisan) kerana ini adalah kewajipan bagi seorang islam. Jika tidak, aqidah sesorang islam itu berada didalam bahaya dan boleh jatuh menjadi kafir sekiranya yakin hukum ini adalah zalim. Padahal kekafiran itu adalah perkara yang terakhir yang keseluruhan umat islam mahukan.

    Jadi, persoalan yang berlegar di dalam UMNO-PAS adalah bukan kerana soal kedudukan Hudud, tetapi kaedah pelaksanaan. UMNO dan sesetengah ahli PAS menerima Hudud sebagai Hukum Allah, tetapi berpendapat tidak sesuai menjalankannya kerana perkongsian kuasa menyebabkan keadaan tidak memungkinkan pelaksanaannya.

    Soal kedudukan hukum dan kaedah pelaksanaan adalah 2 perkara berbeza. Walau bagaimanapun, adalah wajib berazam terhadap perlaksanaannya, sungguhpun ianya terlalu jauh untuk dicapai.

    Yang menjadikan kedudukan pelaksanaan Hudud tidak memungkinkan ianya dilaksanakan di Malaysia, secara terasnya adalah
    1- perbezaan nilai pada pandangan orang islam dan bukan islam terhadap kesalahan-kesalahan yang terkandung didalam Hudud dan
    2- nilai-nilai terhadap hukuman yang dikenakan. Hukumannya kelihatan sangat menggerunkan. Tapi memandangkan keimanan umat islam terhadap perintah Allah, biar gerun pun, maka kepatuhan itu wajib diberi.
    3- Pertindihan antara Undang-Undang Jenayah Sivil dan Undang-Undang Syariah dan
    4- Kekangan Perlembagaan.

    Maka, muncul pula isu keadilan.

    1- Sama ada Hudud itu wajar dilaksanakan terhadap umat islam sahaja atau kepada bukan islam. Prinsip keadilan memerlukan pelaksanaan itu terhadap kesemua rakyat. Namun, kaedah pelaksanaan Hudud di Arab Saudi atau Afghanistan bukanlah satu model pelaksanaan yang lengkap kerana terdapat kelemahan dari sudut penghakiman yang ketara.

    2- Hudud menegaskan kriteria yang sangat ketat terhadap pembuktian, dalam hal zina adalah 4 saksi yang dipercayai. Secara hakikinya untuk mengelak dari ketidak adilan berlaku, tapi kaedah pembuktian kes wanita yang dirogol, kedudukan 4 saksi itu tidak berkemungkinan untuk dikemukakan, maka adakah wanita itu akan di sabitkan qazaf? Jawapan saya adalah tidak semestinya. Ini kerana masyarakat tidak didedahkan secara adil terhadap kaedah pembuktian islam. Hudud hanya akan berjalan sekiranya berlaku 2 perkara iaitu 1) Pengakuan atau 2) Mendatangkan 4 saksi yang adil. Sekiranya kriteria itu tidak tercapai, maka hukuman hudud adalah secara automatik terbatal, tetapi akan diadili berdasarkan kaedah takzir yang mana hukumannya berdasarkan undang-undang pemerintah. Kes Anwar Ibrahim Vs Saiful mendedahkan bagaimana politik memanipulasi keadaan sehingga penyelewengan fakta berlaku sehingga kekeliruan terhadap Hudud terjadi.

    isu seterusnya ialah isu keutamaan
    1- Prinsip asas islam adalah Keadilan dan Rahmat. Ini juga adalah objektif utama pelaksanaan Hudud. Jika pelaksanaan Undang-Undang Hudud menimbulkan keadaan yang menggugat Keadilan sehingga mencemarkan keagungan Islam, maka adalah sebaiknya pelaksanaan itu digantung sementara. Rujuk kepada kisah Saidina Umar menggantung pelaksaan Hudud.

    2- Keamanan dan ketenteraman awam adalah merupakan satu keutamaan. Tidak capai objektif pelaksanaan Hudud, sekiranya negara kucar kacir dan porak peranda.

    3- Penginsafan dan bertaubat adalah sesuatu yang lebih digalakkan sebagaimana amalan RasuluLlah SAW.

    Untuk mereka yang bukan islam, kefahaman harus ada yang umat islam perlu mematuhi perintah Allah secara keseluruhannya. Termasuk didalam hal ini adalah Hukum Hudud, Qisas dan Takzir.

    Reply
    • 3. Helen Ang  |  October 5, 2011 at 5:39 pm

      Tuan,

      Saya faham yang sesetengah umat Islam menganggap hudud itu sebagai tuntutan agama supaya ia diadakan. Namun yang bakal membuat tafsiran hukum serta melaksanakan hukuman adalah manusia kerdil juga.

      Dan betul apa yang tuan katakan, iaitu kita harus menghayati “prinsip asas islam adalah Keadilan dan Rahmat” malah seorang kawan saya pun pernah memberitahu bahawa ayat yang paling banyak kali diulangi di dalam kitab Al-Quran (mendahului hampir setiap surah) ialah Bismillah-ur-rahmanir rahim — berkali-kali ditekankan sifat belas kasihan Tuhan.

      Hakikatnya negara Islam di serata dunia masih ketinggalan, terutamanya dalam sains & teknologi seperti kajian fizik, penerokaan angkasa lepas, perubatan, dsb. Bidang-bidang ini sedang berkembang dengan begitu pesat sekali dan dipelopori oleh ahli sains dan para pakar barat dan Asia Timur (Jepun, Korea, China).

      Jadi tidakkah mungkin ianya lebih baik jika pada masa ini lebih perhatian ditumpukan kepada usaha-usaha menaik taraf masyarakat Muslim supaya kita boleh berdiri sama tinggi dengan yang lain?

      Salam hormat.

      Reply
      • 4. Abi Qalam  |  October 5, 2011 at 9:14 pm

        Salam Helen,

        Pandangan anda benar dari sudut tafsiran dan pelaksanaan Undang-Undang yang akan dilaksanakan oleh insan-insan yang kerdil dan tertakluk kepada kelemahan dan kesilapan.

        Dan saya amat berterima kasih atas semangat ingatan kepada umat islam yang realitinya berada terkebelakang sama ada dari sudut ekonomi, teknologi dan kadang kala ketamadunannya. Biarpun dahulu semangat islam itu mencerahkan dunia kelam Eropah pada zaman kegemilangannya, namun itu adalah fakta sejarah yang patut menjadi pemacu kegemilangan berterusan, bukan candu pembangkit khayalan yang tidak realistik.

        Pada pandangan saya, dari sudut politik pun, Umat Melayu-Islam sangat terkebelakang dan tidak mampu menggunakan objektif politik dalam memacu kemajuan bangsa dan agama sendiri. Kecenderungan permusuhan politik yang dibawa menjadi kebencian peribadi adalah merupakan barah yang menghalang pencapaian objektif berpolitik.

        Saya fikir dalam soal Hudud, kebanyakan pemimpin baik didalam PAS, UMNO, para Ulama’ dan marhaen seluruhnya memang sangat sedar bahawa pelaksanaan Hudud itu bukan satu keutamaan sekarang. Cuma satu kekecewaan bagi saya, bahawa Hudud ini sewenangnya dijadikan alat mencapai objektif politik dengan memanipulasi syarat keimanan kepada Allah. Tambahan pula Undang-Undang Hudud yang digubal PAS Kelantan sangat dipersoalkan dari sudut ketepatan, keadilan dan kaedah pelaksanaan.

        Akhirnya, negara kita sendiri akan tenggelam dengan isu demi isu dan kontraversi akibat pelaksanaannya. Ini lagi akan mengundang prasangka buruk daripada orang-orang bukan islam terhadap Hudud ini.

        Terlalu banyak isu Melayu-Islam perlu ditangani yang lebih aula (utama) dari pelaksanaan Hudud. Kerana pada saya, kekuatan Melayu-Islamlah yang menjamin kestabilan negara ini kerana kemajoritian Melayu-Islam akan memberi kesan langsung kepada sosio-ekonomi masyarakat seluruhnya.

        Reply
      • 5. mohd khir  |  February 25, 2013 at 4:02 pm

        kak helen, kita di dalam dunia nie adalah satu ujian yang akan kita hadapi. syaitan sentiasa mahu merosakkan manusia di setiap sudut dalam hati kita sekiranya kita kurang ilmu dalam agama. syaitan takut pada agama islam kerana agama islam adalah agama yg benar.

        pengikut2 syaitan adalah berbangsa yahudi, mereka nie sentiasa inginkan manusia dalam keadaan kerosakan dan kesesatan. sejak pada abad zaman nabi hinggalah zaman sekarang mereka mahu mengumpul ahli2 manusia yg dalam kerosakan dan kesesatan yang bakal menjadi penghuni neraka bersama dgn syaitan.

        Reply
        • 6. mohd khir  |  February 25, 2013 at 4:25 pm

          keturunan bani israel yang baik yang menjadi pesuruh ALLAH iaitu Nabi Ishak(isaac), Nabi Yaakob(jacob), Nabi Sulaiman(solomon), Nabi Musa(moses), Nabi Daud(david), Nabi Isa(jesus) dll, tujuan Allah mengutuskan Nabi2 tersebut adalah utk memimpin bangsa yahudi supaya ikut jalan yang benar dan menyembah satu tuhan iaitu ALLAH. Kak Helen belajar sejarah islam drpd mana2 ustazah.

          Reply
          • 7. Helen Ang  |  February 25, 2013 at 4:41 pm

            Kenapa nama-nama nabi berikut Nabi Yaakob(jacob), Nabi Sulaiman(solomon), Nabi Daud(david) agak mirip tetapi Nabi ‘Isa’ bunyinya tidak berapa dekat Jesus?

            “Yesus” lebih tepat?

            Reply
      • 8. MatBom  |  April 21, 2013 at 8:00 pm

        Dunia islam telah terlebih maju dari yg bukan islam dalam penerokaan bidang sains dan matematik yg membangunkan teknology.. baca sejarah.. namum.. penjajahan demi penjajahan.di lakukan ugama lain telah terhadap islam.telah memundurkan islam… kini negara islam kembali bangkit.. sila baca sejarah.. dan kini islam dimalaysia tak susah susah.. apa yg diingini semua disediakan oleh agama lain.. islam dimalaysia perlu menyediakan duit sahaja.. semua disediakan oleh ugama lain

        alang kah mudah nya jadi org islam… islam malaysia x mahu yg susah susah…yg senang sahaja.. nk makan.. kedai achong ada barang.. mahu roti chanai.. kedai mamak ke bala le ada sediakan.. dulu mau kereta.. tan chong moto ada suply..a pa lagi suma ada yg disediakan oleh org yg berugama bukan islam.. dan islam.. penyumbang ekonomi terbesar di malaysia dan dunia.. dan bangsa ugama lain hanya menumpang menjana ekonomi dari orang islam.. cuba perhati dan fikir dan tengok apa yang berlaku sebenarnya dengan halus.. ugama lain mencari alasan bagaimana nak mengambil hak islam…

        contoh minyak.. sistem rumahtangga org islam sukses.. ugama lain cemburu.. di buat segala macam untuk merosakan aqidah islam supaya hancur… negara china dulu dihancur oleh bangsa lain yg cemburu… dengan menggunakan chandu.. dinamakan perang chandu.. dan diguna pakai dimalaysia oleh bangsa lain dimalaysia.. iaitu heroin.. morfin.. untuk merosakan org islam… baca sejarah.

        Reply
    • 9. dunngumalaysia  |  October 5, 2011 at 11:00 pm

      akidah tergugat la !!! mudah keliru al ???? apa hal dengan melayu islam malaysia ni ???? otak apa dalam batu ke ??? orang maju ke hadapan ke hidupan prithatin manusia le bodoh !!! ni nak balik zaman batu pulak ??? bodoh haprak betul le jenis ni !!!!

      Reply
      • 10. zz  |  October 6, 2011 at 7:21 am

        adik dah sunat ? kerja sekolah dah siap ?

        Reply
  • 11. nur i  |  October 6, 2011 at 1:45 am

    askum…hihi apa nth…yakin allah 2 ada,yakinlah akan rahmatnya, mslah yakin dan keimanan lah nie yang jd mcm2… islam tu brjalan dengan iman.. islam melayu tgk global kononnyer….cuba tengok sahabat nabi kita yakin dengan nur islam hingga snggup gadai harta,life sebab tu dapat rahmat dan kejayaan sampai jd org2 hebat dalam dunia…tepuk dada tnya iman….yakinlah dengannyer bukan mulut jer cintailah dengan kasih sayang…serang dengan kasih sayang lagi hebat dr serangn bedilan bom3 atom..itu lah sahabt2 nabi kita amalkn…apa yg kita nak dalam hidup? raking? pujaan?glemor?emmmm…?

    Reply
    • 12. akubas  |  October 6, 2011 at 4:23 pm

      “serang dengan kasih sayang lagi hebat dr serangn bedilan bom3 atom..itu lah sahabt2 nabi kita amalkn”

      Zaman kegemilangan Islam diwarnai dengan perkembangan teknologi dan pengetahuan seperti yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Islam tidak semata-mata berkaitan dengan iman. Perlu diingat Islam berkembang dengan cara berfikir. Keimanan ttang ketuhanan seperti yg saudari/a ckap diatas adalah benar. Islam melarang umatnya meminta mukjizat dari nabi sebagai bukti ketuhanan. Islam juga mahu umatnya bertawakal kepada tuhan. Tetapi ini semua bukan dengan tawakal semata-mata. Tawakal mesti didahului dengan usaha.

      Malahan surah pertama yg diwahyukan kpd nabi muhammad s.a.w. intipatinya menyeru kepada perkembangan pengetahuan.

      Saya setuju dengan komen saudara abi qalam. Bagi umat islam hudud adalah sebahagian aqidah. Tetapi hakikatnya kelompok manusia di muka bumi telah merosakkan erti perundangan islam sebenar.

      Konsep hudud yg berasaskan saksi tidak bermakna tanpa saksi tertuduh adalah tidak bersalah. Terdapat konsep takzir didalam perundangan islam yg meletakkan kuasa penghakiman dibawah budi bicara pemerintah (yakni hakim). Prosiding takzir boleh sahaja dilaksanakan sebagaimana prosiding perundangan yg se’afdal’nya. Hukuman jenayah dibawah takzir adalah tidak seberat hudud, yakni hukuman sepertimana; mungkin seperti ‘Penal Code’ yg sedia ada.

      Pemahaman negara2 islam ratanya amat mengejutkan. Konsep perundangan hudud sepertimana yg dibincangkan di medan2 ilmiah tidak dapat dilihat dikebanyakan negara islam yg melaksanakan hudud.

      Iran umpamanya telah beberapa kali dikecam kerana menjatuhkan hukuman walaupun ketika bukti tidak jelas menunjukkan tertuduh benar2 pasti bersalah. Malah ada ketika hukuman hudud yg dijatuhkan ditarik balik.

      Perkara yg lebih utama dari semua yg dibincang diatas, adakah kita telah siapsiaga untuk melaksanakan hudud. Adakah rakyat telah mengetahui sedalam-dalamnya mengenai perundangan hudud dan hukumannya.

      Sebagai contoh, dalam kes kartika, hukuman ditarik balik setelah dinyatakan yg saudari kartika didapati bersalah. Sebelum arahan tarik balik dikeluarkan, terdapat isu mengatakan tentang berat sebatan yg diterima adalah tidak seberat perundangan sekular.

      Persoalannya, mengapa perlu tunggu sehingga isu timbul baru mengeluarkan informasi berkenaan dengan perkara itu. Mengapa tidak usaha memaklumkan tersebut dilakukan lebih awal.

      Reply
  • 13. converttestmel  |  October 6, 2011 at 11:16 pm

    Apa kabar saudari Helen,

    Saya juga ada baca tentang GPI 2011 itu. Tapi anda dah baca kan 23 indicator dia? Patut anda dapat lihat indicator itu bersifat “high level”, secara umum untuk persamaan yang ada dalam semua negara. Itupun ada indicator yg boleh dipertikai terutamanya “ongoing domestic & international conflict ” kerana ada negara di senarai bawahan, konflik yg terjadi itu adalah tempias dari negara jiran saja.

    Anda mungkin perlu melihat lebih terperinci, contohnya untuk bahagian jenayah saja, maka anda dapat tahu kajian menunjukkan Malaysia dan negara lain yang tidak mengamalkan hudud juga berada di senarai “teruk”… (http://www.nationmaster.com/index.php)

    Reply
  • 14. jue  |  October 12, 2011 at 9:46 am

    Ini kerana di negara yang paling selamat itu tidak mengatakan berzina (adultery) , seks luar nikah (extra marital affair ) , minum arak, berjudi dan lain-lain yang agama saya (Islam) kelaskan sebagai jenayah diangap bukan jenayah di Negar-negara tersebut sedangkan dalam agama saya benda-benda tu adalah jenayah…

    Reply
  • 15. jibam  |  October 16, 2011 at 8:54 pm

    http://adukataruna.blogspot.com/2011/10/negara-pengamal-hudud-paling-tak.html

    _______________________________________________________

    Ok, terima kasih. Saya bersetuju GPI bukannya pengukur mutlak namun saya percaya ia mampu memberikan kita sedikit sebanyak petanda. Nanti saya akan bincangkan dengan lebih lanjut. — Helen

    Reply
  • 16. Ta Acu  |  December 9, 2011 at 9:03 pm

    Hi Helen,anda juga boleh brkenalan dgn Dr Asri Zainul Abidin.Beliau kini adalah Visiting Fellow OXIS,Oxford UK.Beliau ada banyak rakan bukan muslim yg sering menjadikannya rujukan tentang Islam.Anda boleh lawat laman webnya ‘Minda Tajdid’.Ini salah satu contoh artikel dari laman webnya bertajuk ‘Hudud dan gambaran salah’.

    Reply
  • 17. Ta Acu  |  December 9, 2011 at 9:04 pm

    http://drmaza.com/home/?p=1624 – Hudud dan gambaran salah..’

    Reply
  • 18. Ta Acu  |  December 9, 2011 at 9:23 pm

    Antara Islam dan ‘Negara Islam’… http://drmaza.com/home/?p=1695#more-1695 – Minda Tajdid.Dr Mohd Asri.
    ______________________________________________________________________________________________

    Terima kasih. Saya pun ada buku Dr Maza tetapi seperti biasalah … kesuntukan masa untuk membaca. Pada hemat saya, beliau seorang pemikir progresif yang amat ‘berdikari’. — Helen

    Reply
  • 19. Ta Acu  |  December 12, 2011 at 11:27 pm

    Itulah kesilapan anda.anda menyenaraikan beberapa kelemahan hukum syariah (yg entah dikutip dari mana – malah sempat pula membacanya) lalu menamakannya sbg ‘inilah syariah’.sedangkan anda tidak mengambil dari sumber berauthoriti seperti Dr Asri.Sbg contoh,dalam kes mangsa rogol perlu mengemukakan 4 orang saksi..nah ini linknya.http://drmaza.com/home/?p=319
    ________________________________________________________________________________

    Sumbernya Prof Mohammad Hashim Kamali — disebut dalam posting ini. Cuba Google siapa beliau. — Helen

    Reply
  • 20. Ta Acu  |  December 12, 2011 at 11:39 pm

    Berkenaan kes video seks Anwar Ibrahim,anda tidak boleh dengar ‘orang politik’ bercakap,mereka akan memangsakan agama utk kepentingan masing2.dengarlah dari org yg tidak berkepentingan.ini jwpn dari seorang peguambela syariah.sila luangkan masa baca utk jernihkan kefahaman…http://mizico.blogspot.com/2011/04/kebolehterimaan-rakaman-video-sebagai.html

    Reply
  • 21. Ta Acu  |  December 13, 2011 at 12:07 am

    Berkenaan kegagalan dan ketidak adilan pelaksanaan undang-undang syariah di Afghanistan,Pakistan,Somalia dan sbgnya,saya ingin bertanya,apakah ada dalam dunia ini sejarah agama yg mempunyai satu tafsiran/sehala.Jwpnnya tidak.ada yg literal,konservatif dan liberal.Sejarah kristian memperlihatkn kekejaman gereja katolik terhadap tokoh reformis protestan dalam ‘memelihara’ dogma agama yg dipegangnya.Byk lg cth yg boleh saya ambil,namun isu agama adalah sensitif dan mengguris perasaan penganut lain.namun kesimpulannya,TIADA agama yg terselamat dari mempunyai tafsiran pelbagai terutama golongan FUNDAMENTALIS dan kelompok berfikiran sempit/jumud dalam agama.(pssst hukuman memotong hidung manusia bukan dari ajaran Islam tapi sebenarnya dari ajaran sesat kehkeh…)

    Reply
  • 22. Ta Acu  |  December 13, 2011 at 12:09 am

    Antara ‘Murtad’ dan bandar Oxford – http://drmaza.com/home/?p=1644.

    Reply
  • 23. Ta Acu  |  December 14, 2011 at 11:12 pm

    Hukuman rejam sampai mati untuk berzina ada dalam Bible.Saya tidak pasti anda seorang penganut Kristian atau tidak,(kerana ramai kwn cina saya nama saja kebaratan tapi beragama budha atau tiada agama).Tetapi sekiranya anda seorang Kristian,bermakna anda menolak ayat2 Tuhan anda sendiri.Ini linknya – http://www.sabda.org/sabdaweb/bible/chapter/?b=5&c=22&version=tb&lang=english&theme=clearsky [Revised Standard Version of the Bible, Old Testament (Kitab Perjanjian Lama), Deuteronomy(Ulangan), Chapter (Bab) 22, Verse (Ayat): 22-24]
    _________________________________________________________________________________________

    Sudah berkali-kali saya menjelaskan saya bukan Kristian. Sila baca Komen # 2 (Ogos 14, 1.30pm).

    Reply
  • 24. Ta Acu  |  December 15, 2011 at 12:11 am

    Maaf ya,saya baru ‘berkenalan’ degn blog awak ni.itu pun secara tak sengaja tersenarai dalam google search.lain dicari…lain yg jumpa. :),walau apapun,saya menghormati kebebasan bersuara dalam negara demokrasi asalkan tidak meruncingkan salahfhm dan mencetuskn huru hara.

    Reply
  • 25. samsudin  |  February 27, 2012 at 2:14 am

    ummm. no komen, hanya ungkapan SUBHANALLAH untuk anda semua.

    Reply
  • 26. pemimpin mukminin  |  March 23, 2012 at 12:28 pm

    Pada saya, segala undang2 di dunia ini telah ditakdirkan oleh allah, digerakkannya kita menulis undang2 penjara 2 bulan ke atas pencuri, bunyi seperti undang2 manusia, tetapi apa yg dilalui oleh si pencuri ditontoni oleh kita yg berfikir, maka timbullah rasa insaf. oleh itu hukuman hudud jgn dikejar, perbetulkn diri masing2. dan pada umat islam sekarang KENAL ALLAH dan TAHU ALLAH adalah 2 perkara berbeza~ Jadi pertama sekali carilah siapa diri kita dahulu kerana allah sentiasa berada bersama kita, Ulama, ustaz, dan guru2 hanya objek disekeliling seperti pemangkin untuk kita berfikir jgn kita angkatnya level seperti malaikat. hormat dn berterima kasih sudah mencukupi. ingt Al-quran, injil, taurad dan segala jenis fahaman juga diciptakn oleh Allah. kekuatan islam bukan pada Al-quran, hudud atau Sembahyang 5 waktu. tapi pada penganutnya. Manusia sentiasa bercabang pemikirannya tidak ada yg sama itulah kekuasaanNYa ada kata A ada kata B, sebab tu kita kena redha. aku buat ni betul ke tak? redha! berserah, insyaallah akan selamat! x payah hudud pon x pe. Jika mengenal Allah menyanyangiNya dan menaik saksi akan Kekuasaannya hebatnya anda lebih dari seorang islam tidak kira anda dari pelusuk mana atau agama apa Sesunggunya Allah Maha Adil maha penyanyang lagi Maha Mengasihani. Kalau takut cepat pelukNya. Pasti selamat insyaallah

    Reply
    • 27. aku yg kerdil dccNYA  |  September 18, 2012 at 4:20 pm

      Hukum Hudud itu Perintah Allah! Setiap Muslim wajib taat dan akur padanya!

      Bismillahirrahmanirrahim!
      Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang!

      Hukum Hudud adalah perintah Allahu Ta’ala, Tuhan Semesta Alam yang Maha Adil dan Maha Bijaksana, Maha Pencipta dan Ia Maha Mengetahui akan segala sesuatu merangkumi sekelian alam, baik yang zahir mahupun yang batin!

      Tidak ada kuasa selain dari Allahu Rabbul Alamin!

      Dewasa ini sudah kembali semula diperbicarakan samada Hukum Hudud Allah ini sesuai ke tidak dilaksanakan didalam negara ini @ Mamluk al Malaisie oleh mereka yang kononnya adalah pemerintah Muslim dan berkuasa ke atas segala urusan manusia yang hidup bernaung sementara baik di Semenanjung Tanah Melayu ini mahupun di Sabah dan Sarawak!

      Terus terang saya katakan disini bahawa barangsiapa yang berperanan selaku seorang pemerintah dikalangan manusia yang mengaku dirinya beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai hambaNya dan bersumpah bahawa Nabi Muhammad ibni Abdullah Sallalahu Alaihi Wassallam adalah Rasul Allahu Ta’ala yang Teragung dan Terakhir diutuskan kepada sekelian alam, maka wajib keatasnya menunaikan tugas dan tanggungjawabnya selaku Khalifah Allahu Rabbi untuk menegakkan Hudud Allah tanpa sebarang alasan lagi!!!

      Terlaknatlah keatas sesiapa sahaja pemerintah dikalangan orang orang Islam yang cuba untuk memperlekehkan atau menghalang pelaksanaan Hukum Hudud Allah tak kiralah samada ianya bergelar seorang Sultan atau Perdana Menteri apatah lagi jika ianya bergelar sebagai KETUA AGAMA ISLAM tetapi pada hakikatnya TIDAK ADA SEDIKIT PUN HASRAT untuk melaksanakan tugas yang teramat penting selama berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya beragama Islam!!!

      Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman didalam Surah An Nur ayat ke 2 :

      Transliteration

      Azzaniyatu wazzaneefajlidoo kulla wahidin minhuma mi-atajaldatin wala ta/khuthkum bihima ra/fatunfee deeni Allahi in kuntum tu/minoona billahiwalyawmi al-akhiri walyashhad AAathabahumata-ifatun mina almu/mineen
      Sahih International

      The [unmarried] woman or [unmarried] man found guilty of sexual intercourse – lash each one of them with a hundred lashes, and do not be taken by pity for them in the religion of Allah , if you should believe in Allah and the Last Day. And let a group of the believers witness their punishment.
      Malay

      Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

      Reply
  • 28. EDISON  |  May 10, 2012 at 5:24 pm

    kenapa ya islam mengamalkan ajaran yang kejam?..

    Reply
    • 29. mohd khir  |  February 25, 2013 at 2:43 pm

      Islam tak kejam. Islam mengajar manusia supaya berkelakuan moral yang baik dan berdisiplin. siapa yang tak mahu belajar mengenai agama islam walau pun mereka itu adalah orang islam sendiri, mereka adalah terdiri dari golongan yang rugi..

      Reply
  • 30. zulhie  |  July 1, 2012 at 10:47 am

    tdk, Islam tdk mengamalkan ajaran yg kejam. meggntung mayat di helikopter bknlh cara hukum hudud, menghukum pesalah dan biarkannya terseksa kesakitan bknnya jg hukum hudud. Islam ialah agama yang memberi belas kasihan dan Islam bknnya pengganas,..sbb Islam d Dunia ni bknnya satu hala tetapi .ada yg literal, konservatif dan liberal. tp Islam yg mengikut Perintah Allah dan Sunnah ialah Islam yang betul.. :D

    Reply
  • 31. Saleh  |  July 28, 2012 at 3:44 pm

    Puan Helen yg sy respect :D

    Saya X SOKONG hukum hudud.. sbgmana yg Iran, Pkistan, Afghanistan jlnkn..

    Saya SOKONG hukum hudud secara Islam yg tulen.. :D

    Stakat yg saya tau, Islam ni x paksa utk jlnkn hudud kpd non muslim.. hudud jgak bukanla hukuman yg bleh dibuat scara sbrangan..

    Bahkn apabila negara Islam brjaya didirikan, pemerintah x boleh tergesa2 utk trus mnjlnkan hudud tnpa memberi tempoh pnerangan kpd rkyt ttg apa itu hudud..

    Kita x mahu jdkan negara2 sprti Iran, Pakistan sbg model kita dlm prlksanaan hudud. Utk pngetahuan Puan, depa bukannya jlnkn hudud sprti yg dikehendaki agama. Iran jgak — dikongkong fhmn Syiah yg mnyeleweng dari ajaran Islam sbnar.. dipenuhi ekstrimisme

    Yg jd mngsanya.. imej Islam.. Bkan agama Islam yg salah.. tp kbnykn pnganutnya yg salah memahaminya

    Pemerintah jugak x boleh laksanakn hudud klu keadaan belum bnar2 kondusif.. Misalnya, krajaan nk jlnkan hukuman kpd pncuri scara hkum syarak, tp sygnya kmiskinan msih brleluasa.. maka spatutnya krajaan merangka dahulu plan utk membasmi kemiskinan.. laksanakannya.. barula mlaksanakn hudud… jgn biarkan ada ruang2 yg mendesak org utk melakukan jenayah.. Yg ni baru btul2 Ho Liau..

    Hudud ni adalah hkuman utk org yg bnar2 jht & bnar2 melakukan jenayah tnpa sbb yg munasabah
    Sbg cth, klu ada org miskin yg mncuri sbb dia trdesak, dia x perlu dipotong tgn.. mungkin dia akan dibntu dari segi hidupnya & boleh dibacarakan di bwh undang2 takzir (perbicaraan)

    Tp klu dgn slambanya dia mncuri.. (dlm Islam mencuri bermaksud mengambil barang YG TERSIMPAN secara senyap2 tnpa pengetahuan & keizinan tuannya) sdgkn dia x miskin, smpai kadar brg curian (maybe ttg kadar tu pihak brkuasa yg tentukan, maybe stelah majlis fatwa cthnya, kadar trsebut RM 10 000).. ada plak 2 org saksi yg adil , ada plak qarinah (bukti2 skongan, cthnya CCTV) dia bleh dibawa ke mahkamah

    Cuba puan bygkn, pnat2 puan saving drpd hasil perniagaan utk anak2 puan.. nk hntar blaja ke UK, Australia.. tetiba pncuri pecah msuk & ambil duit puan.. wahaha.. klu sy pun mnangis x brlagu woo.. jht itu pencuri

    Saksi tu plak knyataannya x bleh sling brcanggah.. depa kna bg hujah yg munasabah ttg masa kejadian, bukti qarinah (apa2 bukti yg relevan cthnya CCTV, cap jari misalan)…

    Ok, wanita yg kena rogol.. wlaupun xde saksi, tp ada qarinah ( cthnya CCTV, cap jari, air mani, DNA test, kesan2 cdera pd alat sulit).. bleh dihukum progol tu dgn hukuman bunuh..

    Msti org kata “zalimnya.. ksian si progol tu..” Habis, bgmana dgn maruah wanita itu seumur hdupnya?? Nmpak.. Islam syg btul kpd wanita. Kasi gerun skit kpd “bakal2″ perogol.. baru depa cuak.. Kt Msia ni hny stakat hukuman pnjara & 20 kali sebat saja… Aiyoyo.. klu ni mcm depa xkn serik la..

    Sy syorkan puan Helena brtny trus kpd Dr Asri Zainal Abidin, dia lbih arif dari sy.. Puan.. jgn kata puan sj x stuju dgn cara hukum hudud yg dilksanakn Iran, Pakistan.. dll.. sy 10 kali ganda x stuju dgn cara depa yg trburu2 & efisyen.

    —-Tulus ikhlas dari hati—-

    Reply
  • 32. Mazmin Korib  |  August 30, 2012 at 12:08 am

    Apa pun saya cuma nak komen iaitu macam mana nak mengatasi supaya pencuri tidak bermaharaja lela di kg saya. Ada saorang pencuri dihukum penjara 2 thn, tamat hukuman balik kampung nampak gemuk sikit tp warna kulit agak gelap.

    Belum sampai seminggu di Kg sudah mencuri buah petai kebun jiran saya, dan tak serik masuk penjara. Lagi cerita curi selalu sangat berlaku bila musim buah, ternakan kambing dan pecah rumah. Harta kita terpaksa dijaga 24 jam. Mana boleh tahan macam ni.

    _________________________________________________________________________________________________________________________

    Saya pun mangsa kecurian beg, tapi saya tak nak si pencuri dipotong tangan. — Helen

    Reply
    • 33. Azim Yahaya  |  October 7, 2012 at 11:07 pm

      setiap agama ada ajarannya, dalam islam hudud, ta’zir, qisas adalah boleh diibaratkan sebahagian dari akidah terutamanya hudud kerna ia jelas termaktub dalam kitab suci umat Islam yakni al-quran, bukanlah hukum2 dalam Islam itu satu keganasan bahkan hukum2 yang terdapat dalam Islam itu adalah kunci kepada kebahagiaan umat manusia, ..bukankah Allah itu lebih memahami apa yang layak buat hamba-hambanya??

      sebagai contoh, hukuman bagi mencuri ialah potong tangan, orang yang dicuri boleh membuat pilihan sama ada mahu sipencuri dipotong tangannya ataupun dibayar dengan nilai setimpal. dan didalam Islam juga hudud dll disebuit sebagai hak terhadap orang yang dianiaya dan hak kepada sipenganiaya,..

      Jika seseorang itu membunuh, menurut Islam sipembunuh mesti dihukum pancung (ini adalah hak kepada sipembunuh), namun sekiranya sipembunuh dihukum tembak, kerusi elektrik, gantung atau suntikan racun ini bukan hak yang sepatutnya. pemerintah Islam yg tidak memberikan hak kepada sipembunuh (dipancung) akan dipersoalkan kelak. meskipun pancung atau gantung dilihat seperti satu aspek yg sama iaitu sipembunuh tetap dibunuh.

      hukum potong tangan bagi mereka yang mencuri. ini dapat mengelakkan drpda terjadinya kes-kes kecurian. hukuman penjara atau denda tidak dapat menyelesaikannya kerana kita sendiri tahu kebanyakkan drpd mereka yg dipenjara bila keluar mereka akan mencuri semula. namun seperti tdi, tindakan keatas sipencuri adalah tertakluk kepada org yg dicuri.

      undang-undang Islam tegasnya adalah satu hak antara Allah dan hamba-hambanya yang mesti diperjuangkan oleh umat Islam.

      tegasnya, undang2 atau hukum2 Islam bukan suatu keganasan atau kekejaman seperti yg digembar-gemburkan. bahkan tidak perlu non-muslim untuk menakutinya, anda tidak terlibat.

      bagi kami agama kami dan bagi kamu agama kamu.

      Akidah(pegangan) kami sebagai umat Islam sewajibnya kami jaga.

      Ya Allah, adakah aku talah sampaikan? engkau saksikanlah.

      Tuntasnya, ini adalah satu hak yg mesti dan wajib ditunaikan. wallahu’alam.

      #apapun keprihatinan saudari Helen amat dihargai kerana kebanyakan drpd negara Islam yg saudari sebutkan tidak mengamalkan hukum yg sebenar seperti Iran (bermazhab syi’ah) yg jauh menyimpang dari ajaran Islam…

      Reply
  • 34. norhisham  |  December 10, 2012 at 3:21 am

    assalammualaikum dan salam persahabatan…..

    hukum hudud ini adalah hukum yang mutlak dari allah swt bagi hamba allah swt yang beragama islam. semestinya kita adalah umat yang beragama islam dan sebagai orang islam wajib menjalankan hukum allah swt….seperti mana yang terkandung didalam hukum hudud diantaranya ialah direjam, sebat, potong tangan dan sebagainya disebabkan kegagalan manusia memenuhi syariat islam…

    dengan itu juga sekiranya kita beriman serta yakin kepada allah swt bersama yakin dan taat kepada rukun iman yang ke-6 iaitu beriman berserta yakin sepenuhnya kepada hari kiamat yang semestinya akan muncul bila sampai waktunya. seperti mana yang kita tahu pada hari kiamat semua manusia akan mengadap serta bertemu dihadapan allah swt untuk diperhitungkan segala amal ketika hidup didunia…oleh itu kebaikan bagi hambanya yang soleh dan solehah adalah baik disisinya, manakala yang berdosa amatlah buruk azabnya……sesungguhnya azab di alam barzakh amat berlipat kali ganda beratnya daripada di alam dunia….

    dengan ini termaktub nya hukum hudud ini adalah sebagai bukti-bukti hukuman serta pengajaran kepada umat yang berpegang kepada islam dapat membezakan diantara yang sifat-sifat yang mazmumah dan mahmudah……mana yang terbaik itu datangnya dari allah swt dan daripada mana yang lemah itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri……wallahualam bil sawwab

    Reply
    • 35. Shamshul anuar  |  December 13, 2012 at 4:59 pm

      Norhisham,

      Terimakasih. Itu semua orang islam dah tahu. Apa tindakan selanjutnya? Kalau ikut cara PAS< lagi lama lagi orang tolak sebab mereka tak percayakan PAS< bukan hukum Islam.

      Setakat bercakap hukum hudud adalah hukum mutlak, anak saya yang berusia 8 tahun pun boleh kata demikian. apa perancangan kita kerarah itu.

      Reply
  • 36. raihana nadira nazri  |  December 13, 2012 at 12:26 pm

    Hudud wajar dijalankan. Semua msyrakat khususnya umat islam tidak mengira parti mesti saling menyokong dan bersatu untuk melaksanakannya.. Jika tidak, .. bukan shj pemerintah, kita juga akan dipersoalkan kelak..

    Reply
    • 37. Helen Ang  |  December 13, 2012 at 12:28 pm

      Boleh.

      Dalam hal ini, DAP wajar menunjukkan kepimpinan melalui teladan. Hudud Untuk Semua!

      Reply
  • 38. marhaeman  |  December 13, 2012 at 1:25 pm

    Pembangkang terlalu berfikir bahawa semua yang pemerintah buat adalah tidak elok untuk mereka. Makanya dalam konteks apa jua perundangan baru, apakah pembangkang akan menyokong pelaksaannya terutama hudud? Kalau kamera AES kena vandalisme, tidakkah lain-lain penguatkuasaan akan menerima nasib yang sama? Justeru mindset pembangkang perlu diperbetulkan sebelum kita berharap sesuatu yang baru dapat dilaksanakan.

    Reply
  • 39. yoyo  |  March 14, 2013 at 3:36 pm

    bincang jer pasal hukum hudud mesti nak kaitkan ngan politik…..(x dew otak kew).. umat islam nak menegakkan hukum allah knape msti dtentang…klu agama 2 islam !!!!!! ikutlah care islam…..ikutlah ajran islam…..ikutlah undang-undang islam……… knape mesti nak mmprtikaikan undang2 yang allah cipta !kpde umat islam yg mngatakan undang2 islam ni x releven…… konfem2 la mnntang hukum allah….. sebagai umat islam kite tahu bhawa allah 2 maha bijaksana! klu KORANG 2 BIJAK SANGAT….power sangt korang wat la dunia sendiri! wat undang2 sendiri (eleh… bkn korang mampu pon) ha ha pas2 wat blog cri fakta pasl hukum hudud ni x adil! ak rse undang2 skrg lagi banyk ketidak adilan nyer! ak x tau la knape blog nie kutuk sgt hudud! mgkin bkan org islam kot! pas2 dew la plak kan hamba2 allah nie yg mngaitkan hal agama nie ngan politik…… wat pew kita pkir pasal bnde2 2 smua! korang pkir kite bleh wat hukum hudud kat malaysia just jumpe najib ckp kat die jom wat hukum hudud…kpala otak hang la! klu mcm 2 50 tahun lpas hukum hudud dah adew da kat malaysia! klu korang sokong sngt krajaan pon jngn la smpai korang tolak hukum allah! ak pon bnyak wat dose lg bnyak dari korng! ak pon tkut ngan hukum hudud….. sbb tkut la mghidrkan kite dari wat maksiat! kite ingat allah…. klo korang x nak sokong pas pon jngn la ckp hudud 2 x releven! ak ni bkn la pndai sngt pon…. tpi kpada org yg pndai jngn la gune kebijaksanaan korang 2 mncri kelemahan hudud nie seolah-olah korang mncri kelemahan allah! klu korang blajar btol2 pasl hukum hudud nie korang akan tahu mcm mne syart2 hudud nie! pew gune isyitihar kan malaysia nie negara islam! klu hukum islam x dijalankan sepenuh nyer! klu korang pkir kan sngt psal UMNO yg tolong melayu dulu….korng pkir klu allah x izikan wujudkew UMNO skrg… klu orang bkan islam nak mnntg x pew la jugak kan! nie org islam…pew citer nie! sekian………

    Reply
  • 40. mfma  |  April 21, 2013 at 10:15 pm

    I think that Prof Tariq Ramadan provide a sensible suggestion to contemporary Islamic world regarding the issue of Hudud.

    http://www.tariqramadan.com/spip.php?article264&lang=fr

    Reply
  • 41. SHASHA  |  December 12, 2013 at 11:23 am

    assalam,

    suka atau tidak hudud adalah hukum Allah SWT yang perlu kita laksanakan…tabik spring pada brunei darrussalam yang berani menegakkan agama Allah…sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran….kita perlulah mengkaji dan terus mengkaji cara dan sistem perlaksaan hudud yang betul, tepat dan efficient yang boleh digunapakai dan dilaksanakan.

    tak salah buat aper nak takut…

    berani kerana benar…takut kerana salah…

    Reply
    • 42. Helen Ang  |  December 12, 2013 at 11:49 am

      Betulkah hukuman sebat, potong tangan dan pancung itu ada disebut dalam buku Al-Quran?

      Reply
  • 43. Shasha  |  April 23, 2014 at 2:08 pm

    Perlu bertanya kepada yang arif bab islamic Law… bukan saudari Helen Ang bukan kenyataan sebarangan. Insha Allah Saudari Ang akan nampak keindahannya

    Reply
  • 45. King  |  July 18, 2014 at 5:24 pm

    Inilah akibatnya Hudud yg terhad dicampur dgn sistem sekular. Sekiranya Hudud dilaksanakan dgn sepenuhnya, tiada tiada kes2 seperti ini berlaku.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,714,794 hits

Kalender

October 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: