Apa kandungan ucapan bahasa Cina Lim Guan Eng di Han Chiang?

October 9, 2011 at 1:08 am 9 comments

Pada Okt 3, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dipetik Bernama sebagai berkata beliau kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang.

Pada hari yang sama  juga, klip video (di bawah) dimuat turunkan ke YouTube oleh pejabat ketua menteri Pulau Pinang.

Nyata bahawa video ini disunting oleh seorang pegawai dari bahagian perhubungan, pejabat ketua menteri, dengan tujuan mendokong spin (buat pusing) bosnya Lim Guan Eng.

Klik untuk tonton YouTube

Kedua-dua Guan Eng dan Rais menjadi tetamu kehormat di Majlis Anugerah Pencapaian Media Cemerlang yang berlangsung pada Sept 29 di Kolej Han Chiang.

Pertikaian martabat BM (video 13:21 minit)

(1) Rais mendakwa, “Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris.” Namun video di atas mengandungi segmen yang menunjukkan Rais bercakap dalam bahasa Inggeris sahaja.

(2) Guan Eng pula mendakwa “… saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia pada malam tersebut.” Video menunjukkan Guan Eng memberikan ucapannya dalam BI dan sedikit BM. Namun ketara video tersebut juga sengaja disunting supaya ucapannya dalam bahasa Cina tidak didengari kita.

(3) Seorang blogger ‘Tok Jeng’ pada Okt 2 (sehari sebelum tercetusnya bab tikam lidah di antara Rais dan Guan Eng) telah memberi eyewitness account, yakni diceritakan oleh seorang yang melihat dengan biji mata sendiri.

Tok Jeng menulis:

“Semasa manyampaikan ucapannya, Lim Guan Eng telah menselang-selikan dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan sedikit Bahasa Melayu.

“Ketika ucapannya dalam Bahasa Inggeris dan sedikit Bahasa Melayu, sambutan serta respon adalah sederhana sahaja.

“Bagaimanapun ucapannya dalam Mandarin mendapat sambutan serta respon yang amat baik sekali dengan tepukan gemuruh serta sorakan dan pekikan membingitkan daripada para hadirin termasuk kalangan pelajar.”

Di dalam video tidak diselitkan aksi Guan Eng cakap Cina.

Kenapa tidak?

Apakah intipati ucapan Guan Eng yang begitu mengasyikkan para hadirin “yang 99.9% terdiri daripada kaum Cina”? Saya ingin tahu juga.

Meskipun begitu, saya sudah dapat menjangka yang bibit-bibit Guan Eng sedang berapi-api cakap Cina pasti “dihilangkan” dengan sengaja oleh penyunting video tatkala dia mencekup dari rakaman.

Malah pernah dipecah tembelang oleh ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang bahawa “DAP bercakap seperkara dalam bahasa Cina manakala menyatakan yang lain pula dalam bahasa Melayu …”

Han Chiang kubu kuat DAP

Guan Eng di Han Chiang pada tempoh hari sebenarnya umpama sirih pulang ke gagang.

Pada Mac 1, 2008, dianggarkan 10,000 orang penyokong pembangkang mengerumuni stadium Han Chiang untuk mendengar ceramah calon-calon pilihanraya umum, termasuklah Guan Eng.

Pada Mac 6, 2008 – yakni dua hari sebelum PRU – ‘the Mother of All Ceramahs’ menyaksikan stadium Han Chiang dibanjiri 60,000 orang. Jeff Ooi, orang kanan Guan Eng, telah menghiburkan hadirin dengan nyanyian lagu “Marilah mari, undilah DAP”.

Bunga api dilepaskan apabila Lim Kit Siang melangkah masuk ke stadium.

Guan Eng dalam ceramahnya dalam bahasa Mandarin, Hokkien dan Inggeris banyak bercakap tentang “double standards” yang dipraktikkan oleh Barisan Nasional. [Cuba dengar sama ada dia menyebut sepatah perkataan pun dalam bahasa Melayu...]

Ucapan Guan Eng pada Mac 6, 2008 di stadium Han Chiang

(4:35) “There cannot be such double standards. BN practices double standards … they have no more issues, they are politically bankrupt aaah (kedengaran sorakan dan tepukan). We will not allow ourselves to be distracted by personal attacks.”

Dia berkata pula dalam Hokkien (bermula 6:30) – terjemahan

“Bolehkan kita menjadi warga kelas pertama Malaysia? Selama 50 tahun, 50 tahun lamanya kita menjadi warga kelas kedua, ketiga, keempat aaah. Sudahlah, cukuplah, betul tak? Hendaklah kita bagi tahu Abdullah Badawi, bagi tahu Ong Ka Ting, bagi tahu Koh Tsu Koon, supaya mereka akan ketahui … kita mahu jadi (warga) kelas pertama.”

Guan Eng kemudiannya bertanya kepada para hadirin, “Do I have your promise that all of you here will vote for DAP?”

Para Ah Pek, para Ah Soh serta pemuda-pemudi yang hadir di Han Chiang pada malam itu mengiyakannya dengan lantang sekali.

Ucapan Guan Eng bermula minit 1:55

Rencana berkaitan:

Sun Yat Sen kesayangan Penang Firsters

Guan Eng vs Rais: Siapa tipu?

putar.BELIT putar.BELIT putar.BELIT

Malaysiakini dan gurindam Si Licik Paku Serpih

About these ads

Entry filed under: Ketua Menteri lidah bercabang. Tags: , , , , , , , .

Anwar supersonik Sun Yat Sen kesayangan Penang Firsters

9 Comments Add your own

  • 1. Munawar Alias  |  October 9, 2011 at 2:01 pm

    Teringat cerita ayam belanda yang nak terbang ke dahan tinggi dengan memakan tinja lembu. Dia tak duduk lama di sana.

    Hippokrit akan berjaya dengan cepat. Tapi tak lama. Tunggu aja PRU13 nanti.

    Reply
  • 2. Abi Qalam  |  October 9, 2011 at 4:08 pm

    Sekarang ramai yang lidah bercabang…

    Reply
  • 3. segani  |  October 9, 2011 at 4:47 pm

    Macam budak sekerja juga

    Dema suka switch tuturan kepada bahasa yang melayu tak tahu bila melayu ada dekat dekat.

    Cantonese sekarang tak boleh sangat sebab dah common. Jadi tukar tuturan ke Hokkien atau Kate.

    Inikah nak jadikan semua jadi bangsa malaysia?. Hippokrit. Itu adalh satu gimmick marketing saja.

    Betullah syak wasangka yang dema nak jadi 1st class citizen di Malaysia. Nak duduk di masterbedroom. Bangsa original halau ke storeroom di bawah-this is where you rightfully belong hah hah.

    Kan bagus kalau kita ikut cara Indonesia dulu. Semua sama nama semua sama bahasa.
    Tak ada complikasi macam ni sekarang.

    May come a time, should the original occupants be weaken due to infighting, lead by a greedy person whom will concede anything for a temporary power, a Chinese with the desire to be 1st class citizen will be eventually the PM and control everything.and suck out all resources,

    This is what the Malays have to realise and choose correctly now.

    Reply
  • 4. Hussin Rahman  |  October 10, 2011 at 2:29 am

    Semua orang Melayu/Islam mesti menolak DAP dalam PRU13 kerana jika DAP berkuasa, Malaysia akan hancur dan semua orang hidup sengsara. Masa itu, menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi.
    Penyokong Pas, suruhlah pemimpin kamu keluar dari Pakatan kerana jika orang Melayu/Islam merempat di negara sendiri dan berjuta orang terpaksa murtad untuk menyambung hidup, bagaimana nasib anak cucu kita nanti. Macam mana hendak jawab kepada malaikat di Padang Mahsyar nanti?
    Ulama selalu mengingatkan umat Islam supaya menjauhi puak-puak yang berusaha menggoyahkan iman umat Islam dan Dap adalah satu-satunya puak itu.
    Kepada Melayu/Islam yang tertipu untuk menyokong Dap, anda hanya menyumbang kepada kehancuran bangsa dan agama di bumi bertuah ini. Jadi insaflah. Belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan.

    Reply
    • 5. dayakthinker  |  April 24, 2012 at 9:46 pm

      Camne nak tolak bro..projek besar besar mesti ada bantuan TOWKEYTOWKEY..baru jalan. betulkan yang tu dulu.

      Reply
  • 6. Jamie  |  May 2, 2012 at 5:36 pm

    benda seperti ini buat saya sedih :(

    Reply
  • 7. aaronnair  |  May 7, 2012 at 10:18 pm

    “Betullah syak wasangka yang dema nak jadi 1st class citizen di Malaysia. Nak duduk di masterbedroom. Bangsa original halau ke storeroom di bawah-this is where you rightfully belong hah hah.”

    Master bedroom tu kecik sangat ke sampai takleh muat bangsa ori dgn bangsa ‘pendatang’?

    Reply
  • 8. baron  |  May 24, 2012 at 3:15 pm

    Salah siapa? Salah Melayu sendiri. Malas, tak mahu berfikir, pemimpin Melayu tamak untuk makan sendiri aje. Tak fikir orang bawah. Jual tanhah pergi joli. Benar tetap benar, orang cina rajin, tolong bangsa, tamak, berbaik pada yang menguntungkan. Melayu tak nak ikut Islam seecara total. Dari zaman Melaka hingga zaman Pulau Pinang Melayu tak berubah. Lemah dan kalah kerana wang, pangkat dan wanita.

    Reply
  • 9. mixa  |  August 10, 2012 at 5:22 pm

    Kita sama-sama bangsa Malaysia, namun kebanyakan kami tetap masih cenderung untuk membelasah kaum-kaum lain padahal pembelasahan begini yang memotivasikan perasaan benci antara kaum. Adakah terdapat manfaat daripada perbuatan sebegini?

    Senario politik di Malaysia makin lama makin merosot sementara kami semua sibuk menikam lidah sesama sendiri.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,879,941 hits

Kalender

October 2011
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 342 other followers

%d bloggers like this: