Sebab Cina dan India menolak sekolah kebangsaan

November 10, 2011 at 11:21 pm 27 comments

Sewaktu saya membesar, daging tidak pernah dihidangkan di rumah sebab emak seorang penganut Buddha.

Penjelasan beliau kepada saya (semasa usia kanak-kanak) lebih kurang mirip kepada ajaran Hindu – agama Buddha pun dilahirkan di benua kecil India juga – iaitu lembu itu binatang ‘suci’ yang banyak berjasa kepada kita.

Gambar Utusan (diambil dari http://manjongmari.blogspot.com)

Berbalik kepada isu penyembelihan lembu di perkarangan sekolah bersempena dengan Aidil Adha.

Menteri Pelajaran Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar pada Nov 9 dipetik sebagai berkata: “Saya fikir pandangan itu [yakni bantahan MCCBCHST] tidak sepatutnya dikemukakan kerana mungkin boleh timbul salah faham.”

Muhyiddin juga mempersoalkan “kenapa hal sebegini dibangkit, perkara yang bukan masalah mahu dijadikan masalah”.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Pelajaran Abd Ghafar Mahmud.

Sungguhpun MCCBCHST ialah sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan yang berpengaruh, kenyataannya itu tidak juga lepas dikecam hebat oleh pelbagai pihak.

Sekolah kebangsaan berciri Islam

Bayangkan kalau ianya seorang ibubapa India atau Cina yang membangkitkan perkara ini. Pasti akan dituduh sebagai mencabar Islam, ‘Islamophobe’, membuat hal, dsb.

Kontroversi yang disebutkan di atas beserta upacara-upacara bersangkut-paut agama Islam – yang mana umum dikehendaki hadir walaupun tidak mengambil bahagian, contohnya ketika bacaan doa – adalah antara sebab-sebab yang memberi kesan kepada keputusan ibubapa Cina dan India (yang rata-rata semuanya) memasukkan anak ke sekolah vernakular.

Saya bukan mengatakan hanya kerana alasan ini sahaja ataupun ianya merupakan sebab utama yang mendorong mereka membuat pilihan tersebut. Akan tetapi tidak harus dinafikan budayanya yang bercirikan Islam, diiringi dengan faktor bukan-Muslim kurang berupaya untuk melahirkan ketidakserasian kami, memang menjadi satu sebab kami menjauhi sekolah kebangsaan.

Jika hendak mendudukkan murid berbilang kaum sebangku sebagaimana disyorkan kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSUS), maka apa-apa kemusykilan yang mungkin timbul hendaklah dirungkai terlebih dahulu.

1Sekolah 1Budaya?

Scan surat diambil dari http://theunspinners.blogspot.com (klik)

.
Kumpulan penggiat siber SSUS berhasrat memansuhkan sekolah vernakular atas kritikan “suasana terpencil” di sekolah jenis kebangsaan Cina atau SRJK (C) kononnya tidak memberi peluang kepada para pelajar untuk bergaul dengan kaum-kaum lain.

SSUS mahu supaya kanak-kanak di alam persekolahan diasuh supaya kelak dapat “menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk negara ini”. SSUS juga berkata kegiatan-kegiatan ko-kurikulum perlu digalakkan yang mampu mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian budaya.

Sekiranya sistem pendidikan aliran bahasa ibunda didakwa “menyerapkan nilai-nilai satu kaum sahaja”, adakah sekolah kebangsaan pula menyerapkan nilai-nilai kaum lain?

Akankah Thaipusam dan sambutan ‘Hantu Lapar’ boleh diadakan di sekolah supaya murid Melayu boleh memahami adat resam masyarakat majmuk? Ataupun diluluskan upacara-upacara Kristian yang melibatkan nyanyian, lakonan Nativity (kelahiran Yesu), Santa Claus, dsb?

Sebuah sekolah Cina di Kelantan, SJKC Kai Chih, dibawa ke mahkamah kerana mengadakan pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa permit.

Dilaporkan bahawa Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh (di mana letaknya sekolah Cina itu) telah mengeluarkan notis pada 18 Sept.

Desakan untuk buka sekolah Inggeris

Matlamat SSUS ialah supaya anak-anak kita akan berbahasa kebangsaan sebagai bahasa utama nanti. Kempen tersebut membantah bahasa-bahasa asing dipromosikan secara meluas.

Akan tetapi melihat kepada polemik yang dicetuskan PPSMI, nampaknya bahasa Inggeris bukan sahaja dijulang tetapi diletakkan pada takuk paling atas sekali.

English – the national language of Bangsar

Malah selepas berjayanya PAGE baru-baru ini, mereka mula mendesak supaya tempoh pelaksanaan PPSMI dilanjutkan dan skopnya diperkembangkan untuk merangkumi murid Darjah Satu yang baru bersekolah.

Ada juga desakan-desakan baru untuk diadakan sekolah bahasa ibunda Inggeris meskipun BI bukan bahasa asli mana-mana suku kaum yang tinggal di Malaysia.

(Baca juga, ‘Methodists to open private schools as public standards fall‘.)

Kalau hendak kata orang Serani berbahasa ibunda BI pun tidak betul; kaum Serani mewarisi bukannya Inggeris tetapi sisa-sisa bahasa Portugis iaitu Kristang (bahasa creole).

BI mungkin hanya bahasa asli satu-satunya di Bangsar.

Bukan Cina bukit yang menghasut

Walaupun sekolah vernakular ialah suatu isu pendidikan namun ia tidak dapat dipisahkan daripada politik perkauman negara.

SSUS dalam memo mereka telah memberi saranan:

“Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamerkan sikap anti-negara yang semakin berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara, tiada rasa cinta kepada Tanah Air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.”

Gejala di alam siber yang diperkatakan SSUS sebenarnya menyerlah khususnya selepas pilihanraya umum Mac 2008. Sekolah Cina telah beroperasi lebih 40 tahun*, iaitu sejak Mei 13, 1969 sampai sekarang tetapi suasana kita bertegang urat hanya meruncing sejak kebelakangan ini.

Jadi kenapa disalahkan sekolah vernakular?

SSUS melemparkan tuduhan terhadap “anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip Perlembagaan negara” sebagai bertanggungjawab atas perpecahan kaum.

Cuba fikir: Yang dipersalahkan SSUS bertekak leher di alam siber merupakan ‘anasir-anasir’ yang mendokong bahasa Inggeris ataupun bahasa Cina?

* Sekolah mubaligh mulai ditukar kepada sekolah kebangsaan ekoran pelaksanaan DEB pada 1970 sementara sekolah Cina dan Tamil tidak diusik walaupun tidak juga dibenarkan berkembang, yakni ditambah jumlah mereka.

Seterusnya: Malaysian First-DAP ke arah penghapusan sekolah Cina

Anda juga mungkin meminati:

· Tolong jangan salahkan Cina bukit!

· Bangsar M’sia mahu ditubuhkan sekolah Inggeris

· Politikus evangelis ‘mencerobohi’ ibadah Islam?

· Apa kandungan ucapan bahasa Cina Lim Guan Eng di Han Chiang?

· Anak Guan Eng menuntut di SMJK (Cina)

About these ads

Entry filed under: Anak Malaysia. Tags: , , , , , , , , , .

Politikus evangelis ‘mencerobohi’ ibadah Islam? Malaysian First-DAP ke arah penghapusan sekolah Cina

27 Comments Add your own

  • 1. A Voice from Mecca  |  November 11, 2011 at 12:36 am

    Interesting insight.

    You’ve always did well to give an honest and sometime critical view from and on the non Malay perspective.

    But do not stop at that. THe issue here is nation building.

    Offer a better solution to SSUS’s proposal. The on Malay may not be comfortable but it is not totally irrelevant and have sincere intentions.

    So why not improve upon it, then totally rejecting it.

    Diversity does really lead to unity. Some form of singularity or commonality is needed, as long as the personal right to plurality is not denied.

    Reply
  • 2. Najmuddin  |  November 11, 2011 at 3:04 am

    Helen, bagi saya kaum Cina mempunyai cara bercakap yang agak ‘agresif’. Kadang2 disertakan ketawa besar. Dan kadang2 ini mendatangkan dilema dan rasa kurang selesa; seorang yang tidak pandai bertutur sebarang dialek Cina mungkin ada yang terpikir “mereka ni kutuk dan ketawakan aku ke?”

    Bapa saya Jawa dan ibu saya orang Kelantan. Dulu di sekolah bila cakap Jawa, bapa saya akan dihukum oleh guru-guru. Di Universiti saya belajar (secara tidak langsung) yang orang-orang Kelantan yang hanya bercampur sesama mereka dan bercakap dialek Kelantan akan dikutuk dan dibenci, sebab orang lain tak paham apa mereka (kami) cakap. Sekarang saya jadi pensyarah universiti swasta yang mediumnya inggeris, saya tak tau macam mana nak hukum pelajar saya bila mereka bercakap dalam bahasa yang saya tak paham.

    Takde masalah nak pelihara budaya dan sebagainya. Cuma kita kena cari jalan supaya golongan muda kita tak anti sosial; atau selective-social; campur dengan orang2 ‘sejenis’ saja.

    Ramai penggiat dan penggalak SRJK menyatakan tahap pembelajaran di SRJK lebih baik; sebagai alasan tidak mahu ke SK. Rasa macam perdebatan yang takkan habis. Mungkin baik kalau kerajaan beri insentif kepada Melayu yang nak hantar anak2 mereka ke SRJK. Kalau macam tu lebih ramai Melayu yang paham apa kaum lain cakap dan tak terasa kurang selesa macam yang saya kadang2 rasa.
    _________________________________________________________

    “Melayu yang nak hantar anak2 mereka ke SRJK” … itulah yang dibuat bekas pakwe saya (ore Kelate juga). Semua anak-anaknya diletakkan di sekolah Cina. Kini Si Bapa pula yang tak pahe kecek anok-anok dio.:) — Helen

    Reply
  • 3. HuaYong  |  November 11, 2011 at 10:26 am

    “Sekolah Cina telah beroperasi lebih 40 tahun*, iaitu sejak Mei 13, 1969 sampai sekarang tetapi suasana kita bertegang urat hanya meruncing sejak kebelakangan ini.”

    Yeah, perhaps they should look for another strawman.

    Reply
  • 4. Nagaria  |  November 11, 2011 at 11:30 am

    Helen

    If I understand u correctly, you said / theorize that SK bercirikan Islam membuatkan kaum Cina dan India menolak SK. It’s a lame excuse helen …it’s so lame ..

    I came from Ipoh. In Ipoh there were many missionary schools then (ie before they were taken over by the gomen), such as St Michael Institution (SMI), Anglo Chinese Schools (ACS), Anderson School, Ave Maria Convent, Tarcisian Convent, Methodist Girls Shool (MGS), just to name a few … … All this schools, as the name implies were missionary schools and have Chapels within the school compound .. biasanya Principal dsebut sebagai “brother” utk sekolah lelaki dan “Sister” utk sekolah perempuan.

    And we were required to go to the Chapel before class started every morning. And 99% of the student population were Chinese and Indian.Less than 1% were Malay boys. Jadinya, mengapa dulu, ornag cina dan India boleh dan sanggup mengahntar anak2 mrk kesolah missionary yang mempunyai Chapels dan kena masuk Chpel tiap2 pagi sedangkan mereka bukan beragama Kristian..?

    dan mengapa bila tidak mahu kesekolah SK, alasan yg diberi adalh krn SK bercirikan Islam?

    Sbb utama mengapa org Cina dan India (C & I) tidak mahu bersekolah di SK adalah krn sikap orang C & I yg chauvinis / smngt perkauman yg sgt tebal. ITU SHAJA SBB NYA.

    Nation Building seharusnya bermula disekolah …dibawah sistem SSUS … tapi org C & I tidak berminat utk memaju dan memakmorkan malaysia dan hidup berlatarkan masyarakt majmuk. Maka diberi dan direka lah berbagai alasan dan tuduhan yg tidak berasas
    _____________________________________________________________

    Kenapa orang Cina begitu menyanjung BI dan bercakap BI dengan slang mengalahkan orang putih tetapi bunyi macam mati injin bila cakap BM? Kenapa orang Cina yang bukan Kristian meriah merayakan Krismas dengan memasang pokok hiasan dan memakai topi Santa tetapi satu lagu Raya (enjoy) pun tak reti nak nyanyi? — Helen

    Reply
    • 5. Nagaria  |  November 11, 2011 at 11:44 am

      Itu lah saya ckp, nation building kena bermula dari sekolah… kanak2 kecil lebih mudah di bentuk dari orng tua yg sudah liat daging dan pemikiranya.

      Reply
    • 6. HuaYong  |  November 11, 2011 at 1:15 pm

      Helen, my son seek my opinion whether he could join his friend church activities, i told him please go ahead, i don’t mind even if he become a Christian, and told him if one day he doesn’t feel like to carry on, just get out and say bye bye to Jesus, life goes on.

      I am not sure if some are that slow, or not willing to face the reality. I agree there is element of paranoia, but can they blame us?
      ______________________________________________________________

      Hua Yong,

      If your son ever becomes a Christian and later decides to murtad – no punishment.

      If your son becomes a Muslim there is no turning back & the whole system (courts, enforcement, state religious bodies such as Jakim, Jawi, Jais, etc. will be against you)

      Secondly, there’s the issue of the Christians tekun mendakwah as you’ve described about your son getting invitations. But what will a Malay-Muslim parent do in your shoes? We could get many DUMCs repeated. — Helen

      Reply
  • [...] Sebab Cina dan India menolak sekolah kebangsaan [...]

    Reply
  • 8. Pak Ard  |  November 11, 2011 at 5:55 pm

    Pertama kali lawat disini, pandangan pertama menarik, ada kesopanan dalam pertentangan pendapat, mungkin boleh selalu bertamu disini.

    Berdoa sebelum dan selepas sesuatu upacara sudah menjadi kebiasaan dan sepatutnya boleh diterima oleh bukan Muslim kerana mereka tidak pernah diminta menadah tangan meng”amin”kan doa.
    Memperbanyakan pengunaan bahasa Melayu berbanding arab saya percaya lebih baik kerana semua, Muslim dan bukan Muslim faham, jadi kecurigaan dapat dikurangkan, sebagai muslim saya percaya ianya dakwah dimana bukan Muslim dapat menilai sendiri dari bait-bait doa tersebut. Pembaca doa juga perlu bertanggungjawab terhadap doa yang dibaca, bawalah dakwah berhemah rasullullah..dan berpegang kepada hak beragama dalam surah Al Kafiruun.

    Saya secara peribadi tidak setuju penyembelihan lembu korban di kawasan sekolah jika sekolah itu mempunyai walau seorang warga yang mempercayai lembu sebagai binatang suci (Budha atau Hindu). Ada banyak tempat lain, saya percaya Muslim perlu tunjukkan jiwa besar, hormat bukan bererti tunduk atau takut, tapi angkuh dan sombong serta tidak pertimbangkan keadaan sekitar bukan ajaran Islam. Upacara korban bukan acara “menjamu” sesuatu tempat. Kerajaan perlu mengawal selia perkara ini agar tidak menimbul masalah lain apabila ibadah korban lebih menjadi satu adat bermegah, berpolitik, berniaga(?) dan lain-lain yang meyimpang dari tujuan ibadah asal.

    Memang ada orang Cina dan India yang tebal perkauman dan kebencian kepada orang Melayu dan Islam. Tetapi ada ramai juga orang Cina, India dan kaum lain yang ingin hidup damai bersama orang Melayu dan Islam.

    Disini kita kumpulkan mereka yang inginkan kedamaian, dan kita besarkan keluarga ini agar satu hari nanti ianya menjadi majoriti masyarakat Malaysia.

    Reply
    • 9. AA  |  November 12, 2011 at 9:46 pm

      Pak Ard. Saya setuju dengan Pak Ard tentang semua yang disebut di atas. Saya ada ramai kawan orang Melayu dan mereka semua sungguh baik dan rajin. Tapi saya rasa sedih sebab ramai orang Melayu tidak mahu bergaul dengan orang bukan Melayu. Dulu semasa saya di sekolah, kawan-kawan Melayu saya datang ke rumah dan makan. Kami kongsi makan di sekolah, asalkan ianya tidak mengandungi babi. Tetapi sekarang kawan-kawan Melayu tidak mahu makan makanan kita walaupun tidak mengandungi babi. Setiap kali ada potluck di tempat kerja saya, saya tidak boleh memasak apa pun. Saya hanya boleh membeli buah atau membeli makanan tersebut.

      Lagi pun anak-anak kaum lain tidak dibenarkan membentuk kelab-kelab agama lain di sekolah. Kenapakah ini berlaku? Bukankah agama itu penting bagi semua kaum? Dengan membentuk dan menggalakkan kelab agama, kita boleh mengajar anak-anak kita supaya bersopan dan ikut ajaran agama dan ini boleh mengurangkan kes-kes jenayah di luar sekolah. Lagipun, setengah sekolah tidak menggalakkan aktiviti, seperti tarian, lakonan, drama dan mengadakan konsert di kawasan sekolah sebab ianya menentang ajaran agama Islam. Saya tidak setuju dengan pendapat ini. Aktiviti sebegini boleh membantu anak-anak kita menunjukkan bakat dan menggunakan masa dengan berfaedah.

      Saya cuma mahu kawan-kawan Melayu saya lebih “open minded” seperti dahulu supaya kita semua boleh bergaul dengan mesra. Ramai orang Cina yang masuk sekolah Cina memang tidak tahu bergaul dengan kaum lain. Saya setuju. Sekolah Cina dan Tamil tidak harus di benarkan. Tetapi ahli-ahli politik tidak akan menutup sekolah Cina dan Tamil sebab ini akan menjejaskan pendirian mereka dalam masyarakat.. Ramai orang Cina hantar anak mereka ke sekolah Cina sebab mereka kuathir anak mereka tidak akan dapat peluang untuk mengambil bahagian dlaam aktiviti-aktiviti sekolah dengan sepenuhnya. Ini hanya salah satu sebab. Ini mungkin benar di beberapa sekolah. Kebanyakkan sekolah adalah adil dan memberi peluang kepada semua pelajar.

      Ada banyak lagi yang saya ingin sebut tapi bukan lah sekarang. Saya sangat sayang kepada negara saya Malaysia dan ingin melihat masyarakat Malaysia maju dan sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni.

      Reply
      • 10. kambing  |  November 16, 2011 at 3:31 pm

        saudara jangan buat cerita dongeng. di muar ni ada sahaja persatuan agama buddha dan persatuan agama kristian di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. lagipun buat apa persatuan agama buddha kalau pelajar kesemuanya beragama islam? buat apa persatuan agama islam kalau sekolahnya juga berteras katolik?

        berkaitan dengan makanan, kami org islam bukan sahaja tidak boleh makan babi, tetapi juga tidak boleh makan makanan yang dimasak dengan unsur-unsur haram yang lain. kalau anda masak sayur dalam kuali bekas memasak babi pun kami tidak boleh makan. begitu juga dengan haiwan yg tidak di sembelih dengan menyebut nama Allah dan lain-lainnya.

        kami orang islam pun tidak pernah menghidangkan daging lembu yang disembelih pada raya korban kepada penganut agama lain. maka kami pun menuntut hak yang sama daripada kamu untuk tidak menghidang makanan yang haram kepada kami. adil kan?

        kalau saudara tahu sensitiviti dan agama kami, saya fikir barulah saudara layak komen tentang agama kami. kalau tidak, diam lebih baik.

        Reply
      • 11. mohd maiyidin  |  November 28, 2011 at 12:01 am

        Sdr AA terutamanya, saya tak pernah mendengar ayat2 ini dari org cina, india atau apa-apa saja selain dari yg saudara ungkapkan. Ia saya setuju bahawa sekolah satu aliran adalah medium terbaik mengatasi conflict perkauman. Saya juga ingin menulis 100 percent seperti yg pak ard tulis tapi tak guna diulang bukan? Ingin saya jelaskan kepada semua bahawa sebagai muslim sejati, adalah menjadi kewajipan kami sebagaimana yg diperintahkankan oleh nabi kami supaya menghormati, menyantuni, berlaku adil, tidak menzalimi, tidak menumpahkan darah atau mencederakan sesiapa pun jua termasuk yg bukan islam. kalau buat juga nabi kami tak mengaku sebagai pengikut dia. jadi sila hampiri kami bergaul dengan kami, jadikan kami sebagai jiran yg akan bersedia menolong kamu bila-bila masa saja. Kami sangat terbuka dalam hal ini. buang semua prasangka kita jadi bangsa malaysia!

        Reply
  • 12. Dick  |  November 12, 2011 at 12:35 am

    Sekiranya dilaksanakan SSUS, adakah MRSM, sekolah berasrama penuh dan UITM akan dibuka kepada semua kaum juga?

    Reply
  • 13. moses  |  November 12, 2011 at 9:43 am

    Sebab orang Cina and orang India menolak sekolah kebangsaan ialah tiada kelas bahasa Cina,Bahasa Tamil,Bahasa Punjab atau Bahasa Hindi di sekolah Kebangsaan.Kelas Moral sepatutnya diganti dengan bahasa Inbunda mereka ,saya pun dari sekolah kebangsaan tapi tiada bahasa cina di sekoah saya, malah sekarang orang melayu pun ada anak mereka belajar di sekolah cina.

    Reply
    • 14. kambing  |  November 16, 2011 at 3:33 pm

      saudara jangan menipu diri sendiri. siapa kata sekolah kebangsaan tiada bahasa tamil dan tiada bahasa cina?

      Reply
      • 15. AA  |  November 16, 2011 at 7:03 pm

        Saya dapati saudara “Kambing” sungguh-sungguh dalam gelap dalam banyak perkara tentang apa yang sedang berlaku di sekolah. Tolong siasat betul-betul tentang kelab-kelab agama di sekolah. Mungking seorang atau dua pengetua atau guru besar sekolah akan membenarkan kelab agama. Tetapi kebanyakkan sekolah, kelab-kelab ini tidak dibenarkan walaupun kerajaan telah memberi kebenaran. Memang betul kebanyakkan sekolah kebangsaan tiada mata pelajaran Bahasa Tamil atau Cina dalam jadual waktu sekolah walaupun pelajar boleh mengambil bahasa-bahasa ini dengan sendiri di luar waktu sekolah. Kelas Bahasa Tamil dan Cina hanya boleh dijalankan di sekolah sekirany ada sekurang-kurangnya15 orang pelajar yang minat mengambil bahasa ini. Tentang menghidang lembu walaupun ada orang Hindu di kalangan mereka yang makan, Tuan memang seperti “katak di bawak tempurung”. Banyak kali saya pernah lihat hidangan lembu di mana ada ramai penganut Hindu. Tentang kelab agama pula, apa salahnya mengadakan kelab agama islam di sekolah katolik dan sebalikny?

        Reply
      • 16. AA  |  November 16, 2011 at 9:44 pm

        Saya juga ingin tambah di sini, bahawa pelajar-pelajar kristian di salah satu institut perguruan tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan doa Kristian pada hari Jumaat di dalam kampus. Tahukah Tuan tentang ini? Apakah salahnya mereka berkumpul untuk mengadakan perjumpaan ini. Persatuan agama Kristian dan agama lain tidak dibenarkan.

        Reply
    • 17. mohd maiyidin  |  November 28, 2011 at 12:04 am

      saudara moses cukuplah prasangka buruk anda terhadap melayu. mungkin pandangan anda ini disebabkan mendapatnya dari org2 yg tidak benar, melayu islam sebenar tidak sedemikian

      Reply
  • 18. Bangsa Malaysia  |  November 12, 2011 at 5:06 pm

    Buat apa nak belajar bahasa melayu? Melayu sendiri takut nak belajar bahasa orang lain…jadi mereka paksa orang bukan-melayu untuk mempelajari bahasa mereka. Orang bukan-melayu tak kisah kerana mereka yang untung bila belajar bahasa orang lain. Yang ketinggalan bukannya orang bukan-melayu, orang melayu gak.. kasihan orang melayu :'(

    Reply
    • 19. Bangsa Malaysia  |  November 12, 2011 at 5:27 pm

      Akhirnya orang melayu hanya layak jadi jaguh kampung aje… kasihan orang melayu :'(

      Reply
  • 20. Mohd Hani  |  November 12, 2011 at 10:36 pm

    SELAIN PENGAJARAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS,BAHASA CINA DAN BAHASA tAMIL PERLU JUGA DIAJAR DI SEK KEBANGSAAN.SEMUA PELAJAR BUKAN KAUM BERKENAAN PERLU BELAJAR BAHASA BERKENAAN.INI YANG DIKATAKAN “MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN”

    Reply
  • 21. Pak Ard  |  November 13, 2011 at 12:46 am

    Buat AA dan yang lain,…perjalan masih jauh, tetapi kita harus bermula, bergerak, bertindak….kita putarkan roda itu,..berhati-hati agar tidak terpesong dari landasan dan tujuan…ikhlas….

    Soal haram-halal dalam makanan begitu dititikberat dalam Islam.

    Babi adalah haram dimakan oleh orang Islam, bekas yang yang digunakan juga perlu “suci” dari “najis” babi (suci dan najis dari perspektif hukum Islam bukan bahasa Melayu). Namun kerana kurang dijelaskan kepada bukan Islam maka ada perasaan di hati orang bukan Islam seolah-olah orang Islam menganggap orang bukan Islam “kotor” dan masakan mereka tidak boleh dimakan.

    Pengilang biskut “Hwa Tai” (izinkan saya) adalah syarikat milik Cina, “biskut empat segi”nya dimakan oleh orang islam sejak dulu hingga hari ini. Rempah gulai yang dikilangkan oleh orang India dimakan oleh orang Islam. Jadi sebenarnya bukan siapa yang membuat atau masak tapi tahap keyakinan “halalnya” makanan itu.

    Namun saya juga kecewa kerana masih ada orang Islam minum arak dan makan rasuah, ianya juga “haram” seperti babi.

    Pandangan peribadi saya, baik juga untuk jamuan jika disertakan dengan buah-buahan, sayuran dan kacang, yang “vegetarian” juga boleh makan bersama. Saya beri kuih-muih dan ketupat berserta rendang (tentunya ayam bukan lembu) kepada sahabat Cina dan India. Menarik juga, ditakdirkan kepercayaan orang Cina untuk memberi buah limau sempena “Tahun Baru” ianya diterima dengan senang hati oleh semua. Sekarang telah ada “kuih bulan” halal yang boleh dinikmati bersama.

    Saya tidak marah malah rasa dihormati bila tidak dijemput untuk ke jamuan menghidangkan makanan haram. Saya juga tidak menjemput orang bukan Islam ke jamuan daging “korban” kerana ianya tidak boleh dihidangkan kepada mereka, saya percaya mereka juga boleh terima dan rasa dihormati.

    Untuk jamuan keraian biasa, pastikan hidangannya ada untuk semua yang dijemput. Buat orang Melayu(Islam) pastikan ada makanan untuk yang tidak makan lembu dan lebih molek ada makanan “vegetarian” manalah tahu rakan kita sedang “puasa daging”, kalau tak ada, jangan jemput…jangan biarkan mereka tercari-cari makanan apa yang boleh dimakan,..akhirnya pulang hampa…bukan kerana tak dapat makan, tetapi kecewa rasa tidak dihormati…begitu juga sebaliknya kepada jamuan oleh orang bukan Islam apabila menjemput orang Islam bersama.

    Banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi…sementara pemahaman yang belum cukup buat masa ini, pilihlah jalan selamat yang selesa untuk semua…ikhlas…

    Izinkan saya Helen, panjang sikit, esok cuti hujung minggu..

    Buat Dick,
    saya orang Melayu, Muslim…ya MRSM, SBP, UITM perlu dibuka kepada semua kaum…jika tujuannya membantu anak-anak golongan miskin yang berpotensi,..jujur dihati…jangan ada sifat dengki dan tamak…buat pemilihan dengan tepat dan adil.. janganlah pula bila ada cadangan untuk di buka kepada semua kaum muncul tuntutan-tuntutan tambahan hendakkan itu dan ini..hinggakan tak dapat dipenuhi dan anak miskin yang berpotensi tadi terabai..jika benar kita mahu memberi peluang kepada yang miskin.

    Dick, sekadar memberitahu… maktab tentera diraja telah lama menerima puteranya dari pelbagai kaum…anda boleh cuba memohon anak anda ke situ sementara menunggu yang lain di buka kepada semua kaum.

    Buat Moses, pengajaran pelbagai bahasa di SK sepatutnya tiada halangan, mungkin kerana kekurangan guru atau pelajar menyebabkan ianya tergendala. Mungkin konsep Sekolah Wawasan boleh dipertimbangkan dan ditambahbaik.

    Letakan sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil bersama, berkongsi padang dan kemudahan lain, dan pembelajaran pelbagai bahasa boleh dilaksanakan kerana cukup tenaga pengajar dan pelajar.

    Ini langkah awal sebelum kumpulan sekolah itu boleh dijadikan sekolah “kebangsaan” apabila telah ada keserasian pentadbir, pengajar, pelajar dan ibubapa. Bagaimana?

    Buat “Bangsa Malaysia”
    saya tidak lihat orang Melayu takut mempelajari bahasa lain dan saya tidak lihat kerana itu kaum lain dipaksa belajar bahasa Melayu. Ini soal kenegaraan, dan tidak ada “paksaan” selagi sekolah Cina dan Tamil masih ujud walaupun kekadang pelajarnya tak berapa kerat.

    Pada “Bangsa Malaysia” jaguh kampung hanya untuk orang melayu yang gagal ” bertanding” diluar, hanya berjaya sesama sendiri, apabila bukan Melayu gagal mereka jaguh apa? atau mereka tak ada yang gagal? semua berjaya? atau tiada langsung Melayu yang berjaya diluar? Kerana apabila mereka berjaya, ada saja alasan, bantuan kerajaan la, pengadilan atau penilaian tidak tepat la dan pelbagai lagi tohmahan untuk merendah-rendahkan kejayaan tersebut.

    Serangan psikologi perkauman ini yang memberi kekhuatiran kepada orang Melayu…kami tahu, selain jaguh kampung, panggilan “Amat” digunakan untuk pemandu atau budak pejabat oleh sesetengah orang bukan Melayu…dan Amat Amat ini amat meragui kejujuran mereka yang mengguna gelaran “Amat” ini. Marilah bersama kita …ikhlas…

    Cukup sekadar ini, Helen, terima kasih, saya mohon berundur… jumpa lagi di lain lembaran…

    Reply
    • 22. AA  |  November 16, 2011 at 9:53 pm

      Pak Ard. Saya sangat suka cara fikiran Pak Ard and setuju dengan Pak Ard sepenuh hati. Tetapi malangnya bukan semua orang berfikir dan berbesar hati seperti Pak Ard. Ramai orang Melayu yang saya kenal memang baik tetapi ada segolongan yang sungguh “small minded” dah extreme dan memupuk perasaan benci terhadap orang bukan Melayu. Inilah yang merunsingkan saya. Saya memang takut pada satu masa hadapan, orang yang ini akan mempengaruhi anak-anak Melayu kita dengan cara-cara mereka yang kurang bersikap toleransi ini dan anak-anak kita yang bukan Melayu tidak dapat hidup dengan aman dan damai di negara ini.

      Reply
  • 23. kamalzack  |  November 16, 2011 at 3:48 pm

    Dalam hal ini saya setuju. Mungkin juga sebab bangsa lain tak mahu belajar atau menyayangi bahasa Melayu sebab ada nilai-nilai Islam dalam bahasa Melayu. Dan apabila fasih berbahasa Melayu semakin senang membaca ilmu dan memahami ilmu berkaitan Islam. Sebab itu saya sebenarnya setuju kitab Injil berbahasa Melayu tidak disekat untuk mensekularkan bahasa Melayu.

    Reply
  • 24. khik khik khik  |  November 17, 2011 at 11:06 am

    Orang Cina dan India tak perlu hantar anak ke sekolah kebangsaan kerana mereka ada sekolah mereka sendiri iaitu sekolah vernakular. Noktah.

    Reply
  • 25. turnturtle  |  November 19, 2011 at 8:25 am

    Mimpi-mimpi hidup. Dari mimpi-mimpi satu hari akan jadi kenyataan.

    1.Belajar bahasa Inggeris untuk Teknoloji dan Commercial value
    2.Belajar bahasa ibunda supaya tidak kehilangan asal-usul bangsa
    3.Berugama dan beribadat supaya berbuat baik dan tidak menyalahi undang2 negara dan tidak sindir-menyindir
    4.Bersifat toleransi dan adil kerana kita hidup di Nergara Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan keagamaan.
    5.Hormatilah antara satu sama lain supaya dapat hidup dengan aman dan damai.

    Reply
  • 26. mohd maiyidin  |  November 27, 2011 at 11:43 pm

    Saya tak nampak penolakan terutamanya kaum Cina dan India terhadap sekolah kebangsaan atas sebab mirip kearah islam, yg saya nampak ialah kerana hanya majoritinya melayu dan islam yg berada disekolah kebangsaan tentulah budaya dan ugama mereka yg menonjol, dan begitulah saya fikir kalau majoritinya pula cina atau india tentulah budaya mereka pula menonjol. kenapa org iban, dayak tak jadikan ini sebagai satu alasan? kalau bawa bekal daging babi dikatakan akan tidak dibenarkan disekolah kebangsaan dan kenapa pula daging babi boleh dibawa kesekolah keb jenis cina? Ini hanyalah timbul disebabkan perihal hormat menghormati (kalau ada sifat inilah) awak nak masuk kedalam kumpulan besar yg tak mahu sesuatu, jadi hormatilah keputusan terbanyak. Ini samalah bila pelajar melayu disekolah cina takkan mereka nak bantah cina bawa babi sebab kenalah hormati majoriti, ilmu ni kena belajar juga walaupun kita sebok memperjuangkan hak sendiri!

    Reply
  • 27. Yeah  |  November 28, 2011 at 11:34 am

    Saya tetap optimis kerana saya percaya majoriti warganegara negara Malaysia lebih mirip Pak Ard dari SatD. Mungkin ini akan berubah, jadi penting kita untuk terus mencari permuafakatan.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,594,711 hits

Kalender

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 333 other followers

%d bloggers like this: