Dr M Bapa Sekolah Vernakular Moden

November 26, 2011 at 4:18 pm 19 comments

Posting ini mengambil timbal-balik pembaca di ‘So my dog’s Chinese too, eh?

Kebanyakan negara lain dunia mungkin mempunyai hanya satu aliran pendidikan. Tetapi kebanyakan negara tidak juga mempunyai Perkara 153 perlembagaan ataupun mendokong konsep Mara dan UiTM.

Obefan  |  Nov 24 at 9:01 pm

“One way to test how sincere is the ssus [1Sekolah] crowd is to ask if exclusively malay education institutions will also be opened to other races. So far vast majority of them fail. I need not repeat myself as to what their real agenda really is.”

akubas  |  Nov 25 at 3:24 pm

“Frankly, I’m not a staunch supporters of vernacular school. However at the same time I totally doubt the sincerity of either SSUS and DAP. However the very idea that vernacular school is engraved with deep seated chauvinisticism is somewhat far-fetched.

“First of all, you should realized that there is significant rise in number of malays whom their parent enrolled them into SRJK schools.”

Helen: Kenapa sekolah Cina yang mendidik pelajar pelbagai bangsa dicop sebagai ‘cauvinis’ manakala sekolah asrama dan MRSM, yang dibiayai pembayar cukai tetapi tidak kurang menerima pelajar Cina, dilepas pandang?

[Dikemaskini Nov 26, 8.55pm setelah dimaklumkan ralat oleh blog Pure Shiite yang mempamerkan suntingan berita dicedok Februari 2004 menceritakan 255 orang pelajar Cina diterima masuk MRSM Tingkatan Empat dan 65 orang Tingkatan Satu.]

Posting 2 hari lepas: 'So my dog’s Chinese too, eh?'

OverseasBumi  |  Nov 25 at 2:35 pm

“The chinese with a strong confucius/buddhist uprbringing will still choose the Chinese over the Malay. I have personally experienced this in a ‘professional’ environment.

“Now, I know I am singling out the Chinese a bit too much here. But the essence of this argument is about the rise of Chinese culture in the region to the point of becoming a global hegemon, and the tacit support given by all chinese of every nationality. You are now exhibiting similar symptoms.”

Helen: Bangsa dan agama menggabungkan / memisahkan umat manusia.

Bangsa dan agama

Apabila Tembok Berlin dirobohkan, betapa riangnya bangsa mereka kerana Jerman Barat yang kapitalis bercantum semula dengan Jerman Timur yang komunis. Air dicincang tak akan putus.

Vietnam Utara yang komunis sudahpun bersatu dengan Vietnam Selatan yang berbeza ideologi politik tetapi sebangsa.

Timur Timur (Democratic Republic of Timor-Leste) yang penduduknya Kristian bertempat di satu belah pulau sementara sebelah lagi ialah Timur Barat yang ditadbir Indonesia. Pulau ini dibelah dua kerana perbezaan agama.

Sudan Selatan, negara yang baru dilahirkan Julai lepas adalah Kristian. Ia berpisah daripada Sudan yang penduduknya Muslim.

Penjajah British telah mengukir sempadan benua kecil India berdasarkan pengagihan agama untuk mewujudkan Pakistan Barat dan Bangladesh (nama lama: Pakistan Timur).

Orang Hindu di Pakistan berhijrah ke India manakala orang Islam di India berhijrah ke Pakistan pada tahun 1947. Kejadian ‘Partition’ dianggar melibatkan perpindahan seramai 12.5 juta orang Muslim dan Hindu apabila British berundur dari tanah jajahan tersebut.

Pulau Cyprus dibahagi dua — di satu bahagian penduduknya Yunani (Greek) Kristian dan di sebahagian lagi penduduknya Turki Islam. Berlaku juga perpindahan silang penduduk seumpama di India-Pakistan.

Istilah ‘Balkanization’ merujuk kepada perpecahan Republik Yugoslavia. Orang Malaysia mengenali Bosnia sebagai negara berpenduduk Muslim manakala Serbia dan Croatia berpenduduk Kristian.

Warga beragama Islam dan beretnik Melayu di negeri Thai (yang majoritinya penganut Buddha) sedang memberontak di daerah-daerah selatan Pattani, Yala dan Narathiwat.

Kaum Moro beragama Islam di Filipina yang majoritinya penganut Kristian sedang berperang gerila untuk mendapatkan autonomi wilayah.

Mengelakkan perkelahian

Saya rasa negara kita akan ditenggelami lebih banyak permasalahan kaum, pertelagahan dan persengketaan dengan adanya 1Sekolah.

Hari-hari akan timbul isu demi isu seperti kes guru besar Siti Inshah Mansor, pengetua Ungku Aznan Ungku Ismail dan budak Iban di Sarawak yang dirotan kerana membawa bekalan sosej babi ke sekolah.

Sebenarnya dasar-dasar kerajaan di bawah pemerintahan Dr Mahathir Mohamad telah mengukuhkan kedudukan sekolah-sekolah vernakular.

Dr M membuka luas sektor pendidikan kepada usahawan. Kolej-kolej swasta dibenarkannya untuk tumbuh bak cendawan lepas hujan. Bilang sahaja berapa universiti swasta yang ada sekarang.

Hari ini budak-budak bukan-Melayu jarang yang menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 untuk layak masuk IPTA.

Di IPTS, bahasa pengantarnya BI malah di Utar juga. Cuba buat satu tinjauan di kalangan ibubapa dan tanya bahasa apa yang dipentingkan untuk anak-anak mereka?

Pada zaman Mahathir, pelajar Cina yang sukar mendapat tempat di IPTA berpaling kepada IPTS. Kalau ibubapa mampu membayar yuran, mereka akan mendapat tempat.

Buat satu tinjauan lagi di kalangan pelajar tajaan FaMa (biasiswa Father-Mother) yang menuntut di luar negara dan tanya berapa ramai di antara mereka yang berhasrat pulang ke tanahair?

Sekolah kebangsaan ditolak kaum minoriti kerana mereka merasakan sistem negara ini menyisihkan mereka pada semua peringkat hidup.

Ketidakpopularan SK tidak boleh diertikan secara terasing daripada faktor-faktor sosio-politik negara.

Anda juga mungkin meminati:

PAS-Umno acapkali bincang perpaduan mesti ada sebabnya

1Sekolah: DAP menyokong penuh Dasar Kebudayaan Kebangsaan

So my dog’s Chinese too, eh?

About these ads

Entry filed under: Anak Malaysia. Tags: , , .

1Sekolah: DAP menyokong penuh Dasar Kebudayaan Kebangsaan Aku Cina

19 Comments Add your own

  • 1. Yeah  |  November 26, 2011 at 6:38 pm

    Moga-moga ini bibit-bibit terakhir politik berasaskan ras, babak terakhir katakan.

    Saya lebih optimistik nampaknya. Saya percaya polarisasi akan berlaku (atau sedang berlaku), tetapi realitinya baik BN mahupun Pakatan akan terpaksa menggabungkan parti-parti komponennya untuk survival.

    That is the way forward.

    Reply
    • 2. HuaYong  |  November 29, 2011 at 11:35 am

      Yeah, I read your post here and SSS, your thought is balance, sharp and incredible, hope I can read more from you. Below I share with you something I read somewhere, pretty interesting.

      “The number one reason people decide on one product over another is emotional, not logical. People make emotional decisions, then try to justify those decisions using logic and reasoning. Thus they appear to have decided “logically” but they did nothing of the sort. Welcome to the wonderful world of negotiation, where this concept is taught in every negotiating class you’ll ever take. So when you rally support for a policy by appealing to nationalistic urges, you also encourage an equal and opposite nationalistic response on the opposite side. That’s human nature. Is that a winning strategy? Is that the best way to achieve your goal? I think not.”

      I honestly do not know how using term like sekolah haram, ah beng, or to glorify English while belittle BM could bridge gap and enhance understanding, the tit for tat could only satisfy our own ego but achieve nothing, we all are equally guilty. The commoner must be discerned enough to learn how to lead politician/politikus, and not the other way round, until a time when we have a true leader.

      Reply
      • 3. Yeah  |  November 29, 2011 at 7:29 pm

        Dear Hua Yong,

        Thanks for the compliments. I agree it sounds bizarre to claim that closing down SRJKs will foster unity (eventually). Perhaps supporters of SSS are taking the long view, or rather, the assimilative view. Nothing wrong with that, I am sure like the many Chinese overseas in Thailand, Indonesia or Philippines, the reality of the local situation requires change. Chinese Malaysians have different lifestyles and culture with Chinese in Shanghai, Taiwan or ABCs in the USA. That is only logical, culture evolves.

        The question of Chinese education, or to be more precise, education in Mandarin as the language of instruction, as the quintessential component of our communal soul is a joke. I do not lose my “Chineseness” when I do my maths in English, or to be more accurate, my “Chineseness” do not leak out of me when I acquire knowledge through another tongue. The biggest mistake committed by supporters of Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin or Bahasa Tamil is to confuse language mastery with ethnic identity. Asking ourselves what makes us Malay, Chinese or Indian is almost impossible in most instances. How Chinese are you in a sea of Confucian scholars or Buddhist monks or Taoist priests? In a village of illiterate farmers, the only relative comparison of Chineseness would be one’s adherence to ancestry rituals. What happens when you are Christian? You cannot measure ethnic identification, only stereotypical personifications. If we decendants of the Han people, then what about the Manchus? If we go the blood purity way, would we end up Aryan-like and worship our beautiful slit-eyes?

        I am not saying that we should eschew what what others or ourselves make us feel Chinese. I am saying that apart from our physical features and lifestyles, every Malaysian is more or less after the same things in life – happiness, security, etc. A difference between animals and humans is our ability to reason. Sure, most reasoning are done ex post facto – meaning we try and justify and rationalize why we act as such, rather than being conciously guided by pure logic and reason. We are creatures of emotion, we want to conform but we also want to be unique – very exasperating, isn’t it?

        Are some Malays misguided for hating the Independent Chinese Schools? I am Chinese, and I don’t like them either. Our reasons for the dislike could be very different (or the same), but if we put ourselves in the shoes of others, a new perspective emerges. Do you suppose parents enjoy paying extra to have their children schooled in private institutions? Don’t you think, given a choice, all parents would prefer to have their children go to reputable public schools and universities? The very existence and profileration of private institutions of higher learning, irrespective of their cost, signals the sacrifice many parents make to give their children the best education possible. Many would then say that this is a Chinese trait, and I will say that that is patently false. All parents want the best for their children, even if what they consider the best varies somewhat. If it is true that Chinese value education more than others, we will have less Chinese pasar malam pirated VCD/DVD/Blu-ray peddlers.

        Reality is, most parents only care about what they can get for their own children, and to hell with the others. What do they care about the others as long as they get what they want? Sekolah kebangsaans rotting and decaying? Build more SRJKs-lah, came the reply. Short sighted and selfish responses don’t go unnoticed, just like how one good turn deserves another.

        Reply
  • 4. eddydaud  |  November 26, 2011 at 10:33 pm

    Sis, I envy the Indonesians, their people of different ethnic background speaks the same Bahasa Indonesia everywhere in their country. When I go window shopping sometimes in Orchard Road, Singapore I encounter Indonesian of Chinese ethnicity speaking impeccable Bahasa Indonesia among themselves and speaking in English with the sales person.

    Saya sedih bila balik ke Malaysia beratur diKLIA untuk urusan paspot didepan saya pemegang-pemegang paspot Malaysia tetapi bercakap dengan kuat didalam bahasa Cina/Hokkien.

    Yes I do envy the Indonesian and the Thais and the Filipinos.

    Reply
    • 5. Helen Ang  |  November 26, 2011 at 11:00 pm

      Hi Eddy,

      The lack of BM proficiency is an attitude problem, more than anything else. I wish I could say ‘Win the heart, and the tongue may follow suit’ but alas, at the rate things are going …

      That’s why pragmatically, I think ‘perpaduan’ remains a pipe-dream. I know you’re a sincere advocate of SSS and I don’t think Rocky & Kak Ena are anti-Chinese nor A. Ghani Ismail who signed the petition & whose blog I’d promoted here but realpolitik is something else (ref. BigCat’s comment (25 Nov 04:14) on the votebank implications of such a move.

      Given the sentiments, I believe that if a referendum were to be held, Pg Chinese would vote to become the Republic of Singapore North, and most Malays won’t be sorry to seem them go altho’ it might sting to lose the is-land. (Read Din Turtle.)

      Whaddya think?

      Reply
  • 6. Dog And Pig  |  November 26, 2011 at 11:12 pm

    Saya bukan tidak suka sama cina tapi saya amat benci sama dap.Itu sahaja.

    Reply
  • 7. Yeah  |  November 27, 2011 at 5:43 am

    Toksah risau. Persepsi umum rata-ratanya adalah lebih berbisa daripada kebenaran. Formula Pakatan akan memaksa DAP menjadi lebih Cina, Keadilan menjadi lebih Melayu dan PAS lebih Islam. Kalau ditambah Hindraf, saya rasa molek-lah tu.

    Realitinya, para pengundi sedang bereksperimen dengan parti gabungan pelbagai ras / fahaman yang baru. Sebahagian besarnya adalah berpunca daripada penolakan BN, bukan tarikan PR. Amnya, ini satu perkembangan yang sihat. Dengan adanya persaingan, maka adanya kemajuan.

    Sekarang, ramai sudah nampak apa yang menjadi isu Melayu-Cina rupa-rupanya isu Islam-Kristian, isu agama-sekular, isu kaya-miskin, isu peniaga Melayu-peniaga Cina, isu kualiti pendidikan, isu diskriminasi tempat kerja. Orang Melayu mahu mempertahan haknya, seperti orang Cina, orang India dan lain-lain. Persefahaman hanya akan terbentuk apabila kepentingan Negara diutamakan.

    Saya faham sangat-sangat akan perasaan cemburu Eddy. Saya pun tak faham bahasa Hokkien, kecek Kelantan dan bahasa Iban. Tapi bab itu saya rasa itu advantage dan kecantikan budaya dan bahasa ibunda masing-masing. Takkan-lah nak sekat dia orang bercakap Hokkien atau Iban sesama mereka sendiri. Bodohlah kalau pakai Hokkien nak bercakap dengan seseorang yang hanya boleh berbahasa Tamil. Di situlah kita gunakan bahasa kebangsaan, walaupun saya nampak kebanyakannya lebih suka bahasa Inggeris.

    Saya hanya akan bersedih dan kesal kalau budak sekolah hasil sistem pendidikan Malaysia kita, bila bukak mulut BMnya sebiji macam datuk neneknya yang datang dari tongsan. Itu tandanya kegagalan sekolah-sekolah kita dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Sama jualah dengan anak-anak muda kita yang English speakingnya hancur serabai. Ini bermaksud mereka tak dididik dengan betul.

    Reply
  • 8. mohd maiyidin  |  November 27, 2011 at 8:49 am

    Kalau semua ikhlas sayangkan malaysia, sebagaimana org melayu (yang benar2 islam) yang diawal dulu berjuang membebaskan negara dari penjajah (kalau ada bukan bumiputera berjuang pun mungkin kerana keturunan asal mereka sudah berada di malaya lama dulu, tapi itu sikit saja berbanding yang menjadi warganegara dalam program jus soli tajaan umno semasa menerima kemerdekaan). bukan bumiputera ini, yang hanya melihat dan menjadi tetamu bumiputera mengerah keringat bekerja dengan penjajah dilombong2 dan diladang getah (tetapi sangat bertuah kerana jus soli) Sepatutnya mereka ini (kalau pandai berterima kasihlah) mengikut acuan bumiputera untuk membawa negara kearah mana pun. Mereka bebas memberi saranan, tetapi keputusannya tetap ditentukan oleh bumiputera melayu islam yg menjadi kaum dominan. Saya tak fikir minoriti akan berperang/bermusuh melawan melayu, ini kerja sia-sia. seperti juga di china, india, amerika, rusia dll, adakah minoriti islam dinegara tersebut melawan yang menjadi majority walaupun kita kata mereka negara demokrasi apatah lagi komunis!. Jadi saranan saya disebabkan bumiputera telah dengan ikhlas menerima bukan bumi sebagai warganegara yang merdeka, kita semua ikutlah kemana negara ini akan dibawa oleh yg majoriti supaya kita tidak bertelagah dan menjadi bangsa malaysia yang kuat, salah satu cara ialah sekolah satu aliran, buang kecinaan, buang keindiaan walaupun adat budaya masih lagi dipegang, kita jadi bangsa malaysia!

    Reply
    • 9. Yeah  |  November 27, 2011 at 10:18 am

      Hubungan majoriti-minoriti di China, India, Amerika dan Rusia penuh sendat dengan konflik (Tibetan, Uighur, Native American, Black separatist, Latino, Chechen, Tuva, Kashmir, Punjab, Assam) sebab negaranya besar. Di Malaysia, mujurlah kita masih waras dan boleh bertolak-ansur.

      Saya tak pasti macam mana sesuatu adat budaya boleh kekal jika contohnya kemelayuan dibuang. Menyuruh kumpulan minoriti membuang kecinaan dan keindiaannya merupakan satu bentuk penindasan atas nama nasionalisme. Sampai hari ini, masih ada rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina atau India yang tak memahami konsep kepelbagaian budaya dan etnik.

      Jika golongan Bumiputera (termasuk kawan-kawan kita di Sabah dan Sarawak) IKHLAS menerima bukan Bumiputera sebagai warganegara, maka kita semua hendaklah bermuafakat (duduk sama rendah, berdiri sama tinggi) dalam menentukan halatuju negara ini. Soal ikut majoriti sudah memang asas dan dasar prinsip negara demokrasi, tapi ingatlah bahawa majoriti tidak secara otomatik bererti Bumiputera. Ini bukan soal acuan Bumiputera atau acuan bukan Bumiputera, tetapi acuan bangsa Malaysia.

      Semua warganegara Malaysia perlu menerima institusi raja-raja Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, soal kerakyatan dan kedudukan istimewa Bumiputera. Ini tidak bererti kita tidak boleh menyoal apa-apa penyimpangan daripada niat dan hasrat Perlembagaan Persekutuan. Negara kita unik dalam pelbagai bentuk dan cara, dan selama ini kita berjaya mencari jalan penyelesaian secara aman kerana kita saling memahami dan bersikap rasional. Puak-puak ektremis akan sentiasa ada, tetapi jangan kerana nak menang sorak, kampung tergadai. Masa depan negara dan anak cucu kita semua lebih penting – itu sayang yang sebenarnya.
      ___________________________________________________________________________________

      Sdr Yeah, istilah ‘bumiputera’ (alat DEB) tidak disebut dalam Perlembagaan. Perkara 153 merujuk kepada ‘kedudukan istimewa’ orang Melayu dan pribumi Sabah & S’wak. — Helen

      Reply
      • 10. mohd maiyidin  |  November 27, 2011 at 11:15 pm

        Bukan bermaksud setiap kaum membuang “kekaumannya” cuma jadi satu bangsa malaysia dan kita tidak membicarakan soal kaum dalam dalam kontek kenegaraan melainkan dalam hal yg berkaitan kebudayaan, bahasa yg bersifat kumpulan kecil itu biasalah. maksud disini tak kan saya minta or cina buang kecinaan dan ikut budaya melayu, jgn lah pesimis sangat, optimistik sikitlah!

        Reply
    • 11. Tiberius  |  November 27, 2011 at 2:00 pm

      Minta maaf. Malaysia bukan hak orang Melayu. Tanah adalah hak Allah. Yang memberi kerakyatan kepada datuk dan nenek moyang orang bukan Melayu ialah kerajaan British. Harus diingatkan, sekiranya British tidak mengiktiraf orang-orang bukan Melayu sebagai warganegara ini, kita tidak akan capai kemerdekaan. Ada faham? Lagipun bukan semua orang Melayu adalah penduduk asal di negara ini. Berapa ramai Melayu yang datuk dan nenek moyangnya datang dari Indonesia, India, Pakistan dan China (ya, China)? Datuk Pak Lah sendiri pun datang dari Sanya, China

      Reply
      • 12. mohd maiyidin  |  November 27, 2011 at 11:07 pm

        Benar kaum2 dimalaysia berasal dari pelbagai, ini sama diseluruh dunia, kita menbicarakan sebuah negara yg merdeka, siapa yg benar2 berjuang untuk merdeka, bukan british yg bagi kerakyatan kepada buruh2 lombong dan ladang getah mereka tetapi tetapi ia dijadikan satu syarat kepada umno untuk umno menyambut (bukan berjuang) kemerdekaan melalui program jus soli (yg asalnya tak dipersetujui oleh org melayu melainkan umno, tapi dah diterima kami layanlah mereka ini semua sebagai keluarga kami disini, ada pernah dengar dulu2 melayu bunuh cina atau india atas alasan perkauman?). Pejuang sebenar adalah seangkatan dengan mat kilau, tok janggut dan kawan2nya dan yg terkemudian sedikit seperti dr burhanudin dan mereka ini islam (inilah masalah menbaca sejarah yg tak tepat). Ada nama bukan melayu dalam senarai tu tak? Kewajipan org islam adalah membebaskan tanahair dari penjajah yang kafir, ini adalah ajaran islam, kalau tak kerana ajaran ini, org melayu islam mungkin tak hendak pun berperang dengan britissh tu!

        Reply
      • 13. Yeah  |  November 28, 2011 at 11:25 am

        Siapa yang tidak mengenali sejarah? Mungkin zaman Mat Kilau belum ada penentang penjajahan British tetapi dah sampai Dr, Burhanuddin, bilangan bukan Melayu yang anti-British ramai. Samada mereka itu berhaluan kiri atau kanan itu ikut selera masing-masing.

        Saya berasa terkilan kerana ada yang sengaja melupakan sejarah. Bukankah pembesar Melayu jua yang menaung puak-puak kongsi gelap dalam perebutan kuasa sesama mereka? Sejarah awal hubungan Melayu-Cina sebelum itu berunsur perdagangan, bukan tuan lombong dan pelombongnya. Pembesar-pembesar Melayu seperti Long Jaafar di Larut dan Raja Jumaat di Lukut yang mula-mula mengupah buruh cina untuk mengusahakan lombong bijih timah mereka. Ini kemudiannya membawa kepada pembentukan kumpulan bersenjata ala kongsi gelap yang digunakan dalam persaingan kuasa melombong antara pembesar Melayu. Siapa yang melantik dan menentukan kapitan Cina? Siapa yang mengenali kapitan Sheng Ming Li dan pemberontakan Sungai Ujongnya (yang dikatakan berpunca daripada pencukaian yang keterlaluan oleh pembesar Melayu atau perbalahan sesama pembesar Melayu tentang hak melombong – masih menjadi pertikaian)? Kumpulannya dihancurkan dan Yap Ah Loy yang masih muda ketika itu terselamat dan selebihnya sudah menjadi sejarah apabila beliau berpindah ke Kuala Lumpur. Selidiklah sejarah kapitan di Malaysia, dari Chung Keng Quee ke Zhang Zhaorong. Bacalah daripada rekod awal penjajah British hubungan sesama Melayu dan Cina pada awal dan pertengahan 1800-an. Perpindahan secara sistematik dan besar-besaran oleh British tidak berlaku sehingga selepas 1870s.

        Konflik Melayu-Cina di Malaya banyak didokumenkan oleh ahli-ahli sejarah, dan sesiapa yang membacanya akan lebih menghargai keamanan yang dikecapi sekarang. Dari Onn Jaafar dan langkah beraninya di Batu Pahat sehinggalah Tun Razak selepas peristiwa hitam 1969, negara kita terselamat daripada kancah kehancuran. Namun, ramai yang tidak memahami sebab dan akibat daripada peristiwa sejarah, dan hanya disuapkan watak-watak dan senario naratif yang “rasmi” sahaja.

        Kita sekarang sebahtera dan sekapal, datuk dan moyang kita telah berbakti kepada bumi ini. Erti kemerdekaan itu kosong kalau kita masih cuba membezakan antara “kami” dan “mereka”.

        Reply
  • 14. Tiberius  |  November 27, 2011 at 1:50 pm

    Perpaduan mutlak tidak pernah kekal selama-lamanya. Jika tidak percaya, cuba kaji balik sejarah ketamadunan dunia, Lebih 2000 tahun dahulu,

    Maharaja Qin Shi Huangdi telah menyeragamkan sistem tulisan di seluruh tanah besar China. Penduduk China walaupun bertutur dalam pelbagai dialek China dapat memahami antara satu sama lain melalui sistem tulisan yang sama. Namun, setelah kemangkatan maharaja tersebut, kerajaan Qin jatuh digantikan oleh Han. Sampai ke hari ini, berapa dinasti yang telah memerintah China? Jika benar Shi Huangdi berjaya menyatukan China, mengapa negara berkenaan perlu mengharungi zaman pemerintahan pelbagai dinasti sehingga diambil alih oleh sistem republik?

    Islam sebelum kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, baginda pernah berdoa agar umat Islam tidak berpecah. Namun, doa ini tidak diperkenankan oleh Allah S.W.T. Malah perpecahan islam terus terjadi sehingga ke hari ini.

    Jika sejarah dikaji dengan penuh teliti, kita akan dapati faktor politiklah yang banyak menyumbang kepada perpecahan. Qin digulingkan kerana Liu Pang ingin berkuasa dan mengasaskan Dinasti Han. Dalam dunia Islam, selepas kewafatan Saidina Ali R.A. Muawiyah yang pernah berselisih dengan Saidina Ali melantik dirinya sebagai khalifah baru.

    Hari ini, orang politik di Malaysia cuba menyemaikan benih-benih perpecahan agar mereka dapat berkuasa. Gelaran YB yang sepatutnya bermaksud Yang Berkhidmat telah ditukar kepada Yang Berhormat. Setiap kali gendang dipalu oleh orang-orang politik, golongan pencacai akan menari ikut rentak gendang tersebut.

    Reply
    • 15. mohd maiyidin  |  November 27, 2011 at 11:20 pm

      Benar tiada perpaduan mutlak sebab kalau anda seorang islam anda akan mengerti bahawa orang islam pun hanya bersaudara antara pelbagai kaum atas persaudaraan islam sahaja, kaum tetap pelbagai dan mereka tetap akan mengikut cara kaum mereka sendiri, inilah indahnya ALLAH jadikan berbagai kaum supaya kita saling mengenali dan hidup aman damai tanpa memaksa fahaman kiata keatas org lain!

      Reply
  • 16. lousy.engineer  |  November 27, 2011 at 10:33 pm

    Helen, I like most of your writings because I felt they’re really very honest prognosis, although I don’t always agree with you. Keep up the good work.

    You hit the bull eyes in regards of your reply to OverseasBumi. One thing the SSUS proponents don’t quite get it is; part of the reasons why non-Malays parents are reluctant to send their kids to national schools is partly due to the religion indoctrination that is currently deeply embedded in national schools, especially those that typically undertake mainly Malay students like Sekolah Menengah Teknik or Sekolah Vokasional. I understand this as a token of non-Malay student who has studied in a national school during the early 90s, whereby I’m pretty much used to daily classes and weekly “perhimpunan” (assembly) that started with a “doa” (prayer) and “inconvenience” of having my food and drink during “puasa” (fasting period). Of course those SSUS folks have pretty much conveniently ignored incidents that we read occasionally, like those of “Siti Inshah”. Why those incidents happen? These incidents are going to drive most prospective non-Malay parents even further away from enrolling their kids to national schools and that includes parents who have formerly came from national schools, like me.

    Put it this way; like what my friend has pointed out, the problem that we’re seeing today (the so-called reasons that are listed out by SSUS proponents on why there’s a need for 1School) is merely an effect of what’s wrong with Malaysia (it’s not the cause!!). As long as secular policy and fair governance are taken back seats in Malaysia, we won’t see a Bangsa Malaysia evolving anytime soon. It won’t happen in my lifetime and probably won’t happen in my own children lifetime, which is sad to say.

    Reply
  • 17. HuaYong  |  November 27, 2011 at 11:40 pm

    OverseasBumi at the least is being honest to say out loud the true emotion in his first few paragraphs, and for that I salute him, does what he said represent the truth or the stance of the rest, I don’t know, we leave it to readers to make their own judgment. However, I think OB observation toward Chinese is mostly flawed but I am okay as long as this is what he came across, anyway, I would give my view on 3 points raised for discussion purpose.

    1) “If the Chinese want to have their language to themselves, then it is obvious they would use it against us, economically and socially” and “the chinese in Malaysia and, in my experience, in other parts of world, are snobbish about their language just like the French.”

    This is totally untrue, the Chinese went through a period when we believe that unless Hanzi were fully Romanize, Chinese civilization would be eliminated in the human race competition. Most probably the reason why Chinese like to correct the wrongs is because we still find it unbelievable there is race other than Chinese that are willing to learn Chinese. Read more about this from Western perspective, most notice that Chinese find it hard to believe and amusing when non-Chinese speak Chinese, that said, the reaction ease when China is now getting stronger in both real politics and economy sense. In short, I don’t believe there is a single race/ethnic in the world who want to have their language to themselves.

    2) “I think people overlook that unlike the rise of the West, the Chinese have not tried to promote the concepts of social justice and equity like the West. The West went through a tough time, but they managed to recognize the importance and relevance of race in the social fabric. They downplayed the importance of fair skin and they rejected nepotism and favoritism based on familial or racial ties.”

    I don’t know what you meant by the West went through a tough time when recent history clearly demonstrate that they are the colonial power, and as you said, with a burden to promote their version of social justice to the developing world, and any country that don’t abide by their wish is deemed as evil, I don’t ever think the Chinese will take over the White Man burden, and if your contention is on racism, then I can to a certain extent agree with you but do you really find a Black or Asian reigning at the top of US corporate business, or a law firm?

    3) “…and the tacit support given by all chinese of every nationality. You are now exhibiting similar symptoms.”

    I think the sentiment is similar to your support to Palestinian, Iraqis and Afghanistan. Nothing much and nothing less.

    Reply
  • 18. chewal  |  November 28, 2011 at 11:12 pm

    Helen,

    Again, your article is heavily flawed. The title is “Dr. Mahathir bapa sekolah vernakular moden”. Reading your article, I’m trying to figure out the fact that can support the title but none available.

    You mentioned that dasar-dasar kerajaan dibawah Dr. Mahathir mengukuhkan sekolah vernakular and refer this to IPTS yang tumbuh dengan banyak dan kaitkannya dengan penggunaan BI sebagai bahasa utama dalam IPTS ini.

    Do you really understand the meaning of the word vernakular?

    Your article based on the title is totally misleading.
    _______________________________________________________________________________________

    I actually had your assertion in mind, Chewal, when I composed the title.

    Dr M was “INDIRECTLY” (same like what you said about the ‘indirect’ connection between improving English & PPSMI) responsible for the revival & resurgence of vernacular schools by opening up the education sector to private colleges.

    This meant that BM was downgraded since college applicants no longer needed to depend on their SPM results being Grade 1 (requiring credit in BM) in order to continue with their tertiary education locally.

    With the wide availability of private colleges, the majority of Chinese students no longer needed to bank on landing a place in public uni, say UKM or USM which taught their courses in BM. As you know, the private colleges teach in English.

    The rise of private colleges & the increased importance of English in turn meant that SKs no longer conferred any advantage over SJKs since the lack of BM proficiency doesn’t affect the chances of obtaining higher education for Chinese kids anymore once tertiary education was liberalized & their parents could easily enrol them in private colleges or twinning programmes.

    Helen

    Reply
  • 19. ernie  |  December 28, 2011 at 12:52 pm

    Bagi saya….bangsa seseorang itu memanglah penting tetapi bukanlah isu yang paling penting. Memang bangsa cina di Malaysia tidak puas hati dengan sistem pelajaran di Malaysia…ini tidak boleh dinafikan. tetapi bangsa melayu juga tidak kurang “komplen” pasal sistem pelajaran…isunya adalah..sistem pelajaran di Malaysia perlu diubah suai dengan drastik agar dapat maju kedepan. Result atau keputusan kadangkala bukanlah kayu pengukur.
    ramai dikalangan melayu dan juga bukan melayu yang muslim, kini mendapati anak-anak mereka lebih berjaya jika bersekolah persendirian. Ada juga ibu bapa yang mengambil keputusan untuk terus ” Home schooling”.
    Tidak dinafikan ada terdapat golongan cikgu-cikgu dan guru besar yang berpelajaran tinggi dan berdedikasi…tetapi sistem persekolah dan method pembelajaran yang masih di takuk lama membuatkan sesetengah golongan pelajar terpinggir, tercicir dan terus tergelincir.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,874,070 hits

Kalender

November 2011
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 342 other followers

%d bloggers like this: