Apa ketetapan Majlis Syura atas PAS 2.0?

December 22, 2011 at 9:58 pm 7 comments

Tuan Guru Harun Taib memuji Ustaz Nasharudin Mat Isa atas kesungguhan semangatnya mempertahankan asas dan matlamat teras parti.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu ketika ditemui TKO semalam berkata: “Syabas kepada beliau kerana bertekad untuk bersama-sama menjunjung risalah Islam melalui wadah PAS dulu, kini dan selama-lamanya.”

“Inilah satu sikap yang ditunggu oleh seluruh ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan orang-orang yang belum memasuki PAS,” ulas Harun yang juga timbalan Musyidul Am parti tersebut.

Sementara itu, timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz memaklumkan di Facebooknya:

“Saya menolak kartun drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa. Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh. Saya turut menolak interbiu SU Agung PAS yang mengkritik dan menuduh secara terbuka 2 pejuang Islam yang berkali-kali menyatakan kesetiaannya kepada PAS.”

Semalam Nasharudin sendiri membidas tuduhan bersubahat dengan Umno yang dilemparkan terhadapnya sebagai “sesuatu yang terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas”.

Beliau menjelaskan melalui suatu kenyataan media bahawa perjuangannya kekal bersama PAS.

Nasharudin bukan calang-calang orang tetapi bekas timbalan presiden parti.

Tohmahan-tohmahan terhadapnya yang dilayangkan di media alternatif yang mencop beliau seorang “rebel” (pemberontak) dan “renegade” (petualang) bukan sahaja memperlekehkan kewibawaan dan ketulusan Nasharudin tetapi memandang remeh akar-umbi PAS yang berpegang kepada tunjang asal parti.

Pendirian agama yang bermusim

Adakah PAS masih lagi PAS jika sebagai parti Islam ia sanggup membelakangkan hasrat Negara Islamnya?

Benarkah ianya Nasharudin yang menggadai cita-cita murni parti? (Baca juga ‘YB Jelapang mengkhianat atau dikhianati DAP?’ membincangkan siapa yang telah berubah — pucuk pimpinan ‘Politik Baru’ pasca-2008 atau orang lamanya.)

Selepas keputusan mengejut pilihanraya umum 2008, sebuah parti majoriti Cina yang kononnya sekular boleh dengan mudah bertukar wajah.

Lagi-lagi Adun DAP Hannah Yeoh bertudung

Selain wakil-wakil DAP yang ghairah masuk masjid untuk berpolitik, setiausaha agung parti Lim Guan Eng – didedahkan oleh Teresa Kok sebagai seorang yang tidak beragama – juga dengan tanpa segan silu membayangkan dirinya mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz dan mendokong kata-kata ajaran Arab ‘amar ma’aruf nahi mungkar’.

Sekarang ini pula PAS nampaknya rela mengetepikan laungan untuk membentuk sebuah negara Islam serta membekukan niat melaksanakan hudud. Seperti juga DAP, PAS seolah-olah masuk fasa 2.0.

Sesat, kembali ke pangkal jalan

Berbaliklah kepada perlembagaan parti untuk mengetahui pihak mana yang tersasar.

Fasal 3 perlembagaan menyebut dasar PAS adalah Islam.

Fasal 5 mencatatkan tujuan parti dan Fasal 6 menyenaraikan langkah-langkah yang wajib diambil untuk mencapai tujuan yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Objektif PAS ialah menegakkan ukhuwah Islamiyah melalui usaha-usaha “memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah”.

Soalan cepu emas bagi penyokong: Adakah PAS setia menjadikan Islam “sebagai panduan berpolitik dan bernegara”?

Di mana letaknya Negara Berkebajikan dalam kerangka di atas dan bagaimana sesebuah negara berkebajikan (yang hanya diilhamkan pada tahun 2011) mampu “memperkenalkan nilai-nilai keIslaman” serta memanjangkan dakwah?

Menurut Fasal 7, hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran dan Sunnah.

Fasal 8 memperincikan kuasa Majlis Syura Ulama untuk “menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya”.

Majlis Syura dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana badan PAS yang lain.

Ia juga bertanggungjawab mengawasi supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak perlembagaan parti dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

Siapa harus menerajui hala tuju?

Majlis Syura Ulama yang boleh disifatkan sebagai ‘supreme council’ merupakan badan tertinggi dalam parti.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terikat dengan majlis dalam membuat keputusan (Perlembagaan PAS 1993:33). Di samping itu, majlis juga diperuntukkan kuasa kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) perlembagaan untuk melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib.

Peranan majlis ialah untuk menjamin supaya Muktamar Tahunan tidak terkeluar daripada kehendak-kehendak fasal 7(1) – hukum tertinggi dalam PAS, iaitu Al-Quran dan Sunnah – serta tidak berlawanan dengan dasar dalam fasal 3, yakni landasan Islam.

“Majlis ini ditubuhkan untuk memastikan ulama benar-benar membuat keputusan dalam menentukan hala tuju perjuangan.” [ruj. kertas ‘Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam Organisasi Parti Islam Semalaysia (PAS) oleh Fakulti Pengajian Islam, UKM]

Orang Melayu harus mengambil iktibar daripada penyimpangan prinsip yang berlaku di DAP. Gara-gara kemaruk kuasa, DAP 2.0 boleh dengan semena-mena membuang fahaman sekularisme yang telah dipegang parti itu untuk sekian lama. Tak payah melangkah mayat Karpal pun.

Jelas sekali puak evangelis yang agresif berjaya meng-hijack dan mereka begitu lantang walaupun golongan Kristian Cina hanya segelintir. Wacana masyarakat Cina bagi yang merupakan penganut Buddha dan pengikut falsafah Tao ditenggelami oleh rekayasa baru DAP.

Adakah pergolakan dalaman PAS juga mengisyaratkan bahawa saf kepimpinan yang mewakili suara kebanyakan PAS ikut lemas?

Anda juga mungkin meminati:

Gempar! Terbongkar rahsia Guan Eng oleh Teresa

PAS-Umno acapkali bincang perpaduan mesti ada sebabnya

Himpun: Bukan akidah digugat tetapi politik evangelis menggugat

Evangelis dan ciri-ciri politik gereja (dikemaskini)

About these ads

Entry filed under: PAS. Tags: , , , , , , , , , .

Hannah Yeoh sekat tweet seorang blogger, dakwa shizone.com Saman malu Ng Wei Aik, setpol ketua menteri P. Pinang

7 Comments Add your own

  • 1. Leman Pulut  |  December 23, 2011 at 10:35 am

    Helen,

    Saya terlepas pandang pula tilikan mengenai Nasharudin PAS dan Hasnah Yeop dalam posting saya terakhir Nostradaleman (http://annoyinglyanonymouslemanpulut.blogspot.com/2011/12/nostradaleman.html). Mungkin hari yang lain.

    Walaubagaiamanpun, adakah bertetapan tilikan saya mengenai anda, sekali dengan enam enam anak itu?

    Leman
    ______________________________________________________________________________

    Tepat sekali tilikan Pak Nujum mengenai Humvee (memang saya suka idea tu). Cerita pasal bab Hasnah Yeop, saya menilik bahawa tahun depan budak Shay Adora Ram akan mendapat seorang adik baru yang bergelar Shaun Omega Ram. Kesian kat kerani JPN yang sekali lagi akan terpaksa melayan kerenah YB. Selamat Menyambut Tahun Baru, Leman. — Helen

    Reply
  • 2. Helen Ang  |  December 23, 2011 at 11:03 am

    Satu lagi tilikan bagi 2012: Hasnah Yeop dengan rakan kongsinya Ms Serdang akan membuka rangkaian butik selendang.

    Kalau minat nak tengok, ni rupa-rupanya gambar kedai jahit [bisnes yang mana isteri David Nga Kor Ming kononnya seorang 'sleeping partner']. Ia setempat dengan pejabat guaman Ngeh & Co. Hmmmn, James Ngeh Koo Ham yang sepupu Nga ke? Kalau gitu, guanxi orang evangelis DAP memang cukup erat.

    Reply
  • 3. Wazir al-Roslan ibn Khaldun  |  December 23, 2011 at 1:00 pm

    1. Dah lama jelae dah bahawo PAS memmainkan Isleh untuk kepentingan politik sial laknatullahnya.

    2. Ramai oghe dah jelae denge bahawa disano PAS menghalalkan yang harae, mempermainkan hukum dan yang paling dashyat menyeleweng akidah Muslim serta menghina kalimah ‘Allah” dengan membenarkan Kristian pemuja Salib dan pengikut Tuhan 3roh menyamakan kalimah dan zat Allah dengan Logos/Jehovah Kristian tahlul.

    3. Jelas juga berpandukan “Amanat Hadi Awae” dan Buku ‘Aqidah Muslim oleh Hadi Awae (terbitan GC Edar, 1988) bahawa pemimpin PAS yang mengiakan perkara-perkara harae dan bidaah dalam (2) di atae tu, sudah murtad. dan jika kekal murtad tanpa bertaubat sah kapiak. Yang mana di larang berimam dengannya, makae daging korbaenyo serta menikah anak pinaknyo dan darahnya halal.

    Kedudukan puak-puak murtad ini adalah samo macae Ayah Pin.

    4. Isunya sekarang, adakah pengikut PAS yang mendakwa diri mereka Muslim/Isleh sanggup menyembelih Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat, dan seangkatanan murtad yang lain dalae PAS. Itu soalnya, kerana berpandukan fatwa Hadi Awang tahun 1980an dulu dalam ‘Amanat Hadi’ dan beribu-ribu fatwa dan tulisae mursyid Isleh, daghah oghe macae ini halal, maksudnya mereka boleh di korbae atau nok mudoh ceghitolah, di bunoh!

    Cabaran saya kat oghe PAS mudah aje: Adakah kalian yang mengaku Isleh bersedia menyembelih Hadi Awang, Nik Aziz dan yang sejenis dengannyo demi Allah dan Rasul?

    Atau adakah anda kalian hanya cakap tak serupa bikin, imae kat luar ajo tapi kapiak kat dalae keghano meletak maknusio lebih tinggi dari Allah azza wa jalla. Ingat firmae yang bermaksud mukmin itu ‘menyayangi Allah dan rRasul lebih dari ibubapanya,…….” sekalipun. (lihat aje kisah Nabi Ibrahim alahisalam…fehe2 ajelah).

    Ingat, ambo hanya menerangkan berdasarkan fatwa dan nukilae puak PAS. Ambo tak hasut atau ‘luar fatwo baghu. Ini bukae ujian dari ambo, Ini ujian ALLAH azaa wa jalla kerana disana setiap kata, sumpah dsbnyo itu akan diuji, itu sunnatullah.

    Nah sokmo dah jelas dah, Allah nak uji kamu imae kat Allah aje atau imae kat Hadi, Nik Aziz dan konco-konconyo? Sanggup lihat kalimah Allah di hina atau sanggup lepae Nik Aziz, Hadi bagi Kristian hino Allah kerana takut kat dio oghe?

    Kalau pilih Hadi, Nik Aziz dan konco-konco demo, maka sahlah pengikut PAS dah syirik, sesat, murtad bukae lagi Isleh!

    Itu lah Allah nak tunjuk agaknyo bila kamu kalian nak 2 balaesah (sughau/masjid) kat Jortih ke Hulu Ganu ke bahawo, PAS ni meme sah puak syirik, kapiak.

    Reply
    • 4. Gratitude  |  December 24, 2011 at 5:03 am

      Adakah betul theori bahawa apa yang di buat Hasan Ali dan Nasha sekarang ini adalah hanya sandiwara nak memujuk orang parti Pas yang hampa hati dengan puak Erdogan atau kerjasama dengan DAP?

      ie to keep the ship floating by sustaining the hope of Pas members on the genuinity of the party’s fight for Islam,

      Or maybe just to sustain the PAS brandname among the public by gainng free media coverage (just as what Mat Sabu did by komunis topic)

      Hmm

      Politics is a strange world

      Reply
      • 5. Pemburu  |  December 26, 2011 at 12:18 pm

        Tak mungkin gitu…sebab kalo depa nak guna media UMNO untuk cari publisiti murahan, sudah tentu mereka tak bangkit isu besar ni nanti nampak sangatlah PAS dah menyeleweng dan pecah belah. Kenyataan Tapa Ali hari ini mengiakan andaian saya. Dia dah gementar dirinya bakal di londeh. Sebenarnya, Tapa Ali ni macam hadi Awang adalah badut politik. Merekalah dulu yang beria-ia hendak rundingan denagn UMNO tapi bila nampak NASH dan puak konservatif kalah, Hadi dan Tapa bermuka2 dengan Erdogan untuk menyelamatkan karier politik masing-masing.

        Yang aku pasti dari perhatianku dan juga maklumat sahabat masa aidil firtri dan aidil adha dulu, banyak pengikut PAS dah tawar hati. Banyak markas terbuka PAS sempena hari raya dua itu lengang, tak dak orang nak kunjung. Dan ini bukan di selangor atau Johor, ini kat heartland iaitu Ganu, Kelante, Kedah dan Perlis. Contohnya kat kampung aku kat Jertih, surau orang PAS hampir kosong masa solat Raya. Yang penuh surau UMNO dengan muka-muka PAS. Begitu jugak banyak tempat lain yang sempat aku kunjung lepas solat nak lihat suasana rumah/markas terbuka.
        Kat kampung bini aku kat kedah pun cegita samo, dan aku dengar di kelante pun orang tak berapa nak layan Nik aziz dah.

        Pendek cerita PAS akan kalah besar dalam PRU 13 ni dengan puak konservatif nya samada tak keluar undi, rosak undi atau pangkah UMNO. Begitu jugak PKR yang bergantung pada undi PAS di tempat-tempat tertentu. Itu sebabnya mereka dah mula panik dan dok sibuk gempur kawasan luar bandar sekarang, tapi orang sana dah muak dah.

        Pertelagahan dalam press UMNO ini adalah usaha strategik golongan konservatif PAS bagi mengepung puak Erdogan secara public, maklumlah puak konservatif tiada lagi akses kepada Harakah. Konservatif vs Erdogan makin parah dalam PAS sebenarnya, lihat aje Azizan (konservatif) vs dOthers(Erdogan) di Kedah.

        Namun diakar umbi, golongan konservatif yang kuat, lihat aje gabungan undi nasharuddin dan Tuan Ibrahim (puak konservatif moderat) dulu melebihi Sabu. Erdogan angkuh sebab mereka ingat mereka pegang grassroots tapi hakikat sebenarnya, puak konservatif dah arah penyokongnya menyembelih puak erdogan dalam PRU 13.

        Implikasinya ialah puak Erdogan akan hilang taring (tiada kerusi MP atau DUN) dan kredibiliti. Pada masa itu, konservatif akan mudah mengambil alih pucuk pimpinan PAS dalam pemilihan parti akan datang dan melencongkan kembali halatuju PAS ke konsep negara Islam dan pimpinan ulama serta membawa parti itu keluar dari PR.

        Reply
  • 6. salhas  |  December 24, 2011 at 1:10 am

    PAS dah ambil tempat DAP (Dari asas agama ke asas sekular) dan DAP mengambil tempat PAS (Dari asas sekular ke asas agama).

    Reply
  • [...] pembaca blog saya bergelar ‘salhas’ telah memberi satu komen #5 (Dis 24 pada 1:10 pagi) berbunyi: “PAS dah ambil tempat DAP (Dari asas agama ke asas sekular) dan DAP mengambil tempat [...]

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,870,999 hits

Kalender

December 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 342 other followers

%d bloggers like this: