DAP kata lu ‘cayalah gua (Melayu sertai parti)
Januari 27, 2012 at 9:24 am 11 comments
Kit Siang: More Malays will join DAP
Klip video berjudul ‘Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is a hypocrite‘ telah dimuat-naik bulan lepas oleh akaun YouTube yang menggelar dirinya Ms Betty Sung.
Ulasan atau voiceover dalam video (klik bawah) menyebut nama PM sebagai “Dar-took Sri Najeeeb Rey-zeck”. Orang Islam disebutnya ‘Moss-lemz’ dengan pelat tiru orang putih yang pekat sekali.
Kalau dia cakap Melayu, entah bagaimana bunyinya.
Video Betty tersebut menuduh Najib hipokrit kerana tindakan PM didakwa bertentangan dengan cogankata ’1Malaysia’nya.
Satu lagi video Betty ialah ‘Is DPM Tan Sri Muhyiddin Yassin a racist’?
Akan tetapi siapa lebih hipokrit sebenarnya?
“Kami jawap anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.” — Sila jenguk blog Minda Hijrah di mana komen-komen oleh pembaca amat lucu sekali
Politikus evangelis DAP beriya-iya mengatakan semua warga Malaysia adalah ‘bersaudara‘ (we’re all brothers and sisters) tetapi orang berkulit gelap dirujuknya sebagai ‘hitam metalik’. Ada hipokrit tak?
Ng Wei Aik, iaitu setpol Lim Guan Eng, berkata:
“Marilah kita bersama-sama hidup dalam negeri ini dengan suasana muhibah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi.”
Anda percaya kat dia?
Di bawah ialah screenshot komen pembaca Malaysiakini di sebuah rencana semalam bertajuk ‘Hindraf leaders split over ‘marriage’ with ABU‘.
Ong ini adalah seorang penyokong tegar DAP yang menstereotaip orang India.
Komennya membayangkan bahawa sebab adik-beradik pengasas Hindraf – Waythamoorthy dan Uthayakumar – telah masing-masing mengeluarkan dua kenyataan akhbar bercanggah ialah ekoran mereka mabuk.
Kaum India pun tidak dipandang kerajaan Pakatan Selangor juga. Acara-acara rasmi negeri yang dijadualkan minggu depan tidak menghormati perayaan Thaipusam, atau Ponggol sebelum itu. – baca blog Dhanyaraam SINI
Akan bersambung … kenapa Uthayakumar menarik diri dari ABU
Entry filed under: HIPOKRIT, Lidah bercabang. Tags: hina kaum India, Malaysian Firsters.
11 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed





1.
nik | Januari 27, 2012 at 1:02 pm
1, abu dan hindraf adalah dua pertubuhan haram. apakah implikasi yg sah dari segi undang undang bila dua pertubuhan yg tidak sah mebuat kenyataan atau pun perhimpunan.
2. satu parti yg tidak rasis seperti DAP minta ramai org melayu menyertai parti mereka. mengapa mereka tidak minta ramai org malaysia menyertai parti mereka.
3. bila bercakap pasal anak, tidak pula mahu mengaku india atau cina. cuba tanya nama dia, suruh la anak dia letak nama malaysia, boleh ke?
4. apakah maruah dan integriti org cina malaysia ini lebih mulia dari bangsa melayu dan india atau bumiputera? adakah kerana kedudukan ekonomi nya sahaja memboleh kan mereka berkata demikian? kalau melayu – rasis , kalau india – mabuk/paria. habis tu kalau cina malaysia? pelarian?
5. kalau mengikut kartun mulan, pahlawan yg tolong menyatukan negeri cina ialah mulan – seorang perempuan. itu bermakna org lelaki cina tahu nak berperang dan bergaduh serta mengata orang manakala yg perempuan cina lah yg membangunkan keluarga dan negara. hidup helen ang!!
2.
Darlyn Azlinda | Januari 27, 2012 at 1:59 pm
Saya sebenarnya dah malas nak layan isu ni Helen. Tapi bagi saya, Melayu UMNO tak racist. Hanya kerana ia adalah badan politik berasaskan bangsa, UMNO takkan mungkin rasis. Hanya orang yang benci UMNO sahaja yg rasis kerana tidak paham asas UMNO. Siapa yg laungkan pasal rasis terlebih dahulu kalau bukan Anwar sebab dia ditolak? Walhal dia adalah Melayu UMNO suatu ketika dahulu? Kenapa saya kata Anwar? Memang dah jadi adat dalam satu bangsa. Sesama bangsa bergaduh, tetapi dgn bangsa lain, satu selimut takpe. Sama mcm Cina and India jugala kut. Tak ada Melayu UMNO benci Cina Malaysia atau India Malaysia. Tapi hanya benci Cina DAP. Ye, saya Melayu dan saya akan memperjuangkan hak2 Melayu Islam dan peribumi di bumi Malaysia yg sudah ada dlm perlembagaan supaya tidak ditindas dan dikotak-katikkan. So, adakah saya rasis?
Just wanna share:
http://ondastreet.wordpress.com/2012/01/25/pre-ge13-if-the-foundation-of-bn-is-race-ethnicity-pakatan-rakyat/
3.
cinabodoh | Januari 28, 2012 at 1:12 pm
Sebelum kita membuat apa-apa komen, perlulah kita ingat bahawa ahli ahli politik sentiasa sibuk membuat SANDIWARA POLITIK UNTUK MENARIK UNDI!!! Tetapi pada akhirnya, pengundi majoriti senyap yang akan membuat keputusan menag kalah calon atau sesebuah parti….jika kamu dok perli memerli dan membuat kenyataan yang berputar belit, itu cuma pandangan peribadi yang tidak akan mengubah undi majoriti….ingatlah, semua orng sedang sakit kepala memikirkan masalah peribadi dan rumahtangga sendiri….lain lain puak pula membuang masa berdebat tentang politik yang tidak langsung memberi faedah pada masa depan….gunakan masa kamu dengan bijak demi masa depan kamu……5 hingga 10 tahun akan datang, apabila orang lain sudah maju, kamu masih sibuk berdebat tentang politik dan menggaru kepala , menggapakah orang lain lebih maju!!!!!!
4.
blix | Januari 27, 2012 at 5:33 pm
Hey melayu, meh kita ramai2 join dap. Then we change the party dynamics, then its agenda until it becomes…….UMNO! Yes.
5.
cam | Januari 28, 2012 at 1:22 pm
cool!! let’s have all the chinese join umno and change religion to islam. then we change the party dynamics , then its agenda until it becomes …. DAP!! yes.
6.
KF Chan | Februari 1, 2012 at 5:42 pm
These are the differences.
DAP does not have a constitution that say only Chinese can join. So if you bring 1million Malays and 1million Indians and join DAP, the Chinese will no longer be a majority.
But in UMNO, no Indian and Chinese can join. So, if you have a constitution that discriminate against other races, doesn’t that make you racist?
7.
Parpu Hitam | Januari 27, 2012 at 10:15 pm
Heard Uttayakumar had joined another movement called ABAI (Asal bukan AI)
8.
THE LAZY DRAGON | Januari 28, 2012 at 1:09 am
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2012/01/anwar-ugut-johari-abdul-serah-bukti.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2Fgelombangrakyat+%28Gelombang+Rakyat%29
what your take on this news posting ,
9.
Helen Ang | Januari 28, 2012 at 8:08 am
Selepas saga liwat (yang masih berterusan kerana Peguam Negara mengemukakan rayuan), mungkin ada di kalangan awam yang merasakan tidak perlu diselak kain Anwar lagi.
Maka apa-apa pendedahan salahlaku dari segi akhlak yang selanjutnya tidak akan memberi ‘keuntungan’ (kelebihan faedah) yang berbaloi kepada Umno memandangkan pasti akan timbul backlash, yakni orangramai yang berpendapat ‘cukuplah’ serangan-serangan ini ke atas peribadi Anwar.
Juga pembangkang akan berkata Umno tidak ada modal lain kecuali skandal seks walhal Pakatan setakat ini tidak mampu menunjukkan mereka lebih ikhlas atau berkebolehan daripada parti pemerintah.
Lagipun imej Anwar sudah jatuh & persepsi umum terhadapnya merosot berbanding dengan sebelum Video #1 dibocorkan. Bermakna propaganda pusingan lepas berkesan dan sudah berjaya meyakinkan orangramai, iaitu mereka yang duduk atas pagar (yang Anwaristas & Yeopies tak payah cakaplah).
10.
THE LAZY DRAGON | Januari 28, 2012 at 11:27 am
yah, lah , but he must take legal action on to Dato, T trio to clear his name. If not by staying silent only add fuel to the fire.
The local politician’s are very petty and neanderthal in their method’s.
My felling all cannot harap , too much politicking to and no time to do productive work for the rakyaat.
Again ”NON OF THE ABOVE”
11.
THE LAZY DRAGON | Januari 28, 2012 at 11:33 am
http://www.hantulautan.blogspot.com/2012/01/low-iq-conservative-beliefs-linked-to.html
it make for an interesting read for all malaysian of all races and faith.
sorry if i am linking too many matter from outside blog , just wanted to share and pick your views