Pemberita ‘pelacur’, pemberita pari-pari

Februari 13, 2012 at 1:31 pm 9 comments

Para penyokong Pakatan asyik mencemuh wartawan-wartawan Malaysia sebagai pengamal media yang sanggup menjual tubuh kepada parti pemerintah.

Pengikut-pengikut Pakatan tersebut ibarat kuih yang mengikut bentuk acuan. Baru-baru ini, ketua publisiti pilihan raya DAP Hew Kuan Yau melabel wartawan sebagai “pelacur”.

Pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai pula menyokong rakan partinya itu dengan menegaskan ia hakikat.

Manakala wartawan-wartawan yang berpihak kepada pembangkang akan dipuji dan dipuja. Asal pro pembangkang, wartawan itu kira bermaruah. Malaikat.

Penyokong-penyokong Pakatan – termasuk penulis dan blogger sukarelawan yang menggilai Lim Guan Eng dan DAP – juga tidak kurang ghairah menabur fitnah bahawa sesiapa yang bersifat kritis terhadap pembangkang dalam blogosfera mestilah telah dibeli dengan upah berjuta-juta ringgit.

[Berkaitan: Operatif-operatif makan gaji]

Gajah di depan mata – iaitu portal-portal yang kos operasinya mencecah beratus ribu sebulan – terlepas pandang. Hatchet men DAP yang banyak mengomen di alam maya tidak pernah pun bertanya portal-portal pro-pembangkang itu sebenarnya dibiayai oleh siapa.

Bila ditanya, umpamanya pengarang The Nut Graph, berkali-kali enggan menjawab. (Baca ‘Siapa bagi dana dan berapa mereka dapat?‘)

Anda mungkin mengenali peguam aktivis Haris Ibrahim sebagai pengasas ABU (Asal Bukan Umno).

Pada awal tahun 2008, beliau juga pernah mempelopori satu boikot terhadap suratkhabar arus perdana. Kempen ‘Paper-free Tuesday‘nya bersama kumpulan mediawatch Hartal MSM menggesa pembaca supaya tidak membeli akhbar pada setiap hari Selasa.

Kini Haris mempersoalkan pendekatan sesetengah media baru.

Transkrip wawancara Haris dengan FMT pada 8 Feb 2012  [YouTube di bawah]

3:20: “What has the Selangor government given us? Selangor Times. We need a newspaper, independent newspaper, to take on Utusan and Berita Harian. But Selangor Times is in English and Mandarin.

“Selangorkini is monthly and it’s basically about propaganda for Pakatan Rakyat in Selangor. So where is the independent newspaper?

“From the perspective of an individual, who fought for a government that would abide by the wish of the rakyat, I’ve got to say personally I’m disappointed.”

Pemberita: Which [media] can I follow?

6:02: “If you want to know who died yesterday, then you’ll buy the usual newspapers lah. But if you want any other news, go to the online news portals. Itupun pandai-pandai lah, jangan pergi RockyBru punya — itupun tipu. Jangan pergi RockyBru punya.

“Ah apa, Malaysia Chronicle kah? Malaysia Chronicle itu pun berat kepada PKR, berat kepada Tian Chua. Kita nak independent.

“Independent – bukan sebab you [pemberita] daripada FMT – saya confident FMT; saya suka dengan quality of reporting in Malaysian Insider; Malaysiakini sekarang … okaylah … bagi saya masih lagi boleh terima. Masih lagi boleh terima tapi dia orang kena hati-hati sebab orang sudah mula tanya-tanya sama ada dia dibiayai oleh parti-parti politik.

“So to me Utusan kita boikot, Berita Harian kita boikot, Wong Chun Wai punya kertas najis tu pun kita boikot, we should just boycott the mainstream media.”

***  ***  ***

Seperti yang disebutkan Haris, memang kuat bertiup desas-desus bahawa media alternatif dibiayai parti-parti politik.

Namun kenapa penyokong-penyokong Pakatan yang begitu mempercayai dakyah pembangkang tidak pernah merenung sejenak persoalan mudah berikut:

Kalau wartawan arus perdana dituduh “pelacur” kononnya senantiasa mengikut kehendak dan telunjuk ‘tuan-tuan politik’ mereka, dari mana datangnya pula dana untuk menanggung kos operasi media baru sebaliknya?

Kalau ada tuan-tuan politik bagi media tradisional, tak adakah ‘tuan-tuan politik’ bagi media baru?

Ingat, blog-blog yang selalu difitnah penyokong Pakatan tidak memerlukan modal banyak (tak perlu bayar sewa pejabat, tak perlu bayar gaji kakitangan editorial, tak perlu bayar programmer dan computer technicians/support staff).

Yang logik memerlukan perbelanjaan besar ialah portal.

Malah portal kecil seperti The Nut Graph pun sudah menelan jumlah RM80,000 sebulan – angka ini diberitahu oleh pengarangnya sendiri – dan dianggarkan (conservative estimate) portal itu memakan lebih RM2 juta sebelum ia memutus untuk mengurangkan kekerapan penerbitan daripada harian kepada mingguan.

Apatah lagi portal-portal yang lebih besar daripada The Nut Graph, lagi mahal.

Rekrut baru DAP, Hata Wahari (bekas persiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan/NUJ), juga dibiayai projek Harian Malaysia portal beritanya oleh kumpulan orang berpengaruh — baca seterusnya di MyMassa.

Tetapi anehnya tak pernah penyokong-penyokong yang paling pintar Pakatan ini menampakkan rasa ingin tahu siapa menjadi dalang di sebalik tabir portal-portal media alternatif.

Bukankah yang jelas tampak menghabiskan wang berjuta-juta untuk dilancarkan dan kekal beroperasi tanpa banyak iklan, tanpa pelanggan berbayar (reader subscription) ialah portal pro-pembangkang yang lantang-lantang itu?

About these ads

Entry filed under: DAP. Tags: , , , , .

CSL lwn LGE topik ‘Adakah sistem dwi-parti akan menjadi sistem 2 kaum?’ Memang Melayu hilang di S’gor Times

9 Komen Add your own

  • 1. Darlyn Azlinda  |  Februari 13, 2012 at 2:47 pm

    I read everything. Be it pro-gov or anti-gov. Either sides has different stories to tell, whether they are lies, half lies or half truth and maybe no truth at all. Maybe pelacur for you and malaikat for me, vice versa. But like you pointed out, they are actually more or less acting similarly to each other. The question is, which one is doing it moderately or which one is doing way too overboard and over reacting? Sometimes, they act sillier over small issues. Apatah lagi kalau bigger issues. Maybe they want to cover bangkai dinasour in their leaders/ funder’s closet. As for me, wartawan or pemberita ni sometimes melebih2 daripada sumber itu sendiri. I don’t know, maybe I serkap jarang, tapi mana tahu mengena!

    Balas
  • 2. jangomasaloday  |  Februari 13, 2012 at 3:00 pm

    Bercakap di kedai kopi, boleh cakap apa saja.. hentam sana hentam sini, tawarkan diri utk bertanding kemudian kita tengok brapa undi nak dapat, silap2 hilang wang pertaruhan. ABU (Asalkan Bukan UMNO), selama 50 tahun memerintah adakah kita masih menggunakan kerbau utk membajak : adakah kita tinggal di atas pokok ? adakah negara kita kacau bilau ? dan berapa banyak jasa pemimpin2 terdahulu membawa Malaysia ke arah negara maju. Yang perlu kita bertindak sekarang adalah memperbetulkan apa yang tidak betul dalam mentadbir negara dan bukannya menghancurkan dan memusnahkan apa yang ada. Esok atau hari mendatang belum pasti kesenangan akan wujud kerana kelmarin (50 tahun) telah wujud kesinambungan, kesejahteraan, kedamaian dan kesepakatan. Haris Ibrahim cuma layak menjadi pemimpin kedai kopi atau warung tepi jalan.

    Balas
    • 3. Pemerhati  |  Februari 14, 2012 at 7:26 am

      Saya sependapat dengan pandangan jangomasaloday yang baru belum tahu hatibudinya yang lama telah membuktikan kemantapannya.

      Umpama berkhawin baru belum tahu enaknya, pasangan yang telah dikahwin selama 50 tahun dia yang pasti membawa kebahgian hidup.

      Siapa Haris Ibrahim ni …..jangan cakap berdegar2 kalau berani bertanding didalam PRU13.

      Balas
    • 4. Hussin Rahman  |  Februari 14, 2012 at 10:46 am

      Very true. Tengok muka dia (maaf mengutuk di pagi Valentine ni!) pun membayangkan dia ni langsung takder kaliber jadi pemimpin yang bagus. Cakap senang ler..saper2 pun boleh cakap. Contoh ketara orang yang cuma pandai bercakap ialah Anwar Ibrahim. Maser dia jadi minister dan Deputy Prime Minister, hampeh!

      Balas
      • 5. mzr  |  Februari 14, 2012 at 6:34 pm

        hahaha….betul sangat tu… suruh mamat ni sembang pasal wrestling kat kedai kopi sure gempak….

        mzr

        Balas
  • 6. Hussin Rahman  |  Februari 14, 2012 at 10:41 am

    Happy Valentine’s Day to everyone. Wish all Malaysians could appreciate the true meaning of love so that we all can lead happier lives.

    Balas
  • 7. sayaorangcinabodoh  |  Februari 14, 2012 at 11:24 am

    Moral….ialah lebih kurang seperti andaian begini….”seseorang yang bermoral tidak akan mengambil barang orang lain [mencuri] walaupun perbuatannya tidak akan diketahui oleh orang lain…”
    “seorang wartawan yang bermoral tidak akan mengambil keuntungan wang atau peribadi untuk melaporkan ssuatu berita…dan seorang penulis bermoral tidak akan menulis sesuatu yang berat sebelah atau syok sendiri atau menhina pihak lain dan tahu dia tidak akan dikecam selepas dia mati…..”
    TANYALAH diri sendiri secara jujur samada anda seorang yg bermoral atau tidak! Atau syok sendiri!!!

    Balas
  • 8. borhan  |  Februari 14, 2012 at 11:34 am

    Sebenarnya ada tiga jenis wartawan/pemberita dan tukang karut:
    1. Penyokong Kerajaan
    2. Penyokong Pembangkang
    3. Bebas dan tidak terikat kepada mana-mana pihak.
    Jenis no. 1 dan no. 2 ini sama saja. Penyokong fanatik pihak masing-masing. Yang susah nak cari ialah jenis no.3 – jenis yang ini susah nak cari makan berbanding dengan jenis no.1 dan no.2.

    Balas
  • 9. sayaorangcinabodoh  |  Februari 14, 2012 at 5:26 pm

    Selamat Valantine To semua.
    Jika suami isteri berkasih sayang…setiap hari pon hari Valantine!!!!!!

    Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


The Lion Sleeps Tonight

KARPAL SINGH

Petty Tyranny of Madame Speaker

They always call Utusan

the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'Condolence' in Oik's blog

'Mereka perlu disekolahkan' in Sarah's blog

'10 alleged ghost sightings' in Alizul's blog

'The Calovinia' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,764,611 hits

Kalender

Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 302 other followers

%d bloggers like this: