Kes gadis Melaka Guan Eng dipenjarakan itu

February 16, 2012 at 1:34 am 4 comments

Mengikut mitos DAP, maruah seorang gadis Melayu dipertahankan oleh wira parti tersebut yang begitu sayang kepada kaum Melayu dan Muslim.

Nenek gadis itu pernah membuat pengakuan bahawa cucunya ditiduri 14 lelaki. Bapa gadis itu pula merelakan anaknya dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak.

Sehingga hari ini pun saya tidak mengetahui apa hal sebenarnya yang dibela Guan Eng.

Namun fakta hukuman penjara Guan Eng ibarat mantera keramat bagi penyokong DAP yang mengucapnya bagai ayat suci.

Ahli-ahli DAP bertanggapan pihak mereka semestinya murni dan mulia manakala pihak lawan adalah kotor, korup dan menjijikkan.

Politikus DAP ada yang menuduh blogger pro-Umno rendah akhlak (baca SINI), ada yang menuduh wartawan “pelacur” (SINI) dan ada yang tak putus-putus mencemuh perilaku seks Chua Soi Lek.

Seorang bekas pengarang Jackson Ng, misalnya, mendakwa Chua tidak layak bercakap tentang hudud serta memberi jolokan “zina Chua” kepada presiden MCA itu (SINI dan SINI) sementara Hannah Yeoh menyelar “penzina-penzina BN” (SINI) di perhimpunan agung DAP bulan lepas.

Semalam seorang wartawan ‘malaikat‘ – yakni penulis yang berakhlak tinggi di kacamata orang DAP – dalam rencananya ‘Corruption is the issue, not hudud‘ (Feb 15) menjangka Chua akan membangkitkan isu hudud dalam perbahasannya dengan Guan Eng pada Sabtu ini.

Wartawan itu merumuskan:

  • [Chua Soi Lek] “has always been trying to bait Lim [Guan Eng] to state DAP’s stand on the implementation of hudud which is actually a non-issue”.
  • “the bottom line is that it will never be implemented”
  • “Thus if Chua brings up this issue, it is only due to his intention to sidetrack Lim with the purpose of trying to create animosity between PAS and DAP.”
  • “This line of sloganeering ['a vote for DAP is a vote for PAS and hudud'] by MCA is to scare the Chinese into voting for BN. Moreover, MCA has no campaign issues except hudud.”

Komen pembaca di rencana FMT, 'Corruption is the issue, not hudud'

Baguslah kalau wartawan pro-Pakatan berpendapat bahawa hudud bukan isu.

Lagi bagus bila peminat Guan Eng sendiri yang menyerunya untuk menyatakan secara terus-terang bahawa DAP tidak membantah hudud serta tidak mempertikaikan undang-undang Islam itu.

Kini orang DAP kerap mengatakan mereka beserta ramai rakan-rakan Cina yang lain sudah memberi sokongan mantap kepada DAP untuk menyokong PAS supaya hukum-hukum hudud boleh dilaksanakan. 

Kalau DAP menyetujui hudud, maka parti itu juga mempersetujui idea sesiapa yang bersabit kesalahan zina hendaklah disebat.

Dari segi teori, ini mungkin membabitkan gadis Melayu yang dulunya dibela Guan Eng itu.

Guan Eng sering dipuji kerana kononnya dia prihatin terhadap nasib seorang Melayu-Islam sampailah disumbat ke dalam penjara kerana keprihatinannya. Adakah waktu itu ‘Khalifah Umar Lim’ konsisten dalam menyokong hudud dan hukuman sebat untuk zina?

Kalau DAP sokong hudud, perkara apa yang sebenarnya dibela Guan Eng di Melaka dulu?

Berkaitan:

Kes seks yang satu lagi

CSL lwn LGE topik ‘Adakah sistem dwi-parti akan menjadi sistem 2 kaum?’

Entry filed under: Hudud. Tags: , , , , .

Memang Melayu hilang di S’gor Times Yeopie No.1 buat S’gor Times macam datuk dia punya

4 Comments Add your own

  • 1. SukaBertanya  |  February 16, 2012 at 5:09 pm

    Akak HelenG,

    Walaupun akak seorang berbangsa cina, akak berjaya menulis pojokan menggunakan bahasa melayu dengan bagus olahan serta kandungan tulisan akak..

    Tetapi Melayu tu BANGSA jer kak..

    Okay tentang HUDUD, soalan nyer ialah AGAMA..
    Dan agama ISLAM ialah agama yang dianuti oleh kebanyakkan BANGSA dan Orang Melayu di Malaysia ni..

    Apa yang saya “PAHAMKAN” dari kacamata tulisan akak ini ialah, akak seperti juga RAMAI rakyat Malaysia dan kemungkinan rakyat di dalam dunia ini yang BUKAN beragama ISLAM dan BOLEHJADI sebahagian rakyat MALAYSIA yang BERBANGSA melayu tidak berapa PAHAM dan TIDAK BERAPA SUKA dengan hudud.

    Jadi untuk peringatan akak, agar lebih berhati-hati dengan penulisan akak bila menyentuh tentang AGAMA ISLAM..

    HUDUD ni BUKANNYA perkara atau ayat atau sebutan yang boleh di”main-main” atau dipolitikkan bagi mereka-mereka yang TAK PAHAM apa itu HUDUD..

    ESPICIALLY kalau soal HUDUD ni dibincang, diuar-uarkan dan dimain-mainkan oleh mereka-mereka yang bukan beragama ISLAM.. PERIOD!

    Terima kasih..
    p/s: Rajin Bertanya Takkan Sesat Jalan.

    Reply
  • 2. Michael  |  February 18, 2012 at 4:15 pm

    Hi,
    You may have misread the article that you’ve posted a link to, in the paragraph that reads “Nenek gadis itu pernah membuat pengakuan bahawa cucunya ->ditiduri 14 lelaki<-."
    Regards,
    Michael

    Reply
  • [...] masih bermati-matian menegakkan dakyah bahawa Guan Eng disumbatkan ke dalam penjara gara-gara ‘menjaga maruah’ seorang remaja [...]

    Reply
  • [...] masih bermati-matian menegakkan dakyah bahawa Guan Eng disumbatkan ke dalam penjara gara-gara ‘menjaga maruah’ seorang remaja [...]

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,733,417 hits

Kalender

February 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: