ABU bertukar menjadi ‘Aku bencikan Umno’ pula?

Mac 6, 2012 at 5:46 pm 10 comments

Tatkala Tun Abdul Razak Hussein menyingkirkan Tunku Abdul Rahman dulu, perdana menteri kita yang kedua tidaklah memutuskan untuk mencemarkan imej pesaingnya (bukan umpamanya seperti PM ke-5 yang membiarkan sahaja legasi PM ke-4 disampahkan).

Sebaliknya Tun Razak – sungguhpun hampir memegang kuasa mutlak kerana Parlimen telah digantung selepas Mei 13 dan negara ditadbir oleh Mageran yang dipengerusikannya sendiri – namun pengganti kepada Tunku itu memilih untuk menjaga nama baik pemimpin yang mendahuluinya.

Dengan memelihara darjat Tunku, pada masa yang sama Tun Razak berjaya memelihara kewibawaan jawatan perdana menteri yang kemudian diambil alihnya. Tun Razak menunjukkan kebijaksanaan (wisdom) dalam tindakannya.

Sekiranya Tun Razak ada hasrat untuk memburuk-burukkan Tunku, bukan sukar untuk ia dilaksanakan. Waktu itu, yakni sekitar tahun 1969, ramai juga Melayu yang marahkan Tunku. Seorang Young Turk (Dr M) misalnya menulis sepucuk surat terbuka yang amat pedas mengkritiknya.

Lagipun Tunku bukannya tidak mempunyai beberapa kelemahan peribadi yang mungkin kurang disenangi orang Islam. Pokok pangkalnya, kalau pernah terlintas di benak fikiran Tun Razak mahu menjatuhkan reputasi Tunku, ianya perkara mudah sahaja.

Akan tetapi Tun Razak dalam budi bicaranya mengambil pendekatan matang supaya khalayak ramai akan kekal menghormati dan bukan ditanam perasaan benci terhadap Tunku.

Hatta nama Tunku kekal harum sehingga hari ini. Malah ramai yang menyanjung tinggi Bapa Kemerdekaan dan era pemerintahannya dikenang sebagai zaman keemasan.

***  ***  ***

Gerakan ABU yang dipelopori Haris Ibrahim merujuk kepada singkatan Asal Bukan Umno.

Haris dalam blognya hari ini menggesa orangramai supaya menitik-beratkan usaha untuk mentalkinkan (“kuburkan Umno” cogankata yang pernah dipakai Haris) parti terbesar yang menerajui BN.

Sedutan beberapa perenggan dari posting Haris bertajuk ‘The Rakyat’s priority: ABU. What about the non-BN political parties?’ (screenshot bawah):

Tendang keluar orang Umno, ganti dengan Azmin Ali dan Saifudin Nasution; dengan Mohd Sabri Ariff Abdul Aziz (Sakmongkol) dan Aspan Alias.

Tendang keluar Najib Razak, ganti dengan Anwar Ibrahim. Atau jemput KuLi jadi PM. Begitu pandai mengABU.

Sistem tak ditukar

Ambil contoh. Katakan proses menerapkan undang-undang Islam kian berleluasa sehingga takat setiap warga diwajibkan menutup aurat. Adakah politikus DAP akan melindungi ruang awam agar yang bukan-Muslim tidak dikenakan larangan dan wanita Muslim yang terabai memakai tudung tidak akan dihukum dan didenda?

Tengoklah politikus DAP yang lagi beriya-iya mengenakan tudung. Mereka tidak membantah hudud atau undang-undang Islam diketatkan … ADU: Asal Dapat Undi Melayu.

Tukar orang ‘baru’ duduk Putrajaya pun sistem tinggal yang lama juga.

***  ***  ***

Mereka mengaku benci “Umnoputra” — label ini untuk mengelak daripada “menyondol dari depan” (ruj. komen pembaca bergelar ‘Penyokong Ketuanan’).

Seorang pembaca ‘Sshsn’ memanggil saya dengan gelaran “wannabe Umno crony(hahaha kelakar) dan juga mendakwa saya satu geng dengan blogger Umno yang dianggapnya tidak layak diberi kebebasan bersuara:

Meskipun saya dituduh ‘Sshsn’ sebagai budak suruhan “dumno” tapi saya masih lagi menapis mana-mana komen pembaca yang menggunakan panggilan ‘DAPpigs” atau “biaDAP”. Bukan saya sayang DAP tetapi sebab saya tidak rela masyarakat Cina yang sinonim dengan parti itu dikaitkan dengan cemuhan ‘babi’.

Adakah orang Melayu secara amnya terkena tempias cemuhan-cemuhan yang dilontarkan ke atas Umno?

Soalan ‘Sshsn’ iaitu “Apa yang akan [saya] buat selepas tamat pilihanraya?” membayangkan saya digaji Umno untuk menyebarkan propaganda dan saya akan menganggur selepas kempen PRU habis. ['Godfather' pula mendakwa saya dibeli Gerakan manakala yang lain mendakwa saya menjual tubuh kepada MCA.]

Apapun, jawapan saya ialah selepas pilihanraya saya boleh duduk berjiran dan hidup rukun damai dengan orang bukan Cina. Duduk semeja dengan blogger Umno untuk sama-sama minum teh — tiada masalah.

Bagaimana pula dengan orang macam ‘Sshsn’?

Bersambing: ‘Do you really hate MCA that much?’ / sikap Cina PenangMali

About these ads

Entry filed under: Pakatan. Tags: , .

Penulis Aliran tak beza dengan Papagoma, Parpukari ‘Do you really hate MCA that much?’ / sikap Cina PenangMali

10 Komen Add your own

  • 1. llus  |  Mac 6, 2012 at 6:52 pm

    wow Helen… u really orang biasa biasa saja

    Balas
  • 2. penyokongketuanan  |  Mac 6, 2012 at 10:06 pm

    Hai Helen,

    Mungkin awak merujuk kepada permohonan maaf Dato’ Najib kepada rakyat itu memburuk-burukkan pemerintahan PM yang lalu, dia tak cakap tentang buruk apa pun, tapi sememangnya itulah yang tersirat. Saya juga setuju dengan beliau, dan itu memang resam Umno (menurunkan presiden parti yang agak bermasalah). Kalau tak boleh naikkan parti, kena turunlah, jangan bawa parti terjun kubang kerbau. Kita membawa aspirasi dan harapan kaum-kaum lain juga yang bernaung dibawah payung yang sama. Yang tak kena turun adalah Tun Razak dan Tun M.
    Wah! ‘Asal bukan Umno’ sudah tukar kepada ‘Aku benci Umno’. Orang Umno dan Melayu pun dah bencikan ‘papa hebat’ mereka. Kereta kena pecah, ceramah kena kacau, dalam kawasan yang mereka dah menang pun kena kacau juga. Tak payah slogan-slogan pun orang Melayu dah benci, nak kata apa lagi. Saya harap blogger-blogger pro Bn, orang-orang parti dan media kerajaan akan teruskan lagi usaha mereka, nampak dah banyak berkesan.
    Apa pun yang mereka maki pada awak, harap sabarlah dan jangan melenting. Itu pun publisiti juga, nabi Muhammad pun ada orang yang benci, inikan pula kita orang biasa ni Helen.

    Salaam, and sleep peacefully with a clear conscience.

    Ya Allah, peliharalah keharmonian kaum di negara kami ini
    _______________________________________________________________________________

    Saya tulis PM ke-5 membiarkan sahaja [menantunya] memperlekehkan legasi PM ke-4 & sebab tu PM-4 dendam kesumat PM-5 (& akhirnya tumbanglah PM-5 itu). — Helen

    Balas
  • 3. bzz  |  Mac 6, 2012 at 10:17 pm

    Helen,
    I sokong umno masa mahathir. sakit hati masa dollah kaki tido. Sekarang masa najib, masih dlm pemerhatian. But in 2008, saya pangkah PAS utk DUN (ampang) n pangkah BN n PKR utk parlimen. Akibat marah Dollah kaki tido. Btw, PKR takkan saya undi sampai bebila. Forever.

    Saya tak kisah you nak sokong siapa. DAP pun boleh, PKR pun boleh, umno pun boleh. Siapa saja. Hak you.

    But, saya nak request. Ada baiknya kalau you kekal macam sekarang. (As IF) macam you ni hantam semua org. Bring balance to the force. Seriously, kalau you jadi calon, I’ll vote you (Except PKR). Bukan sebab parti, sebab cara you.

    Balas
    • 4. Jam  |  Mac 9, 2012 at 4:38 pm

      Helen, kenapa orang perlu kutuk Pak Lah sebagai kaki tidur. Kalau kita ambil medication yang buat kita drowsy, kadang kadang memang begitu. jangan cepat sangat keji orang. Mahathir memang banyak berjasa tapi dia bukan malaikat. Ada yang dia buat tak betul jugak. Siapa yg mulakan cronyism- mula dgn daim dan lain-lain. Siapa yg berlagak macam diktator dulu? Anyway semua ni history. Walau apa pun, kebanyakan rakyat tak rela, tak confident dan tak percaya dengan PKR-DAP. PAS is not even in the equation. Selagi tak ada alternatif yang benar-benar meyakinkan, pilihan tetap BN. Kita perlu ada seperti Democrat dan Republican di U.S.A, baru lah ada pilihan. Setakat PKR and DAP yang hanya berangan-angan nak power tapi tak ada kepandaian , tak payahlah. Tak perlu pidato berapi atau kehandalan berdemonstrasi dan membuat huru hara. Itu tidak menunjukkan kematangan dan kewibawaan.

      Balas
  • 5. Shamshul anuar  |  Mac 6, 2012 at 10:18 pm

    Helen,

    Tun Razak tidak singkirkan Tunku Abdul Rahman. Tunku sendiri sedar bahawa zamannya sudah berakhir selepas May 13, 1969.

    Helen mungkin tidak sedar bahawa sokongan Melayu pada PAS merosot teruk , Kenapa? Kerana orang melayu melihat PAS “menyembah” DAP , satu parti yang dianggap oleh orang melayu bertanggungjawab mulakan May 13, 1969. Inilah yang diberitahu pada saya oleh tok tok lebai di kampung Baru ketika saya menetap disana dulu.

    Dan ramai rakan saya berbangsa Cina dan berugama islam memberitahu saya bahawa DAP amat bencikan Islam.

    Saya juga fikir begitu. DAP menghasut orang Cina bahawa mana mana parti Cina yang bersekutu dengan UMNO sebagai mengkhianati orang Cina. dan ramai orang cina termakan hasutan DAP.

    Kedudukan utama UMNO dalam BN adalah kerana ia menguasai lebih separuh kerusi yang dimenangi BN. Tidak seperti MCA yang lebih bergantung pada orang melayu untuk menang pilihanraya, UMNO mempunyai saham terbesar dalam undi orang Melayu.
    ________________________________________________________________________________

    Shamshul,

    DAP ni bermuka-muka.

    Memang hakikat orang Cina takut hudud & mungkin juga liberal macam saya (maksudnya tutup sebelah mata & tidak mengkehendaki CSL direjam).

    Saya rasa kami yang resah tentang cara undang-undang Islam adalah wajah sebenar orang Cina. Saya berterus-terang menolak peranan (terlalu pekat) dimainkan agama dalam ruang awam tetapi polikus DAP yang mengejar populariti di kalangan Melayu pula sebaliknya.

    Helen

    Balas
  • 6. OverseasBumi  |  Mac 6, 2012 at 11:07 pm

    Helen, aren’t you the same helen that contributed to CPI?

    http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1978:enforcing-nep-on-minority-religions-&catid=198:helen-ang&Itemid=156

    Now that your main remit seems to be directed against DAP and ABU ( whatever acronym it may stand for) while co-opting efforts with disgruntled and marginalized indians, do you wish to recant your past articles and views?

    I am assuming, of course, that you are the same Helen Ang that wrote the many articles on CPI.

    Funny how CPI claims to be ‘accurate’ and non-profit based. But, the articles i see there are slanted against the government or status quo. I guess that follows their mission as a ‘reform organisation’.

    And was this also your article?

    http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1978:enforcing-nep-on-minority-religions-&catid=198:helen-ang&Itemid=156

    The article compared football with NEP. The analogy would be hilarious if it weren’t so tragically biased.

    The article forgot to mention that in accordance with the football analogy, NEP would be like an amateur, unfit, untrained, disorganized Malay futsal team playing against 5 or 6 of the best EPL players on a full pitch with Shay Given at goal. Would that be a fair match? I’d bet dollar to doughnuts the EPL guys would still win.

    I really had high hopes for your blog. i still do. i thought there would be new insights, but it seems we’re still going through the same issues and same attacks and counter-attacks, except now the targets are slightly shifted and you’re like a hired gun for another party.

    Why not go to the core issues–
    -political labeling or name-calling is wrong;
    -personal attacks are wrong
    -unfair censorship of comments is wrong
    -discussions should cover both sides of the issues

    But the framing of those issues has to appear unbiased, especially to the politically jaded reader. i don’t see any possibility of DAP supporters coming to your site and having an open and unbiased view of you.

    By the way, who is to say that those who make negative, one-sided comments against UMNO on PR blogs aren’t a few individuals (called sockpuppets) using multiple accounts?

    A conspiracy theorist friend of mine thinks the lopsidedness of comments online is intended to make people more incensed about the political situation.

    Readers would either be so angry that they quit being involved in politics, or compel them to be further entrenched in their current political alignments.

    I still see DAP supporters come to this site to attack you because they perceive most entries in this blog are attacks or criticisms on DAP . So, are you any different from the bloggers who are staunchly pro-DAP?

    As I wrote in a previous comment, a two-party system is actually a mathematical inevitability as the electorate grow weary and see fewer and fewer differences between the political parties. The system would devolve into a binary, adversarial system.

    I wish that people would be driven by fact and knowledge, rather than emotion based on political, social, racial or religious alignments. But i guess i am just being naive.
    _______________________________________________________________________________

    Nope, I stand by what I wrote. I’ve been consistent. In this blog & written in Malay are the similar views on why I do not support the implementation of hudud, why I object to DAP riding on religion, why Islam should not encroach on non-Muslims, objected to korban in schools & took to task Pakatan for abandoning the little Chinese guy who was forcibly converted, etc.

    It’s emphatically the DAP which has made the sudden 180-degree turn when its own constituency (i.e. Chinese) remains wary of the Islamization process.

    And about your remark “a hired gun for another party”, is it even remotely possible for you people to argue without resorting to character assassination? Hired by whom? Umno? Gerakan? MCA? All 3?

    You must surely be away that making allegations without a shred of evidence reflects more on the accuser than the accused? What does it say about the integrity of a person who would take the good name of another person so lightly? I believe ‘fitnah’ is a big dosa in your religion.

    Helen

    Balas
    • 7. OverseasBumi  |  Mac 8, 2012 at 9:04 am

      I did write you are “like” a hired gun for another party…

      I didn’t write that you are.

      I’m being shifty, just like how DAP does it.

      Balas
  • 8. maae  |  Mac 6, 2012 at 11:23 pm

    Hi Helen,

    1.Orang melayu yang tak berhemah akan membuka ruang kepada ramai orang-orang Melayu lain untuk membunuh nya. Perkara ini hanya perkara kecil sahaja kerana kita tahu benar sikap ‘melayu yang ini’! DAP pun boleh berpura-pura suka dengan ‘melayu yang ini’ di mana hakikat nya ‘melayu yang ini’ hanya tahap longkang sahaja. Memang DAP boleh ‘tunggang’ mereka dan kemudian bila hajat tercapai boleh biarkan ‘melayu yang ini’ tonggang langgang….
    Tahu,orang cina sendiri tidak percayakan ‘melayu yang ini’.

    2.Masaalah nya ramai orang-orang cina yang sudah terpengaruh, tidak lagi berhemah semenjak DAP dapat mencengkam melayu-melayu tak berhemah ini ! Hilang pendirian ,hilang semangat kejiranan dan setia kawan ! Apa yang ada ‘lu manyak musuk la..’ kata orang-orang cina sekarang… yang baru nak kenal dunia pun sudah di tanam sikap kebencian kepada Bangsa Melayu ! Apa nak jadi, ye helen ?

    3.Moga Helen tetap berhemah, ok? Kata keturunan Han…..

    Balas
  • 9. dexs  |  Mac 7, 2012 at 9:18 am

    morning helen ..

    mengambil contoh selangor …kalau nak laksana undang2 berlandas islam , perkara pertama adalah mengurangkan pusat hiburan ..anda tidak boleh menghukum manusia dgn keras tapi dalam masa yg sama perkara yg menggalakkannya terlalu berleluasa …pusat hiburan kat s’ngor bercambah hebat sungguh …adakah DAP setuju …hehehe …

    helen …saya ada ramai kawan yg mcm sshn tu ..mereka ni lgsung xleh dgr langsung kalau kutuk PR ..merah mukanya …bak kata ‘ kalau belah tangan tu hijau darahnya ‘ …

    Balas
  • 10. a voice  |  Mac 7, 2012 at 11:54 am

    You … UMNO crony?

    Still remember seeing you and Zorro escorted and inside the FRU truck during the Perak crisis. Chinese are always pragmatic people but they seem to have lost the political common sense.

    Keep the ABU going. Instead of Asal Bukan UMNO, it will be eventually Allah bersama UMNO.

    So who needs Harris Ibrahim?

    The way I see ABU is not a political campaign or the art and science of marketing politics as the mechanism to acquire power to govern and provide leadership for a nation to move forward.

    These people are selling hatred that will only bring the country into chaos and back to the stoneage. .

    Never mind. Let them keep going and ensure it is louder than what the voters wish to hear.

    We can anticipate the outcome.

    Stupid stunt like this makes Badrul Chegu Bard a joke. Sure hope PKR wont give him another chance to run at Rembau again. That will deny him a second crack at Khairy’s [***** edited]… hehehe.

    I bet DAP is a sucker for any Melayu wishing to run under their ticket. Take that idiot!

    Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


The Lion Sleeps Tonight

KARPAL SINGH

Evangelista

Tudung as political accessory

They always call Utusan

the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'Condolence' in Oik's blog

'Mereka perlu disekolahkan' in Sarah's blog

'10 alleged ghost sightings' in Alizul's blog

'The Calovinia' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,749,934 hits

Kalender

Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 303 other followers

%d bloggers like this: