DAP punca PAS hilang undi Melayu?

Mac 18, 2012 at 3:37 pm 6 comments

DAP ialah sebahagian daripada gagasan Socialist International yang memayungi 162 buah parti sosialis negara-negara dunia.

Tapi cuba anda tanya kepada mana-mana ahli biarpun pemimpin DAP tentang apa dia teras ideologi sosialisme. Berapa orang yang tahu agaknya atau pernah membaca teori-teori sosioekonomi Karl Marx?

Jauh sekali DAP dari kefahaman falsafah serta amalan sosialisme walaupun sayap pemuda parti itu dipanggil Democratic Action Party Socialist Youth (Dapsy). Sebaliknya setiausaha agung DAP tidak syak lagi seorang kroni kapitalis yang menjadi “the darling of Penang developers“.

PAS ialah sebuah parti yang mensyaratkan bahawa ahlinya mestilah beragama Islam. Nama parti pun ada perkataan ‘Islam’.

Akan tetapi masihkah PAS setia meletakkan dasar dan matlamat perjuangan Islamnya sebagai pedoman semenjak ia bersekongkol dengan DAP?

Pasangan sekatilnya, seperti yang kita ketahui, memang sudah lupa asal-usul sampai ia boleh mengajak ‘Jom Ubah’ – menghayati cogankata kepimpinan melalui teladan – dalam merubah wajah diri parti itu terlebih dahulu.

Poster photoshop yang popular di blogosfera Melayu

Jika dalam sekelip mata sosialisme DAP boleh ‘jom diubah’ kepada pemerintahan Islam bercorakkan khalifah Umar Abdul Aziz (kononnya), maka tidak hairan Islamisme PAS pun senang sahaja boleh ditukar kepada sosialisme “negara berkebajikan” selepas kahwin mutaah mereka berdua.

MENYINGKAP SEJARAH

1986: Menjelang PRU7, timbul satu percubaan untuk mewujudkan barisan pembangkang yang dikenali sebagai Harakah Keadilan (HAK). Namun usaha tersebut gagal kerana DAP tidak bersetuju bekerjasama dengan PASsumber

1990: Dua barisan pembangkang diwujudkan untuk PRU8 kerana sekali lagi DAP tidak bersetuju bekerjasama dengan PAS. Oleh sebab mereka enggan bergabung, muncul lah Gagasan Rakyat yang dianggotai Semangat 46, PRM, DAP, PBS & IPF* dengan manifesto bersama mereka berjudul ‘Selamatkan Malaysia’ manakala Angkatan Perpaduan Ummah (APU) diaggotai PAS, Berjasa, Hamim & Semangat 46. – sumber

S46 yang menjadi jambatan penghubung di antara APU dan Gagasan Rakyat.

1995: DAP keluar meninggalkan Gagasan Rakyat pada bulan Januari dan pada masa yang sama “menyangkal pembohongan MCA dan Gerakan bahawa DAP telah bekerjasama dengan PAS serta menyokong hukum hudud dan dasar-dasar Islamisasi”. — sumber

Hakikatnya, sukar untuk DAP bersetuju bekerjasama dengan PAS. PRU9 berlangsung tiga bulan kemudian pada April 1995.

1999: Barisan Alternatif bergabung pada Okt 24 dengan diwakili PAS, DAP, Keadilan & MPP**. PRU10 diadakan pada Nov 29, iaitu sebulan selepas tarikh pertubuhan BA dengan manifesto bersama mereka bertajuk ‘Ke arah masyarakat adil’.

DAP keluar meninggalkan BA pada 21 Sept 2001 kerana tidak bersetuju bekerjasama dengan PAS. Atas alasan takutkan fundamentalisme Islam, DAP menarik diri selepas terjadinya serangan 9/11 ke atas Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York.

2004: Lantaran DAP tidak bersetuju bekerjasama dengan PAS serta tidak ada persefahaman di antara parti-parti pembangkang, maka tercetusnya pertandingan tiga penjuru yang memecahkan undi. Keadaan ini telah menguntungkan BN yang menang besar PRU11.

Sejarah DAP menunjukkan para penyokongnya (kaum Cina) amat konsisten dengan fobia kami terhadap hudud dan pembentukan negara Islam.

2008: Pakatan Rakyat dipertemukan pada 1 April selepas kejayaan parti-parti PKR, DAP dan PAS dalam PRU12 yang diadakan pada Mac 8. DAP kali ini bersetuju bekerjasama dengan PAS meskipun tidur sebantal mimpi lain-lain.

SNAP*** menyertai Pakatan pada 30 April 2010 dan keluar meninggalkan Pakatan pada 6 Mei 2011 sebab tidak sehaluan.

2012: Untuk PRU13, DAP bersetuju kekal bekerjasama dengan PAS kerana kemaruk kuasa dan berangan-angan mahu menakluki Putrajaya.

Di depan PAS, Teo Nie Ching berketrampilan Islamik dan Cintakan Palestin sekaligus

Bila tiada audien PAS, tak payahlah menutup aurat: Gambar di majalah kecantikan S'gor Times (16 Mac 2012)

Adun DAP mengayakan fesyen Islamik (gambar untuk 'montage' diambil dari majalah kecantikan S'gor Times)

ANALISA WEE CHOO KEONG

“Moreover, for DAP’s supreme leaders to fan out en masse throughout the country in 1990 and again in the 1999 General Election to convince its supporters that going into a marriage with PAS (for votes fishing of course!) will not affect their interests is akin to pulling a fast one and lying through their teeth. The art of political expediency is anything but scheming, any which way one looks at it.”

Baca seterusnya di blog WCK,
DAP’s politics of expediency exposes the hypocrites
riding on moral high horses

Politikus DAP gemar menggelar orang lain “low class”. Saya tak pasti bagaimana DAP menakrif istilah “high class”. Mungkin ikut ukuran berduit, kot?

Misalnya projek prasarana bernilai RM8 bilion di Pulau Pinang untuk orang berkereta adalah projek “high class” sementara projek pengangkutan awam bagi orang yang menaiki bas adalah projek “low class”.

Dalam pada itu, projek membina rumah kos rendah adalah low class juga dan atas sebab itulah kerajaan negeri Pulau Pinang tak pernah menampakkan minat untuk melaksanakannya.

Dilantik CEO, jawatan “high class”. (Juga kroni-kepada-kroni DAP dilantik kaunsilor.) Beribu-ribu orang PAS yang turun padang untuk menjayakan protes jalanan “kelas” apa agaknya pada pandangan DAP? Kalau mereka yang melaungkan ‘takbir’ di bawah terik matahari di jalanraya itu bukan Chinese “middle class” maka … pandai-pandai fikir lah.

Selepas mengecapi kuasa dan bertekad mengekalkan jawatan-jawatan tinggi mereka (di Selangor – negara paling kaya dengan mempunyai belanjawan tahunan RM1.6 bilion – dan di Pulau Pinang syurga pemaju hartanah), pastilah munafik-munafik DAP sanggup bertopeng asalkan dapat memikat undi masyarakat Melayu.

Itulah DAP. Ahli-ahlinya bukan bodoh dan tahu bah parti mereka sekadar bersandiwara. Namun para ahli meredhai kerenah politikus mengADU (Asal Dapat Undi).

Bagaimana pula ahli PAS? Redha juga?

“Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad told a forum his Islamist party was “finding the Malay vote a big challenge”, saying this could lead to a weak PR federal government if Malay MPs are in the minority in the pre-dominantly Malay country.” — ‘Umno tactics scaring Malay votes from Pakatan, says PAS research chief‘ (‘The Malaysian Insider’, 16 March 2012)

Bagaimana kita hendak mentafsir kenyataan yang dibuat Dr Dzulkefly Ahmad, pengarah eksekutif biro penyelidikan PAS merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor bahawa “undi Melayu sekarang menjadi cabaran” kepada partinya?

Betulkah ahli-ahli PAS sudah kecewa dengan parti mereka yang mula terpesong?

_______________________________________________________________________________________________

* IPF – Indian Progressive Front, ** MPP – Malaysian People’s Party, *** SNAP – Sarawak National Party

Anda mungkin juga meminati:

About these ads

Entry filed under: BIAWAK, DAP MENGKHIANATI KAUM MELAYU. Tags: , .

Ke mana halatuju dengan perangai ditunjukkan orang Penang? Ketua menteri Melayu di P.Pinang kalau DAP kalah

6 Komen Add your own

  • 1. brian faith  |  Mac 18, 2012 at 4:27 pm

    Penganut2 pas sudah tiada jiwa islam sebenarnya.itu yang menyebabkan mereka sekadar menjadi pak turut dan alat dipihak mana sekali pun kerana itu saja kelayakan mereka.

    Balas
  • 2. nik  |  Mac 18, 2012 at 7:34 pm

    the key here is not about politics, religion, org melayu and the greater Malaysians.
    the key here, who would give more money, more profit, and more relaxing time minum kopi.

    kebajikan dijaga. tuhan no. 2, bangsa hanya cina, duit mesti dalam poket ada, melayu bini 4 jua,lelaki suka sama suka, india tidak apa, janji mulut manis saja.

    that’s the formula

    Balas
  • 3. penyokongketuanan  |  Mac 19, 2012 at 7:22 am

    Hai Helen

    Is Pas losing support for sleeping with Dap? For hardcore supporters? no. For rank and file members? maybe. HA supporters? mostly. Umno members who voted for them? definitely. They are the biggest losers in the Unholy Alliance even though they have the most efficient election machinery among them all. Because of Dap? Yes, but mostly it’s their leaders own fault.
    Among Kampung folk, the billion dollar projects and cronyism are far from our minds, excepting those with higher education. The change in basic policy will hurt them. The foul mouth of Mat Sabu will hurt them, The fiasco in Kedah will hurt them. The water issue in Kelantan will hurt them. The sacking of HA will hurt them. The DUMC incident will hurt them. So many reasons, too many to list. But it’s not just the alliance with Dap.

    Salaam, a big smile this monday morning will make your day beautiful.
    ______________________________________________________________________________________

    :D thanks for putting into words a review of the current scenario. — Helen

    Balas
    • 4. calvinsankaran  |  Mac 19, 2012 at 3:24 pm

      I tend to concur with penyokongketuanan.

      Hard core PAS members will always vote for PAS irrespective of policies or political alliances. This is because they know PAS is a party that committed to Islamic state ala Taliban. They know that this alliance with DAP is just for political expediency. The same goes for DAP members who know DAP is basically a Chinese chauvinist party commited to the removal of Malay special rights / NEP /etc and a Chinese hegemony. Nothing will convince them otherwise.

      I also think Dzul is just giving excuse that UMNO tactics is scaring the Malay voters for his failure in getting the Malay votes. I still believe the reason why BN lost is due to Pak Lah’s policies mismanagement in raising fuel prices thus causing a big jump in inflation. His failure in controlling some over zealous religious fanatics as well as weak leadership in managing the govt and UMNO rather than a political awakening among the masses. UMNO’s in fighting caused a lot of seats to be lost.

      BTW, if you also noticed, it was the Opposition policy of fielding minorities when BN did so to ensure pitting Malay candidates vs non Malays. But this ended in 2008. Many BN’s Indian candidates were beaten by PR’s Malay candidates. While PR now accuse UMNO of using racial tactics, they did that during the 13GE. I remember PR used the issue of Batu Caves temple’s huge Murugan statue to claim that BN allowed devil worship. This contributed to MIC candidate’s defeat. I remember too how PKR’s Malay candidate used religious instigation to kill of BN’s Indian / Christian candidate in Lunas by-election in 2000. I was told by a friend in MCA that the campaign was so bad and violent that BN decide to pack up their supporters and head home even before the voting as they feared for their safety. Even the police were intimidated by PAS and PKR I was told.

      Balas
  • 5. MalaysianinNewYork  |  Mac 19, 2012 at 12:11 pm

    Hi Helen,

    I am okay, what about you and our fellow malaysians irrespective of origin.

    [YouTube: Vellai Pookal - Kannathil Muthamitaal]
    __________________________________________________________________________________


    ஆம், நீண்ட தூரப் பிரயாணமே [Aam, neennda thoorap perayaannamae]. — Helen

    Balas
    • 6. calvinsankaran  |  Mac 19, 2012 at 3:24 pm

      You are right….it will be a long long journey….

      Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


The Lion Sleeps Tonight

KARPAL SINGH

Petty Tyranny of Madame Speaker

They always call Utusan

the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'Condolence' in Oik's blog

'Mereka perlu disekolahkan' in Sarah's blog

'10 alleged ghost sightings' in Alizul's blog

'The Calovinia' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,772,994 hits

Kalender

Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 303 other followers

%d bloggers like this: