Bersih 3.0: Menilai status ‘warga kelas kedua’

April 6, 2012 at 5:09 pm 17 comments

Orang Cina tidak berpuas hati dengan keadaan tidak seimbang, yang mana kawasan di luar bandar mempunyai jumlah pemilih yang kecil manakala kawasan bandar mempunyai jumlah pemilih yang besar.

Contohnya, di Sungai Panjang ada 20,500 orang pemilih berdaftar sementara jumlah pemilih di Subang Jaya lebih dua kali ganda, yakni seramai 44,569 orang.

Kawasan pemilih Selangor: (N3) Sungai Panjang, (N31) Subang Jaya

Mengikut perangkaan pilihanraya umum lepas (PRU12), majoriti pemilih Subang Jaya ialah Cina. Yang Melayu hanya 32 peratus di Subang Jaya berbanding 85.4 peratus di Sungai Panjang.

Calon Subang Jaya DAP Hannah Yeoh meraih 23,459 undi untuk memberikan partinya kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Dalam pada itu, Dr Mohamad Khir Toyo meraih 11,181 undi di Sungai Panjang. Walaupun jumlah undi yang dimenangi Khir kurang separuh daripada apa yang diperolehi Hannah namun Umno mendapat satu kerusi DUN juga.

Tidak adil — pekik si DAPsters-DAPsters yang membantah proses pilihanraya serta tidak sabar lagi untuk turun ke jalanan demi menjayakan Bersih 3.0.

Hannah Yeoh makin hari makin montok

Guan Eng nampak begitu sihat juga

DAPster membuat perhitungan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (EC) nyata sekali terletak di bawah telunjuk rejim Umno kerana membenarkan garis sempadan kawasan pemilih dilakar atas dasar menguntungkan penduduk luar bandar (sebut Melayu).

Bagaimana boleh 23,500 (angka dibulatkan) penyokong pembangkang Subang Jaya dianaktirikan pihak pemerintah dengan hanya diberikan suara satu wakil sahaja, kata mereka.

Cuba bandingkan 11,200 penyokong Umno di Sungai Panjang. Nisbah 2:1 menggambarkan nilai seorang pemilih Melayu bersamaan nilai dua orang pemilih bukan Melayu.

Itu kiraan atas kertas. Hakikatnya kita harus mengambil pandangan yang lebih relatif.

Suara orang Subang Jaya (ataupun suara orang Damansara Utama yang 83 peratus pemilih Cina) sebenarnya berkali-kali lebih lantang kedengaran berbanding dengan suara penghuni luar bandar.

Blog ini pernah menghuraikan bagaimana Hannah Yeoh dijadikan tajuk berita dan cover girl dalam [anggaran] 56 buah rencana di Selangor Times – yang jumlah terbitan mingguan mencecah 63 edisi tatkala data dikutip. Dalam kata lain, hampir tiap-tiap minggu Selangor Times mesti mempromosikan Hannah Yeoh.

Dalam tempoh yang sama, yakni sepanjang 63 minggu, lapan orang Adun Umno tidak pernah diberikan sebarang apa liputan pun oleh Selangor Times.

Maksudnya 63 edisi suratkhabar rasmi negeri tidak pernah sesekali bercakap tentang YB Raja Ideris Raja Ahmad, YB Warno Dogol, YB Mohd Idris Abu Bakar, YB Mohd Isa Abu Kassim, YB Abdul Shukur Idrus, YB Sulaiman Abdul Razak, YB Johan Aziz atau YB Muhd Bushro Mat Johor.

[Klik SINI untuk lihat carta]

Lapan kerusi DUN yang diwakili Yang berhormat-Yang Berhormat dari parti Umno (disenaraikan di atas) mempunyai kesemuanya 169,088 orang pemilih berdaftar. Permasalahan dan kepentingan 169,088 orang kebanyakannya Melayu ini berserta ahli-ahli keluarga mereka tidak pernah diberi ruang (rencana sifar) dalam akhbar negeri Selangor Times melalui para Adun.

Adun Subang Jaya disebut Selangor Times dalam 56 rencana; carian untuk ‘Subang Jaya’ pula membuahkan hasil keputusan 296 rencana.

Carian untuk ‘Paya Jaras’ (2 rencana), ‘Dusun Tua’ (4) dan Tanjung Sepat (5). Subang Jaya (296) ialah satu kawasan DUN. Ketiga-tiga Paya Jaras, Dusun Tua dan Tanjung Sepat pun masing-masing kawasan DUN.

DAPster berdengki apabila DUN luar bandar dititikberatkan dari segi nisbah Pemilih:Adun.

Apakah orang bandar tidak memiliki kelebihan-kelebihan dari segi lain? Malah nasib orang Kristian diberi tumpuan oleh akhbar-akhbar antarabangsa — The Wall Street Journal, New York Times, Washington Post, The Economist, dan banyak lagi.

Di kampung halaman sendiri, Selangor Times terus pekak kepada pemilih-pemilih ‘bisu’ Sungai Air Tawar, Sabak, Hulu Bernam, Batang Kali, Kuang, Permatang, Semenyih and Paya Jaras.

Untuk kajian selanjutnya, cuba kita lihat kepada 10 orang Yang Berhormat BN yang disebut dalam 14 rencana (seorang satu dua) Selangor Times.

Kalau dibuat, katakanlah, satu ukuran akoustik, suara Hannah Yeoh bagi Subang Jaya ialah 56 decibel manakala suara 10 orang Adun Umno Selangor (termasuk seorang MCA) dicampurkan semua sekali hanya 14 decibel.

Ataupun kita boleh bayangkan bahawa sekali teriak, suara Subang Jaya empat kali lebih kuat dan bising daripada suara Sungai Pelek, Dengkil , Seri Serdang, Sungai Burong, Tanjung Sepat, Morib, Sementa, Dusun Tua, Taman Templer dan Jeram jika pun mereka-mereka ini berteriak sekaligus secara berkumpulan.

Kesimpulannya pejabat menteri besar Selangor yang menyelia Selangor Times tidak memandang kepada Melayu yang tinggal di pedalaman.

Mungkin ada yang kata Selangor Times terang-terang pro-Pakatan (dan oleh sebab itu tidak mengendahkan penyokong Umno di luar bandar) serta begitu juga Media Selangorku yang membuat streaming untuk podcast Adun Subang Jaya itu.

‘Star’ dah tak berapa endahkan MCA

Baiklah, biar kita tengok suratkhabar The Star yang didakwa DAPster sebagai “pembodek” MCA, parti “anjing suruhan” yang selalu tunduk kepada tuannya Umno. Adakah betul The Star menutup ruang kepada Cina DAP?

Untuk pengetahuan umum, bukan sekadar sering dipampangkan Hannah Yeoh di dada akhbar tersebut malah The Star baru-baru ini juga mengundangnya menjadi tetamu untuk rancangan Twitter anjuran mereka.

Carian dalam suratkhabar Star dengan menggunakan enjin dalaman (internal search engine) memberikan keputusan 1,910 rencana berkenaan “Hannah Yeoh”.

Hasil carian dalam Star untuk “Satim Diman”, iaitu ketua pembangkang negeri Selangor, hanya membuahkan 221 sebutan yang berkaitan.

Kita buat carian lagi dalam Star.

Walaupun Star milik MCA, suratkhabar itu sebenarnya lebih sayang kepada politikus-politikus pembangkang daripada bekas ketua Wanita MCA sendiri.

Orang Umno di Perlis, Kedah, Terengganu dan lain-lain tempat yang terpencil jangan haraplah akan diberitakan dalam Star.

Di negara-negara lain, seorang warga kelas kedua mungkin berada dalam ketakutan (selalu diam-diam sahaja, bersikap pasif, tidak menonjol tingkah laku).

Di Malaysia, si evangelis Kristian ikon kesayangan warga-warga kelas kedua diberikan beribu kali lebih publisiti daripada wakil-wakil warga kelas pertama walau di akhbar milik salah sebuah parti pemerintah.

Sesetengah warga kononnya kelas kedua ini – yang juga merupakan ‘minority within a minority’ (majoriti-minoriti ialah Cina penganut Buddha) – bukan sahaja tidak bersikap pasif malah merekalah yang paling cenderong memaki-hamun di siang hari.

Adakah perangai sombong dan agresif itu membayangkan golongan yang tertindas?

Menyusul dari ‘Bersih 3.0: DAPsters thump their Chinese chests


About these ads

Entry filed under: DAPster. Tags: , , , , .

Bersih 3.0: DAPsters thump their Chinese chests Naib pengerusi DAP Tunku Aziz serang geng mamak

17 Comments Add your own

  • 1. Observer  |  April 6, 2012 at 6:44 pm

    A very good observation. Actually MCA is playing the game ‘Heads I win, tail you lose’. MCA and DAP are actually working together to split the Malays. I think they are quite successful. No thanks to Anwar Ibrahim who has been very instrumental in splitting the Malays. MCA/DAP common goal- Chinese supremacy in a Malay land. In GE13, all Chinese votes will go to DAP and Malay votes are split with UMNO, PAS and PKR candidates. GE13 will be the clearest sign how the nation is racially divided. GE13 could also be a wake-up call for the Malays when their interests have suddenly eroded by their own stupidity. But Malays are known to be dangerous when pushed to the corners. Remember May13?

    Reply
    • 2. Hussin Rahman  |  April 7, 2012 at 6:04 am

      The Malays must be the most stupid people in the world for letting political differences threaten their livelihood, manhood, dignity, jobs, lives, safety and future in this country. The Chinese, the communists, the kiasu and all the chauvinists are laughing all their way to the bank. The pendatang Chinese have got Singapore and soon they will get Malaya too. That is if the Malays do not wake up from their slumber.

      Reply
  • 3. jonnymalaya  |  April 6, 2012 at 7:10 pm

    Hey, Helen. y u no search Star for Michael Chong, Chua Soi Lek, Liow Tong Lai, and other MCA top gun?

    y u no search for rencana about muhiyidin yasin, najib, etc? sure got more artikel than hanna or teresa

    Reply
    • 4. Hazrami  |  April 7, 2012 at 9:27 am

      Dear Helen,

      Nampak u macam irihati dengan Hanna… ada ape2 ke. Tapi artikal ni memang betul saya jamin pembangkang macam biasa tak akan terima punya ma

      Reply
      • 5. Helen Ang  |  April 7, 2012 at 10:08 am

        Hazrami,

        Pandangan kaum Melayu adalah meleset sekali sekiranya kamu tersalah anggap bahawa falsafah DAP dan ethos masyarakat Cina ibarat kuku dengan isi.

        Sepertimana yang Calvin Sankaran baru-baru ada sebut dalam satu komen beliau, Cina yang bukan DAPster sebenarnya amat terkilan dengan gelagat streetfighter parti tersebut. Kaedah beroperasi ala Bintang Tiga mereka nyata jauh menyimpang dari cara berhemah orang Cina membawa diri kami — yang bergalaskan warisan tamadun berusia 5,000 tahun.

        Hannah Yeoh dijadikan poster girl oleh DAP bagi melambangkan rekaan Bangsa Malaysia dan cogankata ‘Malaysian First’ mereka. Apa yang orang Melayu mungkin tidak sedar ialah YB evangelis ini sebenarnya tidak berupaya bertutur dalam bahasa Mandarin. Dia juga tidak melanjutkan pelajaran di sebuah “tanah Cina” seperti Namewee di pulau Taiwan tetapi di pulau Tasmania (Australia).

        Kiblat Hannah Yeoh kepada orang putih dan Yesu-Kristian.

        Tambahan pula, DAPster yang paling ketara sering memperlekehkan bahasa kebangsaan dan agama Islam – merebut ‘Allah’, kemelut al-kitab dan DUMC/murtad – walhal kami yang berfahaman Buddhisme boleh hidup rukun damai dengan orang Melayu-Islam.

        Pengikut DAP 2.0 (versi pasca PRU12/2008) menguar-uarkan diri Firsters tetapi langsung tidak menghormati budaya tempatan. Bukan itu sahaja, tahap tak senonoh mereka bukan kepalang. Dalam blog saya ini pun pernah ada seorang peminat Hannah mengujar (kepada saya) “fak your mom”.

        Namun tanggapan umum, terutamanya di kalangan bukan-Cina, ialah Hannah Yeoh = DAP = Cina (salah, seribu kali salah!) Bagi DAPsters, DAP edisi Kristian ialah bersih & suci (DAPsters jenis yang melihat dunia hanya dalam hitam-putih, benar-batil).

        Manakala kami yang bukan Kristian tidaklah terikut-ikut pendekatan DAP 2.0 yang memandang pesaing politik (sebut Umno) sebagai hati hitam belaka … “evil”.

        Bagi 10-15 peratus kami orang Cina yang tidak akan memangkah roket nanti, pemimpin-pemimpin DAP Kristian Mat Salleh Celup berupa kerbau membawa lumpur yang menyebabkan satu kandang terpalit.

        P.S. Kenapa pula bila Dr Novandri, SatD, JMD & Co. melondehkan LGE (yang menjadi focus berpuluh malah beratus posting mereka selama ini), blogger-blogger lelaki anti-LGE (yang ramai juga) tidak dituduh “iri hati” terhadap ketua menteri P.Pinang itu?

        Saya rasa soalan Hazrami berciri sexist, yakni layanan yang berbeza diberikan wanita.

        Reply
      • 6. Anon  |  April 7, 2012 at 10:27 am

        Bagus jawapan anda, Helen. Saya sokong penuh.

        Saya harap lebih dari 15% penduduk Cina di Malaysia ini yang tidak akan mengundi DAP/PR. Kemungkinan itu ada sebab sudah banyak di tonjolkan lintang pukang di dalam DAP (Karpal vs Ramasamy, bergelut kerusi, keadaan diktator LGE, kroni dll), dan diantara DAP dan PAS yang tidak akan lepaskan Hukum Hudud.

        Sekuat mana sokongan rakyat Cina kapada DAP, saya fikir mereka takutkan Hukum Hudud dan cara cara Taliban PAS dan tidak akan mengundi calon PAS di PRU13.
        ________________________________________________________________________________________________________________________________

        Malangnya orang Cina sudah lali dengan momokan hudud (alah bisa tegal biasa) & sekarang boleh berkata pula: “Kalau hudud hududlah, asalnya ia hanya dikenakan ke atas Muslim. Bahkan mereka bukan main seronok menunggu saat tangan “puncuri Umno” dipotong. — Helen

        Reply
      • 7. Anon  |  April 7, 2012 at 12:07 pm

        Hanya penganut ghairah DAP dan yang sehaluan dengan mereka sahaja yang berkata “seronok menunggu saat tangan “puncuri Umno” di potong.” Yang lain masih tak percaya PAS, yang mungkin tidak kecualikan bukan Muslim jika merintah dan laksanakan Hudud. Mereka masih khuatir dan bangkang bermati matian, seperti “Dear Chairman” Karpal Singh.

        Karpal seorang loyar, tahu bangkangannya meretakkan dan merugikan undi Pakatan Rakyat, tapi dia juga sedar pendirian PAS tidak tetap. Dia orang tahu bahawa Muktamar PAS sudah buang Hukum Hudud tapi Nik Aziz pungut balik dan canangkan. Sampai ada mesyuarat “top level PR component parties” di Pengerusikan oleh Anwar pun, hanya dapat “persetujuan tidak bersetuju” – PAS di bolehkan promosi Hudud walau pun implementasinya perlu di runding lagi.

        Mesti majoriti orang DAP, MCA dan Gerakan risaukan Hukum Hudud. Walau apa pun, pencurian tidak kenal parti.
        ___________________________________________________________________________________________________________________________________________

        Itulah kesan dakyah & cuci otak. Mereka lebih benci MCA (& Umno) dari takutkan hudud. They can overcome their fear but have intensified their hate (ponder on this scenario — since I always welcome your input Anon …) — Helen

        Reply
      • 8. jonnymalaya  |  April 7, 2012 at 10:18 pm

        eleh Helen, macam takde orang tuduh blogger macam satd, novandri dan jmd iri hati terhadap guan eng… konon!

        nampak lu cuba tai chi kebencian orang umno terhadap orang cina kepada orang cina kristian. malahan lu tuduh orang cina kristian sebagai banana & pengikut ang mor. sebenarnya, orang cina kristian secara biasa lebih berkawan dan bergaul dengan bangsa agama lain.

        malah pembaca blog kamu memanggil anda & bangsa anda pendatang tetapi anda hanya senyum terhegeh-hegeh saja.

        Reply
  • 9. calvinsankaran  |  April 6, 2012 at 7:23 pm

    My experience in dealing with MCA/Gerakan type is that they hate DAPsters even more than a typical Malay. DAPsters look upon MCA/Gerakan as “running dogs” who are corrupt. While MCA/Gerakan view DAPsters as an insult to the Chinese tradition and culture with their unChinese mob mentality.

    It must be noted here that (Helen you may want to dig more on this) DAP has actually studied many campaign tactics and decided to use the combatative and totally principless methods of Taiwanese politics. I have seen how the Taiwanese play politics first-hand and I can say that it bears an uncanny resemblance to DAP’s.

    I have attended some DAP campaigns in the 80s and 90s and those used to be in English and very British. But recent campaigns are mostly done in street-style where it is all about emotion and whacking BN with logic and reason thrown out of the window. I have been to MIC, Gerakan, UMNO, PAS and DAP ceramahs and I used to consider PAS’ as the worst but now DAPsters are top.
    ______________________________________________________________________________________________________________________________

    “view DAPsters as an insult to the Chinese tradition and culture with their unChinese mob mentality” — absolutely! Their ‘you’re either with us or against us’ streetfighting behaviour is against the Chinese ethos where we have so many words for expressing peace & harmony. — Helen

    Reply
    • 10. Freddie Kevinesh  |  April 6, 2012 at 9:58 pm

      Taiwanese style in DAP?

      Normal la. World now is interconnected that everyone can learn from other parts of the world and adapting it here.

      UMNO-MCA style still trapped in Taiwan KMT/ Japan LDP/ Mexico PRI authoritarianism hammer & control approach…
      Sponsoring loyalist mob like Perkasa is so old school la.

      PKR are learning from Erdogan Turkey style and now PAS also absorbing advices by the Muslim Brotherhood confident from their sweep of the Arab Spring…

      Wake up my friend, the world is changing and you are still trapped in outdated thinking.

      ~ Freddie Kevinesh

      Reply
      • 11. OverseasBumi  |  April 7, 2012 at 8:15 am

        A tactic I have seen used by the online opposition supporters is to depict any pro-establishment view as being unfashionable.

        Could this explain the support for opposition politics among the youth? They reject pro-establishment politics because they think it’s no longer trendy?

        I hate to think that our future political stability depends on what is politically in vogue. Facts, open debate and compromise would be sacrificed. In their place, the average citizen is peer-pressured into supporting what is politically ‘cool’.

        Reply
  • 12. Goodmen  |  April 6, 2012 at 11:31 pm

    Helen, your equating “more voice” with media coverage as with your example of Hannah Yeoh is a complete misunderstanding (or a deliberate twisting?) of the issue. In terms of the number of voters returning a member to parliament or state assembly, this is not about who gets “heard” more. Its about who gets to form the government of the day. Your argument is rather disingenuous. The power lies with those that form government, and the current system ensures the incumbents can remain, and with a disproportionately strong representation, even though only a similar number of people voted for them as did for the opposition. It seems your hatred for DAP is beginning to cloud your impartiality in writing. For a writer, that is the worst thing.

    Reply
    • 13. Anon  |  April 7, 2012 at 9:01 am

      Do realize that this is a blog, a forum for discussions, man. Not a so-called “news portal” that Malaysiakini and Malaysian Insider claim to be, yet full of biased opinions, slants and misreporting.

      Did you not read that Malaysian Insider shivered, went weak in the knees when sued millions of Ringgit by ex-MAS Chairman Tajuddin Ramli and had to advertise repeatedly their apologies in NST and Berita Harian? And Malaysiakini being warned by Home Minister Hishamuddin for reporting what he said inaccurately – to the Opposition favour.

      Ever heard that CNN is Jews-inclined? BBC is said to be free and independent, but have you not noticed the Establishment bias from time to time?

      Would you like to state a few “impartial writing”?

      Are you not DAP/PR biased in your writing?

      Reply
  • 14. gratitude  |  April 7, 2012 at 1:25 am

    Whatever the observation, the DAPsters seem to be polarising and dividing Malaysia, whichever way the outcome of GE13.

    Do we want that, for the next generation on a long term basis.

    As is, current primary schools pupils are not able to mingle on inter-race basis or have best friends on cross-races as SRJK is almost void of Chinese and Indian pupils, in that order.

    When they grow up, inter-race rendesvous may be just limited to exchange of commercial orders at supermarket or fast food restaurant.

    We are now at 3rd generation post merdeka where the parents are rich enough to afford such schools, and also worst still may be engrossed in ugly politics which indirectly influence the 4th generation eavesdropping kids.

    This crack may be more wider and wider for future generations, when come a time, it may become irreparable.

    Please do not be selfish.

    Be rationale

    Politics is about electing a proven track record and efficient leader and organisation to best serve us all rakyat and country as a whole.
    We are in the same boat and hence would need a good captain and an experienced crew to sail safely and to greater heights.

    Reply
  • 15. OverseasBumi  |  April 7, 2012 at 12:13 pm

    Helen highlights in her article the issue of ‘unfair representation’ due to electoral boundaries . I have read comments from several people in DAP’s camp who allege that electoral districts have been gerrymandered to the advantage of BN, in particular UMNO.

    Let’s look at the Selangor state assembly as an example. Based on my count there are 12 from DAP members, all are chinese except for 1 who is indian. There are 2 chinese from BN and 3 from PKR. This gives a total of 16 members of the state assembly who are chinese out of a total of 56.

    Therefore, percentage-wise the chinese representation in the state assembly reflects the overall chinese population in selangor, which is around 28%.

    A typical DAP tactic is to distort the statistics in their favor. They cherry pick data to compare with other cherry-picked data and then they draw fallacious and biased conclusions.

    I don’t know how electoral districts are drawn in Selangor. What i know is that in some countries they use bi-partisan or independent commissions, or use mathematical algorithms to ensure fair representation. In some other cases, gerrymandering is used to ensure proportional representation .

    Sometimes I feel like the comments section of alternative news websites and other social media websites are ‘testing grounds’ for DAP’s political strategies.

    Their sprinkle/spread their issues all over the net (in comments section of Malaysian Insider, Mkini , facebook and twitter). Whichever comment/issue goes viral and draws the most responses and attention is the political hot-button issue they use for their platform.

    To some extent, Helen also chooses her articles carefully to get the most attention and comments. Amiright?

    Part of this phenomenon also explains why some ‘news’ sites skew their headlines and editorials to support one political view over another. It’s to appeal to their core readers.

    Reply
    • 16. koteypanjang  |  April 7, 2012 at 12:46 pm

      OverseasBumi, a very good observant PR tactics , thanks for sharing.

      Reply
  • 17. calvinsankaran  |  April 8, 2012 at 1:46 pm

    The DAPsters are out in force during the weekend. I saw the malls being ambushed by them. DAPsters / Hijau-ers were handing out BODOH 3.0 flyers to the shoppers.Heard the same thing is happening in the Klang Valley too.

    I accepted one and tore that flyer right there and handed it back to the green-clad and shocked DAPster. His face turned green too like been exposed to highly toxic radioactive material.
    ________________________________________________________________________________________________________________________________________

    ROTFL. Check out this photo. Calvin. It’s the Bersih 3.0 press conference. See how many green shirts are among the committee. — Helen

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

Pengunjung

  • 5,006,697 hits

Kalender

April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: