Di Perak ‘hitam metalik’, di P.Pinang ‘Melayu celup kopi’

May 10, 2012 at 5:18 pm 11 comments

Pengarah Jabatan Komunikasi kerajaan negeri Pulau Pinang Yap Lee Ying baru sahaja hendak memohon maaf dan menarik balik penggunaan ungkapan “Melayu celup kopi” di dalam Buletin Mutiara (bersamaan Selangor Times bagi negeri utara itu).

Ia muncul dalam ayat “Bersuara atas kepentingan Melayu konon walaupun diri sebenarnya Melayu celup kopi” di ruangan Tinta Pengarang edisi April 1-15.

Pendedahan ini mengingatkan saya kepada suatu pemerhatian yang pernah dibuat oleh Joceline Tan:

“DAP’s relations with the bulk of Malays in Penang has not improved and if the Indian Muslims here actually bothered to read the racist and insulting remarks that DAP cybertroopers make about mamaks, they would run off in all directions.”

Itu “DAP cybertroopers” yang merapu.

Cercaan ini pula terkandung dalam penerbitan rasmi kerajaan negeri yang “diedarkan meluas seluruh Pulau Pinang hampir ke semua peti surat yang ada di setiap rumah yang ada” (sumber: blog MatKilau Penang).

Kim Guan Eng asyik kata orang lain rasis

Buletin Mutiara sama jijiknya dengan Selangor Times. Yang satu mempromosi personality cult Papa dan yang satu lagi Mama.

Buletin Mutiara “is filled with photographs of [Guan Eng] grinning broadly, attending dinners, inspecting project sites and carrying babies”, tulis Joceline.

Kalau nak kata Utusan ‘sebuah media yang dikawal oleh kerajaan’ itu semestinya berat sebelah, lagi teruk Buletin Mutiara dan Selangor Times.

Sekurang-kurangnya Utusan ialah sebuah syarikat swasta yang untung-ruginya ditentukan oleh kuasa pasaran. Kalau awam tak suka, jangan beli. Itu saja.

Lain pula dengan Buletin Mutiara dan Selangor Times yang dibiayai kerajaan negeri (baca: duit rakyat).

Kedua-dua suratkhabar ini betul-betul lah ‘media kerajaan’.

Penyokong BN pun ada bayar cukai tempatan dan negeri tetapi isi kedua-dua penerbitan ini begitu serong dan ketara liputannya condong ke arah anti-BN. Contoh terbaru: Laporan-laporan Selangor Times tentang Bersih 3.0.

DAPster-DAPster begitu gemar serta sering mengata wartawan media arus perdana “pelacur“.

Pemberita di bawah ialah Twitter buddy Hannah Yeoh dan dia telah menulis rencana ber’dozen’ jumlahnya tentang Adun Subang Jaya itu untuk dimuatkan dalam Selangor Times.

Pemberita S’gor Times menerima anugerah kewartawanan (hadiah tunai) daripada Ng Wei Aik

Antara contoh pemujaan terhadap Guan Eng ialah komen-komen di Facebook Buletin Mutiara (klik sini untuk screenshot):

“You are GREAT”

“Salute my Master”

“we love u!”

“You are our Super Hero”

英哥,你是我们的偶像。。。我地支持你。。。支持你!

[Alih bahasa: "Abang Eng, kamu adalah idola kami ... kami menyokongmu!"]

“I am so admire of Penang ppl, they have a great CM”

Salah satu tuntutan Bersih ialah supaya media dibiarkan bebas dan berdikari.

Jadi kenapa aktivis-aktivis Bersih tidak bising pasal media Buletin Mutiara dan Selangor Times (yang dibiayai wang cukai tetapi) terang-terang menjalankan propaganda?

Bukankah Bersih ke jalanan untuk mendesak supaya media dibebaskan dari cengkaman orang politik?

Utusan dan The Star disenaraikan di bursa. Mereka entiti korporat.

Sebaliknya Buletin Mutiara dan Selangor Times yang diselia Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pejabat Menteri Besar Selangor mesti akauntabel, yakni menjawab kepada rakyat.

Sukar untuk kita mempercayai bahawa Bersih adalah sebuah gerakan yang berkecuali memandangkan ia tidak bersuara sepatah pun untuk membantah sikap tidak profesional ‘wartawan’ Buletin Mutiara dan Selangor Times.

Salah seorang wartawan Buletin Mutiara adalah juga Chan Lilian yang pernah disiasat polis atas dakwaan menghasut orang Kristian.

Bayangkan kalau Pakatan membentuk kerajaan persekutuan … apalah yang akan dihidangkan RTM dan Bernama bagi kita saban hari?

About these ads

Entry filed under: Mama DAPster. Tags: , , .

Isu “kuil Hindu terancam” dan pakar ilmu menghasut “Umno deader than doornail and will be completely wiped out”

11 Comments Add your own

  • 1. Teech Airil  |  May 10, 2012 at 5:42 pm

    MENARIK. Amat menarik.

    Teringat dengan izin, idiom, Bahasa Inggeris:

    “The more things change…
    …that more the remain the same”.

    “Bayangkan kalau Pakatan membentuk kerajaan persekutuan … apalah yang akan dihidangkan RTM dan Bernama kepada kita saban hari?”

    HA HA HA… pasti 2×5, 5×2, semuanya SERUPA sahaja.

    Reply
  • 2. Shamshul anuar  |  May 10, 2012 at 6:08 pm

    Helen,

    Isu ‘hitam metalik” menunjukkan sikap DAP. Sebenarnya DAP bencikan orang yang berkulit “tidak putih”. maksudnya melayu, India.

    Reply
    • 3. I hate N'Sync  |  May 10, 2012 at 6:32 pm

      Not surprising. The Chinese value people with fair skin (like all those cosmetic whitening products – they are really offensive to me), more so the foreigners for their associated power. With stereotypes about the Africans and Indians, you are surprised that there are racists among the Chinese? The Chinese culture practically consider foreigners as uncivilised barbarians, until they were humbled militarily of course. Today, only very sinocentric Chinese would retain such racist views, and I think it slips from time to time from the collective conciousness of the masses. LOL!

      Reply
    • 4. OverseasBumi  |  May 10, 2012 at 11:03 pm

      Helen, go to the following site and try out their psychological tests.

      https://implicit.harvard.edu/implicit/

      Choose the demonstration tests. I think the other options require registration and payment.

      The tests are designed to uncover your hidden ‘automatic’ preference.

      There are tests designed to check skin tone preference, race preference , even weight preference!

      I am sure the principles and mechanics behind the tests can be applied to the Malay-Chinese dynamic.

      To me, it’s rather revealing. I know I am slightly racist, and I am glad that I can prove it scientifically based on the African American vs European American test. I have moderate preference of European Americans over African Americans.

      I am going to try the Asian vs European test soon.

      Remember, be honest and be focused while taking the test. The test designers claim that it is hard to ‘fake’ your preference, because the tests ask you to respond as fast as possible, without thinking.

      Reply
  • 5. goondoo  |  May 10, 2012 at 8:20 pm

    suratkhabar pembangkang macam tulah.. baca Harakah, baca Keadilan, sama saja… manyak yang bohong dari fakta..

    Reply
  • 6. Joe  |  May 10, 2012 at 10:13 pm

    Kalau Pakatan dapat membentuk kerajaan persekutuan, besar kemungkinan bahasa kebangsaan ditukar ke Hokkien – northern version, not the Johor variation… is can?

    Reply
    • 7. Helen Ang  |  May 10, 2012 at 10:24 pm

      Mama DAPster no speakee Chinese, see HERE interview with The Rocket & also tweeted admission that she is a ‘banana’, see HERE.

      Nescaya Pakatan membentuk kerajaan persekutuan nanti, maka bahasa kebangsaan akan ditukar ke BI dengan mewajibkan telor mirip perempuan yang menengking wartawan-jurukamera asing itu tatkala berlangsungnya Bersih 3.0 tempoh hari.

      Reply
      • 8. Joe  |  May 10, 2012 at 10:40 pm

        You mean Jinjang English? Hehehe…

        Note for Helen: if I cross the line with my comments just go ahead and give me the metaphorical tight slap. Sometimes saya punya brek tak makan…

        Reply
  • 9. gratitude  |  May 10, 2012 at 11:43 pm

    Ini party betulllah

    Maybe if given a choice, they may create a song praising banyak banyak the “macho” man himself to be sung before every meeting

    Reply
    • 10. Joe  |  May 11, 2012 at 1:42 am

      Hahaha! All his devotees will have to stand up and do the Village People dance that goes with “Macho Man”…

      Reply
  • 11. Ahmad Ibrahim  |  May 11, 2012 at 12:27 pm

    Tell you what. If Pakatan form the next government, Malaysia will become a de facto colony of Singapore and Indonesia. For Singapore, they get to extract all the resources they ever want, and for Indonesia, well, since certain regions of Indonesia are overpopulated, they can dumb undesirables to Malaysia to lighten their burden. Woohoo !

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,688,262 hits

Kalender

May 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: