Menteri yang tercemar ini akan memudaratkan kempen Najib

May 27, 2012 at 1:16 pm 15 comments

Kajian kenapa Umno sebenarnya tidak lemah dalam pilihanraya yang lepas dan bagaimana MCA sedang disabotaj dari dalam.

Ianya juga ada kena-mengena dengan Shahrizat Abdul Jalil didesak mengundur dan Ling Liong Sik dibawa menghadap ke mahkamah.

Tetapi sebelum itu, biar kita melihat terlebih dahulu analisis kedudukan kerusi DUN di tiga buah negeri yang tumpas kepada pembangkang dalam PRU12.

I. Pulau Pinang

Warna merah dalam jadual menandakan kerusi-kerusi Umno yang terkandas.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN.

Pada 2004, BN menang 38 kerusi, iaitu Umno 14, Gerakan 13, MCA 9, MIC 2. Pembangkang: DAP 1, PAS 1.

Pada 2008, MCA dan Gerakan tersungkur di Pulau Pinang. Ekoran kemenangan 29 kerusi oleh DAP-PKR-PAS, tinggal 11 kerusi di tangan Umno.

Gerakan, MCA dan MIC kalah 100% kerana pemilih Cina dan India memberontak.

Umno yang hilang 3 kerusi sahaja masih lagi mencatatkan tahap kejayaan 78.6% ataupun gred B+.

Bermakna dalam 2008 Umno bergoyang – majoriti undi yang dipungut calon-calon Umno di kebanyakan kawasan telah menyusut – tetapi tidak seperti sekutu-sekutunya terus lemas.

II. Perak

Perak mempunyai 59 kerusi DUN.

Pada 2004, BN menang 52 kerusi, iaitu Umno 34, MCA 10, Gerakan 4, MIC 4. Pembangkang: DAP 7.

Pada 2008, gagasan DAP-PKR-PAS yang memperolehi 31 kerusi menumbangkan BN yang tinggal 28 kerusi.

Gerakan dan MIC lingkup di Perak juga lalu gred F manakala MCA pun gagal dengan hanya mampu mempertahankan satu kerusi daripada 10 yang ditandinginya.

Kemenangan 27 kerusi (dari 34 yang dipertahankan oleh Umno) membayangkan kadar kejayaan 79.4%. Markah ini meletakkan prestasi Umno sekali lagi pada gred B+.

III. Selangor

Selangor mempunyai 56 kerusi DUN.

Pada 2004, BN menang dengan cemerlangnya. Daripada 54 kerusi BN, Umno mencatat 35, MCA 12, Gerakan 4, MIC 3. Pembangkang: DAP 2.

Pada 2008, BN hanya mampu mengekalkan 20 kerusi manakala PKR-DAP-PAS yang mempunyai 36 orang Adun mendapat margin yang cukup selesa untuk membentuk kerajaan negeri.

Prestasi MCA di Selangor hampir sama teruk kecundangnya di Pulau Pinang. Daripada 12 kerusi yang dipertahankan parti itu dalam 2008, MCA kalah 10, menang 2. Ini kadar 16.7% dan markah gagal.

Seperti juga di Pulau Pinang dan Perak, Gerakan dan MIC terus bungkus kerana ditolak pemilih Cina dan India. Penting untuk diingat, Umno tidak ditolak dengan begitu hebat sekali oleh pemilih Melayu.

Jumlah kerusi Umno Selangor diseparuhkan daripada 35 ke 18, atau dalam kata lain, performance Umno 51.4%. Di Selangor, prestasi Umno menjunam ke gred C-.

Menteri Besar yang besar kepala

Salah satu faktor menjurus kepada Umno kalah di Selangor ialah ketua Umno negerinya Mohd Khir Toyo.

Bekas menteri besar itu ada beberapa persamaan dengan Kim Guan Eng, iaitu angkuh dan gila glamor serta menggayakan makeover dengan styling gah untuk dirinya kelihatan lebih muda.

Kita hendak mengambil iktibar bahawa pemilih begitu obses dengan gejala yang dimengertikan mereka sebagai fenomena rasuah.

Kerajaan telah mengambil langkah yang betul dengan membawa Khir Toyo ke muka pengadilan. BN tentu sekali tidak mahu wakilnya, terutama yang memegang jawatan tingggi, ditanggap umum sebagai tercalit dengan salahlaku.

Dengan keluarnya Khir Toyo, imej Umno diperbaiki dan salah satu faktor yang memudaratkan kempen BN sudah berjaya disingkir.

Dari segi ini, MCA pula kena berwaspada memandangkan mantan presiden parti mereka serta seorang bekas menteri MCA sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah.

Jadi ianya amat merugikan BN serta memberi kesan negatif kepada peluang BN menjelang PRU13 apabila MCA masih mengambil ringan satu kes lagi yang membabitkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong.

Sila baca ‘Kenapa menteri ini belum lagi membersihkan namanya?’

MCA Kelana Jaya membuat laporan polis

Telur di hujung tanduk

Merujuk kembali kepada pencapaian BN di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, Umno telah memperolehi gred B+, B+ dan C-.

Tidak ada sesiapa yang menyangkal bahawa pencapaian MCA ialah F, F dan F.

Prestasi MCA begitu menghampakan dalam PRU12 tetapi parti itu masih tidak mencari ikhtiar dan hanya berpeluk tubuh. Sindrom ini timbul kerana Dr Chua Soi Lek seorang jeneral yang disabotaj oleh jentera perangnya sendiri.

Mari kita memperinci apa yang dibuat MCA dalam empat tahun sejak kebelakangan ini.

Pada PRU12, MCA menang 15 kerusi parlimen berbanding 31 kerusi yang pernah dimenanginya pada PRU11 — kemerosotan 50 peratus.

Jadual di bawah menunjukkan senarai menteri dan timbalan menteri MCA pada 2004 dan 2008 selepas tsunami politik.

Sungguhpun MCA hilang separuh daripada jumlah kerusi Parlimennya namun jawatan-jawatan menteri yang diberikan parti itu tidak diseparuhkan berdasarkan nisbah yang sama.

Pemimpin MCA ahli jemaah menteri Najib

Kabinet 2012

Menteri

  • Chor Chee Heung — Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Kong Cho Ha — Pengangkutan
  • Liow Tiong Lai — Kesihatan
  • Ng Yen Yen – Pelancongan

Timbalan Menteri

  • Wee Ka Siong – Pelajaran
  • Hou Kok Chung — Pengajian Tinggi
  • Heng Seai Kie — Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Lee Chee Leong — Dalam Negeri
  • Donald Lim — Kewangan
  • Gan Ping Sieu — Belia dan Sukan
  • Chua Tee Yong — Pertanian dan Industri Asas Tani

MCA yang nyawa-nyawa ikan itu dibawa masuk kabinet pun melalui pintu belakang, yakni dengan pelantikan tiga orang pemimpin sebagai senator (Heng Seai Kie, Donald Lim dan Gan Ping Sieu) supaya mereka boleh memenuhi syarat layak menjadi timbalan menteri.

Ketua-ketua MCA mahu duduk atas kerusi empuk di ofis Putrajaya tetapi mereka keberatan untuk memikul tanggungjawab yang setimpal demi memenangkan BN dalam PRU.

Sekurang-kurangnya kalau MCA diamanahkan menjadi menteri, biarlah si pemegang jawatan itu menjaga imej dan kedudukan jawatannya.

Tingkahlaku individu itu mencerminkan kabinet Najib Razak. Maka apa-apa prasangka buruk terhadapnya akan ada juga tempias terhadap rakan-rakan sejawat di kabinet.

Malang sekali Lee Chee Leong, iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri, masih belum lagi membersihkan namanya.

Beliau telah dikaitkan dengan salahlaku (baca: salahguna kuasa = rasuah) oleh Adun Subang Jaya Hannah Yeoh.

Tuduhan terhadapnya amat serius sehinggakan cawangan MCA Kelana Jaya terpanggil untuk membuat laporan polis.

Setakat ini, orangramai tidak mengetahui apa kesudahan kes tersebut daripada siasatan polis.

Sila baca ‘Hannah Yeoh disiasat polis atas dakwaan memfitnah’.

Akhbar The Star yang dimiliki MCA tidak pun membuat apa-apa laporan susulan.

Dengan tanpa adanya berita lanjut untuk menjernihkan suasana, maka khalayak umum masih akan terus mempercayai dakwaan yang dibuat oleh Hannah Yeoh itu adalah sahih. Awam akan bertanggapan, “Ya betul”, Lee Chee Leong ini mungkin bersalah sepertimana yang dituduh Hannah Yeoh.

Umpama perpatah ‘seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya’ kecuali penafian dan penjelasan dibuat dengan segera, kelalutan ini akan membawa padah kepada kempen BN menawan kembali Selangor.

Perkara tuduhan dibuat oleh Hannah Yeoh bukan sahaja berkenaan dengan peribadi Lee Chee Leong tetapi parti-parti lain BN juga terpalit lumpur.

Sila baca ‘Hasutan: Hukuman penjara Guan Eng kes terdahulu, siasatan polis Hannah sekarang’.

Tolonglah MCA. Sila tunjuk kepada rakan-rakan BN bahawa parti kamu menghargai penghormatan jawatan menteri yang diberikan. Kalaupun tak endahkan reputasi diri, jaga reputasi jawatan.

Di kalangan pemerhati politik Melayu, sudah ramai yang meluat dengan kerenah MCA yang acuh tak acuh itu.

‘The Star’ bersubahat

MCA dinilai sebagai tidak efektif serta bertongkatkan Umno.

Contoh yang pernah saya berikan ialah bagaimana akhbar milik parti itu mempromosi pesaing dan mem-blackout berita tentang orang MCA sendiri.

Sila baca Gambar lucah, ugutan rogol dan perkakas MCA yang begitu lembik dan dayus.

Bukan sahaja Wanita MCA dan Beliawanis dipinggirkan oleh The Star, malah Pak Menteri seperti Lee Chee Leong juga, jika berbanding dengan liputan yang diberi kepada Kim Guan Eng, contohnya ketua menteri itu meraikan Hari Ibu pun boleh diberi publisiti positif.

Namun The Star tidak berkenan untuk membuat investigative reporting tentang Pegawai-pegawai Khas Kim Guan Eng yang begitu ramai — ada CAT? ada salahguna belanjawan pejabat ketua menteri?

Kenapa The Star tidak menyelidik hal-hal bisnes yang dijalankan oleh syarikat CMI (Chief Minister Incorporated) Guan Eng?

Kenapa The Star tidak menyelidik aduan kepada SPRM yang dibuat terhadap Penang Insititute atas tuduhan cuba merasuah Tunku Aziz? Kenapa The Star tidak mempersoalkan apa kelayakan Zairil Khir Johari menjadi CEO Penang Institute? Bukankah namanya kronisme itu?

Kenapa The Star tidak mempertikaikan pelantikan sebagai kaunsilor MPSJ begitu ramai “Pembantu-Pembantu Khas” Hannah Yeoh? Bukan kronisme juga? Sebaliknya The Star lebih rela memupuk personality cult orang masyuknya — contoh: penajaan akhbar tersebut ke atas projek ini.

Kesimpulannya The Star sengaja tutup sebelah mata kepada isu-isu kritikal yang boleh mencabar DAP.

Sila baca ‘The ‘size of balls’ no joke with MCA’.

Sekiranya ia sudah melibatkan penyiasatan polis – misalnya ke atas suami Shahrizat Abdul Jalil – maka wajar menteri yang terbabit berundur buat sementara waktu sehinggalah polis tampil ke depan untuk mengesahkan bahawa menteri itu tidak terlibat dalam apa-apa salahlaku.

Demikian juga dengan kes Lee Chee Leong. Jangan macam Shahrizat yang terlalu banyak merosakkan imej BN.

Kesian betul pada Dr Chua!

Presiden MCA bukan sahaja terpaksa mencari ruang di Utusan tetapi pada sehari dua yang lepas, Dr Chua juga bertemubual dengan portal Free Malaysia Today untuk mengenengahkan isu tentang pendirian hudud PAS yang nyata ditenggelamkan oleh The Star sebelum ini.

Sebenarnya para blogger Melayulah yang lebih prihatin terhadap nasib Dr Chua. Akhbar The Star lepas tangan sahaja apabila pemimpin MCA menjadi mangsa dakyah pembangkang.

Sudahlah calon Umno tidak boleh bergantung kepada MCA untuk menarik sokongan pemilih Cina.

Sekarang ini pula pihak BN langsung tidak boleh berharap kepada The Star untuk membuat liputan yang objektif kerana suratkhabar itu berupa kembar Selangor Times.

For every action, there is an equal and opposite reaction

Sekian lama blogger-blogger otai Melayu memantau sikap berat sebelah yang terang-terang oleh The Star itu.

Contohnya penulis pro-Umno berikut telah memblog:

“KDN.. apa lagi.. gantung jer lesen The Star.. geng DAP & kawan-kawan Guan Eng ramai kat dalam tu.. Pisau kata: “The Star milik MCA, tapi runner dia DAP.. apa macam.. best tak?”

Pandangan Pisau.net tidak menghairankan kerana The Star nyata blackout Umno Selangor tetapi ghairah membuat liputan tentang politikus-politikus DAP Kristian dan Anglophile kesayangan sesetengah pengarang.

Mengikut banci tahun 2010, Selangor mencatatkan sejumlah 5,462,141 penduduk. Daripada angka itu, Bumiputera sebanyak 57.1%, Cina 28.6%, India 13.5% dan lain-lain 0.8%. Itu statistik penduduk dan inilah (lihat bawah) pendekatan The Star yang meminggirkan Melayu.

Blogger-blogger Melayu yang top ini pun sudah meluat dengan gelagat The Star.

Mereka-mereka ini semuanya mengendalikan Top Blog yang mempunyai ramai pembaca, mengikut ukuran Internet traffic ranking (bawah). Blogger-blogger top ini mengamati bahawa The Star mendokong agenda udang di sebalik batu.

Traffic ranking laman-laman yang panas meletup

Kesian MCA tiada wadah media

Para pemimpin MCA, tidak kiralah pemimpin senior ataupun Ketua Wanita ataupun Beliawanis semuanya amat malas dilayan The Star. Pernah saya berkata suratkhabar itu nyata lebih suka menyusukan kera di hutan.

Tambahan lagi, laman sesawang rasmi parti MCA kurang sambutan.

MCA kononnya mempunyai seramai sejuta orang ahli tetapi lamannya tidak sepopular mana. Malah blog saya pun mempunyai lebih ramai pembaca di negara kita dari laman rasmi MCA.

Semua screenshot Alexa dirakam pagi ini

Menjelang PRU13, jentera media BN akan masuk gear berkempen tetapi The Star tidak diyakini mampu ataupun mempamerkan niat tulus untuk membuat laporan-laporan politiknya dengan lebih bertanggungjawab dan bukannya “berperanan menutup malu DAP“.

Blogosfera Melayu juga berpendapat bahawa The Star “sengaja tidak laporkan walaupun ada banyak bola tanggung terhadap DAP”.

Dengan perangai The Star yang sebegitu rupa, tidak hairanlah kalau Perkasa akan membakar suratkhabar itu sekali lagi gara-gara silap haribulan.

Komen kepada rencana bertajuk ‘Bantahan Kepada The Star’ @ http://www.pribumiperkasa.com/?p=6376

Perkasa memprotes ‘The Star’ biadab

Entry filed under: DAPster. Tags: , , .

Kaedah untuk “deliver Selangor to Umno” DAP membuli: 7 orang merejah mangsa seorang

15 Comments Add your own

  • 1. forrestcat  |  May 27, 2012 at 2:50 pm

    Well…i dont mind the star being a dap stooge..i just dont buy it..i even stopped buying star saturday edition…its just utusan,metro and nst and the occasional harakah….the star like selangor kini has lost touch with the mainstream malays.

    Reply
    • 2. gratitude  |  May 27, 2012 at 3:38 pm

      I just don’t buy it….its own owned media vehicle being somebody’s else stooge….

      So much guerilla tactics here

      Reply
    • 3. Rabbit  |  May 28, 2012 at 9:44 am

      I’m NST man myself

      Reply
    • 4. WatchoutTheStar  |  May 28, 2012 at 2:24 pm

      That China man Wong Chun Wai is a strong believer in the European colonial religion Catholic Christianity.

      [*** edited] the Catholic powers were the one which brought the Portuguese to kill Malays in Melaka before English Christians took over with the marriage of their Kings and Queen.

      UMNO must not be naived to these Catholic manipulation with their puppet Wong Chun Wai to cause trouble in Malaysia.

      The European has managed to influence Chinese in Malaysia while they failed to influence Chinese in China. The Christians missionarys were tortured and killed when they tried to attack China back in 1800.

      Nothing good comes from the Catholic with its corrupt and paedophile priests discredited in Europe and US today. They have turns to the natives of Borneo and pagans Chinese to be their lackeys.

      Not to mention Pakiam who believe the Italian man they called Pope is the voice of God on earth…hahaha in this modern day and age..
      ________________________________________________________________________________________________________________________________________

      Are you sure WCW is Catholic? He could be an evangelical. In any case, he’s already spoken out that ‘Politics and religion a bad mix‘, the title of his column recently on May 13 where he cautioned against the folllowing development. — Helen

      Quote, WCW wrote:

      “But now there is a trend among some Malaysian church leaders and Christian-based writers, who support Pakatan Rakyat, to quote from Scripture to justify the need to vote against the government in the coming general election. This is done during Sunday sermons and via email, and those who are uncomfortable with this religious push are being made to feel guilty or not in sync with the rest of the church.”

      Reply
  • 5. Shamshul anuar  |  May 27, 2012 at 5:09 pm

    Helen,

    I believe Dr Chua realises about it. I mean everyone knows STAR leans in favour of DAP.

    But why no action from MCA that owns the paper? For this alone make me understands why UMNO itself believes STAR is used to put pressure on UMNO.

    With due respect to you and Chinese community, this is the reason why even UMNO does not trust MCA. And the Malay community knows about it.

    “mereka sama saja. Satu dalam kerajaan. Satu menyalak di luar. Cara berbeza. Matlamat sama”, one UMNO member told me..

    What MCA needs to understand is that nobody likes not to be treated seriously. IN other words, goodwill needs to be nurtured. That is why on some constituents, BN lost. Not because the voters hate BN. Rather, the Malay voters want a Malay to represent a Malay majority area.

    Places like Teluk Kemang, Kota raja, Lunas, Bandar tun Razak, Kuantan, Hulu selangor, Pasir panjang are won by opposition. Malay oppositions. And they contested against non Malay BN flag.. For this reason, BN Perak is thinking of putting UMNO to fight in Pasior panjang as putting non Malay would make the election as a formality where the result also depends on race.

    I advocate UMNO to compete in Malay atreas. The practice of putting MCA in Malay areas must stop. It will make MCA “manja”. Never mind loses in Chinese areas as we would likely to win in Malay areas( increasingly difficult now).

    By putting MCA solely in Chinese majoritry areas, MCA will be forced to fight DAP. It must win to stay relevant.

    Besides, winning against DAP in Chinese area will show that it has clout on its own, effectively making DAP claim that MCA kowtows to UMNO is baseless

    Reply
  • 6. m8  |  May 27, 2012 at 6:27 pm

    Bila dr chua ditangkap cctv orang cina, melayu, india, cakap apa pasal saya mau undi orang buat dosa punya, tapi bila anuar ditangkap cctv, tak ada apa-apa pun.

    kalau orang BN buat salah/baik = salah

    kalau orang PR buat salah/baik = betul

    Reply
  • 7. nk  |  May 27, 2012 at 6:58 pm

    The star? nope. not even gonna pick it up even if it is given for free. why?
    three years ago, the paper has lots of advert than news,

    Reply
  • 8. sd  |  May 27, 2012 at 7:26 pm

    hi Helen, takkan ko tak tahu… Thestar tu memang milik MCA, tapi tetap sokong DAP… kenapa? pasal bos MCA buat tak tahu je…. sebab lagi mudah orang cina nak dapat kuasa..

    Reply
  • 9. Susu Beruk Di Hutan  |  May 27, 2012 at 8:53 pm

    I used to read the star daily from cover to cover. But when I realised its real agenda about 4 yrs ago, I promptly threw it into the longkang. You know, Malays are very sincere and accomodating. Please do not take advantage of these to accomplish your “agenda” in Malaysia. Its just not on!

    Reply
  • 10. salhas  |  May 27, 2012 at 9:24 pm

    The Star is in a love triangle, the DAP being the third party but getting more of the honey, not unlike a certain prominent political leader’s alleged affair with the wife of his side-kick.

    Reply
  • 11. salhas  |  May 28, 2012 at 12:31 am

    Jangan bongkak. Ko hina orang dengan penyapu, Tuhan balas cash dengan penjara.

    Reply
  • 12. kiasu  |  May 28, 2012 at 1:37 am

    I subscribe to both Utusan Malaysia and The Star.

    It is very obvious that The Star is now DAP’s mainstream propaganda’s tool. Reading yesterday’s Sunday Star alone, one would clearly define how The Star discreetly publish news to fish Malay, Chinese and Indian votes for DAP and discredit UMNO.

    Yes, Utusan Malaysia gives more coverage for MCA than The Star. Either MCA leadership is plain stupid, which I doubt is the case, or a party to DAP’s agenda.

    I believe MCA will be white-washed in GE13 unless they contest one on one against DAP in all Chinese majority seats where some seats may be retained by MCA as contingency.

    Reply
  • 13. Ahmad Ibrahim  |  May 28, 2012 at 9:44 am

    Too late for The MCA to do anything now. The GE is too near. Too late to cleanse the party of saboteurs and parasites. The MCA should have cleaned house 4 years ago but it didn’t do anything when it was supposed to.

    The Star is a liability. So is 98.8fm and all the other media outlets owned by The MCA. They should have gotten rid of them when they weren’t performing their role as party organs.

    Way, way too late for The MCA now. The party could still survive, but with only limited seats after The GE13.

    Ironically, people still failed to see that even, in the event that BN wins The GE13, the Anglophiles could still emerge triumphant. Look at the bigwigs in BN. A significant number of them are Anglophiles.

    Herein lies the irony I mentioned. You tossed out those violent and vicious Anglophiles of the other side and replaced them with the old school Anglophiles that have ruled Malaysia for the past 5 decades and you think you have gotten rid of them. Know why ?

    Because the Anglophiles of the BN are much more subtle and they don’t drive their agenda as openly as those Anglophiles from the other side. So you don’t know who is Anglophile and who is not.

    Reply
  • 14. wak  |  May 28, 2012 at 10:14 am

    Coming saturday , STAR Biz doing a Q & A with PKNS, “the state SEDC co. that made millions of profit” as they say,
    Why PKNS and not JCorp or Perak or Pahang SEDC.
    Has the STAR totally gone to the other side???
    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    Chinese business & advertisers willing to be openly pro-DAP nowadays. $tar puts profit motive above all else. Trend in Chinese-language media also Kim-positive. Nanti saya blog. — Helen

    Reply
    • 15. Ahmad Ibrahim  |  May 28, 2012 at 10:30 am

      The Star didn’t go to the other side wak. It was and still is the other side. After I posted so many comments some people still think that The Star is pro-opposition. The Star is not pro-opposition. IT IS THE OPPOSITION !

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,918,477 hits

Kalender

May 2012
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 342 other followers

%d bloggers like this: