Siapa lebih korup, Umno atau MCA?

June 19, 2012 at 10:33 pm 20 comments

Ekoran bekas Penolong Gabenor Bank Negara menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan atas kewangan Anwar Ibrahim, topik rasuah menjadi perbincangan hangat semasa.

Namun istilah ‘rasuah’ tidaklah terhad hanya kepada perkara seperti dakwaan kewujudan 20 akaun induk Anwar yang keseluruhannya dikhabarkan bernilai lebih RM3 bilion.

Rasuah boleh juga membabitkan salah guna kuasa.

Sebelum ini Anwar dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara oleh hakim Augustine Paul atas kesalahan merasuah.

Mahkamah Tinggi telah memutuskan Anwar sebagai seorang politikus yang korup apabila didapati menyalahguna kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk mengarah polis supaya mengugut saksi-saksi.

Menurut singkapan AIDCNews, kes mahkamah Anwar – yang mula dibicarakan pada 2 Nov 1998 dan tamat 14 April 1999 – bersabit perbuatan rasuah.

Anwar telah memberi perintah kepada pengarah Cawangan Khas PDRM dan timbalan pengarah Cawangan Khas 2 untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada mangsa bagi menarik balik tuduhan.

Selain dipaksa menafikan kejadian, Azizan Abu Bakar juga didesak membuat kenyataan bahawa beliau tidak diliwat Anwar.

Tuduhan-tuduhan lain di mahkamah terhadap Anwar yang melibatkan elemen rasuah termasuk percubaan untuk memperolehi pengakuan bertulis yang palsu daripada Ummi Hafilda Ali secara paksa melalui polis. Ini dilakukan dengan tujuan melindungi diri timbalan perdana menteri itu.

Anwar telah tewas dalam semua peringkat proses pengadilan iaitu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Anwar gagal juga di Mahkamah Persekutuan pada September 2004, mengikut kata seorang pengamal undang-undang (YouTube sini).

Jenayah rasuah didefinisikan sebagai bukan pengumpulan harta semata-mata tetapi merangkumi penyalahgunaan kuasa.

Sewaktu itu, Anwar adalah orang Umno tetapi dia telah dibawa ke muka pengadilan.

Menteri MCA dituduh merasuah

Bagaimana pula dengan MCA?

Mari kita lihat tuduhan penyalahgunaan kuasa oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong.

Lee Chee Leong tersengih apabila tengok peta Sabah

Ia suatu tuduhan yang amat berat dibuat oleh Adun Subang Jaya Hannah Yeoh.

Pada 16 April 2012, Hannah telah memblog ‘MCA’s recruitment drive for phantom voters?

Hannah mendakwa kegiatan Lee Chee Leong “has confirmed our suspicion all along that Barisan Nasional (‘BN’) was turning to foreigners for votes after losing support amongst Malaysians”. — dihuruf-tebalkan oleh blogger ini

Secara terperinci, tuduhan Hannah berbunyi:

“Time and time again we see BN misusing the government machinery for campaign and political gains. This is another clear example of the Home Ministry campaigning hand in hand with MCA for an exercise as important as granting permanent residency and citizenship to foreigners.”

– dihuruf-tebalkan oleh blogger ini

“Misuse” itu bermaksud salahguna jentera kerajaan. Ianya tidak banyak berbeza dengan Anwar menyalahgunakan prosedur Cawangan Khas.

Seterusnya politikus DAP itu mencabar supaya parti pemerintah menjelaskan tindakan hina mereka — “MCA must explain this despicable act.”

Kenyataan akhbar tersebar luas

Gambar 15 April 2012

Menjurus dari posting blog yang disebutkan tadi, Hannah juga mengeluarkan sebuah kenyataan akhbar satu minggu kemudian pada 22 April 2012.

Sekali lagi bintang DAP itu mengutarakan tuduhan: “the Deputy Home Minister was soliciting for foreigners and permanent residents at a MCA program”.

Secara khususnya, Hannah mendakwa: “This is a genuine matter of national security which warrants investigation.”

“The Home Ministry worked hand in glove with MCA here, so who in their right mind will not equate this as a vote-buying exercise? How is it that a political party can play a role in something as critical as obtaining citizenship?” — dihuruf-tebalkan oleh blogger ini

Tunjang kepada pengolahan Hannah Yeoh ialah dakwaan bahawa “the country is being sold to foreigners for the sake of winning elections”.

Ini memang tuduhan yang amat berat sekali: “Membeli undi” ialah satu bentuk rasuah. Lebih-lebih lagi, seorang timbalan menteri di Kementerian Dalam Negeri dibayangkan telah “menjual negara”.

Bukan Lee Chee Leong seorang-seorang beserta partinya sahaja yang dibabitkan Hannah dengan salahlaku malah sekandang kerbau terpalit lumpur.

Dakwa Hannah:

“… from this latest desperate act by MCA and the Home Ministry, we hear loud and clear the message that BN is sending that they are turning to foreigners for votes and discounting Malaysians’.” (huruf tebal oleh Hannah Yeoh)

Sambungnya lagi:

“I along with the people of Malaysia hold MCA and the Home Ministry accountable for this travesty of injustice which has been inflicted upon the good people of this country.”

Hannah mendakwa Kementerian Dalam Negeri telah melakukan “injustice” (ketidakadilan) terhadap rakyat.

Nila setitik, rosak susu sebelanga

Oleh kerana tuduhan Hannah Yeoh amat berat sekali, maka MCA Kelana Jaya telah membuat suatu laporan polis terhadapnya.

Pada 15 April 2012, Hannah telah mentweet:

“Just received call fr ss19 flats, was told MCA doing program there registering foreigners for permanent residency. 1Malaysia!”

Hannah mentweet balas kepada BN Subang Jaya dengan berkata dia sedang mendapatkan bukti.

Pada keesokan hari, Hannah mentweet:

“Have a look at what MCA is doing in Subang Jaya. Deputy Home Minister meeting foreigners in SS19. Please retweet.”

Asakan Hannah terhadap MCA diteruskan secara bertubi-tubi.

Pada April 18:

“MCA failed to answer why Dep Home Minister & Immigration would do a roadshow with MCA. Isn’t this misusing govt machinery for political gain?”

Pada April 21:

“Investigation ended. Police was professional. I asked what’s my offence? Was told MCA Ong Chong Swen’s team lodged report that I ‘fitnah’ MCA.”

MCA menjatuhkan nama BN

Kesian Umno terpaksa memikul MCA yang umpama seekor biawak hidup.

MCA mahukan orang mereka dilantik sebagai senator supaya boleh masuk kabinet melalui pintu belakang. Dan MCA masih lagi beriya-iya hendak menyandang jawatan menteri dan timbalan menteri.

Akan tetapi apa sumbangan yang diberikan oleh MCA kepada kempen pilihanraya BN?

Dalam hal ini, ada di kalangan orang kanan kerajaan yang menjangka bahawa penyokong pembangkang akan menolak keputusan PRU akan datang sekiranya ia memihak kepada BN atas alasan pilihanraya kotor.

Hannah Yeoh membayangkan melalui blog, Twitter dan kenyataan akhbarnya bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri memupuk pengundi hantu demi niat memenangkan BN.

Dakwaan ini berupa peluru kepada pro-pembangkang dalam propaganda mereka bahawa BN kuat menipu.

Dalam pada itu, jentera propaganda Pakatan seperti Selangor Times, Selangorkini, Media Selangorku dan Selangor TV giat menanam syak wasangka terhadap proses pemilihan negara.

Ditambah pula dengan sikap berpeluk tubuh akhbar milik MCA yang jelas-jelas enggan menangani dakyah terhadap parti pemerintah.

Bukan sahaja Lee Chee Leong membebankan Umno malah parti-parti lain BN pun tidak boleh bergantung harapan kepada perkasas MCA yang bersifat gunting dalam lipatan itu.

Berkaitan:

Menteri yang tercemar ini akan memudaratkan kempen Najib

Kenapa menteri ini belum lagi membersihkan namanya?

Inilah caranya Si Gunting memotong dalam lipatan

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , , .

Johor dilanggar todak DAP loves you, brother Chandra

20 Comments Add your own

  • 1. Joe  |  June 19, 2012 at 11:06 pm

    Speaking of “misusing govt machinery for political gain”, are we allowed to use MBPJ and Penang Institute as case studies? How about Yayasan Selangor, or does that not count as “govt machinery”?
    ____________________________________________________________________________________________________________________

    How could you forget MPPP and MPSJ? — Helen

    Reply
    • 2. Ahmad Ibrahim  |  June 20, 2012 at 10:10 am

      Franklin D Roosevelt’s Secretary of State Sumner Welles once said “Somoza’s a bastard, but Roosevelt replied that “Yes but he’s our bastard. So that sums up the status of Yayasan Selangor and Penang Institute for Pakatan Rakyat.

      Reply
  • 3. John  |  June 19, 2012 at 11:36 pm

    Makin bulat muka Hannah tu ye.. “Cukup MAKAN lah tu”?

    Reply
    • 4. Helen Ang  |  June 19, 2012 at 11:41 pm

      Yeopies pasti membidas ianya penglihatan John yang tak betul ,)

      Reply
      • 5. Rempahman  |  June 20, 2012 at 8:47 am

        Tolong la Helen, lain kali jangan lagi letak “potrait” ala2 Hannah Lisa lagi, pgi2 buka blog Helen ternampak muka basi ni, hilang mood terus la…kalau jelita menawan mcm Helen ok la gak…

        Reply
      • 6. Manon  |  June 20, 2012 at 9:18 am

        She looks old and haggard. Probably too much politicking and spinning to defend her seat. Subang Jaya residents should take this opportunity to seek her approvals cos she is in her ‘best mood’. Wonder whether she has time to be a mother?

        Reply
      • 7. Ahmad Ibrahim  |  June 20, 2012 at 9:54 am

        Saudari Helen, gambar Hasnah Yeop tu dah basi, kenapa saudari masih guna gambar tu ? Lagipun, Hasnah Yeop tu bukannya lawa sangat. Kalau saudari Helen nak letak gambar, lebih baik saudari guna gambar Nuruh Izzah. Walaupun Nurul Izzah tu bukannya lawa sangat tapi setidak2nya Nurul Izzah tu jauh lebih elok dari Hasnah Yeop tu yang sudah terbukti sudah lapuk. Gambar2 artis2 barat yang saudari pos kat sini pun nampak lebih elok dari muka lapuk Hasnah Yeop tu.

        Reply
      • 8. John  |  June 20, 2012 at 10:19 am

        Kalau dia nak bertanding semula saya rasa ada dua gambar yang bakal digunakan:

        1) Gambar lama semasa bertanding pilihanraya 2008

        atau

        2) GAMBARNYA BERTUDUNG

        Reply
  • 9. Darlyn Azlinda  |  June 20, 2012 at 8:52 am

    Apa boleh buat, bukan sebab MCA berpaling tadah. Tapi ada ahli MCA yang jadi gunting dalam lipatan. Apabila kerajaan bagi peruntukan macam2, mereka jadi MCA, bila rasa nak malalak, mereka bertukar jadi DAPsters. Tengoklah sewaktu himpunan hijau anti Lynas. Itu yang saya nampak. Yang saya tak nampak saya tak tahu. Just saying.

    p/s: Mama saya umur 47 and my nenek saya 68. Tapi leher mereka tidak berlipat2 seperti wanita dalam gambar itu. Berapa umur dia? Lebih baik dia jaga kesihatan dia daripada jaga tepi kain orang.

    Reply
    • 10. Ahmad Ibrahim  |  June 20, 2012 at 10:03 am

      Bukan itu saja Darlyn. Tengok kat The Malay Mail. Kat sana tu pun ada sepoy2 DAP/Pakatan.

      Terence Fernandez, KJ John, Frankie D’Cruz, semua tu sepoy2 DAP/Pakatan. Kan The Malay Mail tu milik The News Straits Times Press. Musuh2 dalam selimut tapi orang2 kat NST Press tu masih tak sedar lagi. Atau memang dah lama tahu, cuma buat tak tahu saja ?

      Dah jadi The Star ke2 ke ? Media Prima kan UMNO linked entity tapi tengok apa dah jadi ?

      __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

      MM ditukar milik kepada Redberry Group dalam 2009. — Helen

      Reply
      • 11. Ahmad Ibrahim  |  June 20, 2012 at 10:16 am

        Thanks for the updated info Helen.

        Reply
  • 12. mnizzam  |  June 20, 2012 at 8:58 am

    Sis Helen saya tertawa sendiri bila melihat gambar HY tertera sekali “Gambar 15 Apr 2012″ …heee

    Reply
    • 13. Helen Ang  |  June 20, 2012 at 9:04 am

      Terpaksa letak tarikh sebagai pre-emptive measure sebab ramai Godfathers dan Yeopies cenderong untuk memfitnah. Nanti diorang kata pula saya yang lekatkan lipat-lipat itu pada lehernya.

      Reply
      • 14. Manon  |  June 20, 2012 at 9:20 am

        Satu contoh terbaek macam mana rupa sesaorang yang menjadi ‘gunting dalam lipatan’ – HY dengan gaya lipatan leher nya. Hehe
        _________________________________________________________________________________________________________________________________________________

        Nih ROTFL! — Helen

        Reply
        • 15. Helen Ang  |  June 20, 2012 at 9:39 am

          Sebagai pre-emptive measure, takut-takut Godfathers sekali lagi memfitnah dengan dakwaan gambar “distorted”, disenaraikan juga pautan-pautan gambar HY di suratkhabar online dan portal-portal berita pro-pembangkang untuk bandingan:

          Leher berlipat kelihatan juga di

          null

          (gambar NST)

          Ogos 2010 — gambar sebelum HY mengandung tapi nampak tembam juga

          Reply
          • 16. Helen Ang  |  June 20, 2012 at 9:41 am

            Ooops, sorry, I can’t control size of photo as imported from NST link.

            Reply
  • 17. Ahmad Ibrahim  |  June 20, 2012 at 10:25 am

    One more thing Helen. Who’s behind this Redberry group ?
    ___________________________________________________________________________________________________________________________________________

    Crony of Umno No.1 (?) — Helen

    Reply
  • 18. OverseasBumi  |  June 20, 2012 at 10:55 pm

    Go to http://www.sprm.gov.my/

    MACC publishes a list of ‘corruption offenders’.

    Based on my count about 30% have chinese names, 55% malay names , 11% indian and 4 percent foreign (vietnamese or pakistani, i think).

    Compare these values with the ratio of races based on latest census data. According to wiki, in 2010:

    The Malays comprised 60.3%, Chinese 22.9%, and the Indians 7.1% of the total population..

    So who’s the most corrupt in terms of proportion?

    Reply
    • 19. Helen Ang  |  June 20, 2012 at 11:52 pm

      According to the 2010 census (taken every 10 years whereas the figures for the years in between are projections), the ethnic breakdown is Malay 54.6%, Chinese 24.6% and Indian 7.3%. The Malay percentage is separated from other bumiputera.

      Again, some figures differentiate between residents and citizens. Like Sabah has a huge number of residents who are not citizens.

      I wouldn’t make too much of the Chinese slight over-representation in the MACC gallery. Remember the percentage of Indian editors at The Star? Now that was hugely over-proportioned.

      Read this, http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/50113-the-silent-racist

      and then this, paying particular attention to the reader comments (which has a bearing on Raja Petra’s point)

      plus http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

      Join the dots to get a bigger picture.

      Reply
    • 20. OverseasBumi  |  June 21, 2012 at 12:23 am

      I was being facetious. There is nothing scientific about the comparison i made. In fact, it’s quite specious and misleading.

      Money politics is the worse type of politics — much, much worse than racial politics. Our politics will slowly devolve into politics like the US, where the supreme court declared campaign money is considered ‘free speech’.

      Perhaps the powers-that-be want to transition to ‘money politics’ rather than ‘racial politics’ because the truth can be hidden readily and the minority would win. Of course, Chinese people would be big winners, but the elite Malays and elite Indians would also win.

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,717,328 hits

Kalender

June 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: