Ada Melayu yang mahu menyertai DAP?

Julai 14, 2012 at 9:31 am 9 comments

Sakmongkol AK47 berkata kelmarin, “When I was in Umno, my Malay credentials were taken for granted and never disputed. Now when I join the DAP, my Malayness is disputed.”

Datuk Sak menulis bahawa puak ultra Umno berbohong besar apabila mendakwa orang Melayu yang berada di luar parti itu tidak dianggap sebagai Melayu.

(Kalendar: Jadual rencana-rencana Sak yang diterbitkan di The Malaysian Insider bulan ini)

Tambah Sak lagi dalam rencananya bertajuk ‘Mahathirism is alive and kicking!‘ yang turut disiarkan oleh blog Lim Kit Siang:

“No Malay ceases to be one when he abandons Umno. One’s Malayness resides in the person not in Umno.

“Umno need not be so arrogant. The Malay is the person not a political party.”

Melayu dimuliakan DAP

Seseorang Melayu yang menyertai DAP akan memperolehi faedah:

(1) Buang dosa

Dulu sewaktu dia bersama Umno, dia dianggap jahat. Namun pilihan untuk kini bersama DAP adalah petanda dia sanggup bertaubat.

Justeru itu selepas bermandi safar dengan DAP, maka boleh diertikan bahawa diri Melayu itu sekarang sudah suci.

Orang Melayu Umno dipandang DAPsters sebagai “rasis”, “barua”, “pencuri/perompak“, dsb. Penyertaan seseorang Melayu dalam DAP akan membolehkan individu terbabit memperbaiki diri. Sikap rasisme serta tabiat suka mencurinya akan terus hilang.

Melayu yang masuk DAP mestilah orang yang bersih dan bijaksana … mahupun bekas ahli Umno atau Adun BN.

(2) Naik prestasi

Seseorang Melayu itu mungkin tidak layak dicalonkan Umno untuk bertanding PRU.

Nescaya dia mengalih untuk berpayung di bawah sepanduk DAP, dia diberi jaminan kerusi.

Kalau sebelum ini mengikut hierarki Umno seseorang Melayu itu hanya berada pada takuk wakil rakyat tahap negeri, dalam DAP pula dia dijulang sebagai Menteri Besar harapan.

Perkara ini dimungkinkan kerana DAP menggunakan alat Integrity Meter ciptaan Haris Ibrahim untuk mengesahkan ahli DAP berbangsa Melayu itu penuh berwibawa.

Umno parti kolot tidak menempah beribu-ribu unit Integrity Meter bagi tujuan menapis bakal calon kerana para pemimpin Umno lulusan ITM tidak ‘tech savvy’ untuk cukup mahir menggunakan alat canggih ini.

(3) Penulis pujaan mashyur

Seorang blogger Melayu yang mengibarkan panji-panji DAP akan diraikan sebagai pendita selebriti.

The Malaysian Insider (TMI) akan menerbitkan tulisannya 3-5 kali seminggu.

Baca juga ‘Pertunjukan pentas Ariff & Aspan

Walaupun Melayu Baru DAP siang malam mengutuk Umno, si DAPster-DAPster semua tidak akan mempertikaikan, “How much did DAP pay you to write this?”

Dan walaupun TMI sering memberi ruang kepada Melayu Baru DAP untuk menghentam parti lama mereka Umno secara bertalu-talu, tidakpun terlintas di benak fikiran si DAPster-DAPster semua untuk bertanya siapakah yang membiayai portal tersebut.

Tak tahan duduk lama

Pada minggu lepas, Tunku Aziz Ibrahim mengenang kembali saat perpisahannya dengan DAP dalam sebuah rencana NST bertajuk ‘A dramatic departure from politics’.

Selain Tunku Aziz berkata beliau kurang selesa dengan orang kanan parti, mantan naib pengerusi DAP itu juga menggambarkan ketidakserasiannya dengan kelompok “political animals” Kim Guan Eng.

Tunku Aziz telah keluar parti atas alasan “irreconcilable differences of personal values”.

Beliau membawa haluan sendiri kerana:

“Taking a break from the politics of blame and hate was undoubtedly the best decision I ever made. I realised within two months of becoming a card-carrying party member that I had thrown in my lot with the wrong crowd.”‘

Tambahnya lagi:

“Small cracks started to appear early and to me it would not be long before things came to a head. And when they did on that fateful evening of April* (sic) on ntv7, I felt a sense of blessed relief. I found myself released at last from the tyranny of DAP’s unfettered hypocrisy.”

Beliau diwawancara ntv7 pada *Mei 14.

Satu laporan Star 20 Nov 2011, ‘An uphill battle ahead for DAP‘ telah mengupas, “The moderate in Tunku Aziz is quite uncomfortable with the way the party blames the Barisan for everything”.

Meskipun sudah timbul ura-ura sejak penghujung tahun lepas bahawa peranan yang mampu dimainkan Tunku Aziz dalam DAP sebenarnya adalah terhad serta penulis Star Joceline Tan telah nampak retak dalam hubungan naib pengerusi itu dengan partinya dari awal-awal lagi, namun si DAPster-DAPster mesti terhantuk baru tengadah.

Open letter to Anas Zubedy — The Malaysian Insider

Saya rasa Anas Zubedy cukup pandai untuk menelah apa yang patut.

Anas pernah ditegur oleh The Malaysian Insider (TMI) yang menganggap beliau sebagai mengamalkan sejenis cauvinisme halus yang dikaburi jalan bahasa yang kelihatan moderat. Disalin tampal (bawah) beberapa perenggan surat terbuka TMI pada 24 Jun 2011.

Pengarang TMI menghuraikan pendirian portalnya dengan berkata:

<QUOTE>

“The Malaysian Insider is impartial but we find it strange that while you profess to be the same, your views suggest that the DAP, and by extension non-Malays we would presume, should be grateful [for the 1957 concordat].  … Malaysia must look forward and in looking forward the country must not perpetuate such a position. We are all Malaysians.”

.
Sambung TMI:

“On the topic of being Malaysian, we would also like to cite your suggestion to the DAP to get to know the Malays. And crucially to say sorry to the Malays.

“We do not speak on behalf of the DAP which, like any political party in the country, has its faults. But let us cite what you wrote to illustrate what we mean by chauvinism.

“To quote your letter … (klik 2x untuk baca screeenshot)

“Your views are an insult to Malaysians and perpetuate the zero-sum game which is still being played out by different communities. … let’s stop thinking of ourselves merely as Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans, etc.”

<UNQUOTE>

Macam mana Melayu jenis DAP?

Pada 12 Mac 2008 , Haris Ibrahim – yang pernah menyebut bahawa dia menyanjung tinggi (“have the highest regard for”) setiausaha agung DAP – telah memblog, “Lim Guan Eng, in my book, is not a Chinese Menteri Besar. He is anak Bangsa Malaysia”.

Tahniah!

Haris Ibrahim dengan jayanya menabalkan Lim Guan Eng sebagai anak Bangsa Malaysia.

Haris juga mengaku:

“From the time I was in secondary school until about 2 years ago, if ever I was to join a political party, it would have been the Democratic Action Party. Yes, the DAP. Guan Eng well knows this.”

Alasan Haris ialah “These parties (DAP, PSM, PRM) are … non-race based”.

Dengan itu, untuk kajian kita seterusnya ke atas kerangka pemikiran seorang Melayu ala DAP, harus diteliti ajaran falsafah SABM Haris Ibrahim.

Berkaitan:

Umno is not amused”

About these ads

Entry filed under: Anak Malaysia. Tags: , , , , .

“Umno is not amused” Hannah Yeoh’s connection with City Harvest Church / Reverend’s bogus PhD?

9 Komen Add your own

  • 1. Goondoo  |  Julai 14, 2012 at 11:27 am

    Nak masuk DAP? .. orang Melayu kata.. simpang Malaikat 44, hidup mati balik pun tak mungkin…

    kalau ada pun mungkin segelintir kecil., sekecil jumlah orang Melayu yang tukar agama. kena kaji sebab musabab mereka ni masuk DAP..mungkin ada yang terpesona dengan perjuangan DAP dan mungkin ada yang ‘frust’ dengan perjuangan parti Melayu.dan mungkin ada yang cari peluang –opportunistic

    Melihat pada the so called “Towering Malays’ yang masuk DAP, hanya Tunku Aziz yang masuk kerana tertarik dengan perjuangan DAP. Tunku Aziz ada ‘ credential’ kerana dia mengetuai Transparency International dan dia telah keluar DAP kerana rasa tertipu dengan retorik DAP.

    Dua orang lagi “Towering Malays”.. Sang Mongkol saya rasa dalam kategori kedua dan si Aspan pula saya rasa dalam kategori ketiga. Saya rasa begitu melihatkan hasil tulisan dalam blog. Bagi saya biarkanlah orang tua ni merajuk. Satu hari bila dah sejuk nanti barulah mereka sedar.

    Saya tak pernah pulak dengar Tunku Aziz mengutuk UMNO ataupun mengutuk pemimpin UMNO. Tapi kedua “Towering Malays” hebat dengan penulisan membongkar segala apa yang tidak difikir betul dalam UMNO seolah-olah tiada apa yang UMNO buat yang betul. Di blog Aspan, kadang-kala di spin untuk membuat pembaca rasa benci pada UMNO dan pemimpin UMNO. Hebat.. Bagi saya, saya ambil macam ‘ a pinch of salt’ saja kerana kedua-dua orang ni pernah dapat ‘benefits’ bila dalam UMNO dulu. Tak elok gigit tangan mereka yang memberi mereka makan dulu.

    Orang melayu yang seperti Tunku Aziz berhenti dari DAP setelah mendapati perjuangan perti DAP retorik saja. Masih ingat lagi , salah seorang pengasas PAP, seorang melayu arwah Datuk Samad Said. Beliau diharamkan masuk Singapura oleh rakan PAP seperjuangan sendiri. Bila kuasa dah ditangan, macam macam boleh berlaku.

    Begitulah juga, Kalaulah DAP dah berkuasa nanti apalah pulak nasib orang Melayu. Kat Singapura, Pulau Pinang dan di Perak pun dah ditunjukkan perangai DAP bila dah dapat kuasa. Nak ke orang Melayu pilh DAP dan nakke orang Melayu masuk DAP. Simpang malaikat 44..

    Balas
    • 2. jazzjpj  |  Julai 14, 2012 at 5:28 pm

      Tan Sri Samad Ismail…

      Balas
  • 3. Paneh Miang  |  Julai 14, 2012 at 12:21 pm

    Eloklah engkau kangkang luas-luas, tak ada orang nak tengok. Lagi busuk dari kerang busuk.

    Balas
    • 4. Joe  |  Julai 14, 2012 at 4:42 pm

      Paneh Miang punya description of orang Melayu masuk DAP is so brutal… LOL

      Balas
  • 5. Zack  |  Julai 14, 2012 at 1:45 pm

    Gondoo,

    Sang Mongkol & aspan are towering malays? Are you kidding? never heard this aspan fellow. Maybe some of Pro-opposition know berkiblatkan dia… tak menjadi kudis..

    Sang Mongkol? nasihatkan dia utk perbetulkan kaum keluarga sebelum nak buat fardu kifayah… lately sekali imbas blog sangmongkol makin teruk bahasanya. Papagomo pun tak boleh lawan.. semuanya tak betul. Dia & DAP sahaja yg maksum..

    memang betul la kata helen.. bila banyak dosa, tak payah bertaubat nasuha. Terus masuk DAP. terus clear. Nak masuk PAS tak berapa sanggup. Takut disuruh lead majlis tahalil takut terkedu…

    Balas
    • 6. Joe  |  Julai 14, 2012 at 4:44 pm

      Siapa kena reject dari masuk PAS akan mengadu pada DAP… kalau pergi ke PKR nanti kena sedekah bontot pulak…

      Balas
  • 7. shamshul anuar  |  Julai 14, 2012 at 4:10 pm

    Helen,

    Orang Melayu yang masuk DAP selalunya dari jenis kecewa. Kecewa tak lagi dipilih jadi calon UMNO, kecewa tak dapat kontrak yang seperti diharapkan, kecewa kerana enggan terima hakikat mereka sudah tua dan zaman sudah berlalu.

    Menertai UMNO memberi warna “berbilang bangsa” pada wajah DAP. Walaupun semua orang tahu DAP hanyalah “LIM DYNASTY”.

    JIka ada yang dilantik jadi Pengerusi, ianya hanyalah seperti jurucakap saja. Keputusan sudah dibuat oleh LIM DYNASTY.

    Balas
  • 8. azhar  |  Julai 14, 2012 at 4:57 pm

    hai helen

    kalau nak masuk Dap secara individu rasa baik tak payah tapi kalau secara beramai ramai mungkin boleh difikirkan.

    tentu semua pemimpin DAP akan panic dan fikirkan supaya ini jangan berlakukan.

    Balas
  • 9. forrestcat  |  Julai 14, 2012 at 6:08 pm

    I read sakmong ex wife blog mamamia mamasita who is not shy of sharing his ex past life in umno.. guess what… sak is rich thanks to timber concession and road building project and all of his children received some sort of glc scholarship.. his daughter is in the uk and his son is at kolej yayasan UEM heading for a western university..

    i wonder..maybe sak coveted a minustership coz he thinks he is anglophile than other malays and had the audacity to declare himself a hybrid thai malay which he think absolve him from the inferior qualities of typical malays in umno n malaysia hence u see a skinny thai, muay thai fighter in his blog but in reality sak is a big fat cat with a gilly mistress to boot who drives around kl in a suzuki swift bought with timber concession money..

    yup..this is the kind of malays joining dap

    Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


They’re always calling Utusan the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'LKS Mentality : Oppose without solution' in Sarah's blog

Congratulations!

Alizul is a blog millionaire

'10 things that went missing without a trace' in Alizul's blog

'Repeal Article 11 Clause 4?' in Oik's blog

'The postman' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,738,363 hits

Kalender

Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 304 other followers

%d bloggers like this: