Langkah mayat Karpal dulu, boleh

July 31, 2012 at 3:35 pm 22 comments

“Karpal konsisten tolak hudud krn kekufurannya. Malah siapa jua yg tolak hukum Allah ini kufur. PAS terus istiqamah dgn perjuangan Islamnya” — begitulah bunyi tweet Nasrudin Hassan @Tantawi100 pada 29 Julai.

Sambung Ketua Dewan Pemuda PAS itu lagi:

“Hasrat laksana hukum Allah adlh tanda iman dihati sbgmana yg menolak hukum Allah krn hati mrk kufur. Cari redha Allah biar sejuta menentang.”

Dalam DAP, tiada pemimpin kanan yang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud kecuali Karpal Singh seorang-seorang, kata MCA dan presidennya Chua Soi Lek.

‘Allah mengarahkan PAS ke Putrajaya’

YouTube di bawah adalah rakaman ucapan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS di Stadium Darul Aman, Kedah pada awal bulan lepas.

Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz memberi saranan kepada gerakan Himpunan Hijau tentang tujuan satu, yakni perjuangan suci merampas Putrajaya.

Transkrip:

“Di dunia ini tidak ada suatu perjuangan yang lebih suci daripada perjuangan orang-orang PAS, penyokong dan pejuang PAS, menuju Putrajaya … kerana Allah mengarahkan kita ke Putrajaya. Allah mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita.” …

“Allah taala telah memilih kita untuk menjadi pejuang-pejuang Islam di jalan Allah.” …

“Baju hijau. Hati hijau dan insyaallah kita hamparkan laluan ke Putajaya dengan permaidani berwarna hijau dan walaupun bertukar merah dengan darah sekalipun hijau akan tetap ke Putrajaya, insyallah.”

Media Umno Online melaporkan pensyarah kanan Fakulti Pengajian Islam UKM, Ustaz Dr Fadlan Othman “berpendapat bahawa Nik Abduh dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan ketika mengeluarkan kenyataan tersebut di hadapan pengikut-pengikut PAS”.

Kenyataan Nik Abduh yang dirujuk Fadlan ialah berkenaan Umno diibaratkan “musuh Allah”. Umno sebagai pemegang tampuk kuasa juga dibayangkan sebagai kelompok pemuja yang menyembah syaitan.

Kalau orang Umno yang Muslim boleh dianggap penyembah syaitan, apakan si kafir dalam DAP?

Jawapannya mudah.

Puak evangelis DAP yang bersekongkol dengan golongan ulama PAS dipandang lebih mulia dan lebih soleh berbanding muslimin dan muslimat ahli parti syaitan Umno.

Hanya Karpal digelar “kufur” kerana menentang hudud. Evangelistas DAP yang tidak menentang hudud boleh bergelar al-Amin.

Tidur sebantal, berkongsi mimpi

Rencana FMT – Karpal to PAS: Don’t spoil march to Putrajaya- melaporkan tentang pengerusi DAP tersebut membidas tindakan sesetengah pemimpin PAS yang tidak mempunyai semangat setiakawan.

Karpal dipetik portal itu sebagai berkata Nasrudin dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya cenderong untuk membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah berhubung pendirian PAS terhadap negara Islam. Ini akan menghindar kemaraan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya.

Namun bantahan Karpal tidak diendah oleh partinya sendiri DAP.

Beberapa hari lepas (26 Julai), Teresa Kok memblog tajuk, ‘PR is marching toward Putrajaya!’ yang menyebut tentang sambutan hebat yang diberikan kepadanya di acara ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ anjuran PAS.

Teresa telah memberi ucapan kepada kira-kira 30,000 orang penyokong Pakatan yang menghadiri rapat umum di Stadium Kuala Selangor.

Teresa Kok bersama pemimpin PAS di stadium pada 15 Julai 2012

“We will take Putrajaya”

Rakan evangelis Teresa, iaitu Hannah Yeoh juga sempat mentweet:

These are BN’s last days. They can’t compete with us on competence. BN knows we will retain Sgor n take Putrajaya.”

Cara percakapan DAP Subang Jaya (lihat tweet, bawah) tidak ada banyak beza dengan pertuturan Ustaz Nik Abduh dan Ustaz Nasrudin. Kedua-dua pihak merasakan diri mereka pejuang Islam/Kristian sejati yang terpilih untuk mengibarkan panji-panji Allah/Yesu di muka bumi kita.

Masing-masing meletakkan politik agama di tengah-tengah gelanggang.

Maka tidak hairanlah evangelistas DAP kelihatan selamba sahaja serta sedia melepas tangan apabila Karpal ‘Kufur’ Singh yang berpegangan sekular itu terpaksa berdepan dengan ulama-ulama PAS.

Bagi golongan agama PAS dan DAP, Putrajaya memberi harapan Serambi Mekah dan New Jerusalem untuk mereka berkuasa mutlak dan memerintah ala pentadbiran teokrasi khalifah dan paus.

Berkaitan:

Hudud: Papa must smack Guan Eng on his long, long nose

Hudud: Karpal, don’t get mad, get even

About these ads

Entry filed under: Evangelis. Tags: , , , , , .

What does the ‘M’ in MCA stand for? Aiyoyo, irama ‘Janji Ditepati’ macam lagu gereja Indonesia? (kemaskini)

22 Comments Add your own

  • 1. faith  |  July 31, 2012 at 5:01 pm

    Salam Helen,

    Golongan2 ni lah merasakan mereka paling beriman sedangkan selayaknya mereka ni jadi tok2 siak di surau surau dan gereja.. lebih teruk lagi depa paksa orang lain terima kepercayaan depa.. group syok sendiri..

    Reply
  • 2. tired  |  July 31, 2012 at 6:38 pm

    saya amat tidak faham. pemimpin pakatan rakyat begitu yakin dan bersemangat mereka akan merampas putrajaya dalam pru13. ucapan mereka berdegar-degar, seperti yang dilaungkan oleh nik abduh dan hannah yeoh.

    tapi yang buat saya musykil bin hairan bin pelik bin ajaib ialah dalam pada masa yang sama, mereka kata pru13 tidak bersih dan adil. tuduh mereka, bn dan umno, dengan bantuan suruhanjaya pilihanraya, akan melakukan penipuan yang besar dalam pru13 bagi memastikan bn kekal berkuasa.

    pertanyaan saya ialah sekiranya mereka pasti pru13 tidak adil dan akan tercemar angkara bn, bagaimana mungkin mereka boleh menduduki putrajaya. pening, pening, kena telan panadol ni.

    Reply
    • 3. Ahmad Ibrahim  |  August 1, 2012 at 10:07 am

      inilah yang dikatakan sebagai contingency planning. dah tahu akan kalah dalam PRU13, tapi tetap dengan sifat/sikap syiok sendiri, dalam mimpi mereka, mereka akan menang, tapi realitinya adalah sebaliknya. bila dah tiba PRU13, lepas keputusan dah diumum, dah kalah, kalah teruk pulak, mereka pun mula tuduh BN main kotor.

      Reply
  • 4. Mat Din  |  July 31, 2012 at 7:13 pm

    aku tak langkah mayat. kalu jumpa mayat aku kebumikan dia saja.

    Reply
    • 5. Helen Ang  |  July 31, 2012 at 7:57 pm

      Bagi penganut agama Sikh, jasad si mati pada lazimnya di’bakar’ dan bukannya dikebumikan.

      http://www.allaboutsikhs.com/sikh-ceremonies/funeral-ceremonies-antam-sanskar

      Reply
      • 6. Sshsn  |  July 31, 2012 at 8:05 pm

        What is your stand on hudud? And oh yes you must be happy to have supporters like mat fin who display the average intellect of people who buy your rubbish.

        Reply
        • 7. Helen Ang  |  July 31, 2012 at 8:39 pm

          (1) Saya rasa anda sepatutnya mengajukan soalan kamu kepada politikus-politikus DAP yang gemar berkhutbah/menyampaikan tazkirah di masjid.

          (2) What does your keep coming back to “buy my rubbish” reflect on your intellect?

          Reply
      • 8. forrestcat  |  July 31, 2012 at 10:25 pm

        He does not wear turban….god save him if he ever enter the golden temple without a turban

        Reply
  • 10. forrestcat  |  July 31, 2012 at 10:33 pm

    I am amused.. as if this pas ayatollah can know what god wants.. all the Yeopies and ayatollahs are same… have same streak dementia.

    Pray why not a single Malay sultanate ever impose full scale hudud… not the Aceh.. not the Pasai kingdom.. not the Malaccans, the Brunei have hudud albeit a watered down version, yet the Malays and its Nusantara brethren can sweep the region into Islamic embrace without telling people to chop hands.. Islam has been a good guidance for the Malays, a source of spirituality and a code morality and complements the humble nature of Malay culture.. and here we have this delusional ayatollah from PAS calling other Malays enemy of Allah, crying blood-soaked shirt to tread on the way to Putrajaya.

    Reply
  • 11. norman fernandez  |  July 31, 2012 at 10:42 pm

    Helen,

    Greetings. Although I may not be a pemimpin kanan DAP according to your definition, as the DAP Johor Deputy State Chairman I have articulated my opposition to hudud in a multicultural and multireligious Malaysia. I have set out scenarious how injustice can occur to non moslems if hudud is implemented.

    Read my blogpost at http://www.normanfernandez.blogpost.com

    Reply
    • 12. Helen Ang  |  July 31, 2012 at 11:05 pm

      Hi Norman,

      I acknowledge that you’re both a senior enough leader and you’ve articulated objections to hudud.

      A SAVE DAP! campaign is perhaps required.

      (1) The Chairman needs reinforcements from the calvary.

      (2) Your party desperately needs a regime change, wink.

      (3) Pls don’t let ‘em (“them” … double wink) screw up Johor.

      Shalom

      Reply
    • 13. Ahmad Ibrahim  |  August 1, 2012 at 10:17 am

      If you still call yourself a defender of secularism, then quit the DAP. Your party is now a party of cultists, of phoneys, of frauds. Your party is beyond salvaging. Regime Change is not going to happen, even if it does, what’s left of your party ?

      Helen, as for screwing up Johor, Jimmy Chua is doing it for them, the cultists in the DAP are not going to get their “hands” dirty doing those kinds of things He He he !

      The Chairman needs reinforcement from the cavalry ? Where was the cavalry when he was called kufur ? Did the Father and Son team came to the Chairman’s rescue when he was called kufur ? Forget the cavalry. The cavalry exists to defend the cultists, the evangelists.

      Reply
  • 14. jazzjpj  |  July 31, 2012 at 11:20 pm

    cara mempengaruhi org yg paling berkesan ialah menerusi agama – ramai org sanggup mati demi agama. Sebab itu saya kira PAS sgt berjaya menghasilkan pengikut yg taat dan patuh (atas nama agama). Namun saya sangsi PAS berjuang utk agama menerusi politik atau berjuang utk politik menerusi agama. Firasat saya yg kedua….

    Reply
  • 15. Joe  |  July 31, 2012 at 11:43 pm

    Nasruddin Hassan Tantawi: cari redha pengundi biar sampai tergadai kitab…

    LOL!

    Reply
  • 16. salhas  |  August 1, 2012 at 1:22 am

    As PKR is out of place in PR, so is Karpal an anacrhronism in DAP. The reason Karpal is being tolerated by the avengalical DAPsters is because they need him to provide some pigmentation to the otherwise dull yellow-looking DAP rainbow. He’s just like an old circus lion, growling once in a while when the clowns force him to do a jig to entertain the crowd.

    Reply
    • 17. Ahmad Ibrahim  |  August 1, 2012 at 10:03 am

      in other words, Karpal is the furniture, i.e chairs etc in the Church, albeit old furniture.

      Reply
  • 18. shamshul anuar  |  August 1, 2012 at 8:45 am

    Forrescat,

    But sometimes I feel that there is no harm in chopping the hand of “peragut’ or “hanging” the rapist and abductors.

    The problem with PAS is that it wages war on any other party especially UMNO due to its insistence on hudud. Do not worry. PAS is not for hudud. Hudud is just a powerful tool for power.

    Who among Muslims would want to say they reject hudud. If PAS is sincere, it must engage Muslims and nun Muslim alike. I have yet to see the seriuos effort by PAS on hudud beyond casual mentioning in Ceramah.

    where is the blue print? Have any of PAS leaders ever convincingly tell how Hudud will be implemented?

    I am not against Quranic law. What I cant tolerate is PAS. Rejecting PAS does not mean rejecting islam.
    ____________________________________________________________________________________________________________________________________________

    The hudud legislation in K’tan & T’ganu are PAS’s blueprint. A renowned international Muslim scholar has made a study of the PAS enactments (see here). — Helen

    Reply
    • 19. shamshul anuar  |  August 1, 2012 at 11:04 pm

      Helen,

      if PAS is so sincere in wanting to implement Hudud, then it must earn the support of the Malay based party with the lion share of Malay votes. Instead, it goes on war with that party for as long as anyone can remember.

      Besides, looking at PAS leader’s “akhlak” i do not want to put my trust on them.

      Reply
  • 20. justdontbuythelies  |  August 1, 2012 at 10:14 am

    this mean karpal is no more in DAP, Karpal gone with the win only the avengelist is stay strong with win DAP=Damn Avengelist Party

    Reply
  • 21. pemuda_youth  |  August 1, 2012 at 5:28 pm

    i dont support taliban kind of law…..it’s not fit for human being.

    Reply
  • 22. zool  |  August 2, 2012 at 1:08 pm

    so yg support UMNO ni kufur la? menyembah syaitan? bila plak ko dpt wahyu dr Allah suruh pergi rampas putrajaya? ini bukan agama Islam, ni agama PAS.

    oh ya..ur leader himself is a god sent. no wonder u also can get revelations from Allah.

    hey PASter u should form your own religion.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,777,692 hits

Kalender

July 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 342 other followers

%d bloggers like this: