Adakah DAP menolak Perkara 152 Perlembagaan?

August 21, 2012 at 6:05 pm 32 comments

Di bawah ialah logo Hari Merdeka Pakatan yang dipaparkan di laman rasmi DAP. Cogankata ditulis dalam 5 bahasa.

Adakah DAP menganggap bahawa orang Malaysia keturunan Cina dan India serta pribumi Sabah dan Sarawak tidak memahami 3 patah perkataan mudah “sebangsa, senegara, sejiwa” dan perlu ia diterjemahkan kepada hanyu, bahasa Tamil, Kadazan dan Iban?

Kenapa logo Merdeka DAP memakai cogankata dalam bahasa-bahasa lain selain bahasa kebangsaan? Ingin membodek kaum-kaum pribumi?

Ataupun adakah DAP mahu mensetarakan semua bahasa dengan bahasa Melayu yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa kebangsaan?

Sekiranya bahasa-bahasa lain boleh diletakkan sama martabatnya, adakah DAP juga mempunyai hasrat meletakkan agama Kristian sama rata dengan Islam sebagai agama persekutuan?

Sekutu Pakatannya itu pasti Parti Angguk Sahaja.

Parti gunung

Kalau ia Parti Islam SeMalaysia, singkatan nama sebenarnya lebih bertepatan dengan PIS.

Apapun, sejarah PAS bermula dengan PUS – Persatuan Ulamak SeMalaya – pada 24 Nov 1951.

Nama PUS kemudiannya diubah menjadi PMIP, iaitu Pan-Malayan Islamic Party.

Presiden PAS yang pertama, Tuan Guru Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), pernah mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Beliau seorang tokoh berlatarbelakang Hizbul Muslimin – gerakan Islam yang juga menjadi wadah perjuangan awal Dr Burhanuddin Al Helmy.

TG Ahmad Fuad ialah lepasan sebuah madrasah ternama yang letaknya di Gunung Semanggol. Peranan madrasah Maahad Il Ihya Assyariff di Perak itulah yang mendorong Datuk Onn Jaffar untuk menggelar PAS sebagai “ancaman dari gunung”.

Parti Pantai Timur

Pada awal hayat parti tersebut, PAS dikenali dengan singkatan nama bahasa Inggerisnya (Umno juga nama BI, iaitu United Malay National Organization).

PMIP didaftarkan pada 31 Mei 1955, yakni sejurus sebelum tutupnya pencalonan untuk pilihanraya persekutuan 1955. Parti tersebut menang satu kerusi dalam PRU tersebut.

Dalam PRU yang berikutnya pada tahun 1959, PIMP berjaya menawan dua negeri — Kelantan dan Terengganu.

Singkatan PAS mula digunakan sebagai ganti PMIP dalam tahun 1971.

PAS duduk dalam BN dari tahun 1974 ke 1977 semasa Dr Mohd Asri Muda menjadi presiden parti (1970-1982). Pasca zaman Dr Asri, PAS bertukar wajah dari parti yang menekankan nasionalisme Melayu kepada sebuah parti bertunjangkan ulama.

Hannah Yeoh gah ‘Occupy Masjid’

Parti Bangsar Malaysia

Seorang calon PAP, Devan Nair, menang kerusi Parlimen Bangsar dalam PRU tahun 1964.

Apabila Singapura disingkir daripada Persekutuan Malaya setahun kemudiannya (1965), Devan Nair telah membentuk sebuah parti baru peninggalan PAP.

DAP ditubuhkan dalam Oktober 1965 dan didaftar secara rasmi pada 18 Mac 1966. Ia sebuah parti sosialis – konon – yang termasuk dalam rangkaian Socialist International.

(Senarai ahli-ahli Socialist International di dunia, sini)

Kod pakaian amar maaruf nahi mungkar’ digayakan Teo Nie Ching, MP Serdang DAP

Dalam perhimpunan agung DAP yang julung kali diadakan pada 29 Julai 1967, parti itu menyatakan komitmennya terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang “bebas, demokratik dan sosialis”. (Ingat: Negara sosialis dan Negara Islam itu tidak sealiran.)

Dalam PRU tahun 1969, DAP telah berkempen secara agresif menentang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Dulu menentang daulah Islamiah

Apabila pada 29 Sept 2011, Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah “Negara Islam” tatkala berucap di perhimpunan agung Gerakan, DAP menyelar presiden Gerakan Dr Lim Keng Yaik dan presiden MCA Dr Ling Leong Sik kerana tidak berani membantah pengumuman Dr M itu.

Seterusnya DAP telah melancarkan kempen kesedaran ‘No to 929′.

Banyak resolusi-resolusi yang diluluskan di perhimpunan agung DAP yang menegaskan pegangan DAP terhadap sekularisme. Falsafah sekularisme adalah bercanggah dengan pendekatan teokrasi Negara Islam.

Bermati-matian DAP menentang Negara Islam.

Berjela-jela kenyataan akhbar yang dikeluarkan DAP:

  • “The competition between PAS and Umno to establish an Islamic State is  the greatest threat in 44 years to the 1957 Merdeka Constitution and ‘social contract’ of Malaysia as a democratic, secular, multi-religious, tolerant and progressive nation with Islam as the official religion but not an Islamic State” (sumber, sini).

Dan dengan begitu panjang lebar sekali:

  • “This 929 declaration constituted a tectonic shift in Malaysian nation-building, jettisoning the  fundamental constitutional principle and nation-building cornerstone in the 44-year 1957 Merdeka ‘social contract’ agreed by our forefathers from the major communities  that Malaysia is a democratic, secular, multi-religious, tolerant and progressive nation with Islam as the official religion but is not an Islamic state — buttressed by the constitutional, political and legal history of over  four decades, starting from the Reid Constitution Commission Report 1957, the Government White Paper on the Constitutional Proposals, the Federal Constitution 1957, the Cobbold Commission Report 1963, and the highest political and judicial pronouncements of the land such as by Bapa Malaysia and the first Prime Minister, Tunku Abdul Rahman and the Lord President, Tun Salleh Abas in  the landmark case Che Omar bin Che Soh vs Public Prosecutor (1988) that Malaysia is a secular and not an Islamic state” (sumber, sini).

Malah DAP membantah Tamadun Islam diajar sebagai kursus wajib di universiti tempatan.

Adun sesumpah DAP Hannah Yeoh makan pun bertudung (kelabu kosong)

Ikut telunjuk ‘Islam’ DAP

Kedua-dua DAP dan PAS nampaknya dijangkiti Sindrom Mudah Lupa.

Dulu DAP tidak boleh duduk semeja dengan PAS dan menarik diri keluar dari Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif. Baca, ‘DAP punca PAS hilang undi Melayu?’

Sekarang bukan sahaja boleh duduk semeja bahkan beriya-iya bertudung tatkala makan bersama.

Baca, ‘Wanita Cina menyamar sebagai Muslimah dengan niat menipu’

Avatar (lahir semula) Khalifah Umar Abdul Aziz boleh pula sekarang mendakwa dia mencontohi pemerintahan caliphate serta memperkenalkan pentadbiran ala ‘syura’ di Pulau Pinang.

PAS telah mengeluarkan dokumen Negara Islam pada Oktober 2003, yang antara lainnya membentangkan niat parti supaya diwujudkan Dasar Kebudayaan Nasional yang melambangkan budaya dan citra rakyat Malaysia yang tidak bercanggah dengan syarak.

Adakah logo burung merpati – simbol yang bagi penganut agama Kristian melambangkan Roh Kudus – tidak bercanggah dengan syarak?

Ataupun PAS kini sudah diajar Islamnya oleh evangelis DAP?

About these ads

Entry filed under: Evangelis. Tags: , .

Ustaz Nasha, Hasan Ali right to be concerned Dr M: Don’t be “hoodwinked by the appearance of religious piety”

32 Comments Add your own

  • 1. News Addict  |  August 21, 2012 at 7:44 pm

    Tak salahlah mereka digelar PAS PIS PUS.

    Oleh kerana mereka dikuasai kumpulan liberal yang dipanggil Erdogan, layaklah kini mereka digelar Parti Erdogan Semalaysia, atau PES.

    Gelaran itu menjadi PAS PES PIS PUS ….

    Hahaha ….

    Reply
    • 2. Helen Ang  |  August 21, 2012 at 7:49 pm

      Habis tu, yang tunduk kepada evangelis gelar golongan apa? :)

      Reply
      • 3. News Addict  |  August 21, 2012 at 8:34 pm

        Biar penganut ugama itu sendiri gelarkan sendiri. Kami hanya menyakat parti politik. :)

        Reply
      • 4. NadZree  |  August 22, 2012 at 12:53 am

        PAS-tor ?? Mungkin…..

        Reply
        • 5. Helen Ang  |  August 22, 2012 at 12:55 am

          Good one! :D

          Reply
  • 6. Khairul  |  August 21, 2012 at 7:53 pm

    Minta maaf tulisan saya, pada pandangan saya PAS dah tiada tulang belakang.. hilang jati diri kerana mengejar undi bukan Islam.. sigh..

    Cadangan saya balik ke pangkal jalan bersatu demi Islam (jika tak pandang Melayu).. tanpa menidakkan hak2 bukan Islam.

    Reply
    • 7. Helen Ang  |  August 21, 2012 at 8:03 pm

      2 x 5

      DAP dalam mengejar undi Melayu pun perangai macam sesumpah – bertudung lah, masuk keluar masjid, mengucap ayat, memetik hadis (bahasa Melayu cakap pun tak kena telor, ni nak pakai bahasa Arab), membahasakan diri ‘khalifah’, dsb

      PAS dan DAP bagai pinang dibelah dua berkejar-kejar untuk ‘Jom Ubah’.

      Yang bezanya DAP tidak hilang undi Cina biarpun apa sekali yang dibuat politikus evangelis mereka.

      Kita tengok PAS dengan undi Melayu nanti.

      Reply
      • 8. The Illuminati Agent  |  August 22, 2012 at 9:09 am

        “Yang bezanya DAP tidak hilang undi Cina biarpun apa sekali yang dibuat politikus evangelis mereka.”

        This is because the Chinese that read vernacular papers are not even aware of what the DAP is doing with Malay Muslim voters.

        Reply
  • 9. Sshsn  |  August 21, 2012 at 8:13 pm

    Stupid questions. Incredibly stupid answers. Totally Helen Ang.

    Reply
    • 10. News Addict  |  August 21, 2012 at 8:42 pm

      Remarks like this does not help discussion. Should block such negative comments, Helen.

      Reply
      • 11. forrrestcat  |  August 21, 2012 at 10:12 pm

        That comment is a good reminder of the gutter inside the brains of Dapsters. Woe be unto those who supported the Lim dynasty.

        Regarding article 152. Dapsters are very fond of ungkit the social contract but they themselves are the greatest threat to the social contract and the constitution. Many Dapsters will die die swear that the status of Bahasa Malaysia is not there and even disregard the fact that Bahasa Melayu is the sole language of government institutions, meaning the vernacular schools are illegal, despite Umno themselves disregard the status of BM by acknowledging these schools, Umno is being pragmatic while it is the sole of DAP to undermine the status of Bahasa Melayu and disrespecting it and at the same time challenge the status of Islam and the social contract not to mention the bumi rights.

        Regardless of the Allah debacle being imported by Dapsters in Sabah and Sarawak, the pribumi will support BN for their bumi rights, the contentious issue with the anak penyu in Sabah is that the anak penyu gets to enjoy bumi rights, meaning that the bumi rights and NEP are a factor in East Malaysia politics, but this is something DAP fail to address despite being in Malaysian politics for decades.. dumb as blind bats.. or worse… like ku klux klan in their white robes

        Reply
    • 12. Dave  |  August 24, 2012 at 12:57 pm

      and after that, she defend chinese school n condemn chinese who use more english/malay than manderin

      Reply
      • 13. Helen Ang  |  August 24, 2012 at 2:27 pm

        I have already responded to Hua Yong on the same issue, here.

        Also refer here.

        Reply
  • 14. atas pagar  |  August 21, 2012 at 8:27 pm

    saya atas pagar.

    pada pandangan saya, semua parti mahu berjaya.

    dalam konteks ini, formula bn telah terbukti berjaya.

    dalam kata lain formula Dap/Pas/Pkr secara berasingan belum terbukti berjaya.

    untuk Pas/PKR/Dap menikmati kejayaan, pilihan terbaik ialah menggunapakai formula yang terbukti mampu menghasilkan kejayaan — formula bn contohnya.

    berbalik pada bn, masa 50 tahun diperlukan untuk bn mencapai tahap matang dalam konteks tahaluf siyasi.

    menoleh pada pakatan Pas/PKR/Dap, mampukah kematangan tahaluf siyasi dicapai dalam tempoh 50 tahun?

    apakah dengan adanya pelbagai isu duri dalam daging (hudud, artikel 152, lembu dicucuk hidung, dsbnya), mempercepatkan proses tahaluf siyasi?

    kalau pakatan tidak capai tahap kematangan sepertimana bn, apa implikasinya kalau pakatan menggondol putrajaya?

    saya tidak pasti…anda macam mana, Helen?

    Reply
    • 15. Helen Ang  |  August 21, 2012 at 8:43 pm

      Saya tengok Pakatan tidak berminat untuk ‘membina’ tetapi terlalu ghairah hendak ‘membinasa’ segala-gala yang ada kaitan dengan parti pemerintah.

      Memang selama ini parti-parti BN ada mempunyai kerjasama politik. Akan tetapi lepas PRU13 bagaimana pula? Lebih-lebih lagi kalau MCA, Gerakan kecundang.

      Reply
      • 16. atas pagar  |  August 21, 2012 at 9:34 pm

        pada pasca pru 12, kelihatannya, ikatan sesama parti komponen dalam bn memang longgar. mungkin kerana kejutan yang dialami. namun kematangan telah mengatasi tekanan dan sebagai buktinya bn berjaya dengan bergaya pada PRK Hulu Selangor! semua itu berlaku betul-betul depan mata saya.

        Reply
  • 17. News Addict  |  August 21, 2012 at 8:41 pm

    Kita lahir di dunia dengan fitrah masing-masing. Berbanggalah kita dengan fitrah masing-masing dan usah berpura-pura kerana mahukan undi.

    Namun begitu, perbezaan tidak sepatutnya menjadi kita berseteru. Mesti ada cara kita adakan persamaan sesama kita dan sambil itu kita kekalkan ciri-ciri fitrah kita.

    Helen mungkin tidak setuju, tetapi kita perlu satu sekolah untuk bersatu dan ada silabus pelbagai bahasa untuk membolehkan ciri-ciri kita dikekalkan dan menambahkan ilmu bahasa untuk bangsa lain.

    Mahu juga lihat anak Melayu tahu bahasa Cina Tamil dll. Sambil itu semua kita fasih dalam bahasa Melayu yang membolehkan semua satu Malaysia berkomunikasi. Sambil itu ada keupayaan bahasa Inggeris untuk hadapi globalisasi.

    Bolehkah ini dicapai tanpa membebankan anak-anak yang kena angkat beg yang dah cukup besar ke sekolah?

    Reply
  • 18. Rabbit  |  August 21, 2012 at 9:30 pm

    Sebangsa, Senegara dan Sejiwa tapi nampaknya tak Sebahasa. Kalau lihat betapa banyaknya ‘gag order’ semenjak dua menjak ni, juga tak Sebulu.

    Reply
    • 19. Khairul  |  August 21, 2012 at 10:19 pm

      Menarik idea saudara berkenaan tidak sebahasa.. saya amat menyokong komen saudara..
      Apa guna sebangsa, senegara & sejiwa tetapi tidak seBAHASA!!

      Reply
    • 20. atas pagar  |  August 21, 2012 at 10:26 pm

      sayang…loghat kelantan, negori, kedah dll tidak dimasukkan…sebagai pihak atas pagar, kami lihat ini satu yang tak kena dan hina. noktah

      Reply
      • 21. Helen Ang  |  August 21, 2012 at 10:44 pm

        Ada sesetengah pula yang mendakwa bahawa BI adalah bahasa ibunda mereka . Kalau dimasukkan loghat Kelantan, Negri, Kedah dll, jangan lah tertinggal pula loghat P.Pinang (English is their mother tongue) … nanti terkilan mereka.

        Reply
  • 22. Joe  |  August 21, 2012 at 11:21 pm

    DAP’s merdeka logo will upset Kelantanese. There is no translation made available for them.

    Reply
  • 23. shamshul anuar  |  August 22, 2012 at 8:06 am

    Helen,

    Not many know the specific features of Constitution as they never study it. If only our Menteri Penerangan is more creatiive. why not on eve of Independence celebration air some documentary on how Constitution is created.

    DAP, of course, being DAP is againsts anything that promote Malay interest. It does not say that it reject Constitution. But it always find a way to reduce the status of Bahasa Melayu in official matter. Such as lamenting how Chinese are uncomfortable due to lack of Chinese officers in Govt sector.

    Or the need to put all languages in buntings or housing area signages. Or showing total disregard on sanctity of mosques by dressing “inadequately” while preaching in mosques or using mosques as places for meeting before BERSIH.

    Or by creating a racial issue by rejecting Tan Sri Bukhari’s acquisition of Penang port as he is a Malay. Or demolishing stalls owned by Malays as they are owned by Malays.

    Or by rejecting non-Mandarin speaking teachers (meaning Malay teachers) in Chinese schools. Or by confusing the matter by saying there are many non-Chinese students in Chinese schools learning Mandarin WHILE ISSUE IS SEPARATE SCHOOL not the language learnt.

    Or by painting Malays as racist when Chinese politicians behave like pendatang.

    Or lamenting why we must “tick” on race column on official documents although it takes less than a minute to do so. Yet they are willing to undergo years of school system based on race.

    Or by lamenting (meaning condemning the govt) that they are unfairly treated while they go putting “Mandarin is preferred” as a ploy to discourage non-Chinese applicants.

    As for PAS, continue dreaming until the next election. Nothing is sacred. Even religion can be sold for votes. And wait for total annihilation in next election.

    Reply
  • 24. calvinsankaran  |  August 22, 2012 at 9:10 am

    Noticed a few interesting things in the logo.

    1. This logo sounds very similar to the Indonesia’s Youth Pledge / Sumpah Pemuda…ie, “Satu Nusa, Satu Bangsa , Satu Bahasa”. Did Pakatan rip off their logo from their Indon brothers ?

    2. Did you note that the Chinese translations are the last one ? Normally with Pakatan and DAP, the Chinese translation will be first while Tamil is hardly included if ever. Iban and Kadazan are of course ignored. As such one can only conclude that this is an attempt to win votes than a sincere effort in embracing multi-culturalism.

    3. The Tamil translation, if I am not mistaken, is wrong. I am not an expert and you may want to refer to some of your friends with better command of Tamil to validate this. I have an average reading and writing ability in the language and to me it looks wrong.

    4. I am curious on the concept of sebangsa as defined by Pakatan. Race is based on the ethnicity and if Pakatan wishes to embrace one race, ie, Bangsa Malaysia it would entails embracing the other aspects of ethnicity like language (BM), culture, dressing, etc. In other words, this calls for an assimilation of non Malays into the dominant race (the Malays) as in the case of Indonesia.

    Since DAP opposes the NEP and supports Bangsa Malaysia and even came up with this Indonesia-inspired logo, would the party then support the shutting down of all non-national schools (including the Independent Chinese schools), ban using of non Malay names, suppression of non Malay cultural practices, etc?

    Reply
  • 25. The Illuminati Agent  |  August 22, 2012 at 9:13 am

    I was wondering. Why hasn’t anyone write anything about Azmin Ali lately. Look at the man. he didn’t even bother to visit his mother during Raya. Makes you wonder what kind of a man he has become after years of association with the Ass Man Anwar Ibrahim.

    Reply
  • 26. anakbukitgantang  |  August 22, 2012 at 10:18 am

    the intention is there – DAP modus Operandi is to trangress the boundary of Islam religion and Malay rights little by little as being seen post Gen Election 12 – among the examples are:

    1- kafir masuk masjid

    2- ADUN and MP of DAP reciting Quran which is ridiculing Islam (Quran has to be recite with proper manner in tajwid and in a suci from najis condition – that is why we Muslims take to cleansing physically and spiritually with hadas (shower and wuduk)

    3- last attack on Islam is the symbol of dove which is synanomous with Christianity…
    _____________________________________________________________________________________________________________________________

    The style of the logo is not PKR, and definitely not PAS (which doesn’t do these things). It’s clearly got the DAP marketing imprint, like their music videos, Jom Ubah soft toy or now the Jom Ubah hornbill mascot Raya-cum-Merdeka greeting card (see here). — Helen

    Reply
  • 27. Joe  |  August 22, 2012 at 1:49 pm

    Some say it is the harbi agenda to take over leadership of Islamic institutions as part of their final solution.

    Taking the piss out of pakatoons at @warismalaya LOL

    Reply
  • 28. Rakesh Kumar  |  August 22, 2012 at 5:44 pm

    Calvin, the in translation, the Tamil wordings say, “One nation, One country, One breath”, I suppose they are not sure how to say Satu Bangsa.

    It currently reads, “Orey thesiyam” (thesiyam is probably root word for desa) = one nation, Orey Nadu = one country, orey moochu = One breath.

    I think proper should be “orey kulam (for bangsa), orey nadu (this one correct), orey jeevan (root word for Jiwa, why can’t they pick up the same word?).

    Reply
    • 29. calvinsankaran  |  August 23, 2012 at 8:13 am

      Rakesh, that’s my view too. I would think “Orey inam / kulam, orey naadu, orey jeevan” as the correct translation.

      PR’s translation is very poor and if they can’t even get a simple translation right, how they ever manage a complex multi-racial country like ours?

      No wonder Pakatan has done nothing for Indians after getting a bulk share of their votes in 2008.

      Reply
  • 30. kik kik kik  |  August 23, 2012 at 7:36 am

    Sebangsa(t)

    Sejiwa(ng)

    Seagama

    slogan di atas lebih tepat mengambarkan hasrat yang kabur, retorik dan tidak berpijak atas bumi yang nyata

    Reply
    • 31. Joe  |  August 23, 2012 at 12:53 pm

      Seagama tu maksud-nya apa ya? Golongan itu sembah Dewa Bontot ka… atau puja pelangi LOL

      Reply
  • 32. tok kenali kelantan  |  August 27, 2012 at 2:34 pm

    PAS and not PIS for Parti Islam SeMalaysia. Why? Because PAS is derived from the arabic-jawi spelling. The A is derived from ISLAM which, in arabic and jawi, is spelled as Alif, the first letter of the arabic-jawi script.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,873,737 hits

Kalender

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 342 other followers

%d bloggers like this: