Tweet senator kontroversi DAP tentang mamak

September 11, 2012 at 4:10 pm 28 comments

S. Ramakrishnan ialah Senator DAP yang sebelum ini mempertikaikan kesahihan gambar Bernama yang diambil di rumah terbuka hari raya Perdana Menteri di Putrajaya.

Senator Rama juga pernah mendakwa Ustaz Nasha adalah “Trojan horse” bagi Umno.

Pagi ini beliau mentweet “Mamak the fake Malays taking over Umno” (screenshot bawah).

Hat-tip kepada blogger Shizone yang telah disedari mengenai hal ini pagi tadi serta telah bertanya adakah ini perpaduan kaum yang diuar-uarkan oleh Pakatan?

Anda mungkin juga meminati satu posting Shizone yang lepas — ‘Hannah Yeoh sekat tweet seorang blogger, dakwa shizone.com

Selain komennya yang di atas, Senator DAP tersebut juga telah mentweet semalam:

Sama ada politikus DAP itu dipilih pengundi (Adun / MP) atau dilantik parti (senator), mereka pasti menunjukkan “kepimpinan melalui teladan” yang akan dicontohi para pengikut, contohnya golongan Firsters yang berkata-kata ‘Yang paling menarik dan membuat kita teruja’ (posting saya yang mendahului).

Siapa digelar ‘Melayu’?

Dalam balas-membalas komen dengan seorang pembaca regular Darlyn Azlinda, saya telah memanjangkan huraian seperti berikut (komen asal di sini; disalin-tampal di bawah):

Mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, istilah ‘Melayu’ ditakrifkan sebagai:

“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan —

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

*** *** ***

syarat “dan” yang terkandung di atas itu penting dan tidak boleh dilepas pandang

Kalau mengikut syarat (a), untuk seseorang itu layak bergelar Melayu, dia juga harus lahir di Semenanjung/Singapura sebelum tahun 1957 (maksudnya individu tersebut hari ini berumur sekurang-kurangnya 55 tahun), atau

(SYARAT) sedia duduk di Semenanjung/S’pura sebelum tahun 1957 (bagi yang lahir di negara lain / negara asing)

Maksudnya seorang Bangladeshi, katakanlah, yang datang ke sini dalam tahun 1990-an masih tidak layak bergelar Melayu (untuk memperoleh hak bumiputera) meskipun dia Islam, sudah lazim bertutur BM serta mengikut adat Melayu

(SYARAT) ibu atau bapa seseorang yang layak dipanggil Melayu itu mesti lahir di Persekutuan atau di Singapura, ataupun

(SYARAT)
seseorang yang mahu bergelar Melayu itu mesti ibu atau bapanya memenuhi syarat-syarat yang disebut tadi, yakni lahir di Semenanjung/Singapura, ataupun sedia duduk di Semenanjung/Singapura sebelum tarikh 31 Ogos 1957

Hal mendapat kerakyatan mengikut ‘keturunan’ ibubapa (dalam bahasa Inggeris, “blood”) ialah konsep jus sanguinis manakala sesetengah orang bukan-Melayu telah diberi kerakyatan melalui jus soli, iaitu mereka yang lahir di sini.

Nanti saya akan lanjutkan perbincangan dalam posting yang seterusnya.

Bersambung: Brunei tidak memberi kerakyatan kepada pemastautin Cina

Berkaitan:

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Mamak)

Yang paling menarik dan membuat kita teruja

 

About these ads

Entry filed under: Anak Malaysia. Tags: , .

Yang paling menarik dan membuat kita teruja Brunei tidak memberi kerakyatan kepada pemastautin Cina

28 Komen Add your own

  • 1. r0  |  September 11, 2012 at 4:29 pm

    remember this. whatever they say n whatever they do will never make them racist. Umno is… perkasa confirm.

    And for some stupid supporters, umno berniat jahat secara memerah air mani anwar… wth?

    Balas
  • 2. marhaeman  |  September 11, 2012 at 4:36 pm

    Helen,

    apa sudah jadi dengan politik baru?

    apakah republikan sudah bosan dengan politik baru makanya demokrat tidak ditentang dengan politik ilmu sebaliknya politik benci?

    seperkara lagi, siapakah yang bayar gaji seorang senator? republikan atau demokrat?

    kalau inilah bentuk isu yang diperjuangkan oleh seorang senator, berbaloikah wang rakyat dibelanjakan ke atas senator?

    Balas
  • 3. I.D.A.  |  September 11, 2012 at 4:51 pm

    this fella and PAS “mahfuz bean” can be called dumb & dumber. suka buat lawak bodoh yang menyusahkan diri dan parti sendiri.

    Balas
    • 4. Darlyn Azlinda  |  September 11, 2012 at 10:29 pm

      Ida..couldnt aggree more. Mahfuz? Lunch pun boleh jadi launch..

      Belum lagi listkan orang yg putar belit idiom daripada CheDet.

      Balas
  • 5. atas pagar  |  September 11, 2012 at 5:09 pm

    Ehh! ayam atau telur dahulu?

    Kalau diri sendiri tak mahu dipanggil “paria”, makanya janganlah panggil orang lain dengan gelaran yang hina

    Balas
    • 6. marhaeman  |  September 11, 2012 at 6:18 pm

      Mr. Pot and Mr. Kettle, like other animals of the same origin, have a dream that one day, they will live in peace and harmony.

      If not here, probably it would be achievable in the afterlife.

      If the Pot calling the Kettle mamak and in return, the Kettle will be calling the Pot as Paria, peace and harmony is forever just a mere daydream.

      Isn’t it ironic that the Pot is obviously not much brighter than the Kettle?

      Balas
      • 7. I.D.A  |  September 11, 2012 at 6:48 pm

        atas pagar & marhaeman,

        orang india paling marah kalau dipanggil paria. harap maklum. ini kes sensitif.

        saya berkawan sejak kecil dengan kawan2 india yg tinggal di estet. mereka cakap dulu2 masa datuk nenek mereka datang ke tanah melayu ada juga dari golongan kasta rendah yang mereka gelar paria. untuk elak dari menjadi kasta paling bawah mereka pun peluk kristian. itu kawan saya yang agama hindu cakap. entah betul atau tidak saya tak pernah buat research tentang ni.

        helen,

        kalau rajin dan free boleh tak tolong tulis sikit ttg ni. betulkah orang India dari kasta rendah peluk kristian kerana tak ingin dimasukkan dalam sistem kasta agama hindu. hemmm…

        Balas
        • 8. Helen Ang  |  September 11, 2012 at 6:53 pm

          Secara umum, ya. Tetapi khusus kepada Malaya, saya tak pasti.

          Balas
      • 9. atas pagar  |  September 11, 2012 at 7:38 pm

        memang mamak dan paria adalah perkataan sensitif, yakni sama seperti perkataan kafir sensitif buat segolongan individu.

        namun kalau mukmin persenda mukmin lain sebagai kafir ia jatuh tidak sensitif.

        sama macam kes senator di atas…tidak dianggap sensitif oleh pihak yang dipanggil sebagai mamak, kot?

        Balas
        • 10. Helen Ang  |  September 11, 2012 at 8:46 pm

          Tapi kalau sebut ‘Indian Muslim’, penduduk di India yang manganut agama Islam boleh juga diibaratkan ‘Indian Muslim’.

          Mamak spesifik kepada golongan khusus di Malaysia. Orang Muslim di India bukan mamak, agaknya.

          Balas
      • 11. marhaeman  |  September 11, 2012 at 9:04 pm

        Helen,

        mungkinkah ini sebahagian dari menifestasi kecemburuan Dapster terhadap golongan mamak kerana tidak ada golongan berkenaan dalam Dap?

        Balas
  • 12. Khairul  |  September 11, 2012 at 5:31 pm

    Mereka ada agenda tersirat, zaman ini zaman internet dan internet merahmatkan kita dengan search engine. Maka, dengan titipan kerap & consistent sebegini SE akan capture ayat2 penting seperti racist which been associated/referred by user/s to person/organization dan pabila other user search word ‘racist’ maka keluar lah web/berita2 tentang that person/organization..

    Balas
  • 13. anakjamil  |  September 11, 2012 at 5:51 pm

    seriously — is stupidity contagious? Seems almost every one in the opposition is catching ‘em?

    Balas
    • 14. I.D.A  |  September 11, 2012 at 6:37 pm

      like this comment 50x :)

      Balas
      • 15. Darlyn Azlinda  |  September 11, 2012 at 10:22 pm

        Yup. Hahaha. I like this comment too! 100 000 000x!

        Balas
  • 16. Forrestcat  |  September 11, 2012 at 8:09 pm

    What an oxymoron..he is saying
    Iterally beware of indians that are muslim..indian nontheless…so this is probably the stupidest racist in history..really..i cant believe how the malays tolerate this pulliyal impudence.

    Balas
  • 17. grandmarquis  |  September 12, 2012 at 12:13 am

    This is a hadith from Prophet Muhammad S.A.W. mentioning the condition that is near to the end of day.

    “Sesungguhnya sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

    If we look at our current scenario, how true it is.

    Balas
  • 18. Joe  |  September 12, 2012 at 12:18 am

    Nanti aku kena-kan si biol ni…

    Taking the piss out of Pakatoons @warismalaya

    Balas
  • 19. malaysian  |  September 25, 2012 at 12:33 am

    saya tak nampak apa yang salah dengan kenyataan senator rama. golongan mamak atau india muslim di malaysia bukanlah orang melayu yang ‘tulen’. mereka boleh menganut islam, bercakap bahasa melayu dan mengamalkan adat melayu. tetapi mereka masih berketurunan india.

    kalau mamak/india muslim boleh dianggap sebagai orang melayu dan diberi hak istimewa, habis tu orang melayu yang ‘tulen’ itu kita nak panggil apa? lagipun, sila tengok nama-nama ini. mahathir, sharizat jalil, nor mohamed yakcop, zainuddin maidin, zambry kadir, kadir sheikh fadzir. semua ini antara pemimpin tertinggi umno yang mempunyai keturunan india.

    maksudnya, umno pernah dipimpin oleh golongan mamak. jadi, apa yang salah dengan kenyataan senator rama? yang salah adalah penggunaan bahasa yang kasar tetapi hujah penting iaitu golongan mamak semakin hari semakin berpengaruh dalam umno.

    hujah tambahan, di malaysia kita juga ada golongan cina muslim. bilangan amat sedikit tetapi tak nampak pun mereka masuk umno dan pegang jawatan? tetapi golongan india muslim berduyun-duyun masuk umno sampai pernah jadi perdana menteri.

    Balas
  • 20. shamshul anuar  |  September 25, 2012 at 10:52 am

    Helen,

    It is a no “issue” among Malays or rather specifically “umat Nabi Muhammad SAW”.

    Why look down on mamak? Who looks down on :mamak?” . Rest assured, the Malays have no grudges with Mamak.

    The one who is really upset can be found in DAP. Yes. DAP. So, they try to create a wedge between Malays and Mamak. Hence, degarotary remarks on Dr Mahathir, Dr Zambri.

    DAP looks down on Mamaks as they are of darker skin. Let us get real. And above all, if not for Mamak, Muslim restaurant industry is as good as almost non existant.

    MALAYSIAN,

    You fail to realise how Muslim perceive things. Malays are not threatened with Mamak as the latter is not fighting the Malays . On the contrary DAP threatens the Malays by continuous “fitnah”.

    Malays are ever humble and “open” people. No need to remind their willingness to grant citizenship to people like Kit siang who was then “immigrant”.

    Just like DAP has “soft spot” to Lim Dynasty, Malays have “soft spot” to “umat Nabi Muhammad SAW”.

    KIMMA allies to UMNO. Whether Mamak joins UMNO or KIMMA is their choice. But they support UMNO as it is “friendly” to them.

    Only a moron would want to support DAP after being chided as “black metallik”.

    Balas
  • 21. malaysian  |  September 25, 2012 at 9:51 pm

    dear shamsul anuar, thanks for your reply.

    i am pointing out that the tweet made by dap senator rama did have some accuracy. i reiterate the points by senator. first, mamak or indian muslims are not true malays as per the federal constitution due to their indian lineage and they are not bumiputera either.

    if they can be called as malays, then what do we called the ‘pure’ malays. please note that i wouldn’t want to disrespectfully label the indian muslims as ‘fake malays’. second, please refer to the names of umno leaders with indian lineage which i have mentioned above.

    i wouldn’t be so wrong to say that the indian muslims are gaining more and more prominence in umno. i cannot agree with the rude manner of the tweet by senator rama and the provocative approach, i.e. trying to create a wedge between the malays and indian muslims.

    concurrently, i also refuse to be too engrossed by the rudeness of his tweet that i fail to read in between the lines, i.e. that the indian muslims are gaining more prominence in umno at the expense of the ‘pure’ malays.

    i would appreciate if you can discredit the tweet by senator rama by facts and figures. your points of ‘fitnah’, ‘open’, ‘softspot’ etc are your individual perceptions without any supporting basis. nevertheless, i respect your right to disagree and welcome your reply.

    Balas
    • 22. Helen Ang  |  September 25, 2012 at 10:31 pm

      Malaysian,

      Warga keturunan India layak digelar ‘Melayu’ sekiranya memenuhi syarat (a) atau (b) mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan:

      “Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan —

      (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

      (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;

      Sebab itulah Dr M dalam wawancaranya dengan al-Jazeera menegaskan bahawa beliau seorang Melayu mengikut Perlembagaan.

      Apa yang saya difahamkan ialah konsep ‘Melayu’ lebih longgar yakni orang Melayu (berbanding kaum-kaum lain) lebih rela menerima orang yang bukan berkulit warna sawo matang (contohnya MB Perak atau artis-artis jelita kita yang berdarah kacukan) sebagai Melayu.

      Orang Cina lebih ‘rigid’, contohnya lahir di China, berbahasa Cina, mengamalkan adat dan adab Cina tetapi kalau rupa kurang keCinaan — contohnya gadis Shanghai ini (klik) – ada di kalangan masyarakat Cina yang tidak menerimanya sebagai orang Cina.

      Balas
      • 23. malaysian  |  September 26, 2012 at 1:28 am

        terima kasih helen. tak sangka admin sendiri yang balas hujah saya. saya bukanlah pakar dalam perlembagaan ataupun hubungan etnik. setelah membaca hujahan kamu di artikel dan di atas, saya beranggapan tafsiran kamu mengenai ‘melayu’ adalah betul.

        nampaknya, perlembagaan memberikan tafsiran yang agak luas dalam mendefinisikan siapa itu ‘melayu’. cuma nak tanya, andaikan saya seorang warganegara malaysia berumur 60 tahun sekarang yang lahir di persekutuan sebelum hari merdeka. sekarang ini saya berketurunan cina. saya memutuskan untuk menukar agama kepada islam, mula bercakap bahasa melayu secara lazim dan juga mula mengamalkan adat melayu. adakah saya layak digelar melayu dan mendapat hak istimewa?

        mohon respon. terima kasih.

        Balas
      • 24. I.D.A.  |  September 26, 2012 at 8:34 am

        whoaa… lawanya amoi tu. warna kulitnya menambah kecantikan. sangat eksotik.

        Balas
  • 25. MalaysianinNewYork  |  September 26, 2012 at 10:16 am

    Malaysian, minta maaf for using English as a response.

    The constitution is not an issue if basic rights are provided. No!!! Don’t we Malaysians amongst the Malay Muslims find it peculiar when we have the Indon, Bangla, Afgan, Paki who come to Malaysia and claim to be Bumi because of their religion. Why so?

    Did these muslims from hinterland contribute in the yesteryear or just an opportunity that they can exploit in the name of religion to enhance their material gain in an economically progressive state such as Malaysia.

    Malaysian per se whether Muslim or Non Muslim have grown up with a social fabric with a tolerance for each other without infringing one’s own desire but why now it is so divided because I am Melayu, Cina, Indian or lain-lain now? Whoever we represent, don’t you think we owe some level of consciousness for what we have been amongst us irrespective of the origin.

    Like what you said

    “seorang warganegara malaysia berumur 60 tahun sekarang yang lahir di persekutuan sebelum hari merdeka. sekarang ini saya berketurunan cina. saya memutuskan untuk menukar agama kepada islam, mula bercakap bahasa melayu secara lazim dan juga mula mengamalkan adat melayu. adakah saya layak digelar melayu dan mendapat hak istimewa”.

    Is this really necessary because you want to get the hak istimewa or you mengamal adat Melayu because that is what you want without added advantage for what is materially expedient. Are we Malaysian warped or what?

    Balas
  • 26. malaysian  |  September 26, 2012 at 1:03 pm

    dear malaysian in new york, i appreciate your reply. just for your info, i am a malaysian in malaysia. i posed the hypothetical question to helen seeking her clarification as the constitution is silent on the tenure/duration a person should possess the religion of islam, speak bahasa and practise the malay culture before he or she is qualified to be a ‘malay’ and thus, enjoying the special privileges.

    i wouldn’t want to comment now on the material gain of becoming a ‘malay’ as this is consequential to my question. perhaps, helen or any reader can reply to my question above,

    “cuma nak tanya, andaikan saya seorang warganegara malaysia berumur 60 tahun sekarang yang lahir di persekutuan sebelum hari merdeka. sekarang ini saya berketurunan cina. saya memutuskan untuk menukar agama kepada islam, mula bercakap bahasa melayu secara lazim dan juga mula mengamalkan adat melayu. adakah saya layak digelar melayu dan mendapat hak istimewa?”

    upon the reply to my question, i will move on to the points raised by my dear malaysian in new york.

    Balas
  • 27. MalaysianinNewYork  |  September 26, 2012 at 1:47 pm

    Dear Malaysian, this question that you pose has nothing to do with Helen, me or anyone else if we are able and willing to condone when the policies and systems are skewed for basic humanity to sustain.

    This does not matter whether it is the government or the opposition, it boils down to our own individual perception for how it fits us as and when it fits us. The consequential gain of becoming a Malay for material is an individual prerogative for how i.e. Indon, Bangla, Afgan, Paki who can come to Malaysia and claim to be Bumi because of their religion whereas the very people like those Non Malays are disregarded as a 2nd class citizen even if we want to be Malaysians and have been Malaysians.

    The seed that is sowed is driven can be political or otherwise but the good sense can prevail amongst Malaysians without the interference of politics when we realize the truth and it does not matter whether it is BN or PR as long as we discern the truth and reality for the common folks in their plight.

    We don’t need constitution or man made laws to dictate this, we need a tinge of humanity without the typical brouhaha.

    Balas
  • 28. malaysian  |  September 26, 2012 at 3:49 pm

    again my dear malaysian in new york,

    i am not claiming to be a legal and political expert. but i do understand that in malaysia, our federal constitution is supreme. the term malay is defined under art. 160 of the same.

    it would be foolish for anyone to ignore the provisions of our constitution and replace it with individual intepretation when discussing on who is malay or non-malay. i am asking a question within the legal yardstick itself, not on personal perception. we must accept the rule of law and the supremacy of constitution that dictate on the term ‘malay’.

    i believe that helen is competent to enlighten me on my curiosity as she has done so previously. i strongly advise that you read and digest the reply by helen on September 25, 2012 at 10:31 pm and my question. don’t you want to know the answer to my question?

    nevertheless, i am agreeable on your point of “…….whereas the very people like those Non Malays are disregarded as a 2nd class citizen even if we want to be Malaysians and have been Malaysians.”

    Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


The Lion Sleeps Tonight

KARPAL SINGH

Petty Tyranny of Madame Speaker

They always call Utusan

the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'Condolence' in Oik's blog

'Mereka perlu disekolahkan' in Sarah's blog

'10 alleged ghost sightings' in Alizul's blog

'The Calovinia' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,772,994 hits

Kalender

September 2012
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 303 other followers

%d bloggers like this: