Roti Massimo dan Gardenia sama harga

September 22, 2012 at 1:42 pm 38 comments

Sebuku roti sandwic Massimo berharga RM2.40. Sebuku roti putih Gardenia pun berharga RM2.40.

Saya tidak menggemari kedua-dua jenama tersebut.

Biasanya saya akan makan normal white loaf yang isinya jarang (tidak suka roti padat).

Juga tidak suka roti yang mengenyangkan perut seperti jenis yang diperbuat daripada gandum dan lain-lain bijirin berat walaupun ia lebih sihat. Tidak berapa suka roti berbentuk bun kecuali Mexican Bun. Prefer yang sedia potong (sliced).

Pada lazimnya, saya akan beli roti hailam yang tidak berjenama.

Sapu mentega dan hidang bersama dua biji telur setengah masak … lagi sedap makan di kopitiam.

Ataupun sebagai pilihan kedua — roti benggali. Saya tidak membeli roti “high class” dari kedai specialty sebab saya bukan geng Starbucks yang melanggan barangan mahal.

Perang Roti

Tak tahulah dengan status pertarungan Massimo lawan Gardenia sekarang. Ada sesiapa boleh tolong update perbandingan harga?

Cuti R & R

Mulai hari ini dan untuk tempoh selama seminggu, saya akan berhenti memblog tentang ******  **** dan ***  ****  *** (tak payah sebut nama mereka). Kita ganti dengan topik rileks.

Lepas itu, tengoklah nanti hala tuju.

Perihal evangelista pula, saya anggap biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

Dengan adanya masa cuti ini, dapatlah saya mengemas sepanjang hujung minggu. Sudah bertimbun-timbun kerja rumah kerana tertunda.

Harga barang naik

Kucing saya Effie sedang tidur di atas sofa. Anjing saya Suzie tidur di atas lantai belakang kerusi saya dan ia tengah dibuai mimpi.

Makanan kucing sudah naik harga lebih tiga kali ganda, merujuk kepada tin ‘gourmet’ yang dulu saya beli tetapi sekarang tukar kepada saiz ekonomi dek tekanan inflasi.

Makanan anjing tin sederhana jenama popular yang dijual di pasaraya naik harga dua kali ganda.

Saya terpaksa belajar memasak sejak berpindah ke kawasan kediaman ini yang terletak di pinggir kampung Cina – juga berjimat – dan tidak lagi tinggal di kondo yang mana segala kemudahan ada berdekatan sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh klik untuk baca posting saya tentang potensi quasi-crystal frying pan menggunakan bahan yang diterokai pemenang Hadiah Nobel Kimia 2011.

This special frying pan has not been invented yet but someone should do it for the benefit of bad cooks like me.

About these ads

Entry filed under: Uncategorized. Tags: .

Bancuh nipis-nipis, sabotaj kaw-kaw Hindraf kecam klip video hina Nabi

38 Comments Add your own

  • 1. anak jamil  |  September 22, 2012 at 2:20 pm

    kucing-kucing saya, 15 ekor buat masa sekarang mengalami krisis identiti. Walaupun asalnya dari tepi jalan tetapi sekarang semua dah feeling-feeling purebred. Setiap satu ada perangai masing-masing tapi mereka ini adalah anak-anak saya.

    Untuk menjimat kos, saya beri mereka makan leher ayam serta hati ayam yg direbus – kadang2 saya merebus tulang ayam dan simpan dalam peti ais. air rebusan ayam elok utk kucing. Kalau cirit birit/selsema, saya bagi makan madu, so far mereka ok – kalau dah 3 hari tak sembuh baru pergi vet.

    Pada saya, roti adalah roti .. kalau teringin, pergi kopitiam makan roti benggali bakar; besar dan sedap sbb kopitiam saya tak kedekut dengan planta atau kaya. Kopi O dicicah dengan biskut bulat keras mcm batu pun sedap,takpun tumbuk halus2, campur kelapa dan gula lagi sedap.

    Saya orang kampung – tak makan fancy2 sgt!

    Reply
    • 2. Helen Ang  |  September 22, 2012 at 2:27 pm

      15 ekor tidur mana? Masing-masing ada pinggan sendiri atau dok makan bersama?

      Btw, kalau nak masak pedaipedal (am cooking petai ,) elok rebus untuk berapa lama?

      Kucing saya paling suka makan daging (lembu). Tak tahu kenapa ia minat daging tapi bila terbau saja, mula lah ia menggiau-ngiau dengan kuat sekali sampai tahap menggesel buku lali.

      Reply
      • 3. anak jamil  |  September 22, 2012 at 2:40 pm

        saya bina rumah tapi bila malam semua tidur dengan saya; mak saya mula2 marah gak tapi bila dah semua tergelimpang tidur sampai ke pagi, kecuali 3-4 ekor yang bekerja shif malam jadi pengukur tanah, mak saya dah terkata apa.

        Pedal jangan rebus bulat2, kena potong sikit tengah2 supaya leh empuk, guna api sederhana & selalunya 30 – 45 minit akan empuk.

        kalau untuk kucing, rebus dengan sedikit ikan bilis – bulu dia shining mining nanti, air pulak campur sket glukos supaya x mudah demam atau sakit.
        __________________________________________________________________________________________________________________________________

        Thanks for the tips. My cat nocturnal. Malam-malam entah ia merayau ke mana. — Helen

        Reply
      • 4. Servant of God  |  September 23, 2012 at 4:29 pm

        anak jamil,

        Terbaca “kucing rebus dengan sedikit ikan bilis”

        Hihihi

        Reply
    • 5. Melonhead  |  September 22, 2012 at 3:18 pm

      Anak Jamil,

      Saya pun ada banyak kucing, semua dikutip ditepi jalan. Sesetengah org malaysia ni kejam sangat, sampai ada yang buang anak kucing dalam guni penuh dengan najis manusia. Kita rescue pun, last last mereka mati jugak after a few days. Kesian sangat. Ada sekali tu, rumah sampai ada 67 ekor kucing! Tapi sekarang, kita dah ‘potong’ kucing kucing yang sedia ada, so tak membiak lagi.

      Kita memang suka bersama dengan kucing, they love you for you and they are easy compared to manusia yang bermuka muka. Anjing pun ada, tapi bukan kita punya. Hanya sekadar bagi makan kepada mereka yang duduk di luar rumah kelaparan mencari makanan. Kesian kan…

      And Helen, i am so embarrassed to ask, but what is pedal?
      ____________________________________________________________________________________________________________________________________

      Gizzard. — Helen

      Reply
      • 6. Helen Ang  |  September 22, 2012 at 3:40 pm

        I’m dipping toast bread (since I didn’t cook rice) in my sambal petai, not bad.

        Used ready prepared sambal sauce bought in aluminum-foil packet, then heated it mixed with leftover kerisik from the fridge. It’s a fusion that’s like half (wannabe) rendang. The daun purut smell and star anise flavour pronounced.

        Unaccomplished cooks tend to eat experiments.

        Reply
      • 7. Servant of God  |  September 23, 2012 at 5:12 pm

        Haiiyaaa.. whatabunch of softies laa you people. Cat here, cat there, everywhere cat-cat.

        Aku gak yang macho ngan sekor jek kucing :P

        Reply
  • 8. I.D.A.  |  September 22, 2012 at 4:17 pm

    alahai syoknya relaks dan bersantai dengan cerita kucing dan roti. hemmm… nak joinlah. tkasih kerana bagi tips penjagaan kucing.

    di rumah ada sepasang kucing muda, boboi dan adudu. di belakang rumah (luar) ada 10 ekor kucing gelandangan juga diberi makan. kami semua suka kucing (anjing pun tapi tak buleh pegang). adudu tengah pregnant dan morning sickness anak sulung. dia muntah2. mungkin anak boboi, mungkin juga bukan pasai hari tu adudu hilang beberapa hari. anak saya suruh buat dna test nanti. lepas beranak nanti saya nak bagi adudu makan pil perancang keluarga. kena bajet sikit sebab makanan kucing mahal tahap dewa langit. tapi kucing memang best…kalau dia tengah vibrate mode, dia buat kita tenang jiwa raga.

    roti… keluarga saya gila makan roti. nasi takdak takpa, tapi roti mesti ada. saya suka makan roti benggali toasted (charcoal), sapu kaya dan planta. cicah dengan telor 1/2 masak. dulu2 makan kat apek dekat pdg kota lama. skrg stall apek dah kena make way untuk pembangunan. (masa tu BN perintah…jangan nak salahkan tuan tokong ya hehe)

    apapun…roti dan kucing memang terbaik, awas jangan makan roti cicah kari kucing pulak!!!

    Reply
    • 9. Helen Ang  |  September 22, 2012 at 4:27 pm

      telur 1/2 masak, yang mana betul Telur Saparuh Masak atau Telur Setengah Masak?

      Reply
      • 10. I.D.A.  |  September 22, 2012 at 5:15 pm

        helen,

        separuh masak/setengah masak/1/2 masak bagi saya sama saja maknanya…

        secara teknikal telur 1/2 masak ialah telur yang mengambil separuh masa merebus telur hard boiled.

        telur sederhana besar ambil masa 12 minit untuk masak sepenuhnya (hard boiled). saya suka makan telur yang direbus lebih kurang 6 minit kerana jika telalu cair, saya tak lalu makan.

        adoi…cerita pasal makan, laparlah pulak. my mrs masak apa entah hari ni… nanti balik kerja nak makan banyak2. :)

        Reply
        • 11. Helen Ang  |  September 22, 2012 at 6:54 pm

          Hmm, untuk masak telur hard boil, saya set timer 22 minit. Kalau orang dulu-dulu, sebelum adanya dapur induction cooker, macam mana nak tahu bila telur cukup masak atau petua perfect timing?

          Reply
      • 12. Servant of God  |  September 23, 2012 at 5:10 pm

        Helen, to know how to get the perfect timing for soft-boiled eggs, you need to ask mamaks. Good luck getting any info though. Far too often the reply I get is “mana ada pandai bang, letak air panas saja.”

        So I’ve given up asking and I just sous-vide the damn eggs.

        Reply
        • 13. Helen Ang  |  September 23, 2012 at 5:22 pm

          I use drip container with waterline markings. Click here to see pix. The old kopitiams have a knack for perfect timing but the container thingy is not too bad.

          You have a more expensive kitchen appliance, I see. What else do you use it for besides cooking eggs?

          Reply
      • 14. Servant of God  |  September 23, 2012 at 5:39 pm

        Aiseh.. not so expensive. I don’t use the immersion calculators, giler mahal tuh. I use a PID temperature controller from FreshMealsSolution and hooked it up to a 10 litre rice cooker.

        So far I’ve only had the time to cook chicken and beef in it. The chicken was flavoured with seasoned salt and finished by sauteeing in a hot pan, and it was melt-in-the-mouth tender, the taste really sedap. Next time I nak bantai dengan some potato wedges and a simple sauce using chicken stock and roux.

        As for the beef, I set the temperature a few degrees too high, so after sauteeing it was a bit dry. But the meat was still so tender, I sliced it paper thin (or as thinly as I could, my knife skills not so good yet) and served it with grated horseradish in a bun. I didn’t make the au jus, and I didn’t have kaiser rolls to make kimmelweck buns, or else I could’ve had some made-in-Malaysia Beef on Weck.
        ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

        OIC. Sounds healthy. — Helen

        Reply
      • 15. Servant of God  |  September 23, 2012 at 8:51 pm

        Healthy? I guess so. Didn’t get sous vide for the healthy bit. I got it for the fall-off-the-bone beef and mutton and melt-in-your-mouth chickens.

        Am not inclined to try seafood with sous vide, since they’re not tough. Although one day I might try it on octopus.

        Reply
      • 16. asrul rae  |  September 26, 2012 at 10:48 am

        Tips hendak tahu telur rebus hard boil, Helen letak secubit beras ke dalam rebusan itu. Jika beras itu sudah mengembang seperti nasi, maknanya telur itu telah menjadi hardboil yang baik. Mungkin 15 minit kalau tidak salah.

        Makanan kucing. 1.4kg whiskas sudah rm17.99 di tempat saya. Dulu masih okay, tapi sekarang ibu kucing sudah beranak 5 ekor – ibu sering kelaparan sebab tidak cukup susu anaknya sedanng membesar.Jadi saya membeli makanan kucing tidak berjenama di kedai, RM7.00 sekilogram. Boleh bertahan satu minggu.

        Reply
        • 17. Helen Ang  |  September 26, 2012 at 11:03 am

          Petua merebus telur, masukkan secubit beras — brilliant! TQ

          Saya masih ingat lagi sewaktu pek Whiskas hanya berharga RM7.99 (hendak tahu cari mana kedai yang harga paling murah). Masa tu, siap beli makanan kucing tin ‘gourmet’ weh. Sekarang dah tak mampu.

          Bayangkan tin gourmet yang sekecil itu harganya dekat RM4. Kalau RM4, boleh kita order sepinggan mee dah.

          Hope mommy cat copes okay with her confinement. Anak 5 ekor tu corak bulu mereka nampak sama ke berbeza-beza?

          Reply
      • 18. asrul rae  |  September 29, 2012 at 7:24 am

        menjawab soalan no 17. Empat ekor bulu bewarna kuning manakala seekor lagi bulu bewarna hitam-putih. Mama kucing adalag tricolor, dan bapa kucing bulu hitam putih.

        Helen peminat kucing, cuba cari maklumat tentang baka munchkin. Breed yang baru diperkenalkan tahun 1993. Comel sekali baka ini, kakinya kentot, playful dan rajin. Lebih baik dari kucing parsi yang pemalas. :- )

        Reply
        • 19. Helen Ang  |  September 29, 2012 at 9:14 am

          Kucing Parsi itu perhiasan sofa.

          Kucing saya keturunan Pemburu gagah perkasa. Baru dua hari lepas ia berjaya menangkap burung pipit. Sebelum itu, diburunya tikus, katak, belalang dsb.

          Reply
  • 20. Melonhead  |  September 22, 2012 at 4:28 pm

    Ha ha…my hubby ‘experiments’ too, and unfortunately, non are edible except to his taste aje. So sometimes bila dia nak ‘masak’, my stomach shudders. Ada sekali dia masak japanese crackers but letak too much bicarb. To jaga his hati, i ate half of the batch that he made. My mouth actually sakit because of the bicarb. In the end, he ate none of the product of his experiment, and i ended up cooking for him. So now, i stay clear away, far far away when he is in the kitchen.

    And our favourite is sambal petai ikan bilis and udang. Memang suka makan, with rice and cecah with roti (once the rice habis). And we love gardenia not so much massimo.

    Gizzard? Pedal? I am malu to admit tak pernah makan. Never eaten budu as well. Baru aje try nasi kerabu. Jakun kan, org malaysia langsung tak pernah makan makanan tradisional…so malu-fying!

    Reply
    • 21. Helen Ang  |  September 22, 2012 at 4:36 pm

      What his signature dish?

      Had Nasi Arab (first time) at open house the other day.

      What else can we do with the kuah of nasi himpit besides eating it with nasi himpit? I sliced the nasi into strands & ate with spaghetti bolognaise sauce (mix n match). — Helen

      Reply
      • 22. I.D.A.  |  September 22, 2012 at 5:30 pm

        kuah nasi himpit, kuah kacang tu boleh makan dengan cucur udang, pak tong koh goreng (char kue) dan macam2 lagi boleh, ikut suka hati… di perak utara orang makan dengan kerang rebus.

        Reply
    • 23. Pak Ard  |  September 22, 2012 at 5:10 pm

      Pak Ard tahu melon tidak sengaja, Pak Ard pun kadang kadang tersasul juga, Jakun tu satu suku kaum orang asli kita, dulu kita dah terbiasa mungkin dari sekarang kita boleh cuba…. sekadar menghormati mereka…tak usahlah lagi jadi kan perumpamaan yang kurang manis kepada mereka atau sesiapa….

      Reply
      • 24. Melonhead  |  September 22, 2012 at 8:38 pm

        Pak Ard, terima kasih untuk teguran yang diberi. Memang masa saya tulis tu, tak berniat utk kecik kan hati sesiapa pun. Daripada dulu guna perkataan tu, tapi tak pernah make the connection with suku kaum org asli kita, walaupun belajar kat sekolah pasal mereka, still blur yg ayat tu takde kena mengena dengan suku kaum org asli. But good to know. I apologise to anyone who took offense.

        And Helen, my hubby has byk specialty, ikut mood. Bulan lepas was pelbagai aneka kacang yang digoreng atau dibakar dlm oven menggunakan pelbagai ramuan dan spices. Dua bulan lepas pulak, pelbagai aneka roti dengan menggunakan different types of flour etc. I repeat, he likes to experiement, thus not all of the by-product selamat utk dimakan.

        And nasi arab? Haven’t tried yet. Kita dengar sedap, betul ke? As for bolognese mixed with nasi impit, my hubby nearly fainted when he heard that, but now he is curious to try!
        _______________________________________________________________________________________________________________________________

        :) — Helen

        Reply
  • 25. forrrestcat  |  September 22, 2012 at 5:10 pm

    Saya tiada kucing,duduk kat kondo murah takde lif dan pembelaan kucing susah sebab balkoni dan ruang rumah kecik tapi ade dua ekor guinea pig dan dua ekor hamster, seekor landak putih dua ekor tupai gula sumbat di balkoni kecik, guinea pig ni degil nak makan salad sahaja, kalau bekas isi pellet die terbalikkan, hamster ni sume benda makan, landak makan cacing yg beli dr kedai jual umpan pancing dan biskut makanan anjing dan tupai gula makan buah buah sahaja.

    Pembelaan binatang ni bagai ibadah, sabar dan dapat melembutkan hati.

    Reply
    • 26. Pak Ard  |  September 22, 2012 at 9:07 pm

      Salam “kucing hutan” aka forrestcat, Pak Ard terfikir-fikir tadi binatang apa tupai gula tu…rupanya sugar glider…kenapa guinea pig tu tak dialih bahasakan…malu ke segan…ke nanti geli nak pegang pulak guinea pig kesayangan….

      Reply
      • 27. Servant of God  |  September 23, 2012 at 5:14 pm

        Guinea pig diterjemah menjadi Makanan Kucing hehehe jangan marah.. gurau je

        Reply
  • 28. anak jamil  |  September 22, 2012 at 5:38 pm

    I love cooking and being insomniac one point of time, I bake bread, pizza and cakes at 3am. Problem was I don’t like to eat – so I cook and give them away or yang tak jadi masuk plastik hitam. Then I live with some Thais for a year, I learn Thai cooking from them..Now, since I move back to my mom’s sebab she’s not well, I just cook malay food for my aunts & nieces..but I still don’t like to eat. LOL!

    Reply
    • 29. Helen Ang  |  September 22, 2012 at 6:56 pm

      You must share your favourite recipes.

      I always thought bubur lambuk uses beef stock.

      Or is it fish-based?

      Reply
  • 30. Gostan  |  September 22, 2012 at 5:59 pm

    Matter of fact, never been bothered about branding in roti.
    Read somewhere that roti and anything flour is not good for us.
    Its just an empty mashed up and grinded food devoid of any vitamins and goodies and it may clog up our system.

    Reply
    • 31. Helen Ang  |  September 22, 2012 at 7:03 pm

      Like rice, bread is makanan ruji. What else besides?

      This is what I’ve always wondered. How many drinks make up the staples?
      HOT
      Coffee
      Tea
      Cocoa
      Milk
      Barley
      Malt
      Herbal
      Boiled roots (like ginseng, ginger etc)

      COLD
      Cola
      Fruit juices
      Carbonated drinks

      Anything else?

      We’re like 7 billion human beings on the planet. Is that all there is to the variety of our drinks?

      Reply
      • 32. Servant of God  |  September 23, 2012 at 5:16 pm

        Penyokong anwar suka air ken*ing.

        Aiseh.. so much for moratorium.

        Reply
  • 33. Khairul  |  September 22, 2012 at 10:45 pm

    Saya suka dengan kucing malah anjing, cuma malas nak jaga u know makan dia dan paling tension kencing beraknya, pergh…
    At my mom’s house ada anak saudara bela kucing 2 ekor, cuma bila dia dapat tempat di politek kuantan tiada siapa nak jaga, my mom eye sight dah teruk. Maka keputusannya kucing2 tersebut terpaksa la di sedekah.. 1 kucing parsi (dah ada yg nak ambil) 1 lagi kucing biasa (sesiapa di sini berminat boleh dapatkan emel saya dari Helen) kalau tiada sesiapa nak ambil rasanya saya nak hantar ke persatuan kucing terbiar or something like that (rasanya di Ampang ada satu)

    Reply
    • 34. Helen Ang  |  September 22, 2012 at 11:14 pm

      Hi Khairul,

      Boleh tak hantar gambar? Nanti saya post sekali dengan alert.

      Salam

      Reply
      • 35. Khairul  |  September 23, 2012 at 12:18 am

        I’ll get it done soon..

        Reply
        • 36. Helen Ang  |  September 23, 2012 at 9:52 am

          Sekiranya Khairul perlu hantar gambar melalui e-mel dan memerlukan alamat e-mel saya, sila bagi tahu. Saya akan menghubungi anda.

          Reply
      • 37. Khairul  |  September 23, 2012 at 2:29 pm

        Baru dapat tahu dah ada orang ambil kucing tersebut.. thanks anyway..
        __________________________________________________________________________________________________________________________________

        OK, glad to hear the good news. — Helen

        Reply
  • 38. Hani El Zahra  |  October 19, 2012 at 3:31 pm

    Yay! Animal lovers :D Baru dpt tau kalau kucing cirit & selesema bagi madu. Thanks for the tips :D

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Facing death

Slim chance of life in dog pound

Pls click on image above to read

Asleep in Buddha’s arms

Animal lovers can complain to the Prime Minister's Office, Public Complaints Bureau. Bombard Putrajaya!

http://www.pcb.gov.my

My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

'The Malay getting restless now' in Sarah's blog

Bubur lambuk in Anisah Afifah's blog

'10 scandals that rocked the Vatican' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,337,488 hits

Kalender

September 2012
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 325 other followers

%d bloggers like this: