Dilema Melaka

September 23, 2012 at 1:37 pm 5 comments

Sebanyak 77 peratus impot minyak negara Cina diangkut melalui Selat Melaka. Kebergantungan kepada lintasan Selat Melaka oleh pengangkutan tanker minyak disifatkan Beijing sebagai satu kelemahan strategik.

Selat Melaka dianggap ‘chokepoint’ (“leher botol”) yang utama di Asia dari segi lorong perkapalan mengangkut minyak.

Laluan Baratlaut melalui Artik (sumber gambar: sini)

Pelayaran tanker minyak Rusia Vladimir Tikhonov melalui Artik dari Pelabuhan Murmansk ke Selat Bering pada bulan lepas

[Juga, 'First Chinese ship crosses Arctic Ocean amid record melt' -- Reuters]

Titik paling sempit Selat Melaka di Phillips Channel hanya selebar 2.74km. Kesempitan ini meningkatkan risiko berlakunya kejadian kapal berlanggar, kapal tersadai atau minyak tumpah.

Sebanyak 60,000 buah kapal mentransit di Selat Melaka setiap tahun. Pada tahun 2011, aliran pengangkutan minyak dianggarkan berjumlah 15.2 juta tong sehari (bbl/d).

Mengikut laporan oleh sebuah pusat di Biro Maritim Antarabangsa yang memantau pembajakan (perompakan di laut), kegiatan-kegiatan melanun sentiasa merupakan ancaman kepada tanker-tanker di Selat Melaka.

‘Chokepoints’ sedunia di laluan perkapalan mengangkut minyak (Sumber: EIA)

Dilema Melaka‘ merujuk dilema yang dihadapi China kerana terpaksa menggunakan Selat Melaka ekoran ia jarak paling dekat di antara Laut Cina Selatan dan Lautan India (nota: Laut Arab adalah sebahagian daripada Lautan India) bagi import minyaknya dari Asia Barat (orang putih sebut kawasan Middle East).

Namun Dilema Melaka mungkin akan dapat diatasi dalam masa terdekat sekiranya lautan ais keliling Kutub Utara terus mencair.

Jalan laut dari Pelabuhan Sohar, Oman ke Shanghai

Gejala ‘global warming’

Gambar satelit (bawah) yang dimuat-turun oleh National Snow and Ice Data Center (NSIDC, Amerika Syarikat) kelmarin menunjukkan Sea Ice Index.

Boleh kita lihat bahawa lautan ais Artik (warna putih) sudah banyak menyusut berbanding saiz mediannya dalam tahun-tahun 1979-2000 (sempadan jingga). Kutub Utara ditandakan dengan palang hitam.

Yang pada suatu masa dahulu ais sekarang sudah menjadi air. Perkembangan ini menggalakkan pakar-pakar ilmu alam untuk menjangka bahawa laluan perkapalan baratlaut (Northwest Passage) mungkin akan dibolehkan dalam waktu tersingkat.

[Ramalan seorang profesor Cambridge - 'Arctic expert predicts final collapse of sea ice within four years']

Garisan merah pada Peta I (bawah) menandakan laluan perkapalan merentasi Bulatan Artik sekiranya lautan ais cukup lebur untuk kapal belayar dari Lautan Pasifik (belah kiri peta/Alaska) ke Lautan Atlantik (belah kanan peta/arah selatan Greenland).

Peta II (di kaki halaman) berciri animasi.

Klik sini untuk melihat pergerakan ais lebur di Kutub Utara serta jalan-jalan laut yang mungkin diwujudkan kelak. Pembukaan laluan baru komersial akan memendekkan perjalanan laut untuk membolehkan penjimatan kos dan masa.

Seorang pakar keselamatan maritim, Christian Le Miere, telah memberitahu Al Jazeera pada Sept 20:

“China has a great interest in northern sea routes being opened for trade. It has built a second nuclear icebreaker, which shows it is looking at Arctic transit and has been making a diplomatic push on Iceland, which it sees as a potential transport hub.”

Negara Cina amat berminat terhadap laluan Lautan Artik melalui benua Amerika Utara.

Sebuah kapal kontainer Cina yang belayar dari Shanghai ke New York mengikut Laluan Baratlaut yang sedang diterokai secara komersial akan menjimat kos AS$4 juta (RM12 juta) bagi satu perjalanan pergi balik berbanding dengan jika ia menggunakan lintasan Panama Canal yang sekarang ini.

Sekiranya China menoleh ke Artik untuk mengatasi Dilema Melaka, dan ke Iceland untuk menggantikan Singapura sebagai transport hub, maka Malaysia pasti akan rugi punca pendapatan yang kini diperoleh daripada ekonomi pengangkutan maritim.

Posting-posting yang non-political:

Burgernomics kini berusia 25 tahun

Muslim di AS: Kelas pertengahan dan arus perdana

Komunis Melayu beristerikan Cina

Antara pemain drum terhebat dunia

Kau yang berselindung di balik sutera

About these ads

Entry filed under: CINA. Tags: , , , , , .

Hindraf kecam klip video hina Nabi 13 Mei: Blogger dituduh cuba menakut-nakutkan orang

5 Comments Add your own

  • 1. Servant of God  |  September 23, 2012 at 2:29 pm

    This is proof that even without our bickering with each other, the world out there is more than willing to make our lives miserable.

    Reply
  • 2. forrrestcat  |  September 23, 2012 at 5:12 pm

    I am not too concerned as the chinese or whoever will still need to sail their ships and merchant marine to this region as we are apart of the global supply chain and a source of raw materials and access to huge middle class customers.

    Reply
  • 3. kotteypanjang  |  September 24, 2012 at 1:23 am

    Intresting topic, you can be assured it is not as simple as it appeared , the chinese are exploring all their options as a strategic chess play, in case of war or blockade in the indian ocean.

    They are selecting a route to by pass the Indian navy stomping grounds.

    Reply
  • 4. nobody important  |  September 24, 2012 at 11:06 pm

    Wow, all those oil tankers going around and yet there’s not a major oil spill yet. Or worse, terrorist attacks involving ships made into floating bombs like I read in novels and watch on tv.
    Lucky.

    Reply
  • […] Apakan maksud Dilema Melaka […]

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,910,820 hits

Kalender

September 2012
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: