Iklan palsu tipu orang!

Disember 2, 2012 at 9:23 pm 10 comments

Sesuatu iklan harus menepati ciri-ciri barangan yang dijajanya.

Portal Malaysiakini seringkali digambarkan sebagai pro-pembangkang. Baiklah, cuba kita tengok muka depan portal tersebut pada hari ini dan tiga tajuk utamanya.

Bercakap tentang

  • Tajuk (1):  “Umno unity calls ring hollow …”
  • Tajuk (2):  “Wanita chief Shahrizat Abdul Jalil, whose family is embroiled in the National Feedlot Centre (NFC) scandal …”
  • Tajuk (3):  “discrimination and prejudice is the cause for the eroding support for BN”

Malaysiakini 2012-12-02 18-45-04

Ketiga-tiga cerita utama Malaysiakini negatif terhadap Umno dan BN. Sekiranya portal tersebut diberi label ‘pro-pembangkang’, ia memang satu gambaran yang kena pada tempatnya.

Bagaimana pula dengan akhbar The Star yang diberikan jolokan pro-kerajaan dan pro-MCA? Adakah ini pun betul?

Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Ketua Wanita MCA yang dikeluarkan pada hari Khamis:

Yu Chok Tow (itu namanya) berkata bahawa pindaan kepada Peraturan Mesyuarat 36 (4) yang melarang Ahli Parlimen daripada menggunakan bahasa kurang sopan di Dewan adalah hasil usaha sama tekanan daripada Wanita MCA dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) wanita.

Dalam Selangor Times pula, sebuah berita bertajuk “Umno man in the soup over sexist remarks” melaporkan Adun-Adun Pakatan telah menggesa DUN Selangor agar mengambil tindakan terhadap Adun Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim yang dikhabarkan telah menghina Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong dengan berkata “…jangan sampai lupa jaga hutan diri you sendiri”.

Adakah Selangor Times itu sebuah akhbar pro-pembangkang?

Minggu ini – yang secara kebetulan ialah terbitan edisi ke-100 Selangor Times – memperlihatkan gambar Elizabeth Wong dipampang pada tiga halaman berasingan.

STElizabethWong100

Sejak bila Hannah Yeoh menjadi ikon Deepavali?

SThannah99

Dalam terbitannya yang ke-99, Selangor Times memaparkan gambar Hannah Yeoh (atas) dalam sebuah cerita sambutan Deepavali walaupun dia orang Cina yang bukan beragama Hindu.

Dalam terbitannya yang ke-98 seminggu awal, Selangor Times juga memaparkan gambar Hannah Yeoh (bawah) dalam sebuah cerita sambutan Deepavali walaupun dia orang Cina yang bukan beragama Hindu.

Hannah Yeoh (SThannahDeepavali

Dalam pada itu, Selangor Times tidak pula berminat sama sekali untuk menyiarkan gambar Adun keturunan India, contohnya Muthiah a/l Maria Pillay atau Manoharan a/l Malayalam atau mana-mana politikus lain yang beragama Hindu menjalankan program meraikan Deepavali.

Selangor Times hanya memberi tumpuan kepada Cina seolah-olah akhbar itu warta Chinatown Express.

Lagi sekeping gambar Hannah Yeoh dalam Selangor Times naskah minggu yang lepas.

SThannah99

Sekiranya Malaysiakini dan Selangor Times nyata condong kepada pembangkang, adakah The Star sedikit menampakkan ia memihak kepada kerajaan?

Berkenaan isu pindaan Parlimen kepada Peraturan Mesyuarat 36 (4) yang dibincangkan tadi, kita rujuk balik kenyataan akhbar oleh Yu Chok Tow tentang usaha-usaha yang pernah dilaksanakan oleh Wanita MCA.

Adakah namanya disebut dalam The Star minggu ini? Carian Google tidak membuahkan apa-apa hasil.

Pada masa yang sama, carian Past Week ke atas nama ‘Hannah Yeoh’ di dalam domain http://www.thestar.com.my menjumpai 7 masukan (entries).

Dalam tempoh seminggu itu kita ada sejumlah 7 hari. Dalam jangkamasa satu minggu, The Star mesti ada 7 tajuk berita melibatkan nama Hannah Yeoh.

Yu Chok Tow sitethestar.com.my  Google Search 2012-12-02 20-06-59

Hannah Yeoh sitethestar.com.my  Google Search 2012-12-02 20-18-12

Yu Chok Tow – anda boleh ingat namanya (?) – telah mengeluarkan kenyataan berbunyi “the amendment made to Standing Order 36 (4) in Parliament … is the fruitful result of Wanita MCA’s effort which our wing has been fighting for so long.

Namun The Star tidak memberi ruang kepada ketua sayap parti tuanpunya akhbar mereka tetapi sebaliknya mewawancara Ketua Wanita DAP Chong Eng berkaitan isu tersebut (yakni perintah melarang bahasa ‘sexist’ terhadap YB wanita).

Selain itu, The Star juga mewawancara Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching and Ahli Parlimen PKR Nurul Izzah pada minggu lepas (Nov 27) tentang penyediaan kemudahan yang khusus bagi YB wanita di bangunan Parlimen. Akhbar itu terlepas untuk menemuramah Ahli-Ahli Parlimen Wanita MCA.

Jika dibandingkan dengan Selangor Times yang tiap-tiap minggu wajib memberi liputan tepu kepada para politikus pembangkang Cina Kristian contohnya Hannah Yeoh, Elizabeth Wong dan Teresa Kok, kita boleh lihat bahawa The Star tidak sewajarnya bergelar akhbar parti pemerintah.

Iklan palsu The Star sebagai akhbar pro-MCA hanya mampu menipu Chua Soi Lek yang blur-blur itu sahaja.

dinolaugh

Berkaitan:

Reason dinosaurs become extinct

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , , , , .

May 13: Guan Eng’s think-tanks vs Umno groupthink VVIP ditangkap gambar sedang bermain bola di pejabat

10 Komen Add your own

  • 1. I.D.A  |  Disember 2, 2012 at 10:25 pm

    false advert (for organization) boleh kena fine RM100,000 (1st offence) under new amendment of Consumer Protection Act 1999. kuatkuasa next January….

    tapi for gunting, what to do, ayam patuk, itik sudu. ayam the star, itik MCA.

    Balas
  • 2. Waris Malaya  |  Disember 2, 2012 at 11:57 pm

    The ponzi schemes advertised by Mkini reflect the scam that is the portal itself.

    Balas
  • 3. anonymous  |  Disember 3, 2012 at 12:12 am

    I think those MCA people are dinosaurs in internet matters too.
    You have been persistent on this Star issue, have any of those MCA people reacted to this blog?

    Do they read internet blogs?

    Balas
    • 4. Helen Ang  |  Disember 3, 2012 at 12:22 am

      Can our Malay readers pls help tweet this Star issue to the Umno leadership?

      When Ali Rustam ‘sounded’ on the Malacca MCA Wanita chief who kept attending opposition events, CSL was forced to respond.

      Metro news report:

      “MELAKA TENGAH: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Ketua Wanita MCA negeri, Datuk Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, dekat sini, Sabtu lalu.

      Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, tindakan menyertai perhimpunan haram yang didalangi parti pembangkang itu juga membuktikan Kian seolah-olah menikam parti dari belakang.”

      And more recently, she was in the Himpunan Hijau march.

      Balas
      • 5. MatSentol  |  Disember 3, 2012 at 1:59 am

        Ali Rustam aptly described her action as ‘tak guna satu sen’. I think it’s his polite way to say “you’re worthless piece of sh*t”.

        Or is he just, ‘pukul anak sindir menantu’?

        Balas
        • 6. Sharifah  |  Disember 3, 2012 at 10:21 am

          That remark is meant for 3: Ketua Wanita MCA Melaka, Chua Soi Lek and MCA party. Salute Ali Rustam for saying it spot on. Hoi MCA! jangan jadi si Gunting. Nak keluar BN, keluar saja lah. Jangan lah jadi musang berbulu ayam … konon2 support BN but diam2 support Pakatoons. Hoi BN! rather than simpan MCA macam kudis yang boleh infect the whole body, might as well buang kudis dari badan. Gerammmm betul tengok MCA!

          Balas
  • 7. Rakesh Kumar  |  Disember 3, 2012 at 2:42 pm

    Deepavali? What Deepavali? Accordingly, some outlets started blasting Merry Christmas (I am told by some irked Facebook contacts) before Deepavali. What is Deepavali? Let me do a Rajinikanth laugh, “Hahahahaha!”

    Balas
  • 8. neoragex  |  Disember 5, 2012 at 12:46 am

    Yess… we should edit out Hannah Yeoh from those photos… irrelevant to Hindu celebrations… Photo editing very simple today everyone can do, if event not enough people, can also copy paste… sigh these obviously opposition papers so incompetent, dunno how to learn from tried and proven practices from established reputable papers!

    Balas
  • 9. neoragex  |  Disember 5, 2012 at 12:50 am

    Same thing, Bijan also can’t be featured in deepavali event photos, maybe he’s not Hindu, maybe need to bring sami velu out from retirement for photo taking session for newspaper. Aiyoyo, retire already, EPF money where got enough one, need get some small income to survive lah…

    Balas
  • 10. neoragex  |  Disember 5, 2012 at 12:57 am

    What?! The Star’s editor know how to do their job or not?! Such an important lady player from their same team, not even a single google result. Lousy paper lah… Opposition supporter dun want to read it, now beend supporter also screw it kaw kaw in comments above. Cmon lah, nine year old child also can be a better editor than the trash they are having, maybe after enough posts, some Ms Ong can become the new editor if noticed by MCA boss Mr. C, if he ever visits here to notice, he sure know who can do a good job… :)

    Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


The Lion Sleeps Tonight

KARPAL SINGH

Petty Tyranny of Madame Speaker

They always call Utusan

the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'Condolence' in Oik's blog

'Mereka perlu disekolahkan' in Sarah's blog

'10 alleged ghost sightings' in Alizul's blog

'The Calovinia' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,774,751 hits

Kalender

Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 304 other followers

%d bloggers like this: