Guan Eng menggembleng kuasa Kristian / dibantu media

Disember 5, 2012 at 4:46 pm 22 comments

Arise, faithful Christians, arise! The People's Parliament 2012-12-05 15-45-45

Seruan ABU untuk Kristian bangkit: Di atas ialah screenshot halaman bertajuk ‘Arise, faithful Christians, arise!’ di blog Haris Ibrahim, pelopor gerakan ABU untuk tumbangkan Umno.

Ketua pengarang The Star pun bersekolah mubaligh

Sekolah mubaligh (Christian mission schools) ada sebanyak 448 buah di Malaysia. Orang Kristian “hanya 9 peratus” penduduk Malaysia.

Bagi setiap satu peratus golongan Kristian, wujud kira-kira 50 buah sekolah mubaligh.

SRJK (C) ada sebanyak 1,291 buah di Malaysia. Orang Cina adalah 24.6 peratus penduduk Malaysia.

Bagi setiap satu peratus golongan kaum Cina, ada wujud kira-kira 52 buah sekolah rendah Cina.

MalaysiaPopPie

Kuasa Kristian 9.2% + kuasa Cina 24.6%

Diakui bukan semua murid di sekolah Cina adalah etnik Cina dan bukan semua murid di sekolah mubaligh adalah beragama Kristian.

Namun jika dibandingkan nisbah 50 sekolah mubaligh dan 52 SRJK (C) masing-masing bagi setiap satu peratus penduduk Malaysia yang sama ada Kristian atau etnik Cina, maka dapat kita lihat bahawa sebenarnya pengaruh Kristian memang besar serta setanding pengaruh kaum Cina.

rally-banner Christian

Kuasa bersepadu 33.8%, bukan 9.2%

DAP memberi alasan yang penganut agama Kristian di Malaysia “hanya 9 peratus” dan dengan itu golongan Kristian amat lemah.

Seorang pegawai kepada Lim Guan Eng pula pernah mengeluarkan tweet berbunyi “i think all Christians shud march for all the persecution they had done to us and our Lord” yang membayangkan orang Kristian ditindas di Malaysia.

Anggapan bahawa golongan Kristian tidak mempunyai apa-apa kuasa adalah pandangan yang meleset.

Dengan peningkatan sokongan kaum Cina kepada DAP, parti evangelis tersebut berjaya menggabungkan kedua-dua undi Cina dan Kristian sebagai ‘one voting bloc’.

Tambahan lagi, sokongan penduduk Malaysia yang satu-perempat Cina sekarang sudah diberikan kepada golongan Kristian dalam isu-isu seperti kalimah Allah, kitab bahasa Indonesia, murtad dan kebebasan agama.

Seruan LGE kepada Kristian di Sibu

Video di bawah ialah rakaman ucapan “the love of Jesus for all of us” Guan Eng kepada orang Kristian di Sibu pada 15 Mei 2010 (hat-tip kepada Big Cat)

Kata Guan Eng memetik ungkapan Kristian, “Praise God for the First shall be last and the last shall be First”.

Dia merujuk kepada hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya (waktu itu dia berada di “last”) tetapi sekarang atas keberkatan Tuhan (“by the miracle of God, here I am”), dia berjaya menjadi seorang Ketua Menteri, yakni seorang First.

Dalam video, Lim Guan Eng menyeru kelompok Kristian agar beramai-ramai keluar mengundi ketika pilihanraya kecil di Sibu, Sarawak:

“Please make sure there is a full turnout, at least 80 percent in Sibu town.”

“We need all of you [Christians] to mobilize …”

“I believe if we can have a good turnout, we can overcome.”

Hari ini, blog Stop the Lies bertanya ‘Holy Shit – How Can Sin Chew Run this Sycophantic Article?

STL harus juga bertanya kenapa The Star begitu gemar akan para evangelis DAP serta rencana-rencana yang pelanduk dua serupa dengan Sinchew.

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , .

VVIP ditangkap gambar sedang bermain bola di pejabat Reason Lynas protesters are mostly Chinese

22 Komen Add your own

  • 1. atas pagar  |  Disember 5, 2012 at 5:10 pm

    Cara paling berkesan untuk Obama memenangi kerusi presiden AS ialah dengan menyeru golongan kulit hitam supaya bangkit (mobilize) dan 100% keluar menggundi (full turnout) dan dengan itu segalanya dapat diatasi (overcome)?

    Balas
    • 2. atas pagar  |  Disember 5, 2012 at 5:17 pm

      Bukankah ini…seruan agar segolongan rakyat bangkit…boleh juga dikategorikan sebagai “divide and rule”? Cumanya dalam konteks Cina dan Kristian, siapa akan rule siapa?

      Balas
  • 3. marhaeman  |  Disember 5, 2012 at 7:02 pm

    Kalau seruan PR terhadap penganut Kristian di Sibu di kaji secara mendalam, hasilnya ialah: kalau pemimpin PR yang buat seruan dan rayuan, seruan dan rayuan itu bukanlah berkategori ‘hasutan’ kerana mana mungkin pembangkang menghasut!?

    Walhal, ada banyak pilihan lain selain dari seruan dan rayuan yang sebegitu bentuknya seperti di Sibu. Maksudnya, bukankah lebih afdal kalau pembangkang bentangkan apa yang dapat mereka berikan kepada rakyat tanpa rakyat di kelas-kelaskan ikut warna kulit, budaya dan agama?

    Balas
    • 4. atas pagar  |  Disember 5, 2012 at 11:39 pm

      Dalam pada umum diberikan persepsi bahawa nampaknya halatuju berpolitik akan bergerak ke depan tetapi rupa-rupanya ia mengundur ke belakang bilamana anak Melaka yang berhijrah ke Penang tetapi bertindak sebagai pembela agama di Sibu bila musim memangkah undi telah sampai.

      Sepatutnya, dalam sebuah negara sekular, politik berada pada posisi neutral, namun apa yang melata ialah: tidak sah kalau satu pihak tidak jadi adiwira (hero) agama…dan hero ini, sedar atau tidak, mampu menjadikan teokratism di Penang dan Di PJ untuk dicontohi di sebahagian tanah di Bumi Kenyalang.

      Kalau hal sebegini berkembang di Barat, ia mungkin tidak menjejaskan hubungan sesama manusia (yang berlainan pegangan agama) kerana rata-rata orang Barat adalah pengganut sebuah agama saja.

      Tetapi kalaulah Barat seperti negara yang sinonim dengan “Truly Asia”…iaitu anutan yang berbagai-bagai…dan kalau pendekatan hero teokratism Penang di ikuti oleh Barat, kemusnahan lebih teruk dari Hurikan Sandy mungkin melanda mereka.

      Apapun kita masih boleh bersyukur kerana Hurikan itu dan ini tidak melanda negara yang mana warga-warganya masih ada sifat toleransi yang tinggi. Makanya kalau tidak mahu dilanda Hurikan, pilihan yang ada ialah jangan mudah terpengaruh dengan Hero-Hero mee segera, meskipun sedap dimakan tetapi dari segi nilai, hmmm…kosong, kosong, kosong.

      Balas
  • 5. I.D.A  |  Disember 5, 2012 at 7:10 pm

    Joseph pun dah murtad. walau tak ngaku, orang tahu. tapi frankly speaking joseph lebih bergaya dalam politik berbanding nuar berahi.

    Balas
  • 6. anakjamil  |  Disember 5, 2012 at 7:39 pm

    agak2nya bila kaum cina akan tersedar bahawa mereka telah dimanipulasikan bangsa mereka sendiri dengan agenda tersembunyi evangelis DAP? Atau, mereka memang sedar tapi atas dasar persaudaraan, mereka (kaum cina) menutup sebelah mata dan membiarkan diri mereka diperbodohkan seperti mana sesetengah orang melayu yang diperkotak-katikkan oleh PKR & PAS?

    Sampai bila agama akan diperdagangkan untuk halatuju untuk mendapatkan kuasa sepenuhnya – kalau berpegang pada janji manifesto, bukankah ianya hanya janji manis yang tidak pernah ditunaikan?
    Sedih bukan, bila agama dilacurkan hanya untuk kepentingan politik dan ramai terpedaya kerana masing2 ingin mendapatkan habuan syurga dari yang esa!

    Bila logik meninggalkan diri dan hanya dikawal oleh emosi, yang putih jadi hitam & semua (tak kira bangsa) lupa saat2 bahagia bersama seperti keluarga dari tahun 1957.

    Kesian orang Malaysia – mereka mudah lupa dek perjuangan satu orang berimpian gila menjadi PM dan satu keluarga yang ingin membalas dendam ..

    Balas
  • 7. atas pagar  |  Disember 5, 2012 at 8:01 pm

    Tak tahulah apa kesudahan dengan Pusat Pengembangan Agama Islam di Kota New York. Penubuhannya terhalang dengan pelbagai alasan.

    Apapun, itulah satu contoh halangan yang mendepani agama minoriti (agama Islam) untuk berkembang di Barat…dan halangan itu terbentuk kerana ketiadaan KUASA politik.

    Berbeza keadaannya di sini, golongan minoriti diberikan ruang untuk BERKONGSI kuasa dan dengan adanya kuasa berkenaan agama minoriti boleh berkembang…hindu boleh jadi kristian; kristian boleh jadi budha dan budha boleh jadi hindu, dsbnya.).

    Malah lebih dari itu, kuasa politik yang lebih besar dari kuota yang sepatutnya itulah yang telah membolehkan sebuah gereja mega berdiri dengan megah di Bukit Jalil.

    Makanya, hujah yang mengatakan golongan minoriti tidak punya kuasa adalah tidak tepat, sebaliknya golongan majoriti yang perlu menanyakan soalan ini: “apakah mereka telah melepaskan terlalu banyak kuasa?”

    Balas
  • 8. marhaeman  |  Disember 5, 2012 at 9:39 pm

    Suara Melayu mewakili 67.4% suara keseluruhan dan selebihnya siwakili oleh suara bukan Melayu.

    Kalau 40% dari suara Melayu diberi pada Pembangkang dan 60% diberi pada BN, dan kalau bukan Melayu memberikan sepaduan suara kepada Pembangkang maka situasi ini akan timbul:

    1. Suara Melayu meskipun tak berapa lantang di luar sana, tetapi akan bertambah lantang dalam BN.

    2.Suara Melayu tidak akan bertambah lantang dalam pembangkang sebagaimana ianya dijaja, sebaliknya akan terus tenggelam.

    Balas
    • 9. Helen Ang  |  Disember 5, 2012 at 9:43 pm

      67.4% itu peratusan ‘Bumiputera’, merangkumi pribumi Sabah & Sarawak.

      Orang Melayu 54.6%.

      Balas
      • 10. marhaeman  |  Disember 6, 2012 at 9:46 am

        Kemajmukan bukanlah penghalang kedamaian kalau tidak ada pihak bertindak rasis iaitu membentuk voting bloc sebagai satu wadah untuk memenuhi impian dan cita-cita, wal hal voting bloc sedemikian akan menimbulkan perasaan kurang senang pada kalangan yang tidak tidak rasis yakni yang tidak membentuk voting bloc. Dan kalau semua pihak membentuk voting bloc, apa kesudahannya?

        Balas
  • 11. Waris Malaya  |  Disember 6, 2012 at 1:04 am

    Arise, and be rid of the ‘social cancer’ we call #Pakatoons!

    Balas
  • 12. anonymous  |  Disember 6, 2012 at 3:27 am

    That Stop The Lies link was hilarious.

    It was all about Kim Guan Eng holding back his shit.

    Ironically, that newspaper article is full of his shit.

    Maybe you should tell us more about that PR secretary of his too.

    Balas
    • 13. Helen Ang  |  Disember 6, 2012 at 9:45 am

      Din Turtle’s satire on the subject is ROTFL — see here.

      Balas
      • 14. zueyusof  |  Disember 6, 2012 at 11:56 am

        Adoiii Kak Helen, saya ketawa sampai keluar air mata… Memang lawak satira din turtle nih :D

        Balas
  • 15. beastofburden  |  Disember 6, 2012 at 1:17 pm

    Latest breaking news
    New daily newspaper launched in Penang.

    SHIT CHEW DAILY

    p/s we are enviormently friendly ……only use toilet paper for newsprint

    Balas
    • 16. Waris Malaya  |  Disember 7, 2012 at 3:30 am

      Recycled toilet paper. The ultimate in environmental friendliness.

      Balas
  • 17. marhaeman  |  Disember 6, 2012 at 1:28 pm

    Peristiwa yang berlaku di Mesir dalam sehari-dua ini elok dijadikan iktibar buat rakyat di lain-lain negara agar tidak memandang ringan terhadap impak yang bakal muncul kalau emosi menguasai akal dibenarkan berhujah dalam menentukan sistem mana lebih afdal – sekularism atau teokratism atau lain-lain — buat sesebuah ketamadunan.

    Balas
  • 18. atas pagar  |  Disember 6, 2012 at 4:57 pm

    Satu ketika dunia diputarbelit oleh maklumat bahawa AS bukanlah ‘batu api’ yang merencanakan kejatuhan Muammar Libya tetapi baru kini dunia sedar bahawa sememangnya AS ada membekalkan senjata api untuk puak pembangkang menjatuhkan Muammar. Ini menunjukkan secekap mana satu pihak cuba menutup bangkai gajah dengan sehelai daun tetapi akhirnya terbongkar jua.

    Dalam konteks lokal, pihak yang dituduh mendapat bantuan dari luar bagi menjayakan cita-cita menumbangkan Putrajaya telahpun dikenalpasti tetapi mereka cuba menafikannya dengan pelbagai kaedah iaitu sama seperti kaedah AS yang sebelum ini berjaya menafikan penglibatannya untuk menumbangkan Muammar tetapi akhirnya telor tembelang itu pecah juga…nama saja holy shits, tapi baunya punyalah busuk.

    Balas
  • 19. marhaeman  |  Disember 6, 2012 at 9:29 pm

    “Diakui bukan semua murid di sekolah Cina adalah etnik Cina dan bukan semua murid di sekolah mubaligh adalah beragama Kristian.

    “Namun jika dibandingkan nisbah 50 sekolah mubaligh dan 52 SRJK (C) masing-masing bagi setiap satu peratus penduduk Malaysia yang sama ada Kristian atau etnik Cina, maka dapat kita lihat bahawa sebenarnya pengaruh Kristian memang besar serta setanding pengaruh kaum Cina.

    Komen:

    Pemerhatian mata kasar menampakkan peratusan bukan kristian di sekolah mubaligh adalah jauh lebih tinggi berbanding peratusan bukan Cina di SRJKC. Kenapa ianya begitu?

    Apakah sekolah mubaligh lebih popular? Atau apakah sekolah mubaligh lebih terbuka dalam menerima bukan kristian sebagai pelajar?

    Terkini, usaha tertentu di pihak persatuan yang menaungi sekolah Cina tidak akan membuatkan SRKC lebih terbuka dan lebih diminati oleh kalangan bukan Cina/bukan Budha.

    Kalau ini berterusan, Helen dan pihak yang sewaktu usah bermenung kalau-kalau sekolah mubaligh bertambah produktif dalam memproduksikan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan agama.

    Balas
  • 20. Serious Shepherd  |  Disember 7, 2012 at 4:30 pm

    Pada masa yang sama, Teng Chang Yeow yang diwarwarkan sebagai bakal Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa negeri tersebut sedang mengalami proses Islamisasi dan pemimpin DAP takut kepada PAS, kerana jabatan agama Islam negeri mendapat peruntukan tiga kali ganda lebih tinggi dari masa pemerintahan BN.

    Balas
    • 21. Helen Ang  |  Disember 7, 2012 at 4:47 pm

      null

      Balas
    • 22. rambulan  |  Disember 8, 2012 at 11:51 am

      Kalau obama gunakan peruntukan negara untuk kepentingan si kulit hitam, ia adalah kronisma, sebaliknya kalau obama beri lebih peruntukan untuk si kulit putih ia dikelaskan sebagai membodek atau mungkin terpaksa.

      Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


The Lion Sleeps Tonight

KARPAL SINGH

Petty Tyranny of Madame Speaker

They always call Utusan

the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'Condolence' in Oik's blog

'Mereka perlu disekolahkan' in Sarah's blog

'10 alleged ghost sightings' in Alizul's blog

'The Calovinia' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,773,853 hits

Kalender

Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 303 other followers

%d bloggers like this: