Kristianisasi: Adakah MCA musuh dalam selimut?

December 7, 2012 at 10:50 pm 8 comments

Pada pandangan Zulkifli Noordin, “Nampaknya semakin hari semakin jelas usaha dan agenda gerakan Kristianisasi di Malaysia ini”.

Kata Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim itu, kini terbaru seorang peguam syarie Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin (yang sering muncul di kaca tv) telah mendedahkan bagaimana beliau ada menjumpai satu dikri Kristianisasi Malaysia. Baca seterusnya di sini.

Gereja Allah Baik

Gereja Allah Baik – gambar hiasan

Hari ini Pemuda MIC membuat bantahan terhadap exco Kristian Selangor Dr Xavier Jayakumar atas isu pemusnahan sebuah rumah berhala Hindu di Sepang.

Xavier ini satu geng dengan Adun-Adun evangelis Pakatan.

Mungkin ekoran pengaruh exco Selangor yang terdiri ahli-ahli penganut Kristian seperti Xavier, Teresa Kok dan Elizabeth Wong, maka negeri Selangor pun ghairah mengatur program-program untuk meraikan Krismas dengan penuh meriah dan secara besar-besaran.

Di bawah ialah screenshot sebuah tweet oleh Xavier menghebahkan perayaan Krismas anjuran Selangorku, iaitu projek yang menyediakan peruntukan dana RM300 juta bagi Adun-Adun Pakatan – baca ‘Geran Selangorku RM300j: Siapa cepat dia dapat’.

Twitter xavierjayakumar Sgorku Xmas celeb

Sambutan Krismas Selangorku tersebut diadakan di Subang Jaya – pusat evangelisme dan ibu negeri Kristian Malaysia serta tapak lawatan mukjizat Ibu Maryam.

Mak Oiii, MCA!!

.
MCA pula kelihatan tidak mahu diri ketinggalan dalam usaha menyerlahkan ciri-ciri Kristian juga.

Hari ini baru 7 haribulan Disember. Selang 18 hari lagi baru lah Krismas. Namun laman MCA sudah siap memaparkan ucapan Selamat Menyambut Hari Krismas.

Adakah MCA sanggup memaparkan ucapan Selamat Hari Deepavali awal-awal dari 27 Okt lagi? (Deepavali disambut pada 13 Nov tahun ini).

Kenapa MCA tidak memberi layanan yang semesra kepada Deepavali?!

Saya tidak akan sedikit hairan pun jika BN kehilangan undi orang India nanti menjelang PRU kerana sikap MCA ini.

Buat apa nak letakkan mesej “MCA wishes you a holly jolly Christmas! Merry Christmas to you!” pada 7hb Disember? MCA ini kompleks membeli-belah kah?

XmasMCA

Kerana MCA, nanti BN hilang undi India

Orang Kristian “hanya 9 peratus” penduduk Malaysia tetapi kedua-dua DAP dan MCA berlumba-lumba untuk menonjolkan keprihatinan mereka.

Kaum India sebenarnya tidak kurang pun jumlah bilangan mereka; Sebanyak 7.3 peratus penduduk Malaysia terdiri daripada etnik India.

Akan tetapi kelompok Kristian begitu kuat pengaruh manakala kelompok Hindu dipandang sepi. Ya lah, golongan Kristian yang duduk di Damansara Utama mempunyai kuasa beli besar berbanding dengan golongan India yang duduk di Batang Kali.

Yang melanggan akhbar The Star dan si pengguna yang disasarkan oleh para pengiklan dalam suratkhabar adalah Kristian belaka.

Namun orang berada di Damansara Utama mempunyai satu undi (bukan dua) dan rakyat marhaen di Batang Kali mempunyai satu undi juga. One man one vote.

Jangan lupa bahawa kawasan majoriti penduduk Cina Damansara Utama itu pekat-pekat DAP manakala MCA terpaksa bergantung kepada orang Melayu dan orang India luar bandar untuk mengekalkan kerusi.

Menyedari hakikat ini, MCA masih lagi mahu menyombong dengan kaum India sementara mengampu-bodek orang Kristian.

MCA mengikut jejak DAP memperkasakan Kristian

Hasan Ali berasa sangsi terhadap niat MCA yang dibayangkan oleh media miliknya.

The Star seolah-olah ada udang di sebalik batu gara-gara perangainya yang sering menutup aib golongan Kristian, misalnya dalam kes Gereja City Harvest Subang Jaya yang skandal itu.

Dan akhbar milik MCA tersebut sudah berapa kali mengguris hati umat Islam? Hanya hati orang Kristian yang senantiasa dijaga The Star.

Hasan1

Ataupun persefahaman MCA dan DAP itu dalam hal Kristianisasi?

Hannah Yeoh sitethestar.com.my - Google Search 2012-12-07 21-14-28

MCA lepas tangan

Pernah pun timbalan pengerusi BN Muhyiddin Yassin memesan kepada semua parti-parti komponen supaya sama-sama memikul tanggungjawab “serang dan perang”.

Malangnya bagi MCA, ia jauh panggang dari api. Sebaliknya ketara nampak bahawa jentera media MCA dalam senyap berkempen bagi pihak evangelis DAP.

Selain CEO The Star Ho Kay Tat yang meletak jawatan baru-baru ini dan bakal menerajui suratkhabar pesaing, juga P. Gunasegaram – seorang lagi pengarang kanan The Star – sudah beralih kepada Malaysiakini pula!

Patutlah Si Gunting dalam Lipatan selalu sengaja membenamkan berita kurang elok tentang evangelis DAP. Tidakkah MCA mampu membendung naluri The Star yang pro-pembangkang sakan itu?

Pull your weight Muhyiddin tells BN parties

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , .

It’s now Malay vs Malay, says the New Evangelist Politics Selangor Darul Sarap: Nah, di sini lah letaknya Sampah Sentral

8 Comments Add your own

  • 1. Rub  |  December 8, 2012 at 12:09 am

    And utterly dangerous and seditious article. Keep playing with fire Helen. Keep. Trying to split this country on race and religion. It shows what a low class person you are.

    Reply
  • 2. Waris Malaya  |  December 8, 2012 at 12:46 am

    This posting is a straight-faced perspective on the danger of religion being used as a political platform.

    Reply
  • 3. Adi  |  December 8, 2012 at 1:00 am

    Never ending with the low class thing. Every body to them low class. If so high class why bother. Go and stay in a thick high wall of the high class. Why bother to drop comments?. Your forum is where the high class, intelligent, wealthy, famous do. High class!! shame on you.

    Reply
  • 4. beastofburden  |  December 8, 2012 at 1:32 am

    Dear Rub,
    If its so low class here why waste your high class time to read this blog ……just shut the F**K up.
    p/s Rub i guess you got your thumb stuck so deep up your ass,,,,u can taste your own crap and liking it…..

    Reply
  • 5. sharifah  |  December 8, 2012 at 5:40 pm

    I told you so Helen. MCA is the actual gunting dalam lipatan! That is why the Star gets away with so much yeoh-craps! In pru13, if the fight is between MCA n Pakatoon, I hope ada calun bebas juga, definitely we vote for bebas.

    Reply
    • 6. Aba Ikhwan  |  December 8, 2012 at 6:36 pm

      Saya setuju sbb tempat saya Bdr Tun Razak dengar cerita nak letak muka Cina gak, saya bukan jenis berkira (itu dulu) cuma sekarang memang amat ralat la nak pilih Cina gak sebab memikirkan kawasan majoriti Cina tak mungkin mereka akan memilih calon Melayu!

      Reply
  • 7. rambulan  |  December 8, 2012 at 7:02 pm

    If people support a religion that is synonymous with expansion by way of colonialism, one day u people would be colonized but not aware about it.

    Reply
  • 8. I.D.A  |  December 8, 2012 at 9:21 pm

    apakah binatang low class tu? bila orang differ in opinions depa kata low class kahkahkah pathethic piece of s!@t all these #pakatoons

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,581,577 hits

Kalender

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 331 other followers

%d bloggers like this: