Nyata DAP menolak sekularisme

December 9, 2012 at 3:04 pm 8 comments

DAP tidak anti-Islam. DAP sebenarnya adalah pro-Islam.

(Untuk baca rencana ini dalam bahasa Inggeris, sila klik ‘Absurd for DAP to claim that it supports secularism‘.)

Parti majmuk pembangkang tersebut nyata menolak sekularisme, sebuah konsep yang mengesampingkan peranan agama.

Sebaliknya ia pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang tidak mesra Islam, dakwa jurucakap Melayu DAP.

Sila baca juga rencana ‘Correctly interpreting Dr M’s ‘Islamic country’ declaration of 2001‘ yang ada hubung-kait dengan topik perbincangan.

Teng dilaporkan oleh portal DAP Roketkini pada 6 Dis sebagai mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Pakatan melulus “peruntukan berkali-kali ganda” demi membiayai kegiatan-kegiatan hal ehwal Islam di Pulau Pinang.

Beliau juga dipetik sebagai berkata kerajaan negeri Pakatan itu kononnya tidak mempunyai cukup wang untuk menyalur bantuan kepada Dewan Perhimpunan Cina bagi menganjur perayaan Chap Goh Meh tetapi pada masa yang sama boleh membesarkan peruntukan bagi program-program Islam.

Teng ditegur kerana seolah-olah bersikap kritis terhadap halatuju pentadbiran Guan Eng yang dimengertikannya sebagai “membawa makna (kerajaan) negeri sudah bergerak ke arah Islamisasi”.

Membidas Teng, Zairil Khir Johari mendedahkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam telah meningkat sebanyak 300 peratus berbanding tatkala waktu Pulau Pinang diperintah BN.

Setiausaha politik Lim Guan Eng itu berkata: “Sejak mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang, kerajaan negeri Pakatan Rakyat meningkatkan peruntukan hal ehwal agama Islam daripada RM12.5 juta pada 2008 kepada RM64 juta pada 2012.”

Khalifah bukan seorang pemerintah sekular

Mengikut Zairil, komitmen kerajaan negeri yang diterajui DAP untuk mengembangkan syiar Islam begitu tinggi sehinggakan tanah milik masyarakat Cina di Jelutong pun diperoleh untuk tujuan memperluaskan tapak kubur orang Islam.

Penghayatan “amar ma’aruf nahi mungkar” telah diterapkan oleh Guan Eng – yang menerima gelaran khalifah Umar Abdul Aziz – dan dicerminkan melalui kerja-kerja baik partinya seperti penganugerahan RM22.8 juta untuk tanah kubur yang disebut tadi.

Tambah Zairil lagi, “tidak pernah ada begitu banyak peruntukan atau program dilakukan untuk memartabatkan Islam sepertimana yang dilakukan pentadbiran Pulau Pinang” di bawah kepimpinan DAP.

Malah pernah Guan Eng menyatakan hasrat untuk mencorakkan pentadbirannya mengikut cara pemerintahan khalifah ketika zaman kegemilangan Islam yang dulu.

Hasil kesemua usaha-usaha yang dijalankan kerajaan negeri Pulau Pinang – mempunyai seorang Ketua Menteri yang juga berupa setiausaha agung DAP – ialah kejayaan dalam meningkatkan serta memperkuatkan pelaksanaan lunas-lunas Islam di ruang awam.

Justeru ada juga di kalangan orang Melayu DAP dan PAS yang berpendapat bahawa pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow harus memuji dan bukannya cuba memperlekehkan usaha-usaha Guan Eng untuk mengIslamisi negara.

Do big numbers equate great strength?

Adun DAP Subang Jaya Hannah Yeoh sering mencampur-adukkan kegiatan berunsur agama dengan tugas-tugasnya sebagai wakil

Apa tafsiran sekularisme?

Di antara ciri-ciri sebuah negara sekular ialah:

  1. Negara mesti neutral terhadap agama
    .
  2. Negara tidak boleh memberi kedudukan istimewa di gelangggang awam kepada sesebuah agama terpilih
    .
  3. Kuasa dan sumber-sumber lain yang ada di tangan Negara (the State) tidak boleh digunakan untuk memanfaatkan mana-mana agama
    .
  4. Negara tidak harus melebihkan satu agama secara khususnya dan membenarkan kepentingan agama tersebut mengatasi kepentingan agama-agama lain
    .
  5. Negara tidak harus meletakkan fahaman keTuhanan (yakni tauhid atau kepercayaan kepada Tuhan) di takuk yang lebih tinggi daripada falsafah tidak mempercayai kewujudan tuhan atau amalan tidak menyembah tuhan
    .
  6. Negara tidak harus menetapkan bahawa seseorang yang hendak menyandang jawatan awam (misalnya Menteri Besar) wajib menganuti sesuatu agama tertentu (misalnya Islam)
    .
  7. Negara tidak harus campurtangan dalam perkara-perkara hal-ehwal agama and sebaliknya Agama juga tidak wajar mencampurtangani urusan pentadbiran kerajaan

.
(Senarai di atas adalah adaptasi daripada susunan sejarahwan Dr Malik Munip)

Gagal DAP mengikut kayu ukur sekularisme

Sebuah negara sekular menekankan pemisahan Negara dan agama.

Jelas sekali tindakan-tindakan pentadbiran Guan Eng di Pulau Pinang – umpamanya membeli tanah untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR), menyediakan belanjawan tambahan bagi SAR, memberi pengiktirafan dan sumbangan wang kepada guru kelas al-Quran dan fardhu ain (Kafa) dan huffaz beserta pembiayaan program-program Islam yang lain – adalah bercanggah dengan konsep sekularisme yang menitik-beratkan pengasingan Negara dan agama.

Sebuah negara sekular tidak mematuhi sistem undang-undang Islam (atau fiqh Kristian dsb). Namun DAP – melainkan Karpal Singh seorang-seorang – tidak pula membantah pelaksanaan hudud ke atas kaum Muslim.

Di samping itu, ketua DAPsy chief Anthony Loke merestui ‘fatwa’ PAS yang menegah golongan lelaki berdampingan dengan golongan perempuan di majlis-majlis keramaian.

Kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng telah menghadiahkan sebidang tanah seluas 3.49 ekar bagi membina Kompleks Mahkamah Syariah baru setinggi tujuh tingkat yang bernilai RM72 juta. Ini membayangkan setiausaha agung DAP tersebut bukan sahaja akur kepada perundangan Islam sebagai yang terulung malah dia berusaha memperkukuhkan lagi prasarana untuk pelaksanaan syariah.

Tindakan Guan Eng adalah bertentangan dengan konsep sekularisme di mana sebuah negara sekular tidak mempunyai sistem Mahkamah Syariah. Di Malaysia, mahkamah Islam memiliki bidang kuasa meliputi lebih 60 peratus penduduk negara serta ia menjadi cita-cita PAS agar kaedah penghakiman Islam bakal menggantikan perundangan sivil kelak.

Melihat kepada amalan secara praktis Guan Eng dan kroni-kroni evangelisnya seperti Hannah Yeoh yang jelas memperkukuhkan kerangka pemerintahan Islam, ia langsung tidak masuk akal bagi DAP untuk mendakwa ia sebuah parti yang mendokong sekularisme.

About these ads

Entry filed under: Hudud. Tags: , , .

Absurd for DAP to claim that it supports secularism Correctly interpreting Dr M’s ‘Islamic country’ declaration of 2001

8 Comments Add your own

  • 1. Thinker  |  December 9, 2012 at 6:21 pm

    nothing wrong for DAP to be fair to all races….amalan ini harus di perkukuhkan…..Ketuanan Rakyat Policies I fully support….

    Reply
    • 2. Helen Ang  |  December 9, 2012 at 6:23 pm

      Yawn.

      Reply
      • 3. Faith  |  December 9, 2012 at 7:59 pm

        Mendengar komen2 dari pecacai2 PR nih memang mendatangkan rasa mengantuk kak helen….hi hi

        Reply
    • 4. Waris Malaya  |  December 10, 2012 at 4:38 am

      I pity the fool who swallows auta #Pakatoons!

      Reply
    • 5. atas pagar  |  December 10, 2012 at 12:50 pm

      The present combination of theocracy/secular system is originally made in BN. Dap just copy&pasted the idea. If a copy&pasted idea is to be considered fair to all, by right the original idea must also be considered fair to all. Would Dap admits that BN has been fair to all?

      In the context of a party and people they represent, who Dap actually represent for? Helen or Kairil or Hannah Yeoh? If Dap also represent Helen, are they sensitive enough and would they react when Helen had so much to grouse about how the Dap’s copy&pasted idea is affecting her livelihood?

      Reply
  • 6. rambulan  |  December 9, 2012 at 10:36 pm

    Muslim adalah pihak yang tahu berterima kasih. Tak apalah kalau cm tak sediakan perumahan rakyat atau peluang pekerjaan atau peluang perniagaan tetapi asalkan cm nampak prihatin terhadap urusan agama mereka, ia sudah memadai. Semua itu sudah tentu cm pelajari dari parti islam. Dan kerana tugas untuk memenuhi keperluan muslim adalah semudah menulis angka atas sekeping chek maka bolehlah cm tumpukan perhatian terhadap keperluan kroni-kroni pula iaitu bab yang lebih mencabar.

    Reply
    • 7. Helen Ang  |  December 9, 2012 at 10:47 pm

      Boleh sesiapa tolong bagi tahu … kariah sebuah surau di Subang Jaya agaknya berapa orang?

      Najib 1Malaysia dituduh ‘membeli’ undi fakir miskin dengan bayaran BR1M sebanyak RM500 setiap isi rumah.

      Cuma nak kira … kalau sumbangan RM1,000 diberikan kepada sesebuah surau di Subang Jaya, per head (atau per pax)-nya berapa.

      Reply
  • 8. rambulan  |  December 9, 2012 at 11:18 pm

    Sumbangan atas nama kariiah atau kongregasi tidak dikategorikan sebagai beli undi. Ia jadi begitu kerana pr adalah penentu segalanya. Kalau mereka kata ianya ‘rasuah’ maka rasuahlah ia, sebaliknya kalau pr kata tidak maka tidaklah. Contoh paling ketara ialah nepotisme. Kalau anak dan bapa berpolitik dalam satu masa, bagi pr ia bukanlah berkategori dinasti tetapi kemampuan keluarga melahirkan lebih dari seorang khalifah dalam satu masa. Maknanya pr sudah sampai pada tahap di mana mereka boleh buat apa saja kalau diberikan kuasa.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Facing death

Slim chance of life in dog pound

Pls click on image above to read

Asleep in Buddha’s arms

Animal lovers can complain to the Prime Minister's Office, Public Complaints Bureau. Bombard Putrajaya!

http://www.pcb.gov.my

My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

'The Malay getting restless now' in Sarah's blog

Bubur lambuk in Anisah Afifah's blog

'10 scandals that rocked the Vatican' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,345,436 hits

Kalender

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 326 other followers

%d bloggers like this: