MCA dicengkam sindrom makan percuma

December 10, 2012 at 10:52 pm 28 comments

MCA diperli Adun-Adun DAP kerana mengadakan jamuan bagi tetamu yang hanya hadir untuk makan percuma.

@hannahyeoh  MCA dinners, they can give u free makan just to participate, to show that they have many2 supporters, their common practice.”

Akan tetapi para hadirin Mega Dinner MCA sebenarnya begitu bosan dan langsung tidak ada minat terhadap mesej yang ingin disampaikan oleh parti tersebut, sindir pengikut-pengikut Twitter Hannah Yeoh.

hannahyeoh Does anyone know the turnout

Dijanjikan hidangan udang karang konon

Mengikut Adun DAP di Kampung Tunku, Lau Weng San, para tetamu asyik menumpukan perhatian kepada makan lalu mereka malas untuk bertepuk tangan. Sejurus selepas kenyang makan, mereka pun angkat kaki lah.

Malah Lau Weng San mendakwa hadirin telah diperdaya untuk menyertai majlis MCA melalui tipu helah bahawa udang karang akan dihidangkan.

Tweet Hannah Yeoh yang mempersendakan MCA (screenshot atas) dikeluarkan kepada 54,000 orang pengikut Twitternya. Di antara peminat-peminat setia Hannah adalah kakitangan The Star.

Jadi tidak hairan lah akhbar milik MCA beriya-iya mempromosi Hannah Yeoh supaya popular di Twitterjaya.

MCAdinosaurs

“MCA terlalu banyak dinosaur-dinosaur tua”, tweet editor Star

Orangramai senang-senang menjamu selera atas ehsan MCA tetapi mereka terang-terang meremehkan parti tersebut.

Politikus pembangkang pula menikmati publisiti percuma dan puji-pujian atas ehsan MCA. Di dalam media milik MCA. Patutlah MCA dipandang sebagai “intellectually flabby” oleh pengarang The Star.

Dalam sejarah dunia memang tidak pernah wujud parti politik yang begitu intellectually flabby murah hati macam MCA. Hanya di Malaysia ada.

Dengar cakap, Muzium Jurassik yang didirikan di Johor sudah hampir siap dibina. Spesimen-spesimen tulang dinosaur boleh dipamerkan di sana nanti.

TwitMeterDec2012

Di Pulau Pinang pun dua kali lima

Gejala MCA diperbodohkan orang yang mereka sendiri julang bukan setakat di Subang Jaya – pusat personality cult yang dipupuk oleh pemberita Star – tetapi ia berlaku di Pulau Pinang juga.

MCA dan Gerakan mengadakan jamuan makan bersama di Butterworth pada 3 Disember baru-baru ini.

Wartawan bebas Anil Netto yang turut menghadiri majlis tersebut telah memblog rencana bertajuk Bored diners tuck in at large MCA-Gerakan unity dinner‘.

Petikan beberapa perenggan rencana Anil di bawah:

<QUOTE>

  • “Gushingly, [Ng] Yen Yen declared the MCA-Gerakan unity dinner a historic occasion. The crowd acknowledged her solemn proclamation by heartily tucking in even more food (dihuruf-tebalkan oleh blogger ini).
    .
  • “As for the crowd response, I would say one third (especially those sitting at the back and either side) had turned up with their families and friends focused on enjoying a sumptuous meal. They paid little attention to the speakers despite the sound system being set at full blast…”
    .
  • “And they looked bored while waiting for the next course, and the course after that.”
    .
  • “… by the looks of it, last night’s dinner crowd showed up with the main objective of making the most of the feast“.

Seperti juga mereka yang makan percuma, pembaca suratkhabar juga geli hati tetapi puas atas tawaran ‘Buy Star Read Rocket’.

Baca juga:

Gangnam stail: MCA tabur wang merata-rata bagi meraih sokongan

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: .

Correctly interpreting Dr M’s ‘Islamic country’ declaration of 2001 Geng Khalid

28 Comments Add your own

  • 1. atas pagar  |  December 11, 2012 at 1:00 am

    Kak Helen,

    Penat-penat Toilet Paper cap Star jual berita untuk penuhkan poket tauke (Mca), last-last duit itu ditabur merata-rata…hmm memang patutlah depa (pekerja Toilet Paper) sengaja pekakkan telinga meskipun telah dilondehkan berkali-kali oleh blog ini!

    Tetapi apa kena mengena jamuan Mca dan Hannah Yeoh? Jeles semacam apabila nampak Mca mampu sajikan makanan lazat untuk rakyat. Apa kes nih? Bukankah duit itu duit Mca Hannah ooii! Iaitu duit dari keuntungan penjualan Toilet Paper cap Star, yakni bukan duit mana-mana negeri? Habis ko jeles apa hal?

    Oh ya, mungkin Hannah berasakan duit itu datang dari poket Dapster yang digunakan untuk melanggan cerita sensasi evangelis yang suka masuk bakul angkat diri sendiri yang dipaparkan oleh TPCS makanya Hannah berhak untuk mengetahui ke mana duit berkenaan dibelanjakan? Habis duit yang ko tabur pada kariyah dan kongregan apa cer? Mca tak jeles pun…

    Kesimpulannya: Kata dulang paku serpih, mengata Mca…sedar tak sedar Dapster yang lebih!

    Reply
    • 2. Helen Ang  |  December 11, 2012 at 1:04 am

      Tergelak saya membaca. Logik juga ya.

      Reply
      • 3. atas pagar  |  December 11, 2012 at 1:23 am

        DVD part 2 yang mana satu pulak nih?

        Yang ada kaitan dengan Chinadoll atau yang ada kaitan dengan mistress?

        Apakah Dapster sudah kehabisan modal untuk ditweet hinggakan cerita basi diulang tweet bagi meraih sokongan?

        Reply
    • 4. Sshsn  |  December 11, 2012 at 9:41 pm

      Helen. You are one seriously obsessed parasite. Seek help.

      Reply
      • 5. Helen Ang  |  December 11, 2012 at 10:04 pm

        Really? You’re the one obsessively squatting in my blog. You even read me when you’re in Hong Kong and in India (dunno whether you’re overseas for work or on holiday).

        Please. Just delete my blog from your bookmark. And the next time you’re abroad, I suggest you go enjoy yourself at a nightclub or something. Don’t spend your time staring at the computer screen.

        Reply
  • 6. Aba Ikhwan  |  December 11, 2012 at 8:08 am

    Elok la tu di pihak PAS mengajar pengikutnya untuk tidak bersyukur atas pemberian orang lain manakala DAP juga mengikut, ada juga tarbiah PAS masuk dalam kepala hotak pemimpin DAP walaupun yang buruk2 belaka.

    Tetapi ia menunjukkan bahawa ‘free loader’ dalam kalangan bangsa yang mengakui ‘superiority’ ini adalah ramai.

    Reply
  • 7. marhaeman  |  December 11, 2012 at 11:09 am

    Apabila insan belum cukup umur di lantik untuk menjawat jawatan Yang Berlagak (YB) maka inilah jadinya — tak henti-henti tunjuk lagak.

    YB sebegini sepatutnya gunakan status YB untuk melaksanakan janji sebelum ini iaitu mahu jadi HAMBA rakyat!

    Apa yang berlaku adalah jauh panggang dari api, YB ini menyibukkan diri untuk menjaga tepi kain MCA seolah-olah MCA yang bayar gaji dia.

    Ini baru satu YB yang disedari makan gaji buta kerana asyik bermain dan berbalas-balas tweeter .

    Bagaimana dengan lain-lain Dapster yang pandai makan gaji tapi tak pandai beri khidmat? Duit siapa pulak yang kena kenduri?
    ________________________________________________________________________________________________________________________________________________

    “Yang Berlagak”, good one. Pinjam istilah untuk digunakan! — Helen

    Reply
    • 8. Pakatan Puak Pembohong  |  December 11, 2012 at 11:19 am

      Yang Berlagak ? tak sedap pun kat telinga. apa kata kita gelar wakil rakyat PR selaku Yang Berbohong ? Yang Berbohong pun singkatan YB. apa kata Helen ?

      Reply
      • 9. Helen Ang  |  December 11, 2012 at 11:31 am

        Yang Berlagak rasa-rasanya sesuai dengan MB Selangor (bukan Khalid yang dimaksudkan, MB yang seorang lagi).

        Reply
        • 10. Pakatan Puak Pembohong  |  December 11, 2012 at 11:34 am

          oh yang sudah lama bentuk kerajaan kayangan kat Subang Jaya tu ke yang cik Helen maksudkan ? he he he ! dia tu lain sedikit. dia tu accountable only to Jesus, not accountable to the people of Selangor. he he he !

          Reply
          • 11. Helen Ang  |  December 11, 2012 at 11:37 am

            “Kerajaan kayangan”, hahaha. You guys are on a roll.

            Reply
  • 12. An Hwa Lee what?  |  December 11, 2012 at 11:10 am

    Beruntung betul la, kat sana dia makan kat sini sapu. Semua nak ambil hati semua nak bodek. Tapi bab undi tak pasti lagi.

    Gelaran ‘Free Loader’ adalah amat tepat dan bersesuaian sekali, tapi selalu pulak kata didiskriminasi dan dilayan secara tak sama rata.

    Mentekedarah macam apa, pulak asyik nak komplen je. Bila mintak faham budaya orang lain dan guna Bahasa Malaysia, tak nak. Bila orang lain pulak tegur, mintak berhijrah kalau semua benda kat negara ni tak bagus, tau pulak dia marah.

    Reply
  • 13. PJ  |  December 11, 2012 at 11:15 am

    Tak kira parti apa sekali pun, orang Malaysia memangnya akan pergi kalau dapat makan free. Kalau DAP buat makan free pun mereka akan pergi untuk makan dan bukan untuk dengar DAP cakap. Yang aku tahu dan lihat dengan mata aku sendiri ialah Selangor dulu lagi bersih dan terjaga di bawah BN.

    Sampah tu memang jadi benda biasa dah sekarang, begitu juga dengan jalan berlubang, lampu trafik rosak,’Zon bersih’ yang tak ada fungsi pun, stickers dan kain rentang tak terkawal banyak nya, jalan banjir..I could go on and on..but this is enough for me not to waste my vote on PR. Aku tak nak bereksperimen dengan masa depan aku dan anak anak aku.

    Reply
    • 14. Helen Ang  |  December 11, 2012 at 11:29 am

      Nampaknya lori sampah sekarang – yang pusing di kawasan tempat tinggal saya – lebih kecil saiznya berbanding lori sampah Alam Flora dahulu.

      Reply
      • 15. atas pagar  |  December 11, 2012 at 12:10 pm

        Lori sekarang bukannya lori sampah tetapi lori MENYAMPAH…ya lah masakan tak menyampah tengok sampah yang dipungut oleh lori menyampah tup-tup berterabur atas jalan raya sebaik saja lori bergerak…yakni depa bukan angkut sampah sebaliknya menteraburkan sampah. Ish menyampah den nengoknya.

        Reply
    • 16. shamshul anuar  |  December 11, 2012 at 5:45 pm

      PJ,

      Yup. I notice that too. Shah Alam used to be very clean. Not anymore.

      Reply
  • 17. Pakatan Puak Pembohong  |  December 11, 2012 at 12:12 pm

    Acara – Ceramah Perdana Pra PRU 13 Menuju Ke Putrajaya.
    Tarikh – 9/12/2012 Ahad 9.00 p.m.
    Tempat – Taman Bukit Kuda Klang.
    Penceramah Utama – Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Joseph Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad.
    Kedatangan penonton – Kurang dari 200 orang.
    Ha ha ha !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Reply
  • 18. marhaeman  |  December 11, 2012 at 1:31 pm

    Keberkesanan perlobian dari puak yahudi dalam kempen PRU di AS ada kaitan dengan keupayaan golongan berkenaan untuk jadi penyumbang wang terbesar. Apabila jamuan makan dianjurkan oleh parti politik yang bertanding (Demokrat/Republikan), yahudilah yang jadi juara dari sudut sumbangan.

    Maknanya, kekayaan boleh disalurkan dalam bentuk sumbangan politik bagi mempengaruhi pemerintah/bakal pemerintah agar memberikan pertimbangan terhadap kemahuan, tuntutan dan keperluan golongan/bangsa, sama ada yang dekat atau yang berbau-bau bacang dengan si kaya-raya tadi.

    Dalam konteks lokal, parti-parti yang sebelum 2008 boleh diklaskan sebagai kurang berada tetapi sekarang ini boleh berbangga dengan kemewahan dimiliki setelah 4 tahun berkuasa di 4 negeri (termasuk dua negeri terkaya). Sudah tentu kemewahan berkenaan tidak digugurkan dari kayangan sebaliknya banyak kaitannya dengan sumbangan politik.

    Kalau dalam konteks AS, apa yang dilobikan oleh yahudi adalah jelas iaitu Tahu Sama Tahu (TST). Cumanya, bagaimana pula dengan lokal? Contohnya, apa yang dilobikan oleh mereka yang memasukkan syiling dalam tabung Pas dan apa yang dilobikan oleh penyumbang yang memasukkan chek-chek dalam tabung Dap?

    Reply
  • 19. ASH  |  December 11, 2012 at 4:49 pm

    Helen,

    If Dap believe that MCA is gone apa hal dok kisah sangat Majlis Makan Malam anjuran MCA . Diam diam sudah la ..kan dah tahu Chinese akan undi DAP.

    Orang yang dibayar gaji beribu ribu oleh MCA (kakitangan STAR) pun masih menyokong DAP inikan pula sekadar jamuan makan malam . Kalaulah saya penyokong DAP I just keep quite.

    Tapi mungkin tabiat kiasu DAP semua orang buat tak betul dan suka buat kecoh. Golongan yang suka menunjuk nunjuk sampai bila pemimpin mereka sembelit pun nak kena cerita dalam surat khabar. Hitting at lowest end, pasal ‘taik’ pun nak kena cerita.

    Reply
    • 20. Helen Ang  |  December 11, 2012 at 6:45 pm

      Bekas CEO The Star yang baru letak jawatan itu khabarnya bergaji RM3 juta setahun — baca pautan di sini.

      Reply
      • 21. ASH  |  December 11, 2012 at 7:48 pm

        Mr Serba Tahu dah berpindah ke portal serba tahu .good

        Reply
        • 22. Helen Ang  |  December 11, 2012 at 7:52 pm

          Ho Kay Tat balik The Edge, P. Gunasegaram ke Kinibiz, portal baru bisnes Malaysiakini.

          Reply
    • 23. atas pagar  |  December 11, 2012 at 7:39 pm

      “Gone case” satu hal tetapi dalam konteks politik, pihak yang sudah tidak relevan dalam konteks kepercayaan pengundi masih boleh memberikan tekanan pada pihak yang belum kecundang.

      Contohnya kes Talam. Kalau Melayu yang bangkitkan, Dap tak rasa apa-apa tetapi kalau anak Cina dari “parti gone case” yang bangkitkan, ia menusuk kalbu Dap.

      Maka itulah sebabnya si Hannah terus bersok-sek tentang Mca walaupun parti berkenaan Dap sendiri yang menyindirnya sebagai intellectual flabby dan dinosaur dihujung kepupusan.

      Justeru, meskipun sudah dihujung kepupusan tetapi dalam konteks pesaing kepada Dap, apabila isu penting didedahkan, Mca masih mampu membikin Dap tak tidoq semalaman, kan, kan?

      Reply
  • 24. shamshul anuar  |  December 11, 2012 at 5:44 pm

    Helen,

    As long as MCA comtinue to stand in malay majority areas, MCA will be ridiculed by chinese community. To earn respect, MCA must fight and win in Chinese areas.

    It will send good messages to chinese community. Bereft of Malay areas, there will be no Chinese Minister should Chinese continue to reject MCA or Gerakan. Chinese will learn that it takes two to tango so to speak. After insisting that Govt (meaning UMNO) respects their aspiration, they also must show appreciation.

    So Tan Lian Hoe (from Gerakan), stop hiding in Grik. Go battle Theresa kok in Seputeh. And Penang BN Chairman, please fight LGE. And Hannah’s performance is nothing to shout about. It is the STAR that emphasizes the “perasan” YB.

    I have enough of MCA keeping silent. Time to tell the Chinese community that they alone cant dictate the politics. Tell the Chinese that having a political party that centers on Lim Dynasty will do them no good.

    As for UMNO, the practice of subsidizing MCA or Gerakan in Malay areas must stop. Remember BN lost Kuantan, Teluk Kemang, Bandar Tun razak , Lunas, Ijok as the constituents being Malay majority want Malay candidates. Who can forgive how BN lost in Pasir Panjang as its candidate is from MIC while Malays form the majority.

    And I could not help but agree with Dr Hassan’s statement that he thinks MCA and DAP has a “mutual understanding”.

    Reply
    • 25. Helen Ang  |  December 11, 2012 at 6:51 pm

      Orang Melayu harus mengisyarakatkan dengan jelas kepada MCA agar tidak mengambil mudah undi kaum Melayu sebagai satu simpanan tetap BN yang akan diserahkan bulat-bulat nanti kepada calon parti itu.

      Sekiranya MCA masih lagi enggan mengekang kegiatan-kegiatan Si Gunting yang menikam belakang, maka harus parti itu dipertanggungjawabkan atas tindak-tanduk curang dan sumbang jentera medianya.

      Reply
      • 26. Dave  |  December 14, 2012 at 2:28 am

        maybe its better to leave star as it is. right now, it gives illusion it is neutral n balanced when it is actually pro bn.

        that way, more people trusts the star. its even easier to slip in anti pakatan propaganda as news without people noticing.

        look at utusan n nst. blatantly pro umno. their circulation has dropped n few people believe them.

        Reply
        • 27. Servant of God  |  December 17, 2012 at 2:25 pm

          I know this is an old post, but your statement “their circulation has dropped n few people believe them.” beggars proof.

          So kindly supply your proof, it would be enlightening. Provided you have proof, of course.

          Reply
          • 28. Helen Ang  |  December 17, 2012 at 2:33 pm

            See ‘Pijak‘ posting. The Star NUJ president who tweeted “Big Mama” was given a promotion by the paper.

            The MCA media machinery promotes staff who mock the PM’s wife and the MCA president and the cabinet ministers.

            Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 5,005,486 hits

Kalender

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: