DAP, pembangkang ada tangan dalam anti-Lynas

December 13, 2012 at 6:03 pm 18 comments

(1) Guan Eng janji akan batalkan Lynas sekiranya Pakatan berkuasa

Ucapan pembukaan setiausaha agung DAP itu di perhimpunan agung DAPsy dan Wanita MCA DAP pada 9 Dis 2012 (petikan):

“DAP menuntut agar BN menghentikan operasi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) sekarang atau 4 Menteri harus letak jawatan untuk mengambil tanggungjawab kerana gagal menepati janji … [...]

“Jika BN enggan melindungi kepentingan kesihatan rakyat dan persekitaran dengan membatalkan loji Lynas kerana melanggar syarat, dan lebih mementingkan keuntungan kroni, maka PR akan melakukannya apabila kita mengambil alih Putrajaya kerana loji tersebut boleh dibatalkan kerana melanggar syarat tanpa membayar satu sen sebagai pampasan.”

antiLynasChange

(2) Kumpulan Save Malaysia Stop Lynas mahu kerajaan BN ditendang keluar

Kenyataan akhbar oleh SMSL pada 9 Dis 2012 (petikan):

“By issuing Lynas its temporary operating licence, the Government has failed in its duty of care to regulate Lynas and to protect the rakyat and Malaysia’s natural resources from dangerous hazards and pollution.

‘SMSL has the mandate from our many supporters to fight until the end to shut down the Lynas plant. We will pursue every single legal avenue available out there and campaign in every possible way to vote this irresponsible and incompetent government out. Our future is too precious to be ruined by a profit-seeking foreign company that pays no tax.’ Mr Tan reiterates the stance of SMSL.”

(Tan Bun Teet ialah jurucakap SMSL)

(3) Pelopor anti-Lynas ditawarkan tiket DAP bertanding PRU13

Mantan ketua DAPsy Anthony Loke mengajak Wong Tack, pengerusi Himpunan Hijau (yang menerajui gerakan anti-Lynas), supaya bertanding di pilihanraya yang akan datang sebagai seorang calon DAP.

“Loke, who also spoke during the ceramah, also openly invited Wong to contest the coming election on a DAP ticket.” — sumber: Malaysiakini semalam

(4) Ahli Parlimen DAP mengepalai perarakan Green Walk

Seramai 11 orang Ahli Parlimen DAP beserta beberapa orang lain Adun DAP mengambil bahagian dalam perhimpunan ‘Langkah Lestari’ di Dataran Merdeka pada 25 Nov 2012.

Anthony Loke dengan peserta Green Walk

Anthony Loke dengan Aunty Mei (Tuw Yin Lan)

Tuw Yin Lan, 71 – wanita yang bergambar dengan mantan Ketua DAPsy (atas) – ditahan polis semalam selepas mendekati Menteri Besar Pahang dan menggesa Adnan Yaakob meminta maaf atas kenyataan ‘bohong’ MB tersebut berhubung perarakan Himpunan Hijau bulan lalu.

Nanti pembangkang akan pula mendakwa PDRM suka membuli warga emas kaum Cina (mengingatkan kepada saga Aunty Bersih terdahulu).

(5) Gerakan anti-Lynas menang anugerah Suaram

‘Himpunan Hijau receives Suaram award’ — laporan Malaysiakini semalam

(6) Promo oleh DAP dan aktivis pro-DAP di media sosial

Grafik merah-biru pada tweet Haris Ibrahim ialah lakaran wajah Martin Luther King Jr, arwah pejuang hak asasi Amerika Syarikat berkulit hitam yang mengetuai protes jalanan dalam pergolakan sosial AS tahun 1960-an.

Twitter harismibrahim Lynas or Lynch Us Does BN ... 2012-12-13 16-34-19

Guan Eng press statement

Screenshot (atas): DAP menyokong Himpunan Hijau 3.0 Duduk Bantah – kenyataan akhbar sini.

Masih mahu menegakkan benang basah

Namun ada sesetengah pihak yang berkeras mahu menafikan bahawa perarakan anti-Lynas ada berbaur politik. Mereka menegaskan ia hanya berkisar pada isu alam sekitar semata-mata dan tiada kaitan langsung dengan politik kaum Cina.

Adakah cogankata ‘Radioaktif tidak memilih bangsa’ yang dipaparkan oleh wanita (bawah) bertujuan untuk mengingatkan bangsa-bangsa lain – selain orang Cina – bahawa diri mereka pun boleh menjadi mangsa kesan radioaktif?

Jikalau betul wanita muda itu berhasrat menyampaikan mesej tersebut kepada bangsa-bangsa lain, adakah ia juga bermaksud sambutan orang Melayu dan orang India terhadap protes anti-Lynas adalah kurang memberangsangkan?

Aren't the Firsters supposed to be colour blind? Why the 'Bangsa' placard?

Mao Zedong punya ‘Red Guards’

Dr Looi Hoong Wah, seorang penduduk Kuantan, menceritakan bahawa rasa tidak puas hati terhadap Lynas mula-mula dicetuskan oleh para ketua gereja di bandar tempat tinggalnya, dan seterusnya sentimen berikut telah diapi-apikan oleh media Cina.

Tambah Dr Looi lagi:

“The anti-Lynas Red Guards have deployed an army of cyber harassers and cyber thugs in all the Malaysian blogs and other news media to intimidate anyone who oppose them and they are very successful so far.”

Adakah “anti-Lynas Red Guards” yang mengganas (yang disebutkan oleh Dr Looi itu) sebenarnya kawan-kawan DAPster kita?

Seorang pendemo di bantahan Lynas memakai topeng Vendetta

Seorang pendemo di bantahan Lynas memakai topeng Vendetta

Simbol pemberontakan

Topeng di atas melambangkan gelombong untuk menggulingkan kerajaan. Ia muka Guy Fawkes, ketua sebuah komplot untuk meletupkan bangunan Parlimen (House of Lords) di London pada tahun 1605.

Topeng yang dipakai lelaki dalam gambar di atas – yang dirakamkan ketika Himpunan Hijau pada tempoh hari – telah dipopularkan dalam filem V for Vendetta.

Topeng tersebut digunakan oleh penyokong-penyokong gerakan Occupy [Wallstreet, dsb] dan lain-lain puak anarki yang menentang kerajaan.

Berkaitan:

Perarakan Himpunan Hijau di KL berbaur pengaruh politik DAP

Reason Lynas protesters are mostly Chinese

About these ads

Entry filed under: DAPster. Tags: , , .

Lagi gambar Chua Soi Lek yang memalukan! Si gembala Animal Farm

18 Comments Add your own

  • 1. Salhas  |  December 13, 2012 at 6:48 pm

    The message RADIOAKTIF TIDAK MENGENAL BANGSA carried by the China Doll actually refers to the Rear Admiral’s rocket launcher’s capability.

    Reply
  • 2. marhaeman  |  December 13, 2012 at 6:48 pm

    Helen,

    Kalau IAEA tak kata apa-apa tentang Lynas, maknanya kilang berkenaan tiada unsur nuklear. Siapa yang lebih boleh dipercayai? Dap atau IAEA?

    Kalau radioaktif adalah isunya di sini, makanya semua hospital swasta yang menggunakan bahan tersebut di premis mereka akan kena tutup jugak ke kalau Dap berkuasa?

    Dilihat secara rasional dan neutral, sentimen para penyokong tidak bolehlah dijadikan justifikasi untuk menamatkan operasi sesebuah kilang. Kalau itu jadi ikutan selepas ini, makanya bayangkanlah apa akan jadi terhadap bisnes kroni Dap kalau Dap tumbang di Penang?

    Reply
    • 3. Sshsn  |  December 13, 2012 at 9:20 pm

      Since you’ve broached the subject…what is your personal stand? How far are you willing to go for Lynas? Is it just to the extent of your frustrated bitching on the Internet? Or will you be an example and live next to the plant? Whilst you’re at it, please take your multiple personalities along.

      Reply
      • 4. marhaeman  |  December 14, 2012 at 1:04 pm

        Bagi sesetengah pihak, najis yang keluar dari punggung lawan akan difitnah sebagai mengemisikan radiasi tetapi najis yang keluar dari dubur sendiri sebaliknya dijaja sebagai bebas dari bahan radiasi. Semua ini menunjukkan apabila dua pihak bersaing, masing-masing pihak akan berbuat apa saja bagi memburuk-burukkan dan merendah-rendahkan lawan mereka. Itulah realitinya dan sesiapa saja yang mahu berpihak kepada dua pihak tadi perlulah menerima atau menyesuaikan diri dengan realiti semasa.

        Dalam konteks berapa jauh seseorang itu sanggup pergi untuk mendapatkan apa yang diidamkan adalah bergantung sama ada perkara yang didamkan itu mustahil dicapai, mustahil tetapi tidak mustahil atau tidak mustahil. Ada insan yang sanggup pergi setinggi Everest untuk membuktikan sesuatu dan ada individu yang sanggup menaiki belon helium mega menuju stratosfera lalu terjun secara bebas semata-mata untuk membuktikan bahawa fizikal manusia mampu bertahan kalau terjatuh di udara pada kelajuan melebihi kelajuan bunyi.

        Namun ada juga pihak yang sanggup ambil risiko berhijrah meredah Laut Cina Selatan menuju daratan yang lebih makmur bagi memulakan penghidupan lebih baik tetapi terperosok dalam pelukan agama baru dan kini pergi lebih jauh lagi iaitu bersekedudukan dengan Mullah bagi membentuk sebuah tamadun baru meskipun tamadun sedemikian itu belum pernah jadi kenyataan sebelum ini. Nah! ucapan sebaiknya untuk mereka adalah semoga berjaya.

        Reply
        • 5. Sshsn  |  December 15, 2012 at 3:08 pm

          Go fuck yourself marhaemen. Before you utter another word either move next to Lynas or, like I said go fuck yourself.

          Reply
  • 6. marhaeman  |  December 13, 2012 at 7:03 pm

    Analogi bagi tindakan yang akan diambil oleh Dap apabila mendapat kuasa adalah sama macam tindakan yang akan diambil oleh Pus terhadap ladang khinzir satu masa dulu.

    Dalam konteks ladang khinzir, rata-rata Muslim beranggapan ianya berisiko tinggi dari sudut kesihatan dan pencemaran alam, justeru ianya bukanlah satu industri yang disokong oleh Muslim.

    Namun sentimen berkenaan tidak boleh dijadikan justifikasi buat mana-mana pihak untuk menutup ladang khinzir berlesen apabila mendapat kuasa sebagaimana Dap mahu menutup operasi Lynas!

    Justeru, kenyataan Dap tentang isu Lynas membuka pekung sendiri dan selain itu persepsi bahawa Dap akan buat apa saja kalau diberikan kuasa semakin menampakkan kebenarannya.

    Reply
  • 7. Rakyat Biasa  |  December 13, 2012 at 7:44 pm

    Dulu PAS mahu lelong Putrajaya. Sekarang berebut nak duduk di Putrajaya.

    Sekarang DAP mahu halau Lynas. Nanti DAP nak stakeholder dalam Lynas.

    Politik pembangkang. Mudah dibaca. Mudah dijangka.

    Reply
    • 8. Helen Ang  |  December 13, 2012 at 8:05 pm

      “nak stakeholder dalam Lynas” … setuju

      Dulu anti-Islamic state, sekarang DAP sokong PAS untuk Semua, Hudud untuk Semua serta mahu mengetuai Jabatan Agama nanti

      Reply
      • 9. marhaeman  |  December 13, 2012 at 9:14 pm

        Kalau Alam Flora boleh tertamat perkhidmatannya dan digantikan dengan Alam Kroni (syarikat sampah milik kroni) yang mana perkhidmatan Alam Kroni lebih kepada mengembongkan poket kroni tetapi bukannya menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, makanya kalau Dap berkuasa, jangan hairan kalau Lynas bertukar kepada Krolinas (Kroni Lim And Son)

        Reply
  • 10. I.D.A  |  December 13, 2012 at 9:58 pm

    Sesumpah atas daun tukar warna hijau, atas roket tukar balik warna merah http://catatanseni.blogspot.com/2012/11/hijau-sesumpah.html

    Reply
  • 11. nalza@700  |  December 13, 2012 at 10:40 pm

    Helen. kenapa puak pembangkang ni sibuk sangat tentang isu Lynas? Kalau betul lah nak menjadi juara hak asasi dan alam sekitar apa yang mereka buat terhadap isu pencemaran yang semakin teruk di Cameron highlands? Adakan sebab kebanyakkan pengusaha ladang tanaman sayuran terdiri dari kaum cina? kenapa tidak ‘melalak’ kepada para pengusaha ini tentang ancaman terhadap pencemaran dan kerosakan alam sekitar?

    Reply
  • 12. Dave  |  December 14, 2012 at 2:35 am

    big questions:

    - how is the waste product from the lynas processing going to be stored/disposed of?
    - if the plan is to ship it out of malaysia, which country will it go to? it should not be dumped in 3rd world african countries like what is going on in somalia

    because of the bukit merah tragedy, it no surprise people are quite skeptical toward another rare earth project in malaysia

    Reply
  • 13. Ellese  |  December 14, 2012 at 7:15 am

    Those who support anti lynas movement are either liars/ penipu besar or plain lazy to read/malas membaca.

    For years I’ve debated with those on Internet asking what they are objecting to. Not one can actually articulate why lynas is dangerous to us. They don’t know what they’re objecting but when I point out the answer which is in the IAEA report they change goal posts again and again.

    Kepala otak punya argument. Bacalah IAEA report. The answer is there.

    There are issues but not like what they are portrayed by these stupid anti lynas protestors. And when pointed out they’re wrong and baseless they don’t want to admit. They prefer falsehood and lying. Bloody fool. And then resort to ask stupid unrelated questions like would I stay there. But when I told them yes provided you must ensure my income is better and pay for my costs, terus Senyap all of them.

    If you don’t believe let’s go through this debate again. You will see how bloody liars they are. They know there’s so much falsehood but not willing to tell those anti lynas supporters they are wrong. Penipu besar. May you rot in hell for the lies and deceit.

    Reply
    • 14. Ravin  |  December 14, 2012 at 7:50 am

      If it is so “safe” why not have the factory in Australia?
      And, if it so “safe “, can you name me which country in the world is willing to take the waste? May be you and Adnan yakub and helen ang can offer your backyard for storing the waste. Can?

      Reply
      • 15. atas pagar  |  December 14, 2012 at 11:22 am

        They want to talk about radiation but they don’t want to accept the actual definition of radiation.

        They want to talk about backyard but they want to claim the whole nation as their backyard.

        So how?

        Reply
        • 16. atas pagar  |  December 14, 2012 at 11:41 am

          If all of the areas in a country going to be considered as human settlement and therefore not safe for any waste to be stored, the G4 nations have no other choice but to relocate their nuc warhead to another planet. Would they?

          Reply
      • 17. Ellese  |  December 18, 2012 at 9:58 am

        Ini seorang lagi yang malas membaca. Dah lah tu tanya soalan yang bangang? Of course for monetary reasons. Similarly with all those australian companies who invest in china? The point is a stupid question like this does not prove a fact or anything? If dangerous you tell us why lah. IAEA has no issue. So what stupid argument can you show?

        Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 5,003,307 hits

Kalender

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: