Trauma seorang wanita cantik akibat gangguan seksual

Disember 14, 2012 at 11:36 pm 4 comments

Muka kesian (salinan gambar) wanita cantik ini disiarkan dua hari lepas dalam akhbar Sinar Harian.

Wanita dalam gambar di bawah mengaku telah mengalami trauma kerana kerap menjadi mangsa gangguan seksual – adakala sampai lebih 20 kali sehari – melalui panggilan telefon dan pesanan ringkas yang berbaur lucah.

JessieOoi

Beliau ialah Jessie Ooi, ketua Beliawanis MCA Selangor merangkap ketua Wanita MCA cawangan Taman Selayang Jaya.

Mengikut Sinar Harian, laporan polis dibuat oleh Jessie pada 11 Dis selepas kerap menerima panggilan dan sms lucah daripada orang tidak dikenali yang disyaki menggunakan lima nombor telefon berbeza-beza.

Saya pun baru sahaja menyebut tentang Jessie beberapa hari lepas - baca posting bertarikh 11 Dis.

Sebelum ini Jessie pernah menjadi sasaran serangan DAPster (baca sini).

Sinar Harian telah melaporkan berita ini tetapi The Star tidak.

jessieooiSTARpastmonth

Memang sah The Star selalu sengaja membenamkan apa-apa berita tentang orang MCA, terutamanya para pemimpin wanita parti tersebut.

Nampaknya sebuah akhbar Melayu yang pengarang dan wartawannya rata-rata Melayu pula yang lebih bersimpati dengan Jessie berbanding dengan suratkhabar Firster-buta-warna milik MCA itu.

Lebih kurang setengah daripada sejumlah 29 orang pengarang kanan The Star adalah berketurunan Cina sementara 10 orang – ataupun lebih satu-pertiga daripada mereka – adalah etnik India. Atas sebab inilah timbul satu ungkapan popular berbunyi:

The Star is owned by the MCA

and run by the MIC

for the benefit of the DAP.

Bukan saya yang membuat penelitian di atas tetapi ia ditulis P. Gunasegaram, seorang bekas pengarang urusan The Star (ruj. ‘Why Ho Kay Tat left The Star‘, Malaysiakini, 13 Dis 2012)

Sepertimana yang ditunjukkan carian Google (screenshot atas), tiada apa-apa berita tentang Jessie Ooi sepanjang bulan dalam The Star.

Tidak kurang juga pemimpin-pemimpin MCA yang terpaksa menggunakan Facebook kerana tidak diberikan ruang sama sekali dalam The Star.

Kesian orang MCA.

Sebaliknya yang mendapat banyak publisiti ialah (screenshot hari ini):

HannahStarDec14

Apakah tindakan jentera media MCA yang meminggirkan orang parti sendiri akan meninggalkan kesan ke atas kebersediaan BN menghadapi lawan menjelang pilihanraya?

MCA  mendakwa mempunyai seramai 1.3 juta orang ahli. Kalau betul angka ini, maka boleh kita andaikan separuh mereka adalah ahli-ahli perempuan ataupun 650,000 orang Wanita MCA dan Beliawanis.

Wanita Umno merupakan tonggak utama BN yang paling rajin turun padang semasa kempen pilihanraya.

Wanita MCA mungkin sama rajin Wanita Umno tetapi malangnya kegiatan-kegiatan sayap mereka pada lazimnya tidak diberikan apa-apa liputan dalam The Star.

paste

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: .

The transformation of political parties Breaking the duck on Ibrahim Ali’s “May 13″ remarks

4 Komen Add your own

  • 1. Ahmad Ibrahim  |  Disember 15, 2012 at 11:06 am

    men tend to stalk women with looks, women that are beautiful, women that are good to look at, women with class. thus it is not surprising that the women from MCA are stalked.

    now look at the women from the DAP. none of them have looks, none of them are beautiful, none of them are good to look at, none of them have class. so why would men waste their time stalking the women of the DAP?

    Balas
  • 2. Sshsn  |  Disember 15, 2012 at 3:02 pm

    Ahmad, you epitomize everything that is wrong with this country. And Hell bad hair Ang….

    Balas
    • 3. Penang Voter  |  Disember 15, 2012 at 5:37 pm

      sshsn,

      Just stop calling names because there are others who do not agree with your views.

      I am a registered voter in Penang, a true Penangite, a Chinese and a senior citizen who studied in primary and secondary schools in Penang and went on to graduate from Universiti Malaya at a time when there was only one university in this country, all in the English medium in those days. However, I am equally comfortable with both written as well as spoken Bahasa Malaysia.

      I have lived under the administration of four Chief Ministers in Penang, namely WPN, LCE, KTK and LGE and old enough to have seen many changes. The present CM is the worst in terms of performance and sincerity. His government is a high handed and harsh administration, full of political spin, bringing Penang into a downward spiral to seventh place in terms of GDP growth, with massive hill cutting and widespread sale of government land to private developers.

      Come the next GE, my family, relatives, neighbours and friends will correct the serious mistake we made in 2008 and vote back the political coalition which gave us the Free Industrial Zones, the tourism belt along the north coast of the island, created millions of new jobs and transformed the State of Penang from a sleepy backwater into a leading industrial state in this country. It will not be so easy for the so called PR political parties this time around – many people I spoke with no longer believe in MK, MI and HI, so just wait and see.

      Balas
  • 4. I.D.A  |  Disember 15, 2012 at 4:16 pm

    teringat lagu ni: [YouTube: Milli Vanilli 'Baby don't forget my number']

    kesian dia. tapi mmg betoi kata ahmad ibrahim.

    Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


The Lion Sleeps Tonight

KARPAL SINGH

Petty Tyranny of Madame Speaker

They always call Utusan

the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'Condolence' in Oik's blog

'Mereka perlu disekolahkan' in Sarah's blog

'10 alleged ghost sightings' in Alizul's blog

'The Calovinia' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,765,373 hits

Kalender

Disember 2012
I S R K J S A
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 302 other followers

%d bloggers like this: