Orang Guan Eng membolot separuh daripada kerusi-kerusi CEC

December 23, 2012 at 2:03 pm 19 comments

Rombongan DAP Pulau Pinang dan rombongan DAP Perak jika digabungkan sudah 14 orang dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang mempunyai 30 anggota itu.

DAP Utara yang dikepalai Khalifah dan Mursyidul Am anak-beranak Lim mempunyai kuasa mutlak ke atas CEC manakala DAP Selatan hanya ada seorang wakil tunggal (lihat jadual senarai nama, bawah). 

Posting ini bersambung daripada ‘From DAP North to DAP South (Part 1)

CEC STATE DAP

Nota: Vincent Wu pernah terlibat dengan DAP Perak dan Thomas Su dengan DAP Kedah/Perlis
.

CEC berkiblatkan Tokong

Nyata sekali Lim Guan Eng telah menyumbat majlis tertinggi parti sarat dengan konco-konconya.

Sejumlah 10 orang ahli CEC tidak terpilih perwakilan tetapi dilantik tanpa mandat undi. Tiga orang daripada mereka – Zairil Khir Johari,  P. Ramasamy dan Ariffin Omar – adalah orang Guan Eng puak Pulau Pinang meskipun Zairil dan Ramasamy bukan anak watan negeri utara tersebut tetapi sekadar bidan terjun.

Malah Dear Leader sendiri pun bukan seorang Penangite tulen.

Gara-gara Ramasamy dan Ariffin terhutang budi kepada Guan Eng atas pelantikan mereka (masing-masing sebagai Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang – kuota keturunan India – dan Senator – kuota Melayu), maka setiausaha agung parti itu mungkin menganggap bahawa dia boleh yakin akan kesetiaan peribadi mereka terhadap dirinya.

Lalu dalam kongres kebangsaan minggu lepas telah diserahkan jawatan CEC kepada kedua-dua mereka. Dan lagipun Ariffin – seorang bekas pensyarah USM yang menyertai DAP pada bulan Ogos 2011 – ialah mantan setiausaha Aliran, iaitu sebuah NGO kroni Guan Eng yang berpengkalan di Pulau Pinang.

Selain Zairil, Rama dan Ariffin bertiga, dua orang lagi ahli CEC yang dilantik adalah berasal daripada puak Perak, yakni bekas Speaker DUN negeri tersebut V. Sivakumar beserta Adun Pasir Pinji, Thomas Su.

Peta daerah Petaling, Selangor

Petaling

CEC dibelit Bible Belt

Ketidakseimbangan pengaruh antara wilayah bertambah runcing apabila bloc Lembah Kelang pun begitu ramai orang dalam CEC: DAP Wilayah Persekutuan ada 4 orang anggota sementara DAP Selangor ada 5 orang anggota yang kesemua mereka kecuali Teng Chang Khim adalah bertapak di daerah Petaling (lihat senarai, sini).

Penghuni di Petaling ialah jenis DUMC yang boleh nampak Ibu Maryam menghinggap di tingkap sebuah hospital di Subang Jaya.

Keahlian CEC yang terlampau condong kepada Pulau Pinang, Perak dan KL-Selangor membayangkan bahawa ianya kepentingan-kepentingan pantai barat yang dijaga oleh pemimpin duduk semeja (dalam bahasa Cina panggil ‘cai dan‘ atau menu) dengan dinasti Lim.

Wakil pribumi Kristian diberikan tempat dalam CEC melalui pelantikan seorang satu dari Sabah dan satu Sarawak.

Akan tetapi seperti juga Zairil dan Ariffin yang setahun jagung di DAP, John Brian Anthony pun orang baru.

Pemimpin Dayak tersebut hanya keluar PKR dalam bulan September 2011. Sebelum itu beliau calon PKR bagi kawasan DUN Meluan dalam pilihanraya negeri yang berlangsung di Sarawak pada April tahun lepas.

Selain delegasi 4 orang Malaysia Timur itu, yang 3 orang daripada mereka dilantik dan bukan menang undi, DAP negeri-negeri lain masih terpinggir daripada CEC.

Hanyut mengikut arus tsunami

Kemenangan Pakatan yang menyapu bersih kawasan-kawasan pemilih bukan-Melayu telah menjulang DAP ke tangga teratas liga Pulau Pinang.

Atas sebab itulah perhimpunan agung DAP yang baru tamat telah diadakan di utara. Ia sebagai kaedah membolehkan Guan Eng tunjuk taring.

Walaupun dijangka DAP akan menang lebih banyak kerusi di Johor, Pahang dan Sabah dalam PRU13 kelak tetapi buat masa kini jaguh DAP adalah kabilah Guan Eng di Pulau Pinang, kabilah Ngeh-Nga di Perak dan kabilah Teresa-Tony di Selangor. Kesemuanya evangelis.

KekuatanDAPdun

Todak bakal melanggar Johor

Dalam rencana saya yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa tidak mungkin Guan Eng mahu memberi tempat kepada Ahmad Ton kerana beliau DAP Selatan.

Hakikatnya Guan Eng bertekad mengekang berkembangnya pengaruh DAP Johor. Menjelang pilihanraya nanti puak DAP Utara yang kuat (lihat carta, atas) akan menyerang DAP Selatan dalam usaha untuk mencantas pemimpin-pemimpin Johor yang sedia ada.

Sebelum ini Wee Choo Keong yang mampu menyaingi Guan Eng telah dipecat manakala Kerk Kim Hock terdesak untuk bersara angkara fitnah sejahat-jahatnya yang disebarkan oleh Red Guards yang senantiasa mengapit si Tokong.

Pengerusi DAP negeri selatan itu yang disegani ramai ialah seorang doktor Boo Cheng Hau, yang di samping mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan, juga memiliki ijazah undang-undang dan sarjana muda sains (3 ijazah) berbanding Guan Eng yang berupa seorang “failed accountant”.

I was a failed accountant quips Penang CM Malaysiakini 2012-12-23 12-47-21

Oleh kerana Dr Boo seorang pemimpin yang berwibawa, maka beliau ditakuti akan mampu menggugat populariti Guan Eng yang dipupuk melalui kempen cuci otak oleh para Pegawai Khas berdozen-dozen orang yang beribupejabat di Tingkat 28, Komtar.

Dan oleh kerana hanya jauhari mengenal manikam maka tugas kakitangan media Ketua Menteri Pulau Pinang ialah untuk mengaburi mata khalayak umum dengan silau propaganda yang melambak-lambak.

IGNORAMAI measure

Instrument to measure IGNORAMAI

(Disyorkan baca blog ‘Stop the Lies’ tentang ampu-bodek tahap gila gaban oleh Cheong Yin Fan, ketua Bahagian Komunikasi kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga setiausaha akhbar Guan Eng.)

Papa Putar-Belit & Mama Tweet-Tweeet-Tweeeet

Sebenarnya ia DAP Johor yang benar-benar membariskan saf kepimpinan majmuk dengan bergalaskan pengerusi Dr Boo, timbalan pengerusi Norman Fernandez dan naib pengerusi Ahmad Ton.

Namun Ahmad Ton berjaya disisihkan juga. Lebih teruk lagi, ignoramai yang bodoh sombong berkata “all those Malay who were not elected were unknowned [sic]“.

Malays appointed into CEC based on merit

Komen seorang pelanggan Malaysiakini

Percaya atau tidak, alasan yang diberikan Guan Eng untuk melantik Zairil ke CEC ialah kerana setpolnya itu akan memainkan peranan konon untuk menarik masyarakat Melayu masuk parti.

Mengikut logik Guan Eng yang selalu mencanangkan “meritocracy”, nilai seseorang ahli CEC berdasarkan keupayaannya menarik orang sebangsa untuk menyertai DAP. Maka Guan Eng juga bermaksudkan ‘merit’ atau kelebihan yang ada pada Gobind Singh ialah agar menarik orang Punjabi masuk DAP.

Firsters yang suka mencerca orang lain “rasis” patut mencermin diri.

Satu lagi alasan bagi DAP Utara (evangelis) untuk melancarkan serangan ke atas DAP Selatan (yang tidak suka memainkan isu bangsa dan agama) boleh dibaca di blog Syed Akbar Ali.

Juga disyorkan baca: ‘Amanat Haji Hadi – Bukti PAS Merbahaya’ oleh Sri Tri Buana
About these ads

Entry filed under: Papa DAPster. Tags: , , , , , .

Eksklusif! Calon favourite bagi mengisi jawatan kosong CEO The Star Kes Ngeh-Nga dan tanah balak Kelantan

19 Comments Add your own

  • 1. atas pagar  |  December 23, 2012 at 3:39 pm

    Kak Helen,

    Ibarat teka teki antara “ayam dan telor” yang mana satu terlebih dahulu hadir atas muka bumi, makanya begitulah jua antara Dap dan orang bukan Cina. Maksudnya:

    1. Apakah Dap yang harus terlebih dahulu tunjukkan bukti bahawa mereka adalah parti ‘cakap serupa bikin’ yakni parti ‘rabun warna’ dan dengan itu barulah orang bukan Cina akan berbondong-bondong masuk Dap;

    2. Atau orang bukan Cina yang terlebih dahulu perlu berbondong-bondong masuk Dap bagi membuktikan bahawa mereka (orang bukan Cina) adalah sememangnya yakin iaitu Dap adalah parti yang bukan ‘indah khabar dari rupa’?

    Apapun tanggapan orang bukan Cina terhadap Dap, pemonopolian kerusi berprestij dalam parti berkenaan dengan sendirinya mengujudkan persepsi negatif…Dap cakap tidak serupa bikin, pelawaannya tidak lebih dari ‘ajak-ajak ayam’, Malahsian Malaysia blah, blah…

    Justeru tidak menghairankan kalau kemasukan orang bukan Cina yang bermula dengan jiwa yang membara-bara tetapi apabila disedarkan oleh realiti politik dalaman parti berkenaan, semuanya jadi ‘hangat-hangat tahi ayam’.

    Akhirulkalam, kalau tuah ayam nampak pada kakinya; tuah Dap nampak pada apa ya? P.A.S.? Bior betoi nih?

    Reply
  • 2. Waris Malaya  |  December 23, 2012 at 4:01 pm

    Todak langgar Johor? DAP kelahi sesama sendii – umpama zaman feudal middle kingdom. Syabas!

    Permudahkan semua lapisan masyarakat untuk #RejectPakatoons

    Reply
  • 3. Ravin  |  December 23, 2012 at 5:22 pm

    what is the problem with you people? it was a fair party election. not like Dumno, not even dare to hold election. Mca & Mic same.

    you think people will buy your arguments?

    can believe Dumno supporters are so stupid and busy body. why not clean you own house before worry about others, kay pohs?

    Reply
  • 4. Kluang Girl  |  December 23, 2012 at 5:39 pm

    Whatever you say, Johor will lose 10 Parliament seats to PR coming elections. Maybe more depending on the numbers of young & new voters coming back to vote from Klang Valley & Singapore…

    The todak is coming…
    Haha

    ~ Kluang girl

    Reply
    • 5. Lousy.Engineer  |  December 23, 2012 at 8:06 pm

      That depends on whether that there will more Malay seats to be won by PR (PKR/PAS) or just merely more Chinese seats to be won till the point of saturation by DAP. If PR doesn’t win PutraJaya, there will be zero Chinese representation in the cabinet (although many Chinese will argue that MCA/Gerakan have been useless even though they were there in the cabinet for so many years). This also means Helen’s prediction will turn out to be correct, although I hope she’ll be wrong.

      Reply
      • 6. Ravin  |  December 24, 2012 at 1:21 am

        so, what’s the big deal? Just because of chinese representation, they have to be at MCA / Dumno’s mercy?
        you Dumno supporters can vote in the thieves and rapists as your wakil rakyat. but no the ordinary people with some common sense.
        Nobody is stopping you to continue to be dumb.

        Reply
    • 7. forrrestcat  |  December 23, 2012 at 8:53 pm

      Alas, the KOMTAR poodle has been redirected from Big Cat to Helen.

      Reply
      • 8. Kluang Girl  |  December 24, 2012 at 5:57 pm

        Aiyo forrestcat, Komtar?
        Never been there la.

        But we are everywhere now in the cities, the towns and could be your neighbours as well. There are DAP sympathizers everywhere nowadays. So be nice…
        Haha.

        ~ Kluang Girl

        Reply
    • 9. bob  |  December 24, 2012 at 3:33 pm

      Wah ,Kluang Chow chee is here, wah well done helen!

      Reply
  • 10. marhaeman  |  December 23, 2012 at 7:29 pm

    Helen,

    Orang Cina tidak semestinya terus kekal dengan agama asalnya tetapi ada yang sudah berubah pada kristian, hindu, muslim dll agama tetapi bangsa mereka tetap tidak berubah iaitu Cina.

    India juga begitu iaitu tidak semestinya kekal dengan agama asalnya tetapi ada yang telah berubah jadi kristian, budis, muslim, mamak, dll tetapi dari segi keturunan DNA mereka masih lagi India.

    Tidak dinafikan majoriti ahli dalam Dap adalah terdiri dari keturunan Cina ataupun masih ada bau bacang kecinaan (DNA Cina). Contohnya anak Hannah Yeoh, kalau sesudah besar nanti masuk Dap, makanya beliau mewarisi DNA HY (Cina).

    Kemajmukan didefinisikan sebagai berbilang bangsa. Dari sudut parti dan bangsa ahli-ahlinya — parti majmuk, persoalan yang menarik adalah parti mana adalah majmuk dan parti mana adalah tidak. Bagi parti majmuk pula ada rangkingnya.

    Rangking bawah-bawah adalah parti majmuk tetapi tidak signifikan kemajmukannya, yakni nisbah antara bangsa-bangsa tidak selari dengan nisbah bangsa-bangsa dalam statistik kependudukan nasional.

    Ranking atas-atas adalah parti yang benar-benar majmuk yakni nisbah keahlian mengikut bangsa adalah bertepatan dengan nisbah penduduk kebangsaan berdasarkan bangsa.

    Makanya kalau dibuat dianalisa jumlah ahli mengikut DNA dan kemajmukan ahli juga mengikut DNA juga, makanya bagi parti-parti yang ada itu, kemajmukan dan rangkingnya dapat ditentukan dan tidak perlu lagi pihak tertentu mendabik dada seolah-olah merekalah pihak paling majmuk walhal pengakuan berkenaan tidak semestinya benar.

    Secara peribadi, setelah mengambil kira ahli berdarah kacukan Cina dan India sebagai mewarisi DNA India dan Cina dan dengan mengambil kira jumlah keahlian serta nisbah bangsa-bangsa ahli mengikut profil DNA, saya yakin bahawa parti Islam dan Parti Melayu adalah parti paling majmuk berbanding lain-lain parti.

    Reply
  • 11. Rabbit  |  December 23, 2012 at 8:03 pm

    Rainbow mana?

    Reply
  • 12. chengho  |  December 23, 2012 at 9:57 pm

    Do u have the no., if without PAS

    Reply
  • 13. Pakatan Puak Pembohong  |  December 24, 2012 at 11:15 am

    Helen, actually I want to ask a simple question. how many of the delegates that voted that day are Christians ? how many of those delegates are Anglophiles ?

    Reply
    • 14. Helen Ang  |  December 24, 2012 at 11:23 am

      DAP’s election strategist Ong Kian Ming who attended is Christian.

      OKM is a new DAP party member and thus it was his first time at a DAP congress. Before that he was attached to MCA think-tank Insap and Gerakan think-tank Sedar.

      This is an observable trend. Not only MCA politicians (Jimmy Chua Jui Meng et al) but MCA rank-and-file members are deserting to join DAP.

      Reply
  • 15. atas pagar  |  December 24, 2012 at 11:37 am

    Now is 3030 and when we look back, we would be very proud to know that in the context of the grand sweep of this nation’s political achievement, there was a time that we used to have a father who was an elected Mursyidul Am and his son proclaimed as a Caliphate.

    Reply
  • 16. The International Jew  |  December 24, 2012 at 11:50 am

    By Susan Loone

    Penang Chief Minister Lim Guan Eng related a sob-story today on how he was a “failed accountant” although he graduated in economics and accounting in Australia.

    Lim said it was difficult for him to get an auditing post in a ‘Big 8′ accounting firm in 1984, as compared to his classmates.

    He was delighted that after months of failed interviews with top accounting firms he finally landed a position with a ‘Big 8′ firm.

    “However, my delight was short-lived as I was unceremoniously sacked without any professional reason after less than a week in the job, when they found out who my father was,” he said in his speech to 150 accountants affiliated to the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) in Penang.

    “For some of you who may not know, I am the son of the DAP leader Lim Kit Siang,” he said at the business forum ‘Finance Transformation: Expert Insights on Shared Services and Outsourcing’.

    Lim said following his sacking, “I was obviously deemed not qualified to be an accountant as I was feared to share my father’s unhealthy passion for integrity, transparency, full disclosure as well as giving a fair and true view.”

    This, he added, definitely disqualified him as an accountant with the ‘Big 8′ firms as the 1980s was a time of financial hanky-panky and cover-ups such as the scandal of massive Bank Bumiputra losses.

    “Needless to say, I was devastated when I found out I could not get a job as an accountant,” said the DAP secretary general.

    “But all’s well that ends well. After failing to make the cut as an accountant, I had no choice but to join politics and became the chief minister,” he added, with applause from the crowd.

    Lim, who is also Bagan MP, then congratulated the accountants for making the grade, adding “if you do not make the grade, do not despair”.

    “You can always be like me and hope to become Penang chief minister.” – Mkini

    22nd March 2012

    Reply
    • 17. Helen Ang  |  December 24, 2012 at 11:55 am

      To be fair, and according to Tunku Aziz who knows both well, he said LGE is “a different kettle of fish” from LKS.

      Guan Eng is in a league of his own wrt to “berpusing-pusing” (Tunku Aziz’s description) whereas unlike his son, LKS is not known for putar-belit.

      Reply
    • 18. kotteypanjang  |  December 25, 2012 at 5:12 am

      Sounds like President Bush JR speech to uni grad that not to worry that even with D grade results in Uni they still have a chance to become the US President. Ha ha ha

      Reply
  • 19. Dino  |  December 26, 2012 at 2:26 pm

    DAP smypathisers some may say…??Hhhmm…well reminds me of the ‘Min Yuen’ during the Communist Era…Oohh my…didnt know that the Communist are back in Malaya…Oh oh my…DAP are Communist rite…But an Evangelist Communist?

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,513,179 hits

Kalender

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 326 other followers

%d bloggers like this: