Nampaknya MCA bersekongkol dengan Guan Eng dalam isu kalimah Allah

December 26, 2012 at 5:17 pm 7 comments

Petikan laporan Harakah:

“KUALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.

Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.”

Persoalannya seperti berikut:

Takkan kesemua 80-90 peratus kaum Tionghua itu yang menyokong Pakatan hanya terikut-ikut rentak media pro-pembangkang seperti Malaysiakini sahaja.

Sekiranya The Star ikhlas membawa mesej kempen Barisan Nasional, takkan juga tiada sekerat pun dari kalangan 1.3 juta orang pembaca suratkhabar itu yang mampu membuat penilaian terhadap Lim Guan Eng secara kritis?

Akan tetapi sebaliknya yang berlaku. Sudah beberapa kali Guan Eng telah mengamok dan menyindir seorang wartawan yang pernah menulis rencana-rencana pedas tentang Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Namun majikan beliau The Star membiarkan sahaja pengarang kanan wanita tersebut dicemuh.

Wartawan yang dilenting Guan Eng tidak terbela oleh The Star.

Manakala pengerusi NUJ (kesatuan wartawan) yang mentweet “Oi Big Mama” – merujuk kepada Rosmah Mansor – telah dinaikkan pangkat dan diberi jawatan bergaji eksekutif pula oleh jentera media MCA itu.

Tiada laporan Star tentang cabaran ‘Allah’ dikeluarkan Guan Eng

Guan Eng mendesak supaya orang Kristian dibenarkan untuk memakai kalimah Allah. Dia berkata demikian dalam utusan pra-Krismasnya pada 24 Dis.

Setakat ini sudah selang 3 hari tetapi The Star masih belum melapor tentang berita tersebut. (Screenshot senarai penuh rencana-rencana berita 24-26 Dis ada di kaki halaman).

Pesaingnya NST pun ada memaparkan tajuk berita, ‘Mohd Ali [Rustam]: Guan Eng seeking to divert attention from land issue‘.

Yang The Star ada sebut itu sekadar satu baris ayat semalam (25 Dis), memetik Guan Eng sebagai berkata: “Christmas celebrates the blessings of peace, prosperity, forgiveness and salvation.”

MCAdinosaur

Amat pantang The Star mengkritik evangelis DAP

Lantaran tindakan akhbar tersebut mendewa-dewakan politikus DAP 2.0 serta menutup aib mereka, maka kesannya ialah prestasi MCA bukan sahaja tidak dapat pulih tetapi terus jatuh merudum.

Dalam jangkamasa 4½ tahun lepas melangkau tempoh pasca-PRU12, MCA makin hari makin tenat gara-gara ditikam belakang oleh orang parti dan kakitangan sendiri.

Adakah MCA memang betul-betul buta dan bodoh merelakan dirinya selalu dianiaya? Ataupun tepat apa yang dibisik hati kecil Hasan Ali bahawa MCA sebenarnya bersubahat dalam diam untuk memajukan agenda tersirat?

Agaknya Guan Eng boleh begitu berani membuat tuntutan mahu menggunakan istilah Allah kerana hakikatnya ‘backing’ yang diperolehi bukan sekadar edaran The Rocket tetapi juga daripada media arus perdana Si Gunting dalam Lipatan.

hasan3

Jiwa The Star di Jerusubang

Betapa eratnya hubungan The Star dengan pembangkang boleh dilihat pada rencana (screenshot bawah) berikut di mana kesemua politikus yang disyorkan akhbar tersebut – supaya Twitter mereka menjadi ikutan orangramai – adalah pemimpin-pemimpin Pakatan belaka.

Malah pengarang kanan akhbar itu boleh begitu akrab dengan Adun DAP Subang Jaya sehinggakan beliau (Sujesh Pavithran) tergerak untuk mentweet satu ‘tip off’ kepada @hannahyeoh agar “Read The Star tmrw, YB, there is a surprise …”.

SujeshTweet

Yang tersenarai semua nama pemimpin-pemimpin Pakatan

Yang tersenarai nama pemimpin-pemimpin Pakatan semua

Hannah Yeoh bukan ahli MPSJ pun

Terlampau banyak bilangan rencana The Star yang asyik memetik kata-kata Hannah Yeoh walaupun dia bukan seorang kaunsilor yang terbabit secara langsung dengan kegiatan-kegiatan mahupun keputusan-keputusan yang diambil Majlis Perbandaran Subang Jaya yang sering diberi liputan meluas oleh akhbar itu.

Sebagai balasan bagi kemasyukan The Star terhadapnya, maka Hannah pun sama girang lah mempromosi rencana-rencana The Star yang ada menyebut namanya.

Tweet-tweet Hannah Yeoh (screenshot bawah) memuatkan pautan kepada rencana-rencana The Star yang mewawancara dirinya.

Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter StarStory TwitterHannahMPSJ

Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter StarMetro 2012-12-25 14-50-32

Sudah dijangka The Star akan mem’blackout’ isu kalimah Allah membabitkan Guan Eng

Mesti ketekunan The Star dalam memberi publisiti tak habis-habis demi menaikkan personality cult evangelis DAP ada hubungkait dengan usaha untuk ‘Take Subang for Jesus’.

Atas sebab yang sama juga, akhbar milik MCA itu sengaja membenamkan cerita kemelut kalimah Allah yang dicetuskan oleh Lim Guan Eng.

 

Nota kaki:

‘Jerusubang’ ialah perkataan ciptaan seorang pembaca ‘anakjamil’ bagi menggambarkan tapak Jerusalem ibu negeri Kristian di Malaysia.

News Star Online Dec 26

News Star Online Dec 25

News Star Online Dec 24

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , , .

“Jesus son of Allah”, kata dema dah Zairil Khir Johari: Penggunaan kalimah Allah hanya untuk Sabah, Sarawak

7 Comments Add your own

  • 1. Hussin Rahman  |  December 26, 2012 at 6:42 pm

    kalau kita kaji tindak tanduk dap dan ketua-ketua mereka, terutama selepas pru12 pada 2008, parti itu berlagak seperti parti nazi di germany sebelum perang dunia kedua dulu. nazi dan germany kalah manakala ketuanya, hitler, bunuh diri. dalam dap, siapa agaknya yang berperangai macam hitler.

    Reply
    • 2. jonnymalaya  |  December 27, 2012 at 12:10 pm

      Golongan Nazi percaya dalam Ketuanan Bangsa dan anti Yahudi. Mereka menyokong penindasan & pembunuhan golongan minoriti.

      Reply
  • 3. sharifah  |  December 26, 2012 at 6:55 pm

    Betul kata Hasan Ali! The Star adalah gunting tapi yang memegang gunting dengan rela hati ialah MCA. Snip! Snip! Snip! at BN to undermine BN as a coalition and to promote agenda DAP/PAP. The only other explanation is CSL has no balls but after watching the old video, tak mungkin lah! Hahaha!

    Reply
  • 4. Norlin binti Arshad  |  December 26, 2012 at 8:08 pm

    Saudara Helen.

    Secara jujur saya lebih bimbang dengan MCA daripada DAP.
    DAP secara jelas dan terang memperjuangkan kepentingan dan agenda orang Cina. MCA pula sepatutnya mendukung agenda BN.

    Tetapi seperti yang saudara sendiri selalu bangkitkan mengenai akhbar The Star nampaknya seolah olah MCA merestuinya. Adakah kerana MCA begitu lemah sehingga tidak dapat mengawal akhbar miliknya atau sememangnya MCA bersekongkol dengan DAP?.

    Atau akhbar The Star sudah menjadi milik orang pro DAP yang memiliki saham terbanyak akhbar tersebut?

    Amat menarik untuk melihat sikap MCA kalau keputusan PRU ke 13 kalau pun tidak 50-50, 52-48!

    Minta dijauhkan Allah swt!

    Reply
    • 5. Darlyn Azlinda  |  December 27, 2012 at 10:25 am

      Setuju. CSL lepas ni kena tunai janji ahli MCA takleh pegang portfolio dalam kabinet lepas BN menang PRU 13.

      Mungkin ada Chinese yg mengamuk, tapi kalau mereka berani berjanji nk kerja kuat untuk sama2 bekerja dalam BN, kenapa 80% (saya katakan sj.) Chinese di Malaysia berpihak pada DAP?

      Yang pasti, leaders DAP dan MCA makin lama makin ‘gemuk’.

      Reply
  • 6. King Kong  |  December 27, 2012 at 3:04 am

    Note by Helen:

    This rant by seekor beruk ini – who was from the same Subang Jaya school as Hannah Yeoh – contains kafir-mengkafir (more accurately mentakfir) because I’ve not accused him of being godless, only he has accused me), personal attacks such as calling me “ular dalam semak” and other rude insults.

    The best response to a Jerusubang-ite like him is – delete – so that he learns to avoid ad hominem and keep a civil tongue in his monkey face.

    King Kong was previously told on 24 Nov 2012 the reason why his comment failed to pass moderation (7.57am – here) although subsequently let through (11.45am – here).

    However, he still refuses to stick to the topic of the post and like before, has ventured into personal attacks.

    Reply
    • 7. King Kong  |  December 27, 2012 at 11:35 am

      Personal attacks? Isn’t that what you are doing exclusively on this blog? I must have hit home with my comment. You don’t believe in God but you are so busy attacking Christianity, when the same God is worshiped by Muslims and Jews as well. Your sympathy for Muslims is obviously just a convenience, and you are just playing Muslims for fools. Muslims beware of this seeming friend.

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,914,890 hits

Kalender

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: