Zairil Khir Johari: Penggunaan kalimah Allah hanya untuk Sabah, Sarawak

December 26, 2012 at 9:43 pm 30 comments

Kenyataan akhbar hari ini oleh  Zairil Khir Johari:

Beberapa akhbar harian telah melaporkan semalam bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kononnya telah menggesa kerajaan pusat agar membenarkan penganut Kristian di Semenanjung Malaysia untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia.

Dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali, dan DAP berasa kesal kerana kenyataan Setiausaha Agung telah diputarbelitkan untuk membawa maksud yang lain.

Dalam perutusan yang dikeluarkan sempena sambutan Hari Natal, Setiausaha Agung tidak pernah sesekali pun merujuk kepada penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.

Beliau hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia.

Maka, langsung tidak timbul persoalan penggunaan kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.

Sepertimana yang ditegaskan oleh Saudara Guan Eng, penggunaan kalimah “Allah” bukan sahaja biasa digunakan oleh penganut Kristian di negara Indonesia dan juga di negara-negara Timur Tengah, ia juga merupakan satu kelaziman selama berpuluhan tahun di kalangan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.

Oleh itu, DAP berharap agar hak penganut Kristian di kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak akan dinafikan oleh kerajaan pusat.

Zairil Khir Johari (Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP)

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/penggunaan-kalimah-allah-hanya-untuk-sabah-sarawak-zairil-khir-johari/

***   ***   ***

Ulasan saya:

Ketika orang Kristian berada di Sabah dan Sarawak, mereka membelek kitab beristilahkan ‘Allah’ – ini mengikut logik Guan Eng.

Jika orang Kristian (yang berasal dari Sabah dan Sarawak) duduk bekerja di semenanjung, mereka harus membeli senaskah baru kitab Injil – ini mengikut fatwa 2.0 Guan Eng kerana:

  • “Setiausaha Agung tidak pernah sesekali pun merujuk kepada penggunaan kalimah ‘Allah’ di Semenanjung Malaysia” (menurut penjelasan yang diberikan Zairil).
    .
  • “Beliau hanya meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak [seraya tidak meminta agar ia dibenarkan dalam kitab Bible versi BM di semenanjung].
    .
  • “Lagipun, kitab Bible versi Bahasa Malaysia hanya boleh didapati di Sabah dan Sarawak dan bukan di Semenanjung Malaysia” [dan justeru kitab versi BM tidak mungkin diperolehi di semenanjung, maka orang Kristian yang berasal dari Sabah dan Sarawak harus berikhtiar untuk belajar bahasa Inggeris di pusat tuisyen high class di Jerusubang].
    .
  • “Maka, langsung tidak timbul persoalan penggunaan kalimah ‘Allah’ di Semenanjung Malaysia” [dan orang Kristian yang berasal dari Sabah dan Sarawak - ketika mereka berada di mana-mana negeri di semenanjung - harus menggelar Tuhan mereka dengan nama ... (apa-apa sahaja) asal bukan 'Umno' / nanti mereka akan putuskan (they will cross the bridge when they come to it).]

.
Cara pemerintahan pecah-bahagi – satu peraturan di Sabah dan Sarawak, satu peraturan di semenanjung – ala Khalifah Guan Eng ini sebenarnya bagus sekali dan ia pun berlandaskan amalan Divide and Rule yang kononnya telah diwarisi kita daripada penjajah British.

And they have taught Guan Eng well.

Rumusan yang dibentangkan oleh setiausaha agung DAP itu juga mengesyorkan penggunaan bahasa kebangsaan dipupuk di Sabah dan Sarawak tetapi pada masa yang sama pembelajaran bahasa Inggeris yang high class digalakkan di semenanjung.

Apapun kaedah ‘Pecah-pecah Pakatan’ kira ada precendent sebab ia sudah diperkenalkan sebelum ini melalui pemisahan undang-undang jenayah di mana seorang pencuri yang beragama Islam akan dikenakan hukuman hudud sementara seorang pencuri yang bukan beragama Islam akan dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan.

Waima Amanat 2.0 Guan Eng ini yang berupa satu penyelesaian paling molek akan dilaporkan besok dalam akhbar The Star — kalau DAP-berita-baik, ia pasti akan lapor; kalau DAP-berita-buruk, janji ia akan timbus.

So, don’t forget to buy your copy of the newspaper tomorrow, yah.

About these ads

Entry filed under: SUCKER. Tags: , , , .

Nampaknya MCA bersekongkol dengan Guan Eng dalam isu kalimah Allah Look at this picture, heh-heh-heh

30 Comments Add your own

  • 1. moya  |  December 26, 2012 at 9:55 pm

    Sebutan ” ALLAH” oleh org Islam berbeza dari Kristian di Indonesia. Sebutannya adalah ” AL-LAH”. Saya sarankan Kristian tulis “Al-Lah” di Bible bahasa melayu mereka. Dalam jawi ianya alif lam lam ha, ALLAH. Manakala AL-LAH pula alif lam ha.

    Reply
    • 2. katakpuru  |  December 26, 2012 at 10:59 pm

      kalau dieja lain tapi boleh mengelirukan. ape salahnye kristian gunakan god sedangkan org kristian dieropah n barat dah guna sejak berkurun2. majlis fatwa pun patutnya melarang penggunaan god merujuk kepada Allah dalam terjemahan inggeris cth azan di tv yg disertakan penterjemahan english.

      Reply
    • 3. jonnymalaya  |  December 26, 2012 at 11:36 pm

      ye ke?

      Moya ingin menjadi guru bahasa pulak, nak mengajar orang lain bagaimana menganut agama mereka mengikut kehendaknya.

      Kah kah kah

      Reply
      • 4. Forrestcat  |  December 26, 2012 at 11:56 pm

        Maksud kamu berjoget spt di city harvest church, main gitar dan tari tango? Saya dh tgk org kristian sembahyang di gereja kedai seberang umah nenek saya di jitra, korang baca bible ke tgk MTV?

        Reply
        • 5. kamarul  |  December 27, 2012 at 12:09 am

          jitra ada church? which part of jitra?

          Reply
          • 6. Waris Malaya  |  December 27, 2012 at 3:52 am

            Jangan terperanjat; Malaysia bukan negara Taliban seperti The Mullah Sesat Republic of Kelantan…

            Reply
      • 7. anakjamil  |  December 27, 2012 at 1:29 am

        jonny oh jonny..

        You wrote the followings:

        jonnymalaya | Disember 26, 2012 at 12:07 pm

        Zueyusof,

        Kalimah Allah sudah lama digunakan oleh orang Kristian di Malaysia (khususnya Malaysia Timur) dan Indonesia sejak kurun ke17-18.

        jonnymalaya | Disember 26, 2012 at 1:46 pm

        marhaeman,

        Seperti yang dijelaskan, penggunaan kalimah Allah dalam AlKitab serta Bup Kudus tidak pernah menjadi isu sehingga 1980an. Mengapa tiba-tiba dijadikan isu?

        Adakah nanti umat Kristian pun perlu berhenti mengunakan alKitab & Bup Kudus kerana kononnya juga akan mengelirukan umat Islam? Sudah ada orang ekstrimis berkata begini.

        baulu,

        Sila melawat ke Malaysia Timur & anda akan melihatnya.

        So, now ya wanna spin cos Zairil suddenly made amendments over what Guan Eng The Lionheart blurt out without thinking? Why you feeling2 like the crusaders trying to capture Jerusubang one? Come on la .. why you like to contradict yourself one?

        Reply
        • 8. jonnymalaya  |  December 27, 2012 at 12:18 pm

          If anakjamil bothered reading…

          http://helenang.wordpress.com/2012/12/24/dap-wants-the-allah-word-for-christians/


          52. jonnymalaya | Disember 26, 2012 at 11:54 am

          Ingin diperjelaskan beberapa fakta, memandangkan ada banyak kekeliruan yang dituangkan di topik ini…

          1) Ada yang berkata kebanyakan orang Kristian Malaysia ialah Cina. Sebenarnya, majoriti ialah orang Bumiputera Sabah/Sarawak dan orang asli Semenanjung. Bahasa mereka ialah Bahasa Melayu dan Iban.

          http://en.wikipedia.org/wiki/Christianity_in_Malaysia#Demographics_of_adherents

          2) Ada yang mengangap kononnya kalimah Allah ini baru digunakan oleh orang Kristian di Malaysia. Sebenarnya, kalimah ini telah lama digunakan di Nusantera dalam Al Kitab sejak kurun 1600-1700 Masihi, jauh sebelum pembentukan Malaysia.

          http://www.sabda.org/sejarah/artikel/alkitab_di_bumi_indonesia.htm

          3) Pengharaman kalimah Allah serta restriksi terhadap AlKitab di Malaysia sebenarnya bermula pada 1980an. Mengapakah ini hanya dijadikan isu, dan tidak beberapa ratus tahun sebelum ini, malah zaman 1960an ke 1980an.

          Orang Kristian Malaysia Timur tidak seharusnya dikekang dari menyembah dalam bahasa ibunda mereka, seperti yang mereka telah lakukan beratus-ratus tahun dulu. Sepatutnya kerajaan berhenti mengoyangkan kaki dan membiarkan isu yang dicipta ini berlarutan.”

          In fact, I have brought up these facts in previous discussions related to this issue in the past…

          Nice spinning anakjamil. Tapi gagal. Teruskanlah usaha anda. :)

          Reply
          • 9. azaman  |  December 29, 2012 at 11:08 pm

            umat kristian di Indonesia sendiri ada yang mempertikaikan penggunaan kalimat Allah di dalam bible mereka untuk menggantikan kata elohim dalam bahasa ibrani.

            Reply
  • 10. Waris Malaya  |  December 26, 2012 at 11:10 pm

    Clear example of double standards preached and practised by #Pakatoons.

    #DAPsterCancer #RejectPakatoons

    Reply
    • 11. Helen Ang  |  December 26, 2012 at 11:18 pm

      How come the opposition supporters do not question LGE’s audacious volte face following the fiery eruption of a dormant issue which he himself lit the match?

      Zairil’s ‘clarification/justification’ is just plain bizarre.

      How can the followers swallow so much self-contradiction without incurring a most painful stomachache?

      Reply
      • 12. CucuAtok  |  December 26, 2012 at 11:34 pm

        It means that he only want to satisfy his boss only….. yela baru di lantik seolah olah boleh cakap ikut suka dia ajer….

        Reply
      • 13. Forrestcat  |  December 27, 2012 at 12:17 am

        i doubt this only Chinese to lose the CEC vote even knows how to speak the syahadah in Arabic let alone the meaning.

        ash ha du an la ilah ha il al allah, wa asha haduann muhammada rusulallah

        There are two terms of interest ilah – general reference to things to we depend on, usually gods/deity/objects. like gambler depend on money as Ilah.

        Allah- al -ilah- THE (in arab is Al) god (ALLAH), no 3 in 1 or holy ghost confusion in the meaning. Muslimsnare very clear on the definitionnofour Supreme being Allah.

        There is no god(ilah) but Allah(THE One God), and Muhammad is the Messenger.

        sebab tu org bukan arab mcm johnnymalaya bahkan cina nyamar melayu tu aka Zairil orang panggil JAHIL atau dalam arab BALIDUN tatau bahasa arab atau tidak usaha langsung cuba faham lexicon bahasa arab mahu pun konsep aqidah (kalau kristian konsep trinity atau 3-in-1 god)

        akidah dalam islam adalah penting bahkan adalah satu subjek mata pelajaran. kami ada dua konsep akida, ilah dan rab.

        Kita lihat penerangan Pure Shiite.

        Ilaah is God in Arabic…..but not just God but Tuhan yang di sembah……different from Raab which is Tuhan yg menciptakan, memberi dan lain lain lagi lah brader….which is why when you ask orang kristian Arab….siapa yg menciptakan langit dan bumi they’ll say Allah ……but if you ask them siapa yg di sembah….that would be something else la

        some might say that Allah is actually 2 words….”Al + Ilaah” = Allah meaning The God….So is it a common name like man or God or is it like proper name like satD…….

        The word Allah, according to several Arabic lexicons, means “the Being Who comprises all the attributes of perfection”, i.e. the Being Who is perfect in every way (in His knowledge, power etc.), and possesses the best and the noblest qualities imaginable in the highest degree.
        This meaning is supported by the Holy Quran when it says:”His are the best (or most beautiful) names.” (17:110; 20:8; and 7:180) Contrary to popular belief, the word Allah is NOT a contraction of al-ilah (al meaning ‘the’, and ilah meaning ‘god’).

        Had it been so, then the expression ya Allah (‘O Allah!’) would have been grammatical incorrect, because according to the Arabic language when you address someone by the vocative form ya followed by a title, the al (‘the’) must be dropped from the title. For example, you cannot say ya ar-rabb but must say ya rabb (for ‘O Lord’). So if the word Allah was al-ilah (‘the God’), we would not be able to say: ya Allah, which we do

        Forbidden to you (for food) are: dead meat, blood the flesh of swine, and that on which hath been invoked the name of other than Allah, Quran Surah 5 , verse 3

        Lane’s Arabic-English Lexicon (which is based on classical Arabic dictionaries), says under the word Allah, while citing many linguistical authorities:”Allah … is a proper name applied to the Being Who exists necessarily, by Himself, comprising all the attributes of perfection, a proper name denoting the true god … the all being inseparable from it, not derived…”

        Therefore, to associate the Supreme Being Allah to a 3 in 1 instant coffee God plus a Pope and its paedophile priests as mediators is a No No to us.

        org PAS yg kata kononnya org bukan Islam akan tertarik sebab ucap nama Allah, tu dah tunjuk level org DAP dan PAS dua kali lima sahaja, dua dua nak guna nama allah untuk memurtadkan sesama sendiri. lol

        Reply
        • 14. Helen Ang  |  December 27, 2012 at 12:25 am

          JV (joint venture): evangelis DAP + mullah PAS = Fortune 500 company

          Reply
          • 15. Waris Malaya  |  December 27, 2012 at 3:50 am

            JV evangelis DAP + mullah PAS = #1 cult in Malaysia

            #DAPsterCancer #RejectPakatoons

            Reply
      • 16. Waris Malaya  |  December 27, 2012 at 3:59 am

        Puak pro #Pakatoons sudah taksub. Zombified, even. Itulah padah kanser bebalisme yang dibawa oleh #Pakatoons…

        #DAPsterCancer #RejectPakatoons

        Reply
  • 17. Forrestcat  |  December 27, 2012 at 12:30 am

    You can read in harakah that even PAS is reluctant to side with Tokong, asking or DEMANDING that it should be Tuhan as directly translated from the english bible to BM, not Allah.although the pathetic Mullah had to give lame tokenism that the christians in subanh who hates speaking Malay let alone Arabic use Allah in their ceremonies, whatever that means, such stupid self defeating article. What do you expect from illiterate fat mullahs who’d run for cover behind their four wives when we offer them a plane ticket to fight jihad in Iraq or Palestine.

    interesting that this recent article is a response to tokong statement rather than reacting to some illusionary attack from UMNO.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/15502-pas-ganti-god-dengan-tuhan-elak-polemik

    Reply
    • 18. Helen Ang  |  December 27, 2012 at 12:38 am

      Zairil claimed that “DAP berasa kesal kerana kenyataan Setiausaha Agung telah diputarbelitkan untuk membawa maksud yang lain”.

      No media putar-belit LGE’s statement lah.

      Ianya Zairil yang dok pusing-pusing.

      My beef is this: The Tokong and his familiar should not be allowed to get away with accusing everybody else of misinterpreting his words when it is they themselves who are doing this:

      null

      Reply
      • 19. Forrestcat  |  December 27, 2012 at 12:52 am

        Owh that gave me a headache, plus the Man U and Newcastle match im watching now.Enjoying the football match before the mullah ban watching men in shorts (buka aurat) as it could make me gay.

        This reminds me of a speech by the Pope recently where he wished peace on Earth then promise brimstone for homosexuals while covering up sodomy acts by his church. This former Nazi boy scout reminds me of the tokong and his holier than thou followers.

        Reply
        • 20. Helen Ang  |  December 27, 2012 at 1:00 am

          Tokong & Tarekat Taksubnya umpama susunan buah dadu dalam gambar. Tak pasti di mana titik permulaan dan titik pertindihan putar-belit ajaib mereka.

          Reply
          • 21. ASH  |  December 27, 2012 at 12:05 pm

            Helen,

            Bukan sekadar putar belit dah jadi putar alam .As Tokong he can spin the earth.

            Just to remind Jonymalaya isu pengunaan “allah” bermula apabila Titular Roman Archibishop of Kuala Lumpur menyaman Menteri Dalam Negeri kerana menarik permit penerbitan akhbar mingguan The Herald kerana mengunakan nama Allah dalam penerbitannya dan keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada The Herald.

            So isu perkataan Allah bukan saja tertumpu kepada pengunaan Allah didalam bible atau hanya di Sabah dan Sarawak sebab asas dalam isu ini adalah “akhbar The Herald ” dan pihak yang menyaman ada Roman Achibishop of KUALA LUMPUR ,bukannya Achibishop of Borneo

            Reply
  • 22. atas pagar  |  December 27, 2012 at 12:52 am

    Asalnya isu ini dikeluarkan untuk menguji reaksi umum dan terutama Pas. Tangan ghaib yang menulis jalan cerita berada di Tingkat 28.

    Kalau reaksi umum/Pas adalah berpihak kepada CM, skrip yang akan dibaca adalah: “kami rasa adalah munasabah kalau penggunaan God versi rumi dikembangkan ke Semenanjung supaya gelaran berkenaan dapat diseragamkan di serata negara”

    Kalau reaksi umum/Pas tidak berpihak pada CM, skripnya adalah seperti yang dibacakan oleh individu Melayu teristimewa dalam Dap…Zairil…”kami tak sokong God versi rumi dikembangkan ke JeruSubang”

    Besok, anda akan dapat baca skrip ke-3 pula iaitu dalam Paper Gunting. Skrip ke 3 ini lebih kepada mengawal kerosakan dan membaikpulih imej CM. Apapun, di pihak CM nasi sudah jadi bubur, namun para Dapster, sama ada hendak tak hendak kenalah telan bubur berkenaan.

    Reply
  • 23. oviruses65@kiyaijr.com  |  December 27, 2012 at 9:50 am

    Reblogged this on Oviruses 65.

    Reply
  • 24. abdul aziz abdullah  |  December 27, 2012 at 11:20 am

    Nama sebenar Zairil ialah Zairil Khir Johari bin Abdullah. Beliau adalah anak tiri kepada Menteri UMNO, Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Zairil adalah anak kepada Cristine Lim Abdullah hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina juga. Cristine berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari pada tahun 1996 manakala Zairil kini berusia 29 tahun. Jelas bahawa tiada setitis pun darah Melayu yang mengalir dalam tubuh Zairil.

    Dengan itu, motif Zairil menggunakan nama bapa tirinya amatlah meragukan memandangkan beliau bukannya anak kecil ketika Tan Sri Khir berkahwin dengan ibunya.

    Dan kini, keraguan itu juga menjadi jelas apabila beliau menggunakan nama tersebut untuk mengaburi mata rakyat bagi menjustifikasi kedudukannya sebagai wakil Melayu dalam DAP.

    Hakikatnya, Zairil tidak mungkin diberi kepercayaan oleh Guan Eng untuk menjaga hal-ehwal politiknya, jauh sekali menjadi meneraju badan pemikir untuk partinya jika beliau seorang Melayu. Ini adalah sesuatu yang semua rakyat Malaysia sedia maklum.

    Namun, apa yang lebih penting untuk dikupas di sini ialah hakikat bahawa DAP telah melantik seorang bukan Melayu untuk mewakili Melayu.

    Bagaimana untuk menjelaskan lantikan seseorang yang bukan dari kalangan kita untuk mewakili kita? Sedangkan orang itu pastinya kurang arif tentang kehendak dan keperluan kita serta apa yang terbaik untuk kita. Bukan itu saja, terdapat juga persoalan apakah kita yakin yang beliau benar-benar akan memperjuangkan nasib kita, yang bukan merupakan ‘orangnya’.

    Serta, apakah jaminan yang beliau tidak akan mengorbankan kepentingan kita untuk menjaga kepentingan ‘orang-orangnya’.

    Justeru, apakah yang boleh ditafsirkan dari perlantikan Zairil Khir Johari bin Abdullah ini sebagai wakil Melayu di dalam DAP?

    Reply
  • 25. Pakatan Puak Pembohong  |  December 27, 2012 at 11:22 am

    Zairil Khir Johari: Penggunaan kalimah Allah hanya untuk Sabah, Sarawak

    boleh jelaskan sama ada Zairil ada dapat kelulusan dari LGE apabila dia kata penggunaan kalimah Allah hanya untuk Sabah dan Sarawak saja atau ni satu lagi helah untuk memperdayakan rakyat ? atau ini satu lagi exercise of damage control selepas bantahan PAS berhubung penggunaan kalimah Allah

    Reply
  • 26. Lim Mo Ron  |  December 27, 2012 at 6:49 pm

    Zairil the Chameleon. Senjata Pakatan Rakyat adalah sesumpah-sesumpah yang mampu bertukar rupa dimana-mana saja.

    Ada sesumpah betina yang boleh bertukar menjadi muslimah dengan busana yang lengkap dan kemudian menjadi rahib ditempat lain. Jangan terkejut pula kalau selepas ini LGE memakai jubah dan serban berdiri satu saf bersama-sama Nik Aziz.

    Semacam sudah tiada nama lain yang hendak digunakan bagi menggambarkan Tuhan. Sekiranya dirujuk kepada mana-mana translator yang ada, memang kalimah Allah diterjemah secara global yang membawa maksud Tuhan/God.

    Apa eksklusifnya hanya untuk Sabah dan Sarawak? Mengapa merujuk kepada penggunaannya di Indonesia? Apakah kita mahu menjadi seperti bangsa Indonesia? Lihatlah sendiri apa yang telah berlaku kepada bangsa mereka sehinggakan kita sendiri tidak mengenali bangsa dan agama asal mereka.

    Perlukah rakyat kita juga menukar kepada nama Melayu seperti mereka semata-mata menampakkan kita ini berada didalam satu negara bangsa. Walau dimana saja penggunaan kalimah Allah dan apa jua motif disebalik penggunaannya, mereka perlu ingat bahawa disebalik 1 nama tersebut terdapat lagi 99 nama yang tersebunyi dari manusia. Adakah mereka juga akan menggunakan nama-nama lain ini juga?

    Reply
  • 27. I.D.A  |  December 27, 2012 at 8:58 pm

    Lama tu tak lalu kot sini. nak titip pesan tentang isu ni:

    http://catatanseni.blogspot.com/2012/12/malaysia-1st.html

    :)

    Reply
  • 28. Calvin Sankaran  |  December 28, 2012 at 8:49 am

    As I had predicted earlier, LGE made a huge blunder and as expected created a furore not just among Muslims but also among PR. Now the self-proclaimed God-Sent and PM-wannabe is calling for a Pakatan summit to sort this issue out.

    LGE is cocky but this time he over-estimated his importance and position by making this statement. He tried to use his usual “Divide And Win votes” policy but fell flat on his rear.

    You are spot on with your analysis. I have a few points to add.

    1. Why is that Zairil is tasked to explain the statement instead of LGE himself ? Does Zairil has the authority or even approval to do so ? How people really know what LGE meant if unless LGE himself clarifies?

    2. Nowhere in the statement it says “Allah” should be only allowed in Sabah and Sarawak. In fact if we accept what Zairil says on his master’s intentions, then why raise the issue at all as Sabah and Sarawak are already allowed to use Allah in Bible for years. This clearly shows LGE is lying through his teeth.

    3. How come LGE’s media statement was spun when his own political allies came out to condemn him and that even Harakah disagreed with his statement ?

    4. If you read his statement at his blog, there is only translation in Chinese, none in BM unlike his other statements. So this clearly shows his evil intention of playing the religious card by being Political Dr Jeykll & Mr Hyde by being Joseph Lim to the Bible Belt and Khalifah Umar to the Turban-clad Talebans.

    Reply
  • 29. luke  |  January 5, 2013 at 9:00 pm

    proud to be indONEsia

    Reply
  • 30. Abi@etin sinit  |  October 19, 2013 at 9:51 pm

    senang saja ba tukar saja bahasa di sekolah dari bm ke bi sepenuhnya d sabah maka orang sabah 10 tahun dari sekarang akan berbahasa bi sepenuhnya lagipun bm bukan bahasa kita ba kita ni kdm

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,678,961 hits

Kalender

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: