PRU13: Kalau ‘Parlimen tergantung’, apa akan dibuat MCA?

December 28, 2012 at 12:57 pm 23 comments

Setelah 5 hari diam menyepi, baru hari ini sahaja akhbar milik MCA mahu melapor tentang kenyataan itu yang dikeluarkan Lim Guan Eng pada malam mengawali Krismas (24 Dis).

Soalan: Apa pendirian MCA atas kalimah Allah?

LohSengKokAllah

The Star memetik Loh Seng Kok, timbalan ketua biro publisiti MCA, sebagai berkata tindakan PAS membantah penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil menunjukkan parti tersebut tidak cukup liberal serta ia kurang bersikap toleran terhadap kaum-kaum minoriti.

(Screenshot rencana ‘Wake up to the ways of PAS‘, 28 Dis 2012 di kaki halaman.)

The Star mengulas:

“Loh, a Christian, was commenting on a statement by PAS information chief Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man that the word ‘Allah’ was sacred to Muslims and its sanctity should be protected.”

Seorang lagi pemimpin Kristian MCA juga telah memberi komennya. (Ada ura-ura Datuk Lee Hwa Beng, bekas Adun MCA selama tiga penggal di Subang Jaya, bakal dilantik sebagai CEO The Star yang baru.)

Lee Hwa Beng profile on Twitter 2012-12-28 11-11-01

‘Let Christians use Allah word’

Pemimpin Kristian MCA yang ini – lihat tweet Lee Hwa Beng di bawah – berkata kalimah Allah sudah lama digunakan oleh penganut Kristian di Timur Tengah sebelum zaman Islam.

Beliau juga menjelaskan bahawa istilah ‘Allah’ mula-mula digunakan dalam bahasa Melayu pada tahun 1612 dalam sebuah kitab terjemahan ke BM [oleh seorang pedagang Belanda, Albert Cornelius Ruyl].

Seterusnya Lee Hwa Beng mengkehendaki supaya perdana menteri “make the field level for all” (berikan peluang sama rata) kepada semua warga sama ada Kristian atau Muslim.

Twitter hwabeng @kcTai_KC Allah has been used

Twitter hwabeng I am PM for all, Najib tells

The Star menghidap penyakit bipolar

Satu lagi soalan yang harus dijawab MCA ialah di mana letaknya kesetiaan jentera media yang dimiliki parti itu dan adakah The Star akan mensabotaj BN dalam kempen pilihanraya nanti.

Baru-baru ini, presiden MCA telah ditemubual beberapa orang blogger otai di mana Chua Soi Lek menceritakan tentang gerakan sabotaj terhadap dirinya.

“he spoke bluntly about the Ong Tee Keat faction trying to sabotage him in Melaka”

(sumber: ‘Morning Tea With Dr Chua Soi Lek‘ di blog OutSyed the Box)

CSLhungParliament

MCA dan sabotaj dalaman 

Dr Chua telah mendedahkan beberapa lagi kejadian sabotaj ke atas partinya, termasuk, “He says the BN lost the Gopeng seat because of sabotage”.

Blogger Syed Akbar Ali yang telah menemubual Dr Chua itu menyampaikan satu peringatan, “And here is his [Dr Chua's] warning — this sabotage will be duplicated again this time.”

Nampaknya budaya mensabotaj tidak asing di MCA dan dijangka pun ia akan berulang.

Jerusubang

Dalam detik-detik genting kempen pilihanraya nanti, pasti ada kemungkinan calon-calon BN akan disabotaj oleh akhbar MCA yang pro-evangelis sakan itu.

Hannah Yeoh sitethestar.com.my - Google Search 2012-12-28 12-09-18

Dalam keadaan yang tidak menentu:

“Dr Chua feels that if there is a hung Parliament after the general elections, Ong Tee Keat may pack his bags and leave. Like Chua Jui Ming.”

Chua Soi Lek menyuarakan pendapatnya bahawa Ong Tee Keat, mantan presiden MCA, mungkin berpaling tadah jikalau pasca-PRU nanti timbul suatu situasi di mana kedua-dua belah politik tidak mampu membentuk kerajaan.

Dalam keadaan demikian, jangan sekali-kali hairan jika The Star mencondong kepada Pakatan untuk memerintah.

Wake up to the ways of PAS Nation The Star Online 2012-12-28 11-19-56

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , , , , .

Wanna be Malaysia’s happiest man? Join DAP today! Anti-Lynas: Betul kanak-kanak yang mogok lapar faham sains radioaktif?

23 Comments Add your own

  • 1. moya  |  December 28, 2012 at 1:06 pm

    Memang benar dahului bible versi belanda menulis Allah sebagai nama tuhan dalam versi melayu. Ini usaha2 mereka untuk memesongkan akidah umat Islam. Kalau ini yg sedang dilakukan ataui difikirkan oleh para evangelis, apa agaknya yang umat Islam patut lakukan sekarang ini?

    Reply
    • 2. I'm A  |  December 28, 2012 at 1:39 pm

      Klu niat belanda adalah utk memesongkan akidah umat islam, sama la dgn niat evangelist.

      Reply
    • 3. marhaeman  |  December 28, 2012 at 7:10 pm

      Moya,

      Kalau sesuatu itu tidak pernah dilihat dengan mata kasar – contohnya UFO – maka kecendrongan individu ialah mengimaginasikan UFO berkenaan. Makanya atas sebab itu UFO yang individu A imaginasikan tidak sama UFO yang diimaginasikan oleh individu B. Tetapi kalau UFO sendiri yang berikan maklumat tentang dirinya, tidak timbullah UFO dalam berlainan bentuk dan rupa.

      Dalam konteks Pencipta Cakerawala ini juga sama. Bagi mereka yang tidak diajar tentang sifat, ciri, kekuasaan itu dan ini, kemungkinannya ialah mereka akan membentuk sendiri ciri-ciri dan imej-imej Pencipta Cakerawala. Sudah tentu entiti yang mereka bayangkan itu tersasar dari Pencipta Cakerawala yang sebenarnya.

      Kalau individu yang dicipta oleh Pencipta Cakerawala gagal mengesahkan yang dirinya di cipta oleh Pencipta Cakerawala, mana mungkin dia akan mendapat apa jua kebaikan dan anugerah yang dijanjikan oleh Pencipta Cakerawala.

      Kalau kefahaman sebegini di sebarkan, kemungkinannya ialah golongan yang tersasar akan terbuka minda dan hati untuk memikirkan semula tentang siapa yang sebenar-benarnya mencipta mereka. Wallahu’alam.

      Reply
  • 4. beastofburden  |  December 28, 2012 at 1:37 pm

    Hung parliament maybe one of the ways that sabotage would be done, Chinese will be chinese they will close ranks among themselves, dont be surprised if ppl from MCA jump ship and join the opposition. Saboturers inside of MCA are fence sitting …..walking on broken glass …just waiting ….for the time to show their true colours

    Reply
    • 5. forrrestcat  |  December 28, 2012 at 3:10 pm

      Realiti mmg kejam

      Reply
    • 6. tebing tinggi  |  December 28, 2012 at 3:47 pm

      Agreed with you ‘beastofburden’ , in fact I used to highlight the outcome in this blog if there a case of hung parliament and to me it’s very much expected judging from the current political out come. Cannot be denied that at the current trends it’s very well noticed that UMNO is fighting alone facing the Pakatan Rakyat without any support from any of it component but with no less allocation of seat to be gamble with.

      Presuming the scream of ABU ‘asalkan bukan UMNO’ by PR is a success, UMNO and it’s component will not be able to form the next government and it’s wont be a surprise to see those seat’s won by MCA, MIC, Gerekan and PPP on UMNO effort will jump to DAP and DAP will be leading the next government.

      It’s did not needs to have super brilliance minds to see what’s their games and as I always say, ‘blood is always ticker then water, and birds of the same fathers will flock together.

      Reply
  • 7. atas pagar  |  December 28, 2012 at 3:22 pm

    Kak Helen,

    Allah adalah Tuhan untuk semua penganut dari zaman Nabi Adam (p.b.u.h) hingalah nabi terakhir iaitu Muhammad (saw).

    Yakni semua penganut agama langit di ajar mengenali sifat-sifat tuhan (Allah) terutama sekali esa iaitu satu. Atas sebab itu perkataan Allah ujud sebelum Muhammad.

    Begitu juga Allah adalah Tuhan yang diajarkan sifat-sfatnya pada Nabi Isa (pbuh)…Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.

    Dan oleh kerana Kristian Timur Tengah adalah lebih hampir kepada agama yang disampaikan oleh Nabi Isa (p.b.u.h.) berbanding kristian di luar Timur Tengah, makanya mereka (Kristian TT) masih mengekalkan perkataan Allah sebagai Tuhan.

    Tetapi sama ada mereka masih percaya iaitu Tuhan tidak beranak dan tidak diperanakkan adalah tidak dapat dipastikan.

    Kesimpulannya; penggunakan perkataan Allah oleh Kristian Timur Tengah membuktikan bahawa itulah Tuhan sebenar yang diajar oleh Nabi Isa kepada penganutnya tetapi bagi penganut Kristian selepas ketiadaan Nabi Isa, kefahaman sudah jadi lain sementelahan Injil yang asal hilang ditelan zaman.

    Reply
    • 8. Helen Ang  |  December 28, 2012 at 4:05 pm

      Apa kata kalau Kristian Malaysia buat satu kempen antarabangsa supaya Allah dijadikan nama sejagat?

      Bermakna pemimpin-pemimpin Jerusubang (macam Datuk Lee MCA itu) harus mengesyorkan supaya mana-mana kitab Injil dalam apa-apa jua bahasa pun lekas diubahsuai dengan menggunakan istilah Allah sejajar dengan amalan Kristian Timur Tengah.

      Memandangkan Guan Eng akrab dengan Singapura, dia boleh menggalakkan agar orang Kristian di republik itu – sama ada mereka memuja dengan menggunakan bahasa Cina atau bahasa Inggeris – juga sama-sama pupuk dan kembangkan jalan Allah yang betul ini.

      Reply
  • 9. grandmarquis  |  December 28, 2012 at 4:21 pm

    I am only interested to comment on this line:
    I am PM for all, Najib tells Christains
    Then make the field level for all

    Hello Ah Beng, all does not mean Christians. All also includes Muslim, Buddhist, Hindu, Sikh, and many more. Christians only made up of 9% of Malaysian population. Mind you that among the Christians, not many agree as well. Only the Catholic wants it first. If Najib were to level it by allowing Christians (Catholic) to use, what about the Muslim? Shouldn’t Najib also level it for the Muslim?
    __________________________________________________________________________________________________________________________________

    It’s the Jerusubang syndrome. — Helen

    What a shame for someone who has become adun of subang for 3 terms and still so ignorant about the simple fact of equality and living in harmony. It is a sign that the new politics which infected majority of Chinese has not made them better, but become more cocky and arrogant.

    Reply
  • 10. Calvin Sankaran  |  December 28, 2012 at 4:31 pm

    Excellent idea! Perhaps some of our leading lights such as Our Lady of Subang and Joseph Lim can petition to the Vatican to make Kalimah Allah universal. I am sure Nik Aziz will find some verses in Al Quran to justify this and Anwar will find some LGBT Arab scholar to offer intellectual support.

    BTW, why not stop at Allah word ? If I am not mistaken, the Holy Bible calls for such thing as non consumption of pork & alcohol, etc as well as other undesirable actions such as gambling,pre-maritial sex, etc too. Why not follow these too?

    Now, I wonder of the likes of LGE, LKS and OLS will agree to return to the true spirit of the Holy Bible by turning halal.

    Reply
  • 11. damansaraman  |  December 28, 2012 at 9:17 pm

    I have FOUR questions?

    And please do not give any cynical or sarcastic answers (be it pro or against), as I am looking for an honest answer from our Christian brothers.

    1. WHO IS CHRISTIAN’S GOD ACTUALLY; is it Jesus Christ? is it Trinity?, is it God, or is it Allah?

    2. If God in Christian is actually Allah, then WHY THE VATICAN NEVER REFERS CHRISTIAN’S GOD AS ALLAH?

    3. As the word ‘God’ translation in Malay is Tuhan, WHY CAN’T THE CHRISTIAN USE THE WORD TUHAN INSTEAD?

    4. If the reason given is the name ‘Allah’ is only being use as a Malay version / translation of the Christian’s God, IS CHRISTIAN GOD’S NAME IS NOT STRONG ENOUGH FOR THE FAITH OF CHRISTIAN FOLLOWERS IN MALAYSIA?

    Thank you.

    Reply
    • 12. oj  |  December 28, 2012 at 9:39 pm

      goooooooood questions.

      anyone dare to answer? joseph lim perhaps? hehehehe

      Reply
      • 13. Helen Ang  |  December 28, 2012 at 9:44 pm

        Sshsn aka ‘rub’ aka ‘ed’ – our regular commenter from the City Harvest Church – might give it a shot.

        Reply
    • 14. jonnymalaya  |  December 29, 2012 at 2:35 pm

      1) It is God. Trinity is the concept of God in 3 forms; as The Father, The Son (human form in Jesus Christ), and The Holy Spirit

      2) The name Allah is used for God by Christians who use Bahasa Indonesia/Malay language (and also Arab Christians). Its more common for followers of Christianity worship in their own language, hence local terms will be used. For example, God (English), Gott (German), Jumala (Finland), Guð (Icelandic), Dios (Spanish), Shen (Mandarin), and so on. The Vatican uses Latin.

      3) BM speaking Christians use Allah to refer to their one God, as per the translations of 1600-1700. It is a similar reason to why Malay Muslims do not use ‘Tuhan’ when referring to their one God. More explanation:

      http://www.mysinchew.com/node/33523

      Note that this applies to the Bahasa Indonesia/Malay speaking Chrisitans…

      4) This question has already been answered in 2 and 3. By the way, is the faith of Muslims in Malaysia so suddenly fragile that they can be affected by Bumi Christians who have been using the term Allah for their own worship for hundreds of years?

      Also (copypasta from previous topics):

      1) Ada yang berkata kebanyakan orang Kristian Malaysia ialah Cina. Sebenarnya, majoriti ialah orang Bumiputera Sabah/Sarawak dan orang asli Semenanjung. Bahasa mereka ialah Bahasa Melayu dan Iban.

      http://en.wikipedia.org/wiki/Christianity_in_Malaysia#Demographics_of_adherents

      2) Ada yang mengangap kononnya kalimah Allah ini baru digunakan oleh orang Kristian di Malaysia. Sebenarnya, kalimah ini telah lama digunakan di Nusantera dalam Al Kitab sejak kurun 1600-1700 Masihi, jauh sebelum pembentukan Malaysia.

      http://www.sabda.org/sejarah/artikel/alkitab_di_bumi_indonesia.htm

      3) Pengharaman kalimah Allah serta restriksi terhadap AlKitab di Malaysia sebenarnya bermula pada 1980an. Mengapakah ini hanya dijadikan isu, dan tidak beberapa ratus tahun sebelum ini, malah zaman 1960an ke 1980an.

      Orang Kristian Malaysia Timur tidak seharusnya dikekang dari menyembah dalam bahasa ibunda mereka, seperti yang mereka telah lakukan beratus-ratus tahun dulu. Sepatutnya kerajaan berhenti mengoyangkan kaki dan membiarkan isu yang dicipta pada 1980an ini berlarutan.

      Reply
      • 15. max  |  December 29, 2012 at 3:00 pm

        Johnny,

        do you even understand your own argument? The word God, Gott, and even the chinese Shin in japanese you call Kami, this are general words to signify the Creator. If you christian are serious in putting specific names on God, then in Japan it should be call Ameterasu, or any other bigger god name. But it isn’t happening. The word god that is in your bible is Al-Ilah which is a general term for the creator. And like I said before Allah on the other hand linguistically not the same as Al-Ilah

        Reply
      • 16. JOHN  |  December 30, 2012 at 4:39 pm

        HAIYA..JONYMALAYA. IT CLEARLY SHOWS THAT YOU YOURSELF DO NOT UNDERSTAND WHAT IS THE CORE ARGUMENT HERE. GO BACK AND LEARN BEFORE YOU POST YOUR COMMENTS HERE.

        Reply
  • 17. mazran bin mohd nazim  |  December 29, 2012 at 1:51 am

    Allah adalah perkataan Arab bermaksud Tuhan, sebab itu orang Kristian berbangsa Arab pun guna perkataan Allah.

    Kita orang Melayu guna perkataan Allah diambil daripada bahasa Arab, sepatutnya guna perkataan Tuhan sahaja, tetapi dah jadi budaya Melayu yang beragama Islam

    Tetapi orang UMNO main sentimen agama untuk nafikan hak orang Kristian

    Apapun, jangan percaya berita kalau dari Utusan dan TV3 sebab dua ni media UMNO

    Reply
    • 18. Pakatan Puak Pembohong  |  December 29, 2012 at 9:44 am

      ah seorang lagi bukan Melayu yang datang kat sini beriya-riya kata dia Melayu. dulu Mohd Aziz. lepas dah kena bungkus, datang kat sini guna nama lain pulak. inilah masalah kaum Dapster. mereka anggap semua orang mudah diperdaya. malang sekali, muslihat seumpama ni sudah lapuk. nasihat saya kepada kaum Dapster. kalau nak main tipu muslihat, biar main pandai sedikit.

      Reply
    • 19. tong sam pah  |  December 30, 2012 at 4:43 pm

      this [xyz]‘s real name is not mazran bin mohd nazim. just an idiot using other’s name. what a shame!

      Reply
  • 20. marhaeman  |  December 30, 2012 at 6:44 pm

    Soalan untuk Mazran ialah: Kristian di Malaysia Timur itu keturunan Arab ke? Dan Paderi yang terawal menyebarkan Kristian di Sabah dan Sarawak adalah Kristian Arab ke?

    Reply
    • 21. mazran  |  December 31, 2012 at 3:51 am

      maaf, tak tahu detail

      Reply
  • 22. xpe  |  December 31, 2012 at 8:35 am

    @jonnymalaya – ” kalimah ini telah lama digunakan di Nusantera dalam Al Kitab sejak kurun 1600-1700 Masihi”

    that was the period when Tanah Melayu was under the occupation of the portugese, dutch and british when Tanah Melayu itself has practising the Islamic faith and civilisation prior to the invasions.

    being a western power with the influence of christianity, the portugese, dutch and especially the british have made effort to spread the religion of christianity to the inhibitant of Nusantara but found difficulties due to the strong Islamic foundation established by the Arab traders in this region.

    It is not a strange thing to think that the western missionaries have adapted brilliantly the local inhibitant customs & practices by introducing the word Allah in referring to GOD term especially to local people. It was a brilliant strategy to win the local people hearts and calling them to embrace christianity.

    By forcing the Malays today to change and accept the wrongly assignment of GOD term as Allah where the rightful local word for GOD is tuhan or pencipta, we must consider this effort as hideous, brutal and vicious which trespassing the basic sociology and anthropology of the Malays in Nusantara including Indonesia, Phillipines & Malaysia.

    The gist here is that we should ban the wrong words usage of God’s term in Malaysia by the Christians and educate people in Borneo and Indonesia to use the correct word definition for God, Lord, Creator, Allah, Jesus, Mother Mary, Holy Ghost, Holy Father, etc.

    Reply
    • 23. Jonnymalaya  |  December 31, 2012 at 9:17 pm

      Xpe, you make several errors. Firstly, Tanah Melayu is only limited to Peninsular Malaysia. Sabah, Sarawak, Bali, Java, most of Sumatra, Kalimantan, Flores, Timor, Sulawesi, etc. are not part.

      Secondly, no one is forcing Malay Muslim to accept. What we actually have here are insecure religious fanatics trying to ban & teach other people how to practice their religion. Your last paragraph really says it all.

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,885,487 hits

Kalender

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: