Bab Dr Chua Soi Lek menyelar blogger pro-Umno

December 30, 2012 at 11:47 pm 12 comments

Pernah pengarang The Star mentweet “1Msia for Utusan to print outrageous lies” (lihat screenshot bawah).

Bermaksud jentera media MCA telah mendakwa sebuah akhbar Melayu pro-kerajaan sebagai mencetak pembohongan yang terang-terang di sebalik kepura-puraan 1Malaysia.

Star Editor's Choice (TheStarEC) on Twitter 2012-12-30 21-08-17

Baru-baru ini presiden MCA pula menyerang blogger-blogger pro-Umno. Bab tersebut mendapat perhatian di blog-blog popular pro-Pakatan.

10 Top Blogs pro-Pakatan mengikut ranking Alexa:

  1. top50Alexa-carta_daunkariAmenoWorld
  2. Era Pasca
  3. Anak Sungai Derhaka
  4. Kelab Greenboc
  5. Addin
  6. Milosuam
  7. Shalehudin
  8. Tukar Tiub
  9. Cenangau
  10. Jalan Pulang

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/12/top100-ranking-blog-pr-16-disember-2012.html#more

Hannah Yeoh (hannahyeoh) on Twitter 2012-12-30 10-07-05

Blog Kelab Greenboc membawa tajuk berita ‘Presiden MCA Kecam Blogger Umno Sebagai Tidak Beretika & Suka Spin’

Petikan:

  • “Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.”
    .
  • “… malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.”
    .
  • “Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka ‘spin’ daripada membantu MCA.”
    .
  • “Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka …. adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA,” tegasnya.
    .

Juga di blog Anak Sungai Derhaka rencana bertajuk ‘Blogger Pro Umno tak beretika Chua Soi Lek kata..‘ dan Era Pasca, ‘Blogger Umno kaki spin – Chua Soi Lek

28 Okt 2012: China Press memalukan Dr Chua

xx

Majlis jamuan MCA Okt 27; laporan China Press Okt 28

DAP popular dengan media Cina, MCA tidak

Sebelum ini Dr Chua pernah melenting tak keruan apabila wartawan membuat laporan bahawa partinya mendapat sambutan hambar di kalangan kaum Cina.

Akhbar China Press pada Okt 28 - keratan akhbar di atas - melaporkan kira-kira 20 peratus daripada hadirin Mega Dinner MCA di Kulai, Johor telah bertindak keluar stadium sejurus selepas habis makan dan apakala Dr Chua sedang menyampaikan ucapan.

29 Okt 2012: Lawatan DAP ke China Press

Guan Eng dan pemimpin-pemimpin lain DAP membuat lawatan ke China Press pada Okt 28

Guan Eng beserta pemimpin-pemimpin lain DAP di kantin China Press sehari kemudian pada Okt 29

Apa yang ditulis oleh wartawan adalah benar. Boleh anda tonton sendiri video pada minit 0:25-0:35 dan 1:05-1:20 di mana ramai di antara jemputan kelihatan telah meninggalkan majlis semasa Dr Chua memberi ucapan.

Kononnya MCA tidak dibantu blogger

Apakah benar para blogger pro-Umno itu “mereka lebih suka ‘spin’ daripada membantu MCA” serta tidak beretika?

Sebelum Dr Chua mengutuk blogger tak tentu pasal, kenapa dia boleh terlepas pandang gelagat akhbar milik partinya yang sering mengguris perasaan kaum majoriti? Serta wartawan dan pengarang The Star yang tweet-tweet mereka langsung tidak mencerminkan semangat setiakawan BN.

Betulkah blogger Melayu mahu menghancurkan MCA?

Pernah rakan blogger MyMassa mengomen di blog ini:

komenMymassa

‘Menghormati roh Perikatan’

Yang saya lihat, masih ada blogger-blogger pro-Umno yang sanggup mempertahankan MCA tatkala parti itu kerap diserang di alam maya.

Namun saya melihat MCA tidak menghargai sokongan yang diberikan oleh blogger-blogger pro-Umno kepada parti mereka selama ini.

Sebaliknya sudah berkali-kali saya perhatikan MCA dan terutamanya Dr Chua (atas alasan video seksnya) dilemparkan pelbagai tohmahan oleh politikus DAP dan sibertrooper-sibertrooper pembangkang tetapi The Star langsung tidak mengambil berat.

Dalam pada itu, kandungan suratkhabar The Star asyik dengan cerita Anglofil dan evangelis sahaja.

DinoDie

Siapa yang mahu hancurkan MCA – blogger Melayu atau Si Gunting?

Tindakan blogger-blogger Melayu membela Dr Chua yang tak habis-habis dicemuh orang Cina DAP ibarat melepaskan anjing tersepit — digigit pula mereka.

Daripada membuat tuduhan melulu terhadap para blogger, baik Dr Chua jaga tepi kain sendiri terlebih dahulu perihal empayar media The Star-nya.

Takut-takut nanti tikaman Si Gunting akan mengakibatkan cedera parah bukan sahaja kepada MCA tetapi juga parti-parti komponen BN yang lain.

paste

Blog Addin: ‘MCA Makin Biadap, Keluar Kalendar Hina Hudud

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , , .

Hung Parliament GE13: Will half of MCA jump? Umno’s fault, again

12 Comments Add your own

  • 1. forrrestcat  |  December 31, 2012 at 12:21 am

    He should appreciate the umno bloggers, now he knows he needs to see a psychiatrist as OTK suggest.. The way OTK reacts suggest two things, he is really moving camp and the other he really hates CSL.

    Reply
  • 2. Lim Mo Ron  |  December 31, 2012 at 1:08 am

    Selagi beliau menerajui MCA, selagi itulah DAP akan mencari jalan untuk menjadi sebuah parti yang dominan. Bukan sahaja DAP, malah apa jua “chap” parti waima parti chap kuda atau chap ayam pun akan sentiasa mencari peluang untuk menjadi “hero” bagi mewakili masyarakat cina di Malaysia.

    Sukar untuk dibayangkan dalam mana-mana kepimpinan sesebuah parti bagaimana seorang pemimpin yang mempunyai “track record” yang tercalar masih mampu untuk duduk di kerusi yang teratas. Politik di Malaysia ini sangat unik. Masing-masing mempunyai liabiliti yang harus ditanggung oleh ahli-ahli parti serta terpaksa merelakan kerusi tertinggi tersebut diduduki oleh biawak hidup. Tidak kira PR mahupun BN sendiri.

    Adalah lebih elok sekiranya wujud satu undang-undang yang menghalang bagi seseorang ahli politik itu dari melompat parti bahkan perlu di “banned” sahaja mereka dari arena politik bagi menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.

    Memang agak mengarut bunyinya serta tidak begitu demokratik. Tetapi gejala inilah sebenarnya yang memburukkan sejarah beradaban politik di Malaysia. Saya tidak tahu sekiranya “trend” ini terdapat di luar negara juga. Tetapi badi “Jebat pendurhaka” ini sudah sinonim dengan politik di Malaysia tidak mengira bangsa apa sekalipun. Memang kita terpaksa akur dan terima dengan Sistem Perlembagaan selepas zaman penjajah.

    Tetapi konsep multi-party system yang kita amalkan ini kadang-kadang tidak menyatukan kita berbanding single-party system. Di sini terlalu banyak kepala yang perlu diikut dan dipenuhi kehendaknya. Media massa dan media digital tidak boleh disalahkan. Tidak kira pro parti mana sekalipun, semuanya lebih kurang sama. Kita cari makan maa.. Laporan tidak pernah memuji kebaikan musuh bahkan berlumba-lumba mencari keburukan musuh masing-masing. Itu adalah karma.

    Kemungkinan peratusan undi rosak pada PRU akan datang juga adalah tinggi disebabkan pengundi memangkah kedua-dua parti. Jika ditanya mengapa memangkah kepada dua-dua parti mereka kemudian akan menjawab : ” dua-dua tak elok, so saya pangkah la… kalau elok saya akan tanda right “

    Reply
  • 3. beastofburden  |  December 31, 2012 at 2:35 am

    CSL talks thru his ass …..MCA got Star they let the opposition to utilize to their fully extent

    ….yet MCA dumb ass still sits down and shake their assess thinking its all fine and dandy in the coming election and they will improve their results.

    Immediately after March 2008 opposition have been using all the media which they are entitled to, for their benefit. On there other hand MCA from 2008 has been taking a stroll in the park.

    Quoted by CSL ” i see the indian voters quietly ” eh dumbass CSL you the president of MCA lar not MIC ….you dont know abc or you do not know whats the difference between chinese and indian.

    Instead of looking after your divided chinese community MCA is trying to win over Indian voters what a joke.

    Reply
  • 4. marhaeman  |  December 31, 2012 at 8:58 am

    Mungkinkah ada pihak percaya dan seterusnya dicanang bahawa kalau Dap dan Mca menjalinkan kerjasama, kemungkinan untuk menguasai Purajaya adalah tinggi?

    Reply
  • 5. marhaeman  |  December 31, 2012 at 9:09 am

    Sebanyak mana OKM melihat Utusan sebagai pencetak pembohongan makanya begitu jugalah lawan OKM memiliki pandangan serupa iaitu media seperti the Star dan media yang satu kepala dengannya adalah pencetak pembohongan juga.

    Reply
  • 6. calvinsankaran  |  December 31, 2012 at 9:59 am

    Sorry guys to distract a bit from the topic. I thought since the new year of 2013 is approaching and 2012 is finally ending, I should share some “interesting” incident that I happened to witness last week.

    I was on my way back home from Bangkok and happened to see a passenger actually was wearing an anti Lynas t-shirt in the plane! I must say that I must admire the spirit of these anti Lynas folks for taking their fight overseas and to greater heights.

    BTW, in case you are wondering of his ethnicity, I can assure that he’s indeed a Bangsa Malaysianese, though he was a bit paler than the average Malaysian. He was a loyal citizen indeed, I can confirm and he exclusively used the main Bangsa Malaysia national language of Mandarin throughout.

    Reply
  • 7. calvinsankaran  |  December 31, 2012 at 10:05 am

    Press freedom – Dapster style…

    ============================================

    A GUANG MING DAILY crime reporter has cried foul, alleging that two volunteer patrol unit (PPS) members beat him up for refusing to hand over his camera.

    Ang Kean Siang, 32, had completed an assignment involving an apparent suicide of a woman in Lorong Perak at 1.40am this morning before being asked to ride pillion by a PPS member to a site nearby.

    “I thought he was going to give me a ride to my motorcycle but instead he took me to their makeshift container office nearby. There were four of them there.

    “One of them asked me to handover my two-month-old Panasonic camera or delete the pictures I took at the crime scene.

    “I refused and told them I was merely doing my job but suddenly they grabbed my camera and threw it on the ground.

    “Then he and another man began punching me while another two kept watch. I was so scared although it was only a few minutes,” he said, adding that his RM1,600 camera was totally damaged.

    A terrified Ang managed to run away and lodged a police report before admitting himself into a private hospital where he was treated for cuts and bruises to his lips, head, chest and groin.

    =================================================

    Reply
    • 8. Pakatan Puak Pembohong  |  December 31, 2012 at 10:37 am

      I wonder. just this one incident or were there in fact others but the victims were too scared to come forward ?

      Reply
    • 10. msleepyhead  |  December 31, 2012 at 1:50 pm

      Being banana, maybe Helen can help to enlighten why chinese language media like to take photos of suicides, gory car crash, accident, etc.?

      We don’t see this in utusan, nst or star. even if like bus crash, they don’t show the gory bodies..

      Reply
      • 11. Helen Ang  |  December 31, 2012 at 1:54 pm

        Urm, so that people can bet 4D looking at the vehicle number plate?

        Reply
    • 12. forrrestcat  |  December 31, 2012 at 3:08 pm

      They can beat up all the people they want but dapster will still see them as angels

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,782,236 hits

Kalender

December 2012
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: