400 tahun menggunakan Bible BM tapi masih tak reti nak cam ‘alif lam lam ha’

January 11, 2013 at 2:34 pm 24 comments

Pada awal tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri telah memanggil pengarang urusan, ketua pengarang berita dan pengarang kanan The Star untuk memberi penjelasan berkenaan tindakan akhbar itu menyiarkan gambar penyanyi Erykah Badu yang tubuhnya tertera tatu kalimah Allah – ikuti laporan ‘KDN tidak puas hati kenyataan The Star(Utusan, 8 Mac 2012).

SayutiErykah
“Sikap The Star bagi saya jauh lebih berbahaya berbanding aktiviti memurtadkan umat Islam di negara ini yang dihebohkan oleh sebuah NGO berjenama beras kampit itu. Kenapa NGO itu diam? Mungkin kerana ketuanya jahil mengenai strategi The Star dalam menghina umat Islam menyebabkan dia boleh ambil The Star untuk menudung kepalanya dari ditimpa hujan. Akidah The Star perlu diperbetulkan dulu sebelum hendak perbetulkan akidah pihak lain.” — Mohd Sayuti Omar

.
Mohd Sayuti Omar, dalam sebuah rencana bertajuk ‘Haramkan The Star, mana pergi NGO beras kampit‘ yang diulangsiar di Harakah (28 Feb 2012) berkata respons lembut KDN “yang begitulah menyebabkan akhbar itu jadi keras kepala dan terus mempermainkan perasaan umat Islam”.

Kata beliau:

“Saya yakin selagi akhbar itu wujudnya ia akan melakukan perkara sama. Ia hanya berhenti sekejap saja kemudian akan mengulangi lagi kemudian membuat opolegetik dengan alasan tersalah pandangan [satu 'oversight', mengikut The Star].”

.
Peristiwa tatu Erykah Badu tersebut menunjukkan bahawa para pengarang The Star seolah-olah belum pernah menjejak kaki masuk kediaman rakan Melayu. Oleh sebab itulah mereka tidak tahu huruf-huruf kalimah Allah.

** *   ***   ***

Petikan ‘Kalimah suci hak mutlak umat Islam‘ (Berita Harian, 10 Jan 2013)

“Ini kerana sudah menjadi kelaziman, kebanyakan rumah masyarakat Islam di Malaysia dihiasi kalimah suci Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW manakala masyarakat Kristian tidak melakukannya.
.
“Masjid dan surau sebagai rumah ibadat umat Islam dihiasi dengan ayat dan perkataan suci Allah SWT, manakala masyarakat Kristian tidak melakukan di rumah ibadatnya. Restoran dan kedai makan juga menghias premis dengan kalimah suci Allah SWT sebagai tanda ia dimiliki umat Islam.
.
“Malah, ada juga restoran dan kedai makan bukan Islam yang sanggup menipu dengan menghiasi premis mereka dengan kalimah suci itu.”

.
Baca juga ‘Wanita Cina menyamar sebagai Muslimah dengan niat menipu’
.

Jerusubang naik tocang

Kenapa boleh evangelista menjadi begitu besar kepala sehingga Sultan Selangor – raja yang memerintah negeri paling banyak penduduk (seramai 5.46 juta orang) – pun boleh dicerca mereka apabila baginda bertitah melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah?

Cuba lihat pada senarai tajuk-tajuk berita The Star (screenshot bawah).

Meskipun di Malaysia ada 576 kawasan DUN dan 576 orang Adun kesemuanya, namun tiap-tiap hari ia wajib bagi The Star memaparkan rencana-rencana yang menyebut nama Adun Subang Jaya DAP. Dan bukan setakat sebuah rencana tetapi dua, dan adakalanya tiga dalam satu hari.

The Star: Warta Jerusubang

StarAttractionHannah

Tajuk-tajuk berita The Star dalam bulan November 2012

.
PartyLogosTicks

Ingat kuat kerana dapat backing yang meluas

Jentera media MCA yang mempunyai audien 5.63 juta orang itu memberi tumpuan kepada Subang Jaya seakan-akan bandar tersebut adalah ibunegeri alternatif bagi Selangor.

Keangkuhan para anggota Jerusubangite timbul sekarang ini atas kesedaran pengaruh evangelista yang melonjat. Contohnya sambutan Krismas peringkat negeri Selangor telah diadakan secara besar-besaran bulan lalu di bawah naungan Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Sementara orang Melayu berpecah-belah mempertikaikan isu kalimah Allah, evangelista yang licik pula mampu bersatupadu dengan MCA dalam pencapaian sekata.

Lantaran itu, sekiranya kita mengikuti perkembangan polemik yang tercetus setelah Lim Guan Eng membuat tuntutan ‘hak’ melalui pesanan Hari Krismasnya, kita dapat melihat bahawa pengikut mereka berkelakuan begitu agresif sekali.

pro-arte The Church & Allah xyz 2013-01-02 09-20-11

Komen penuh oleh penyokong DAP tegar Pro-Arte boleh dibaca di sini.

Keadaan setempat beserta amalan lazim

Mengikut uruf di Malaysia, kalimah Allah SWT merujuk kepada agama Islam.

“Uruf ialah perkara kebaikan, amalan atau percakapan sesuatu kaum yang menjadi kebiasaan mereka. Uruf atau adat kebiasaan tidak wujud melainkan apabila uruf itu benar-benar berlaku di tempat tertentu ataupun biasa berlaku di mana sebahagian besar penduduk mengerjakan uruf ini.” — Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Golongan Kristian yang menuntut kalimah Allah amat lantang menyatakan sudah menjadi adat kebiasaan mereka mendekati kalimah Allah selama lebih empat abad.

Bekas Adun MCA Subang Jaya selama tiga penggal, iaitu Datuk Lee Hwa beng, telah mentweet bahawa dia memiliki senaskah Bible bahasa Melayu yang berusia 400 tahun.

Kalau betul kata orang Kristian Jerusubang sudah terdedah kepada kalimah Allah untuk sekian lama, maka semestinya mereka akan boleh dapat cam huruf-huruf alif lam lam ha, bukan?

Twitter hwabeng After 400 years of ‘Allah’

Tatu kalimah Allah di tubuh Erykah Badu

Biar kita mengimbas kembali lidah pengarang The Star yang memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar tubuh penyanyi bertatu ‘Allah’ itu.

Kata The Star (1 March 2012):

But mistakes can happen out of carelessness, thoughtlessness, plain silliness or, as in the case of the photo of American singer Erykah Badu’s body art with the word Allah in Arabic, ignorance. [...]

“Unfortunately, the editors who used the Badu photograph are non-Muslims and they did not recognise the word ‘Allah in Arabic.”

Pengarang-pengarang Warta Jerusubang memberi alasan mereka jahil serta tidak kenal pada tulisan kalimah Allah.

Tidak seperti pengarang akhbar Kristian tersebut, warga-warga Jerusubang yang menuntut hak ke atas kalimah Allah ini pasti kenal huruf alif lam lam ha.

About these ads

Entry filed under: Evangelis. Tags: , , , .

Hannah Banana #KL112: Irony of Kit Siang’s speeches on dangerous rallies

24 Comments Add your own

  • 1. I.D.A  |  January 11, 2013 at 2:55 pm

    ada 27 surah dalam bible tulis ba alif ba ya dilarang makan dan pegang pun depa mentekedarah juga…

    Leviticus 11:7-8

    And the pig, because it parts the hoof and is cloven-footed but does not chew the cud, is unclean to you. You shall not eat any of their flesh, and you shall not touch their carcasses; they are unclean to you.

    lagi ada di sini: http://www.openbible.info/topics/eating_pork

    alif lam lam ha lagi la tak tau… memang limau purut tiga serangkai, buta perut takdak akai.

    Reply
  • 2. marhaeman  |  January 11, 2013 at 4:39 pm

    Saya tak kisah akan ‘kejahilan’ the Star dalam isu ini kerana apabila ada pihak melihat isu ini menerusi kaca mata politik makanya pihak yang tidak sebulu akan dianggap jahil oleh Harakah dan MSO.

    Cumanya saya kisah kalau Muslim tidak berpegang kepada kebenaran sebaliknya berpegang kepada asosiasi politik dalam menentukan pihak mana yang akan disokong dan pihak mana yang tidak akan disokong.

    Apa yang the Star buat itu – mempromosikan “alif lam lam ha” – boleh juga dilihat sebagai dakwah. Tetapi perbezaan fahaman politik membuatkan pihak ini memilih bulu lalu menghentam the Star.

    Wal hal reaksi Mursyidul Am terhadap tuntutan LGE amatlah positif apabila beliau dengan yakinnya menyatakan iaitu dengan membenarkan bukan Muslim menggunakan “alif lam lam ha” ia menjurus kepada dakwah.

    Reply
    • 3. Norlin binti Arshad  |  January 11, 2013 at 6:27 pm

      marhaeman,

      “Wal hal reaksi Mursyidul Am terhadap tuntutan LGE amatlah positif apabila beliau dengan yakinnya menyatakan iaitu dengan membenarkan bukan Muslim menggunakan “alif lam lam ha” ia menjurus kepada dakwah.”……

      Dakwah mana yang anda maksudkan, dakwah kristian untuk memurtadkan umat Islam atau sebaliknya?

      Apa yang dibimbangkan oleh golongan yang ‘tidak positif’ tentang penggunaan kalimah “alif lam lam ha” ialah takut umut Islam akan disesatkan mereka.

      Bolehkah Nik Aziz dan anda menjamin perkara ini tidak terjadi. Sanggupkah Nik Aziz dan anda menanggung beban dosa sekiranya umat Islam yang menjadi murtad disebabkan hal itu?

      Reply
      • 4. marhaeman  |  January 11, 2013 at 6:44 pm

        Norlin,

        Itu adalah pandangan Nik Aziz dan bukan pandangan saya. Yang menyebut perkataan dakwah adalah beliau dan bukan saya. Harap maklum.

        Reply
      • 5. Antihipokrit  |  January 12, 2013 at 1:30 pm

        Berapa ramai dah DAPster yg masuk Islam dgn Dakwah PAS dan Nik Aziz? Yang aku nampak, PAS yg dah kena dakwah dgn DAP.

        Reply
  • 6. ASH  |  January 11, 2013 at 5:16 pm

    Helen,

    Bagaimana agaknya bunyi perkataan “Allah” bila disebut oleh Hannah, LGE atau penduduk Jerusubang. Adakah sebutan tersebut sama seperti yang disebut oleh orang Arab dan orang Melayu?

    Reply
    • 7. Helen Ang  |  January 11, 2013 at 5:23 pm

      Ada pelat Australia-Tasmania?

      Reply
  • 8. marhaeman  |  January 11, 2013 at 5:50 pm

    Bukanlah satu yang pelik kalau Kristian mentatukan kulit dengan perkataan Jesus Christ, salib dan sebagainya dan ianya tidak dianggap satu kesalahan sebaliknya satu kebanggaan.

    Hakikat ini perlu difahami oleh parti politik yang menyokong penggunaan “Allah’ bagi menggantikan “Yesu” dll kerana perbuatan seperti di atas sudah jadi ikutan dan diminati ramai.

    Apakah nanti akan ada syarat iaitu tidak boleh mentatukan itu dan ini atau kalau bertatu tak boleh didedahkan kepada umum yakni perlu disembunyikan?

    Reply
  • 9. Orangkampung  |  January 11, 2013 at 7:49 pm

    Orang kristian pun berbelah bagi tentang penggunaan kalimah Allah. Lihat pautan berikut:

    Petikan: In response, Mohler pointed out that it would be difficult to support the argument that “Allah” can be used as a generic term for God. The theologian said separation of Allah from the language, theology, and worship closely associated with it is difficult. Moreover, even non-Arabic speaking Muslims use Allah when referring to their god.

    Read more at http://www.christianpost.com/news/is-calling-the-christian-god-allah-wrong-29015/#c8GtU9Oxt1A0UBqb.99

    Petikan: Therefore, if the translator’s objective is to render the Scriptures in a way that will be well received as “Good News” by Muslim readers, the solution to this linguistic quagmire is not necessarily to avoid the term Allah, no matter how vehemently some non-Arabic-knowing Christians may oppose it. Allah has been a perfectly acceptable term in Bible translation to millions of Arab and non-Arab Christians for over a millennium, and remains so for Muslim readers today.

    http://www.thepeopleofthebook.org/Massey-Allah.html

    Hujah membenarkan penggunaan kalimah Allah menurut Massey adalah agar kitab mereka dapat di terima dengan baik oleh pembaca Islam.

    Reply
  • 10. orangkampung  |  January 11, 2013 at 8:55 pm

    Tapi yang paling asasnya, bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu /Malaysia. Kamus Dewan asas rujukan utama menterjemahkan God kepada Tuhan bukan Allah, bukan, bukan, bukan!!! Itulah orang suruh menggunakan bahasa kebangssan tak nak, tak de kelas konon. Itulah sebabnya nak terjemah perkataan God pun tak tahu. Biul, bongong, tongong! Oh tak faham? Bahasa mudahnya bodoh, bahasa Bangsar nya stupid idiot.

    Sekali lagi, dalam bahasa kebangsaan GOD itu TUHAN.

    Reply
  • 11. kiasu  |  January 11, 2013 at 9:25 pm

    Seorang Paderi dari Indonesia Pdt. Jahja Iskandar Mth. mengakui bahawa kata “Allah” khas untuk umat Islam. Perakuan ini termuat dalam bukunya “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular” yang diterbitkan oleh Pt Abiyah Pertama Jakarta (hlm. 116).

    Menurut beliau, kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani ialah “Elohim” (hlm. 144, 145). Jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan “Elohim” ialah “Ilah” bukan “Allah”.

    Ini berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab, iaitu Inskripsi Zabad, tahun 512M (hlm. 127).

    Gandasarimerdeka.blogspot.com

    Reply
  • 12. MalayPrincess  |  January 11, 2013 at 10:37 pm

    Actually, this is very simple. Concept of God in Christian is Trinity with Holy Spirit, Jesus (Son of God) & God Father. While Concept of God in Islam is Singular God, one & only God which is specifically referred as Allah. Allah is SPECIAL NOUN for Islam & Muslim only, God or Lord is GENERAL NOUN to explain God in general concept of religion. If Christian still insist to use Allah, it’s an INSULT to their OWN TRINITY CONCEPT. Allah is for which? For Holy Spirit, for Jesus or for God Father? or is it Allah the 4th God in their Trinity doctrine?

    Therefore Christian should revise their Bible or New Testament so Allah can be added into their theology system. Meaning you all Christian have no faith anymore to your existing God, so you need to add Allah in your doctrine? Meaning, by using Allah…it can support, give weight and strengthen Christianity? I feel pity to these people.

    So after Allah, Christian want to steal ‘Lord Muruga’ from Hinduism or ‘Gautama’ from Buddha and put into their original Trinity Doctrine? Become what?

    We Muslim, we need not many God, in fact we need not OTHER’S RELIGION GOD TO BE ADDED INTO OUR FAITH, DOCTRINE. Coz, we believe ONE & ONLY GOD is ENOUGH for our faith. It’s such a humiliating to argue, fight and condemn other religion to use their God and make as your own God.

    Why, your Trinity God concept + Mother Mary pun tak cukup lagi ke?

    Sampai nak pinjam-pinjam Tuhan orang lain? hayya, tak tahu malu sungguh.

    Reply
    • 13. sandars  |  January 12, 2013 at 12:15 pm

      ‘la ila ha illallah’ – english translation will be ‘there is no god other than Allah’. Am I right? Please correct me if I am wrong.

      God in Islam is referred to Allah, so why was some foreign preachers introduces the same name of god in Bible teachings in BM’s to the peoples of Borneo, most of us Moslems knew their purpose.

      Reply
  • 14. Antihipokrit  |  January 12, 2013 at 12:59 am

    Najib lembik. Kalau zaman mahathir dulu.. dah lama ISA.

    Reply
    • 15. Lim Tat  |  January 12, 2013 at 6:30 am

      Pemerintahan DS Najib boleh dikatakan setahun jagung. Di sini, beliau mengambil jalan selamat untuk mempertahankan kedudukan dan reputasi untuk penggal akan datang (jikalau menang dan masih diterima majoriti rakyat) dan belum sekukuh Tun M. Sebarang langkah yang diambil perlu berhati-hati dan juga perlu bijak untuk menawan hati rakyat. Jika terlebih pun susah terkurang juga akan menjadi masalah kepada beliau.

      Untuk menjadi seorang authoritarian beliau perlu berada pada satu kedudukan dan pengaruh yang kukuh serta perlu berkemampuan untuk mengawal dan menguasai badan perundangan dan juga media. Badan perundangan Malaysia kini sedikit berubah sejak zaman Pak Lah. Setiap pemerintah mempunyai corak pemerintahan dan pendekatan berbeza termasuk jua dari PR.

      Soalnya samada corak pemerintahan mereka diterima majoriti atau tidak. Kadang-kadang masyarakat meletakkan personaliti sebagai perkara kedua. Corak politik dunia hari ini berpatah balik kebelakang membawa semula kezaman revolusi sosialis yang diterjemahkan pada era baru. Cuma medium yang digunakan sahaja yang berbeza.

      Apa yang kita lihat hari ini adalah kesan pemerintahan di masa lepas. Ops Lalang 1987 memberi impak hingga ke hari ini. Pada masa tersebut ia mungkin dianggap satu tindakan selamat, tetapi pada pihak yang dilibatkan khususnya media dan ahli politik terbabit menyebabkan ianya seolah-olah menjadi satu dendam kesumat yang tidak berkesudahan.

      Jadi apa yang kita lihat hari ini adalah hukuman dari masa lampau. Cuma disini, mampukah UMNO memujuk semula MCA & Gerakan khususnya disamping komponen-komponen yang lain untuk meneruskan perjuangan bersama mereka didalam BN juga mampukah mereka mengelakkan berulangnya situasi getir politik tanah air seperti pada tahun 1969 dan 1987?

      Untuk isu diatas, itu hanyalah senjata kecil untuk menguji kemampuan kem BN untuk PRU 13. Inilah yang dikatakan The Art of Political Manipulation.

      Reply
      • 16. Antihipokrit  |  January 12, 2013 at 10:58 am

        Alasan yg dangkal.. Singapore bertukar PM pun masih boleh mengamalkan pemerintahan kuku besi. Itu atas pemimpin. Bila ada kuasa gunakan kuasa sepenuhnya. nobody perfect.

        Reply
        • 17. Lim Tat  |  January 13, 2013 at 4:34 am

          Kuasa pemerintahan adalah amanah dan bukan juga senang untuk mempertahankan kedudukan. Singapura tidak memiliki kerusi Dewan Undangan Negeri yang kompleks seperti di Malaysia.

          Adakah DUN seperti di Johor dianggap seimbang? Apakah agenda yang hendak dibahaskan di dalam dewan sekiranya nisbah ahli di dalam dewan sendiri tidak seimbang. Saya tidak mempetikaikannya tetapi itulah yang ditentukan dan diterima oleh rakyat Johor yang setia dan selesa kepada pemerintahan yang ada sekian lama bahkan Johor juga merupakan negeri kedua saya beberapa tahun yang lepas dan saya akui sangat selesa tinggal di sana.

          Bukan semua rakyat Singapura menyokong kuasa pimpinan mereka. Saya mempunyai rakan-rakan berbangsa Cina yang menetap di Singapura yang juga tidak menyokong pimpinan yang sedia ada dan tidak berasa selesa mengharungi tekanan kehidupan disana sejak sekian lama.

          Politik ala keluarga 69 di Malaysia adakalanya memualkan. Anwar Ibrahim sendiri terlibat dalam tercetusnya kontroversi Ops Lalang 1987. Lihat saja nama-nama yang dikenakan tahanan ISA ketika itu, kesudahannya bekerjasama dengan beliau dan ada juga yang meninggalkan beliau. Begitu juga didalam UMNO yang menerima semula ahli-ahli Semangat 46 untuk mengukuhkan parti.

          Seperti komen saya terdahulu di topik lain, sekiranya saya mempunyai kuku besi yang anda maksudkan, saya sendiri akan menggubal undang-undang menghalang ahli politik melompat parti dan pengharaman untuk bertanding ke atas mana-mana ahli parlimen/DUN yang meninggalkan parti termasuk jua tidak membenarkan mereka bertanding atas tiket Bebas. Tidak demokrasi bukan?

          Soalan saya kepada anda, sekiranya anda berada pada kedudukan Tun M, berapa lamakah anda akan memenjarakan DS Anwar dan Lim & Sons?

          – sorry Helen for off topic

          Reply
  • 18. Antihipokrit  |  January 12, 2013 at 1:02 am

    Dan Bible yg ada skg bukan lah kitab INJIL yg asal. INJIL mengakui akan Isa anak Maryam adalah hamba dan pesuruh Allah. Bukan Trinity concept seperti Bible skg.

    Reply
    • 19. I.D.A  |  January 12, 2013 at 10:01 am

      ini konsep continual improvement “KAIZEN” – change for better. (the betterment of churches). tau kenapa? kerana dalam bible (original-sebelum di jom-ubahkan) sendiri ada diceritakan tentang nabi akhir zaman dan disuruh mengikut ajarannya bila dia tiba… makanya bible asli dijom-ubahkan untuk memesong umat pengikut nabi Isa.

      Kedatangan Nabi Muhammad SAW telah dikhabarkan awal-awal lagi dalam kitab-kitab lama:

      http://tayibah.com/eIslam/Artikel/Ketibaan_Rasulullah.htm

      mereka takut hilang kuasa maka mereka jom-ubah fakta.

      Reply
  • 20. shamshul anuar  |  January 12, 2013 at 10:56 am

    Lim tat,

    sometimes the best action is doing nothing. What must UMNO being dragged into the mess created by DAP.

    The issue is very simple. But it affects Islam to its very core. It becomes complicated as some Malays( from PAS and PKR) approve the call by Guan Eng. These useless Malay politicians are playing politics, refusing to realise that it is about the very foundation of Islam.

    As for May 1969, many of my Chinese friends were dumbfounded when I told them how Chinese extremists with “penyapu: seen in Kg Baru. They were upset butr I notice the anger diminshes as now they realise there is another vcrsion of May 13 1969, which is totally different from what Kit Siang said.

    You may be surprise when I was told by “Hajis “and lebais that they saw Kit Siang provocating Malays then. But of course, modern appliances such as camera was a rarity then. and then there was no youtube.

    As long as Chinese let Kit Siang uses them to perpetuate Lim Dynasty, they are actually gambling with their own interests. Similarly, If Malays let PAS dictates what is right and what is wrong or behaving like self appointed moral guardian, the Malays have themselves to be blamed.

    and for the Malay Muslim community, the mess on “Allah” IS ACTUALLTY VERY EASY to solve. Just analyse minus the political slant. The answer is facing them literally speaking.

    Masih tak nampak lagi?

    Reply
    • 21. Lim Tat  |  January 12, 2013 at 11:56 pm

      Untuk isu 13 May 1969, saya tiada komen lanjut kerana rujukan sejarah juga mempunyai pendapat yang berbeza serta saya tidak menyatakan siapa yang memulakannya.

      Untuk isu diatas, memandangkan isu ini seolah-olah direlakan oleh TGNA & Hadi Awang, sehingga kehari ini masih tiada kata putus yang sepakat dari ulama-ulama yang ada didalam PAS. Adakah keputusan yang diambil oleh PAS adalah bersifat kolektif?

      Saya merujuk kepada PAS kerana perjuangan mereka yang ekstrim ke atas Islam. Apabila pandangan peribadi dilontarkan dari bekas ahli PAS, mereka dilabel sebagai suruhan UMNO. Apabila suatu pandangan neutral dikeluarkan dari ulama yang bersikap independent (saya memberi contoh drMAZA kerana beliau seorang analitikal, tulisan beliau juga dirujuk oleh non-muslims), penyokong tegar PAS mencaci mereka dengan pelbagai label walhal penerangan yang diberikan agak munasabah dan mempunyai hujah yang agak kuat. Saya amat tertarik dengan kenyataan beliau bahawa terdapat ulama yang agak sesat dan mengelirukan samada didalam PAS mahupun UMNO. Hakikatnya kedua-duanya sama ingin mencari siapa yang paling busuk diantara yang terbusuk.

      Saya lansung tidak terlalu taksub untuk mana-mana parti politik kerana saya tidak menjadi ahli mana-mana parti dan undi itu adalah rahsia. Asalkan celik mata, saya masih mampu meneruskan hari esok.

      Apa yang mampu saya berikan pandangan naif disini, percanggahan ahli kitab telah wujud sejak kitab-kitab ini diturunkan lagi dan tidak akan berkesudahan sampai bila-bila pun. Kesempatan ini jugalah yang diambil oleh sesetangah pihak untuk menghangatkan lagi kancah politik untuk kepentingan masing-masing.

      Saya tidak percaya mana-mana parti yang berjuang dimuka bumi ini semata-mata berjuang menegakkan agama kerana melihat banyak perlanggaran ke atas prinsip perjuangan mereka (menghalalkan cara). Kelahiran semula firaun-firaun dapat dilihat pada hari ini.Cuma jangalah pula selepas ini populasi freethinker di Malaysia meningkat dek kerana kekeliruan dan percanggahan yang disengajakan ini kerana generasi muda tidak mampu lagi menetapkan pegangan mereka. Ada yang mendakwa gerakan penyebaran yahudi juga sedang giat bergerak di Malaysia.

      Bercakap dengan lidah dan keyboard tidak semudah menerima realiti yang dihadapi. Lihat saja kejatuhan Hagia Sophia di Istanbul, kesudahannya hanyalah menjadi sebuah muzium tatapan selepas menempuhi pelbagai kisah berdarah dan akhirnya tidak memihak kepada sesiapa.

      Pada hemat saya, alangkah baik sekiranya tuntutan-tuntutan penggunaan ini tidak dibangkitkan lansung atau disebut oleh mana-mana pihak, sebaliknya terus mengekalkan keamanan yang kita kecapi sejak saya dilahirkan di bumi Malaysia ini dahulu lagi dan berbaliklah kepada pegangan dan anutan agama masing-masing. Tetapi apakan daya bahawa kiamat itu sudah dekat.

      Reply
  • 22. pakard  |  January 12, 2013 at 12:20 pm

    Perkataan “Allah” dalam bahasa Melayu difahami sebagai Tuhan kepada umat Islam, manakala perkataan “tuhan” itu bermaksud zat yang tertinggi yang dipercayai oleh penganut sesuatu agama. Bahasa arab berbeza, begitu juga bahasa-bahasa lain. Adakah penggunaan “Allah” juga ada dalam kitab Injil dalam bahasa Inggeris?. Bagaimana dengan kitab injil dalam bahasa-bahasa lain? Atau adakah satu kitab Injil asli yang menggunakan kalimah “Allah” didalamnya untuk dijadikan rujukan?

    Perkataan “Allah” telah digunakan dalam kitab Injil berbahasa Melayu sejak 400 tahun dahulu. Manusia juga gunakan daun dan kulit kayu untuk tutup kemaluan mereka beribu tahun dahulu. Banyak perkara yang dibuat dahulu tidak lagi dibuat sekarang. Pengunaan “Allah” dalam kitab Injil dahulu dilakukan oleh mubaligh Kristian bertujuan mengelirukan umat Islam berbangsa Melayu nusantara agar meninggalkan agama mereka dan memeluk agama Kristian. Orang Melayu dulu silap kerana tidak peka terhadap muslihat ini maka Kristian berkembang dengan cara penipuan di nusantara seperti Indonesia, Filipina dan juga Sabah dan Sarawak. Sekarang orang Islam di Malaysia perlu dan wajib membetulkan keadaan ini. Alasan ianya berhak digunakan cuma kerana telah digunakan sejak 400 tahun dahulu adalah hujah dangkal.

    Membenarkan penggunaan perkataan “Allah” kononnya positif kerana boleh digunakan untuk tujuan dakwah adalah mengarut dan sesat. Islam tidak menghalalkan cara yang salah untuk mencapai matlamat yang betul. Umat Islam wajib “menyampaikan” tetapi bukan dengan penipuan. Jangan kata kita akan berdakwah kepada pengikut Kristian dan penganut agama lain untuk memeluk Islam kerana “Allah” kita serupa. Namun, kita tetap “menyampaikan”, jika ada yang menerima maka jadilah dia seorang muslim dan jika tidak mahu menerima maka kekallah dia dengan kepercayaannya, Kita dengan tuhan kita iatu Allah dan mereka dengan tuhan mereka. Kita semua masih boleh hidup bersama dengan pegangan agama yang berbeza dalam sebuah negara.

    Perkataan “Allah” ada terdapat dalam kitab agama Sikh. Adakah kitab tersebut ditulis dalam bahasa Melayu? Adakah pernah terdengar penganut agama Sikh di Malaysia cuba menyebarkan agama mereka kepada umat Islam? Mereka mematuhi undang-undang. Kitab mereka tidak berbahasa Melayu jadi ianya bukan isu.

    Bagi memperbetulkan kesilapan lalu, negara Malaysia adalah sebuah negara persekutuan yang sepatutnya terdiri dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak ada hak-hak istimewanya tersendiri begitu juga Semenanjung Tanah Melayu juga perlu ada hak-hak tersendiri. Nama Semenanjung Tanah Melayu bukan rekaan baru, ianya telah diguna satu masa dahulu dan sekarang patut dikembalikan nama asalnya berserta hak-hak istemewanya.

    Pernyataan yang saya pertahankan adalah :
    1) Perkataan “Allah” tidak boleh dimaksudkan sebagai Tuhan agama lain apabila ditulis atau disebut dalam bahasa Melayu.
    2) Penggunaan “Allah” dalam lain-lain bahasa tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.

    Terdapat gerakan di Malaysia sedang cuba menyatukan rakyat bukan Melayu dalam satu kumpulan untuk menentang orang Melayu. Mereka menggunakan agama Kristian sebagai wadah penyatuan kerana mereka melihat agama Kristian ada kelebihan tersendiri seperti sokongan dan perlindungan negara luar. Mereka ini sebenarnya tidak bertuhan, mereka akan bertuhankan apa saja asalkan matlamat duniawi mereka tercapai. Tidak menghairankan jika mereka sendiri tidak mengamal ajaran kristian secara sepenuhnya walaupun kononnya mereka mempertahankan.

    Kumpulan ini bergerak lebih cergas kerana terdapat peluang. Peluang yang ujud kerana perpecahan umat Melayu Islam. Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi. Ia bererti tunduk kepada pilihan ramai. Jika sekumpulan rakyat boleh disatukan dan kumpulan ini merupakan majoriti maka kumpulan inilah yang berkuasa termasuk memerintah negara. Memerentah negara bermaksud boleh mengubah prinsip dan dasar serta corak pemerintahan. Jika cukup sokongan di parlimen, undang-undang juga boleh digubal, pinda dan mansuhkan.

    Reply
  • 23. Antihipokrit  |  January 12, 2013 at 1:33 pm

    Ironinya kenapa DAP tidak pulak kisah Singapura kekal dgn ISA nya tetapi pembangkang Malaysia sibuk dgn penghapusan ISA. Sehingga ‘memaksa’ Najib lembik menuruti perintah mereka. Kini baru ku tahu sebabnya. Jikalau di Singapore, isu agama dan perkauman dibuat seperti skg, LGE, BISHOP, PASTOR semua dah berehat di Kamunting.

    Reply
    • 24. malaysian  |  January 12, 2013 at 1:54 pm

      Antihipokrit,

      Bukan tak kisah. Tapi atas dasar apa mereka nak kisah dengan ISA di Singapura? DAP adalah parti politik berdaftar di Malaysia. Macam mana mereka ada hak untuk buat tuntutan mengenai ISA di Singapura? Lagipun, adakah kerajaan Singapura akan dengar tuntutan DAP?

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,712,539 hits

Kalender

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: