“85% Cina sokong Pakatan di Johor”

January 15, 2013 at 8:15 pm 6 comments

Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed, hari ini mengumumkan hasil bancian yang dibuat partinya ke atas kecenderongan pengundi. Beliau menjangka sokongan pemilih Cina bagi calon Pakatan yang berketurunan Cina di negeri itu teramat kuat memihak kepada DAP. Rujuk FMT — ‘Tsunami Johor': 85% Cina sokong Pakatan.

Semalam Wong Chin Huat, seorang ahli badan pemikir Penang Institute, telah juga menganggarkan bahawa 50-60% – dan mungkin peratusan yang lebih tinggi lagi – kaum Tionghua yang menyokong PAS.

Dapatan di atas membayangkan PAS lebih popular di kalangan masyarakat Cina berbanding MCA.

Kenapa MCA ditolak mentah-mentah?

MostViewedTwitterSensation

“A star is born”

Rencana bertajuk ‘Twitter sensation unfazed by brickbats in cyberspace‘ paling popular di kalangan para pembaca Star Online kelmarin.

Suratkhabar tersebut memperkenalkan seorang Tweeter berumur 19 tahun kepada khalayak ramai.

Shasha

Wanita muda tersebut, yang diberi jolokan “Twitter sensation” oleh The Star, adalah seorang penuntut bernama Shasha Mendoza yang menerima kritikan hebat daripada penyokong pembangkang sewaktu berlangsungnya #KL112.

Beliau diserang sebagai seorang “pelacur” kerana tweetnya yang berbunyi:

“Kepada penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan.”

Akaun Twitter si Shasha sekarang sedang ‘trending’. Ini bermakna The Star yang mempunyai audien 5.63 juta memang berupaya menaikkan nama seorang biasa yang tidak dikenali ramai sebelum ini.

Berhubung kes Shasha, The Star mempopularkan seorang penyokong kerajaan. Suratkhabar milik MCA itu mengambil langkah cuba mempopularkan mangsa buli dan serangan kesat oleh para penyokong pembangkang.

Ini dilakukan oleh The Star kira-kira hanya 12 minggu (mengikut ‘countdown’ 100 hari mulai 1 Jan 2013 oleh DAP) menjelang pilihanraya umum.

MostViewedTwitterSensation

Orang BN dicerca “low class politician”

Namun selama lima tahun sebelum ini, rencana-rencana The Star giat berusaha untuk menjayakan personality cult evangelista.

Rencana tentang Shasha yang disiarkan pada 14 Jan 2013 paling banyak dibaca (“Most Viewed”) oleh pelayar Star Online. Akan tetapi saban hari, saban minggu pasca-tsunami 2008, rencana-rencana The Star tidak mengendahkan orang Tweeter pro-kerajaan tetapi sebaliknya mengharumkan nama evangelista.

HannahTwitterLowClass

Shasha Mendoza yang dinobatkan The Star sebagai bintang sensasi baru Twitter adalah mangsa buli orang pro-Pakatan.

Kenapa selama ini The Star tidak pula pernah memfokus kepada siapakah yang merupakan pembuli di alam maya.

Apabila bendahari Beliawanis MCA sendiri mengadu “@hannahyeoh = DAP SuperCyber Bully“, The Star buat tutup sebelah mata.

HannahYeohSuperCyberbullyJL

Nasib Shasha Mendoza, yang “trending” buat masa ini ekoran publisiti yang diberikan kepadanya oleh The Star, menunjukkan bahawa media arus perdana mampu mencorak populariti seseorang.

Perhatian diberikan oleh The Star kepada Shasha hanya untuk sehari sahaja.

Akan tetapi tumpuan yang diberikan oleh The Star kepada evangelista DAP adalah saban hari selama lima tahun berturut-turut tanpa mengenal penat lelah.

Sampai Pesta Tanglung 1Malaysia beberapa bulan lepas yang dirasmikan oleh anak Chua Soi Lek seorang Timbalan Menteri tidak diberi apa-apa liputan manakala Pesta Tanglung di Subang Jaya yang disertai Adun DAP kawasan tersebut diberitakan dalam dua rencana The Star yang berasingan.

Do big numbers equate great strength?

Sekarang PAS pun lagi popular di kalangan pengundi Cina berbanding MCA

Kalau The Star boleh popularkan Shasha dalam sehari …

Intipatinya jentera media MCA itu terlalu besar jasanya kepada evangelista DAP 2.0.

Usaha-usaha The Star membuahkan hasil sehingga di Johor kubu kuat BN pun masyarakat Cina lebih berkenan dengan parti bertonggakkan Melayu Pakatan berbanding dengan parti Cina BN.

Di mana-mana ceruk pun komponen Cina dalam BN dilemparkan tohmahan “running dog”, “low class” dan sebagainya. Selama lima tahun kebelakangan, tak pernah pun saya terbaca The Star membela mana-mana politikus BN yang diserang habis-habisan di alam maya.

Cerita tentang Shasha Mendoza mungkin pertama kali The Star prihatin kepada mangsa buli yang pro-kerajaan di alam maya … agaknya too little too late.

HannahTwitterLowClass

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: , , , .

Tunku Aziz yang cakap, Umno yang dipersalahkan Perbincangan: Unsur-unsur yang mana lebih utuh?

6 Comments Add your own

  • 1. forrrestcat  |  January 15, 2013 at 9:53 pm

    I have added that lady in my twitter and sent her some encouraging tweets, its appalling how people send nasty things to her.

    Reply
  • 2. polo  |  January 16, 2013 at 12:05 am

    I wouldn’t put any faith into their figures and statistics.
    Too much hanky panky everytime they use software.

    They’ve been busy with adobe photoshop lately and their ‘mathematical expert’ come up with outrageous figures.

    Just not long ago one of the PAS people claims the Japanese told him that they gave RM207 billion to Malaysia.

    Either he’s plain lying or some people made a total fool out of him, in any case they won’t make a fool out of me.

    Reply
  • 3. Forrest Kucing  |  January 16, 2013 at 2:01 am

    Forrestcat,

    Sharifa Zohra needs your support more than that Twitter lady la.
    Both also BN/UMNO supporters, so why you never show encouragement to SZJ la…

    What kind of UMNO fella are you?

    ~ forrest kucing

    Reply
    • 4. jonnymalaya  |  January 16, 2013 at 11:07 am

      Don’t worry, just wait. Patience mah man…

      Just like SZ who goes off tangent talking about cat, dog, and ikan jaws, don’t be surprised if the author goes off tangent talking about Cross, Star, and Hannah Yeoh :D

      Reply
  • 5. Lim Tat  |  January 16, 2013 at 3:29 am

    Adakah populariti Sasha Mendoza mampu menandingi Little Ambiga dari UUM Miss Bawani yang hangat dibicarakan?

    Reply
  • 6. Atas Pagar  |  January 16, 2013 at 11:56 am

    Knowing that the party who is conducting the polls is so willing to share the god’s name, even cat, dogs and donkey would have said this: “yes, we support your party”!

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,692,570 hits

Kalender

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: