Perbincangan: Unsur-unsur yang mana lebih utuh?

January 16, 2013 at 7:16 am 20 comments

Unsur-unsur yang memecah-belahkan kita:

  • Agama *
  • Bahasa **
  • Pemakanan (perkara haram-halal, contohnya babi)
  • Dr M
  • Lim Guan Eng
  • Tabu (contohnya pantang anjing)
  • Cara berpakaian ***

Unsur-unsur yang menyatu-padukan kita:

  • Yang DiPertuan Agung sebagai lambang ketua negara
  • Lagu kebangsaan
  • Bendera kebangsaan
  • Kedai / gerai mamak — teh tarik
  • Makanan ‘kebangsaan’
  • Pasukan badminton negara
  • Sukan bolasepak
  • Personaliti kegemaran – P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Lat dsb

Kalian dijemput untuk membincang bersama, menghurai atau menokok-tambah kepada butir-butir senarai di atas.

* Nampaknya rakyat boleh dibahagi kepada dua kem – yang menentang/menyokong kalimah Allah digunapakai oleh golongan Kristian

** Istilah ‘bahasa ibunda’ jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris ialah ‘mother tongue’. Ia membayangkan wujudnya ‘motherland’ yakni sebuah negara tempat asal yang masih berpaut di hati. Berbanding Presiden Obama, misal kata, yang tidak mendakwa bahasa ibunda beliau adalah Swahili ataupun mana-mana loghat Kenya

*** Contohnya hukum tutup aurat yang mahu dikenakan PAS ke atas bukan Muslim, terbaru di Kedah berhubungkait pertunjukan pentas sempena hiburan perayaan Tahun Baru Cina

About these ads

Entry filed under: Malaysian First. Tags: .

“85% Cina sokong Pakatan di Johor” Ekoran ketetapan muktamad PAS atas kalimah Allah

20 Comments Add your own

  • 1. moya  |  January 16, 2013 at 7:18 am

    Tak tidur ke ? Jom pekena the tarik

    Reply
    • 2. Helen Ang  |  January 16, 2013 at 7:24 am

      Bangun awal. Hari ini bertekad nak (mesti & terpaksa) mengemas. Rumah dah semak, berselerak dan berterabur. Tu lah, the cost of blogging, price to pay.

      Btw, methinks your comment auto-corrected by spellchecker: you mean “teh tarik”?

      Reply
  • 3. Arm  |  January 16, 2013 at 8:49 am

    Memang tak jadi hal kalau bukan Islam nak guna perkataan Allah dalam percakapan sehari2 mereka kalau itu dah jadi bahasa lumrah mereka. Pelanggan saya dan beberapa orang Cina ‘Old Chinese Man’ yang saya kenali dah biasa cakap Tuhan Allah itu..Tuhan Allah ini…dan saya tak rasa khuatir dan jauh sekali marah kerana memahami konteks maksud mereka. Kalau orang Kristian nak guna pun jika mereka dah biasa guna dalam bahasa Cina, Tamil atau Hindi atau English, gunalah perkataan Allah itu. Macam orang Kristian Arab.

    Tapi betulkah mereka guna Allah dalam bahasa Cina,Tamil atau English? Kenapa tak desak Persekutuan Kristian Sedunia (kalau ada atau yang macam tu lah…) tukar semua Bible agar rujuk Tuhan mereka kepada Allah. Sedangkan dalam Islam, kitab Al-Quran yang digunakan serata dunia, timur barat utara selatan tetap gunakan katanama khas Allah. Hatta, jika diterjemahkan pun dalam apa bahasa pun Allah tetap digunakan sebagai katanama khas.

    Kesimpulannya: Ini semua nak menjolok sarang tebuan. Dan nak tutup isu lain bila tebuan mengamuk.
    _______________________________________________________________________________________________________________________________________

    Nama Guan Eng dah sebati dengan menghasut. — Helen

    Reply
    • 4. shamshul anuar  |  January 16, 2013 at 12:29 pm

      helen,

      Tepat sekali. Kalau Guan Eng tak fitnah tak sah.

      Reply
    • 5. Joe  |  January 16, 2013 at 9:49 pm

      DAP dah nampak kejayaan mereka dengan mempermainkan agama ni Sabah dan Sarawak , sebab tu mereka akan cuba meraih undi dengan membuat kebencian antara agama di Semenanjung pula

      Reply
  • 6. Rashid  |  January 16, 2013 at 9:35 am

    Unsur yang menyatu-padukan kita: Cuti Umum

    Reply
  • 7. leno  |  January 16, 2013 at 9:41 am

    Di semenanjung, takder kristian pakai perkataan Allah … tak der masalah. Di Sabah & Sarawak, hanya sebilangan kecil yang pakai. Itu pun sebenarnya takder masalah. Malah yang pakai pun mula ber-alih untuk “tidak menggunakan” perkataan Allah terutama golongan muda Kristian yang menyedari perkataan Allah tidak bersesuaian dengan tempat dan masa kini. Internet, pendidikan dan pendedahan yang lebih luas telah meningkatkan pemahaman. Aliran masa akan menyelesaikan situasi ini. Malah upacara sembahyang mereka, ramai yang telah berhijrah menggunakan perkataan Tuhan.

    Masalah berpunca dari halangan terbitan bible dalam Malaysia yang dikenakan oleh BN dahulu. Terbitan kalau dibenarkan pun mesti diselubungi dengan unsur-unsur membuli oleh birokrasi. Dengan sengaja memperbanyakkan red tape, surat-menyurat permohonan, ditendang ke sana-ke mari, dengan satu niat – ingin MENYUSAHKAN sebanyak mungkin terutama pada zaman syed Hamid (dinosor tua) dan si celaka Zahid Hamidi (tali barut Si Peliwat Anwar). Oh ya …Tidak lupa oleh Si Bodo-Hishamudin.

    Penyelesaiannya mudah saje. Benarkan terbitan dan terjemahan dalam bahasa melayu dengan syarat menggunakan perkataan Tuhan. Lain-lain syarat mudah seperti pernyataan “Kitab Kristian atau Agama Kristian di cetak di muka depan. Dan percayalah, dengan terbitan BM akan secara kendirinya melupuskan semua kitab terjemahan dari Indonesia yang menggunakan perkataan Allah. Siapalah nak baca terjemahan Indonesia. Bukannya bahasa mudah, dan tidak diguna-pakai di Sabah dan Sarawak pun. Dan ramai mubalig Kristian pun takut pengikut-pengikutnya keliru antara Allah Islam dengan Allah Kristian nanti. Malah Kristian lain akan tenung saudara mereka yang menyembah dengan sebutan Allah dengan – “Aik ! Sedara saya ni Kristian ker Islam ni ?”

    Reply
    • 8. Atas Pagar  |  January 16, 2013 at 12:22 pm

      Leno,

      itu cadangan kamu. sudah berlambak cadangan dibuat tetapi satupun tak diterima.

      justeru hendakkah pihak-pihak terbabit gunapakai cadangan kamu itu?

      seperkara lagi, tentunya pengomen bernama “rakyat” akan mengulas cadangan awak seperti ini:

      “siapa kamu untuk menentukan cadangan paling sesuai untuk pihak Kristian?”

      Reply
      • 9. leno  |  January 16, 2013 at 3:14 pm

        Ini masalah parti politik semenanjung DAP, PAS dan UMNO yang memulakan isu ini. Patut boleh selesai dengan tolak-ansur oleh pihak kerajaan zaman Pak LaH bengap. Bawa berbincang dengan pihak yang berkaitan tapi tali barut Zahid dan si bodo Hishamudin tidak memberi peluang sehingga terkeluar menjadi isu awam. Sekarang DAP dan PAS pun cepat menangguk di air kencing.

        Di peringkat Dewan undangan negeri, tak ada ungkitan atau bangkangan dari mana-mana pihak pun. Sama-sama faham. Kerajaan negeri tidak mengganggu kristian yang terpaksa atau dah biasa dengan perkataan Allah, dan kristian-kristian tersebut pun tidak menimbulkan kesulitan kepada kerajaan negeri.

        Sekarang yang tak berkenaan di semenanjung pulak yang bising-bising. Macam lembu-lembu tengah sakit tenat. Harapan saya, bila tiba masa kedua-dua pihak boleh berkompromi, cepat-cepatlah ambil peluang ya.

        Reply
  • 10. Reuven  |  January 16, 2013 at 10:05 am

    United State is one of the former British colonies and achieved its independence in 1776. But the ensuing civil war and inter ethnicity crisis prevented them from enjoying the actual meaning of independency. They became the world largest national economy only at the end of the 19th century i.e. more than 100 years after all the states combined to become one entity.

    Reply
  • 11. Misterzizou  |  January 16, 2013 at 10:07 am

    Cuti umum…semua bersatu balik kampung.

    Reply
  • 12. azhar  |  January 16, 2013 at 10:28 am

    bersatu terima BRIM, bersatu terima duit RM100 murid sekolah.

    setakat nie saya belum dengar satu badan.persatuan /organisasi yang anti BRIM dan RM100 dan joint demo dengan pembangkang.
    __________________________________________________________________________________________________________________________________________

    LOL. — Helen

    Reply
    • 13. Atas Pagar  |  January 16, 2013 at 12:12 pm

      Mungkinkah di ambang PRU nanti, Anwar Ibrahim akan umumkan nilai BR1M akan dinaikkan 2 kali ganda yakni akan ada fulus tambahan menanti kita dalam bulan Jun? Fuh lumayan tuh!

      Reply
  • 14. Ahmad Ibrahim  |  January 16, 2013 at 10:47 am

    when will we see our elected reps agree and vote in unison ? well, maybe when the topic is on raising the salary of the elected reps.

    Reply
    • 15. mhs  |  January 16, 2013 at 4:23 pm

      wasn’t it tabled last time and PR voted against it? of course not out of sincerity, just one upmanship

      Reply
  • 16. anakjamil  |  January 16, 2013 at 11:00 am

    antara unsur yg menyatukan kita semua

    1. Kegemaran kita untuk ‘komplen’ & buat perbandingan
    2. Apa2 yg ada ‘FREE’
    3. Soalan2 generik
    (a) Bila berjumpa: ‘Sudah makan?’
    (b) Time tengok eksiden: ‘Siapa kena? Cina? Melayu? India?’

    Reply
    • 17. Ahmad Ibrahim  |  January 16, 2013 at 11:08 am

      kamu lupa sebut yang lagi satu. soalan tu, ya lah, soalan tu lah. apa ? dah tengok nombor kereta tu ? dah tengok nombor motosikal tu ? tu lah ! nombor kenderaan !

      Reply
  • 18. ASH  |  January 16, 2013 at 1:06 pm

    Helen,

    Sepatutnya you letak LGE paling atas sebagai faktor utama memecah belah, bila dia sebut soal kalimah “allah” kawan dia sendiri, PAS dah berpecah belah …makan keliling.

    Reply
  • 19. MalayPrincess  |  January 16, 2013 at 4:14 pm

    bersatu bila ada hal ehwal mengenai aweks hot atau seksi…regardless political view….maybe kena cari awek hot atau seksi utk menangani isu-isu politik ni secara neutral kot? gerenti semua ternganga keluaq ayaq lioq…

    Reply
  • 20. truth hurts  |  January 16, 2013 at 4:31 pm

    here’s something interesting ,”It’s final: No new DAP poll” from freemalaysiatoday website
    comments:
    Cheng Tee · Top Commenter · Criminal Justice
    Do not worry about the 2 black dogs. They already sold themselve to the BN.
    Reply · 2 ·· 15 hours ago

    E.t. Ong · Top Commenter · Butterworth, Malaysia
    It does not matter whether will there be a DAP poll again, what is important is to field more Malays candidates for 13 GE.
    Reply · · 7 hours ago

    Loo Tze Meng · Top Commenter · Works at Production
    True. Field more Malays in DAP. They are the most controlled society. Just like from the many small Indian Political Parties as everyone wants to be boss. In Malay society too, there are many of these kind. Those like Perkasa, Kimma or those using religion issues like the Ali chap. All they need ware to open their mouths and the “HooHa” starts.
    Reply · · 4 hours ago

    observe, no one said anything about “2 black dogs”. that’s DAP chinese supporters for you ! and indians in the dap party ,this is how the party treats you ! no racism my ass!

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,512,983 hits

Kalender

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 326 other followers

%d bloggers like this: