PAS mahu kuasa atau syurga?

January 23, 2013 at 2:25 pm 18 comments

Tujuan PAS ialah untuk menerapkan nilai-nilai hidup Islam serta mempertahan kesucian Islam.

Usaha PAS adalah menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasul-Nya.

Islam wajib diperjuangkan sebagai aqidah. Ianya pegangan PAS sejak zaman-menzaman.

Bagaimana PAS boleh dikatakan sudah berjaya memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dengan meredhai Allah disyirikkan?

Majlis Syura bertanggungjawab menjaga dan mengawal tatatertib parti supaya patuh kepada kitabullah dan sunnah rasul serta ijma ulama dan qisas.

Majlis Syura terdiri daripada golongan pemimpin PAS yang paling warak di kalangan Tuan-Tuan Guru dan ustaz-ustazah.

Demi memelihara keutuhan dan kehormatan Islam, ahli-ahli badan tertinggi PAS tersebut telah membuat ketetapan bahawa perkongsian kalimah Allah akan membawa kepada gejala Tuhan Yang Satu disekutukan dengan Anak Tuhan dan Hantu Suci.

Mengikut doktrin Kristian, bukan sahaja Tuhan beranak dan diperanakkan malah Sang Ibu Anak Tuhun juga layak disembah umat. Mungkin orang Muslim akan tertanya-tanya pada suatu hari nanti: Adakah Emak Tuhan (“Mary Mother of God”) memang isteri sah kepada Bapa Tuhan (“God our Father”)?

Ekoran keputusan Majlis Syura menghuraikan, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS yang sepatutnya, parti tersebut dicaci-maki para penyokong DAP.

PAS juga digesa parti rakan Pakatannya itu supaya bingkas menolak budi bicara Majlis Syura serta menarik balik keputusan yang dibuat jemaah majlis.

Perpatah Melayu ada menyebut ‘Sekali air bah, sekali pantai berubah’. Selepas ombak tsunami melanda pada Mac 2008, DAP terlalu ligat mengubah dan maka berubahlah parti dari segala sudut dan segi.

Kini PAS pula mahu diubah mereka.

Sanggupkah orang PAS sekarang bermusabahah diri?

Disyorkan agar penyokong tegar PAS sila baca penghakiman bertulis (klik) hakim Kristian Cina bersabit pengadilan kes kalimah Allah (2009). Baru bolehlah pengikut-pengikut parti Islam itu sedar sedikit.

DAP pernah melaungkan cogankata ‘Makin Cuci Makin Kotor’. Tukang-tukang fitnah si Dapsters selalu memaki-hamun “Umnoputra” tetapi sampainya giliran Majlis Syura PAS dipandang serong dan dilemparkan pelbagai tohmahan.

Sajak

Membasuh hujan

oleh Ibnu Din Assingkiri (I.D.A.)

Hujan janji makin lebat
hujan wang mencurah-curah
hujan fitnah telah jadi bah.

Hujan lengah menyerlah
rupa sebenar petualang
bila dilangir oleh kuasa.

Hujan deras menuju April
menjirus timbunan ludah
atas sisa kumuh politik.

Hujan rintik berbisik,
taufan mungkin melanda
selepas Tahun Baru Cina.

© Sanusi Din (21-01-2013)
Batu Kawan, Pulau Pinang

About these ads

Entry filed under: PAS. Tags: , , .

Perkasa will dissuade BN Malays from voting for MCA Soi Lek: “Guan Eng is a fire starter”

18 Comments Add your own

  • 1. atas pagar  |  January 23, 2013 at 3:13 pm

    Kak Helen,

    Sekali air bah sekali pantai berubah. Ya begitu kuatnya ‘kuasa’ bah sampai dapat mengubah sebuah pantai.

    Dalam konteks politik kemahuan kepada kuasa mampu mengubah bukan saja individu malah sebuah parti sepenuhnya.

    Dalam konteks individu, bukan saja kemahuan pada kuasa mampu mengubah Hitler jadi anti-semitik, Muammar Libya jadi otokratik malah Obama menjadi presiden paling liberal dalam sejarah AS.

    Dalam konteks lokal jangan hairan kalau Umno tunduk pada permintaan, MCA mencongak untuk lompatan, presiden Pas berada atas majlis syura, Dap di bawah armpit jutawan dan PKR di awang-awangan.

    Reply
  • 2. Rabbit  |  January 23, 2013 at 4:13 pm

    Inilah akibatnya bila berpakat kerana satu persamaan – sesama mereka bencikan UMNO. Selain itu PAS – DAP tak ada persamaan langsung malah saling bertentangan. Kepura-puraan mereka semakin terdedah.

    P/S: Parlimen bubar 22 Feb.

    Reply
  • 3. I.D.A.  |  January 23, 2013 at 4:14 pm

    Perspektif tulisan ini menarik sekali. Persoalan pada tajuk dah lama terjawab; pengikut akar umbi PAS maukan syurga tapi pemimpin PAS terpecah dua, mau syurga & mau kuasa. dengan cara yang dibuat mereka iaitu menjadi tukang angguk dan ditunggangi 24/7 oleh DAP maka susah sikit menuju syurga kerana sekongkol dengan si harbi yg terang-terangan menentang negara Islam, hudud dan mau berkongsi kalimah Allah.

    Sungguh konpius bila nanti orang kristian namakan rumah Allah kepada gereja. Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah, Innalillah, MasyaAllah, Astaghfirullah semuanya akan turut dikongsi. dalam keadaan ini, apalagi yang sukar bagi memasukkan jarum halus pemesongan akidah. di sebelah sana, hanya PAS yg mampu berbuat sesuatu. jangan harap PKR kerana ketuanya biasa kongsi-kongsi ni, no hal punya. Jika PAS mengalah habislah…

    ‘Hujan lengah’ DSN sebenarnya ada juga rahmat (bagi mereka yg mampu berfikir rasional) kerana semakin lengah PRU semakin nampak keburukan-keburukan yg meloyakan di pihak dapsters. kepada yg mampu berfikir matang, #TolakPakatoons. kepada yg taksub ABU dan ABCD, look at pros & cons and decide.

    *ABCD – Asal Bukan Cap Dacing

    Reply
    • 4. Rabbit  |  January 23, 2013 at 7:39 pm

      ABAIkan aja.

      *ABAI – Asal Bukan Anwar Ibrahim

      Reply
    • 5. anakbukitgantang  |  January 23, 2013 at 8:05 pm

      ABCD nampaknya kena jadi Asal Baik Cap Dacing lah
      PAS tak boleh diharap jaga Islam
      PKR asyik nak jadikan Malaysia Jaringan Islam Liberal
      DAP nak musnahkan negara supaya Singapore dapat kuasai Malaysia dgn Singapore Raya

      Bagi saya yg terbaik asal bukan DAP-PAS-PKR

      Reply
  • 6. m8  |  January 23, 2013 at 4:17 pm

    Kenapa anak tuhan yang perlu disembah, kenapa tak sembah adam/hawa – lagi hebat takde ayah/emak, isa tak de ayah je (kalau ikut logik le).

    Reply
  • 7. Servant of God  |  January 23, 2013 at 4:20 pm

    Pas mahu kuasa mutlak, sehinggakan mampu memberi tiket shurega kepada sesiapa yang dipilihnya.

    Mereka bagaikan sudah lupa Pencipta yang Esa.

    Reply
  • 8. Bongek  |  January 23, 2013 at 4:57 pm

    Helen,

    I have voted 5 times in GE and I never missed my constitutional right. I decided to maintained my voting centre at my kampung it gave me excuses to balik kampung meeting my kampung folks every GE.

    The atmosphere is electrifying. My first 3 GEs, my votes went to PAS. I am attracted to the simplicity of their leaders and probably my hatred to Mahathir and his henchments particularly Mat Rahmat and the likes. The PAS leaders then are pure and very keen to promote the good governance, upholding Islamics values are more important than winning an election. I can see that is their strentgh back then. Mahathir improve tremendously knowing very well that any slip up will benefit PAS immmediately. Back then PAS was STRONG EVEN THEY DO NOT WIN THE ELECTION.

    PAS was part of the country’s success or failure that we are seeing today.

    Fastforward, the last 2 GEs, my votes went to BN. The turning point was, PAS leaders are a bunch of inconsistent peoples. They became ruthless for the sake of more votes and power. When they embraced Anwar (immmediately after his sacking) revealed their greeds for Malays votes. I have doubt until today that PAS leadership trusted Anwar but for the sake of political expediency, they are “hand in glove”.

    PAS leadership are now being seduced and charmed by power and greeds. They may be strong in votes now but they are weak in principles and DOES NOT CONTRIBUTES TO NATION BUILDING ANYMORE. In reality they will be punished by peoples in long run.

    Next GE my vote will go to BN again because PAS does NOT deserve my vote. I am sure they will be punished.

    I am very eager to vote now!!!

    Reply
    • 9. Helen Ang  |  January 23, 2013 at 5:30 pm

      Re: “PAS was strong even they do not win the election.”

      True and good observation b’cos Umno adapted to become more ‘Islamic’ terikut-ikut PAS — some political analysts describe this as the race to out-Islam the other.

      If Umno adapted to PAS’s style, then PAS was the ‘stronger’ party sebab Umno ikut gaya PAS guna perbendaharaan kata Islamik, buat bank Islam, ketatkan ‘halal’, dsb dan bukannya PAS yang ikut gaya Umno (pemimpin cuti London, isteri tak bertudung, dsb).

      How strong is PAS today that DAP doesn’t think twice about trying to bully the Majlis Syura?

      Reply
      • 10. Servant of God  |  January 23, 2013 at 6:15 pm

        Helen, I may have missed your point, but I don’t think UMNO became closer to Islam because of Pas. I’ve experienced it myself. Those who seek to understand Islam will become embrace its teachings. It might be slow at first, but it will come.

        Think about it. UMNO should be liberal as compared to Pas, but right now it is Pas who in bed with with DAP. They thought they were ahlul-jannah, and thought they could do no wrong.

        Reply
        • 11. Helen Ang  |  January 23, 2013 at 6:31 pm

          The liberal PAS flip-flopping on kalimah Allah the last couple of years is a creature nurtured by Ubah.

          Think of all the years that PAS has been calling Umno kafir.

          But now its sleeping partner DAP is far from (being labelled) kafir?

          Reply
      • 12. Bongek  |  January 23, 2013 at 8:01 pm

        Helen

        I might reluctantly in agreement with you that both UMNO and PAS are playing one upmanship when come to Islamic matters but the end game is, today we are the most successful Islamics Finance model. From a politically motivated business initiative (some says from the fear of domino theory from Iranian Revolution therefore all Islamics initiatives are to appease the middle Muslim), Malaysia today stood very proud in leading the world in Islamic Finance.

        We have the brain power to be the innovators and the champions. Peoples around the world are coming here to learn. I worked in multinational that promotes Islamics Finance. We even employed expatriates and all of them are very impressed with what we have. There is no other industry could give us similar recognitions and returns.

        Come back to PAS, I would say they are instrumental in forcing Mahathir’s regime to innovate. Otherwise, they are deemed as NOT Islamic enough and will lose votes. That is what I mean that PAS was strong even they dont WIN elections. That is my expectation and if BN are the opposition I would expect the same.

        Compromising their principles will perhaps give them more votes in the short term but I said earlier once the novelty finished, they will be punished. PAS must return to their original struggles or they will be rejected. What is important is the result and the contribution. I know is very tempting to go short cut when you have the power.

        Sever the relationship with Anwar and DAP now before its too late. PAS might win smaller seats, PAS might not capture Putrajaya and PAS might not enjoy the power but PAS will be very strong and could contributes very positively to the nation building.

        God willing, when peoples are ready PAS might govern the country because people like me (perhaps millions like me) will vote for PAS.

        PAS has to be strong on this basis.
        __________________________________________________________________________________________________________________________

        re: “That is what I mean that PAS was strong even they dont WIN elections.” We share the same view but I’m adding the caveat that what you say is true of PAS pre-Pakatan. Dulu lain, sekarang lain. — Helen

        Reply
    • 13. Arm  |  January 23, 2013 at 5:50 pm

      Tersanganat setuju dengan Bongek.

      Reply
  • 14. anakjamil  |  January 23, 2013 at 5:41 pm

    sebagai bakal pengundi, ini persepsi saya terhadap parti pembangkang: We have the lousiest opposition parties the world have ever seen.

    Mereka membantah segala-galanya tanpa sebab yg konkrit dan pada masa yg sama memperbodohkan rakyat Malaysia – yang menyedihkan ada org Malaysia yang termakan dan percaya.

    Saya pun dah tak pasti negara barat manakah yang menjadi kiblat kepercayaan mereka. Ianya lebih kepada cedukan serba sedikit dari pelbagai negara, kemudian diolah menjadi satu negara utopia: malangnya negara ini tidak dan tak mungkin wujud.
    PAS yang mengidamkan & memperjuangkan negara Islam, malangnya negara Islam yang diimpikan adalah ketika zaman kegemilangan Islam ribuan tahun dahulu. Jika timbul persoalan ‘kenapa tidak? Tiada yg mustahil!’ apakah nanti jawapan yg PAS akan berikan sekiranya hukum Hudud menjadi realiti, sudah pasti ada asakan dari NGO2 Hak Asasi Manusia yang akan mempertikaikan keadilannya. Inilah masalahnya pada PAS, dalam mereka mencari keredhaan ilahi, mereka berlagak lebih hebat dari tuhan.
    DAP dengan fahaman sosialisnya lebih menjurus ke fahaman komunisme, jika diperhatikan secara terperinci.

    PKR hanya sebuah parti yg dicipta untuk memenuhi impian gila seorang lelaki yang bercita2 menjadi PM sejak dulu.

    Jadi, jenis gred pembangkang apakah yang kita ada? Seperti yang saya katakan – pembangkang paling teruk dan itu lah tragedi yang menimpa Malaysia: apabila kebodohan mutlak yang menjadi pilihan sesetengah rakyat Malaysia.

    Reply
    • 15. grandmarquis  |  January 23, 2013 at 6:37 pm

      Bukan itu saja, mereka ini mencipta isu dan menimbulkan fitnah untuk mencapai keuntungan politik. PKR sendiri ada satu badan strategy yang kerjanya tidak lain tidak bukan menimbulkan fitnah, memfitnah orang dan mewujudkan huru-hara untuk mendapat untuk untung politik.

      Reply
  • 16. Cucu Tulang Padang  |  January 23, 2013 at 8:37 pm

    Helen.

    Since kebelakangan ini blog sdri dihiasi dgn sajak, teman pun nak berkongsi sajak yang dikirim oleh sahabat baru-baru ini. Beliau adalah seorang usahawan yang agak berjaya di Perak (Nama beliau dirahsiakan – sebab kena dpt permission beliau dulu kalau nak siar namanya). Semangat juangnya tinggi, tapi hatinya penuh dengan kesedihan. So ini sajaknya;

    JIWAKU KESIHAN PADA MELAYU SUDAH LAMA
    BERASA KUAT TETAPI TAK BERMAYA
    HIDUP DGN BANYAK BERMINTA MINTA
    YANG MISKIN TERPEDAYA, YANG KAYA PUN TIDAK SEBERAPA

    NEGERIKU MEMBANGUN MEGAH SEKALI
    BANGUNAN BESAR DAN TINGGI-TINGGI
    TANAH MAK BAPA DIJUAL BELI
    HARTA PUSAKA DILELONG SEKALI

    ADA HATI NAK JADI TUAN
    BANGSA LAIN JAUH KEHADAPAN
    SESAMA MELAYU BERLAWAN LAWAN
    TIDAK SEDAR DIRI NEGERI AKAN DITAWAN

    SEMBAHYANG TUNGGING TERBALIK
    CAKAP BERDOLAK DALIK
    QURAN HADITH DIPILIH PILIH
    UNTUK KEPENTINGAN DIRI UNTUK DIPILIH

    SEJARAH DULU MENYEDARKAN KITA
    UNTUK LAHIRKAN PEJUANG NEGARA
    MANDI DARAH AMAT BANGSA
    BELIA MELAYU BELUM BERSEDIA

    BELIA MELAYU SUKA BERPOYA-POYA
    TIDAK TAHU ARAH TUJU
    HIDUP INI UNTUK SUKA-SUKA
    TIDAK KENAL TUHAN YANG SATU

    ANAK MUDA DI GELAR MAT MEREMPIT
    BAPA BERMOTOR BESAR TUNJUK GAYA
    KE SANA KE MARI BERKEPIT KEPIT
    BERMOTOR BESAR DI PANGGIL APA

    AKAN BERSAMBUNG
    NUKILAN:” GELORA DARAH MELAYU”

    Reply
  • 17. Antibebal  |  January 23, 2013 at 8:50 pm

    PAS mahu kuasa atau Syurga?
    Disebabkan terlalu serakahkan kuasa pemimpin PAS sanggup mengadaikan akidah mereka dan ahli-ahli mereka sendiri bila mereka sanggup mensyirikkan Kalimah Allah dan berusaha untuk mendoakan kehancuran untuk orang Islam yang lain (UMNO). Hasilnya sebahagian besar umat Islam semakin meluat dgn PAS sekarang.

    Hendakkan syurga?
    Mungkin pemimpin PAS terlalu pandai didalam bab ugama sehingga mereka berusaha utk melarang ahli PAS yang lain- Ust. Nasha dari berjumpa untuk berbincang dgn pemimpin Islam didalam UMNO contohnya. Apakah mereka terlupa dgn sepotong hadith yang berbunyi?

    Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan (silaturahim)- Hadith riwayat MUSLIM.

    Reply
  • 18. Antihipokrit  |  January 24, 2013 at 1:19 am

    Heaven for sale by Nik Aziz and Hadi Awang. And mega sales by tokong. bodoh punya olang

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,885,828 hits

Kalender

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: