Jakim kata evangelista adalah “musuh Islam”

January 26, 2013 at 4:05 pm 21 comments

Khutbah Jumaat (Jan 25) yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam mengesahkan bukan Muslim di Malaysia yang membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah sebagai “musuh Islam”.

JakimAllah

Teks: RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH

(13 Rabiul Awwal 1434H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah kita berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Kita laksanakan segala perintah-Nya dan kita jauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan bukan saja di dunia bahkan juga di akhirat. Mimbar hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: “RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Semalam pada 12 Rabiul Awal setiap tahun adalah hari sambutan Maulidur Rasul yang menjadi salah satu hari kebesaran Islam yang disambut meriah di negara ini. Walaupun Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita, namun kekasih Allah ini tetap berada di dalam sanubari dan hati umatnya sekiranya kita seorang  hamba yang beriman. Baginda SAW  telah membawa kepada kita risalah Allah dengan dua cara. Pertama, menyampaikan perintah dan panduan Allah SWT melalui wahyu Qur’ani; dan Kedua, menghidupkan wahyu-wahyu Allah dengan sempurna melalui perbuatan, perkataan dan pengakuannya atau apa yang dinamakan sebagai sunnah nabawiyah. Kemuliaan akhlak Rasulullah SAW sebagaimana yang dicerminkan di dalam al-Quran, wajib diambil tauladan secara mutlak dan di taati oleh manusia sepanjang kehidupan ini. Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taghaabun, ayat 12:

Maksudnya:“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas nyata.”

Bukti penegasan ‘taat kepada Rasulullah’ ini terdapat di dalam kalimah Lailahaillaah dan Muhammadur Rasulullah yang menunjukkan bahawa Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW  adalah Tuhan dan Nabi kita. Penggunaan kalimah La adalah suatu bentuk perakuan kewujudan tuhan yang dinamakan Allah dan menafikan tuhan-tuhan selain-Nya. Dengan itu, seluruh umat Islam wajib bersatu dan menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT. Ini merupakan syarat mutlak sahnya kepercayaan kita terhadap adanya Tuhan dalam Islam selain mengarah kepada meng-Esakan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4:

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yakin dan percayalah, antara agenda yang diberi keutamaan dalam misi Rasulullah SAW menyebarkan Islam ialah dengan memperkasakan akidah ummah. Umat Islam diikat dengan erat melalui konsep tauhid, kiblat yang satu, kitab yang satu, pemimpin yang satu. Namun dalam pada itu, Baginda juga sentiasa diterjah dengan berbagai ancaman musuh Islam yang didalangi oleh orang-orang Yahudi untuk mengkucar-kacirkan pegangan dan fahaman umat Islam. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan, diantaranya menggunakan isu agama sebagai alat untuk menghancurkan umat Islam. Mereka menghasut sesetengah umat Islam yang lemah imannya dan hilang intergriti untuk melanggari ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mereka juga memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa.

Oleh itu, tidak menghairankan ada di kalangan umat Islam pada hari ini yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetapi pada masa sama telah mentafsir Islam mengikut hawa nafsu. Mereka sanggup melakukan tindak-tanduk mengikut kemahuan sendiri dan akhirnya perbuatan tersebut kelihatan janggal, pelik di khalayak ramai. Besarnya pengaruh nafsu dan peranan syaitan dalam kehidupan ini terbukti apabila mereka tanpa segan silu mengutamakan kepentingan diri, mengutamakan kebendaan walaupun nyata bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.

Sedarlah, inilah masanya untuk umat Islam bersatu bagi memelihara kesucian agama Islam dan mempertahankan akidah umat Islam.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Ternyata sekali lagi, hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah. Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka. Wal hal telah jelas kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam serta satu ketetapan yang begitu nyata bagi mengelakkan umat Islam menjadi keliru, ragu-ragu, dan tersilap mengenal identiti Allah SWT.

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan berdasarkan kajian ilmiah bahawa kalimah Allah tidak pernah terdapat di dalam Taurat ataupun Bible dan mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord).

Oleh itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Begitu juga dengan pegangan seluruh umat Islam di Indonesia yang bersepakat kalimah Allah hanya diguna pakai oleh orang Islam sahaja.

Mimbar ingin menyatakan sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka menjadi kewajipan kita menjaga kesucian kalimah Allah serta mempertahankannya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Umat Islam mesti tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama. Sikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya, kerana matlamat mereka yang utama adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa agama adalah sama. Ingatlah bahawa semua gejala keruntuhan akidah ini sebenarnya telah menjatuhkan kemuliaan dan darjat umat Islam sendiri. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 72:

Bermaksud:“Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil!. Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.

Janganlah ada segelintir umat Islam yang hanya pandai berbicara soal Islam namun dalam masa yang sama sanggup menggadaikan maruah dan agama sendiri. Lebih menyedihkan lagi ada di kalangan  umat Islam hari ini yang langsung tidak sensitif dan sanggup menggadaikan akidah dan masa depan ummah demi kepentingan diri sendiri. Bayangkan akibatnya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Yakinlah, di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Dalam hal ini, umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh. Berdasarkan maqasid syariah maka menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Mimbar ingin mengingatkan salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam bagi memastikan kedaualatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 41:

Yang bermaksud:Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, bersempena dengan sambutan Maulidul Rasul, marilah sama sama kita menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan dalam melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Marilah sama sama kita mempertahankan dengan segala upaya kemuliaan Rasulullah SAW dari sebarang penghinaan, memberikan penghormatan sewajarnya kepada Rasulullah SAW dalam tindak tanduk kita seharian dan mencontohi akhlak, keperibadian dan teladan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW  dalam setiap tindakan.

Program Maulidur Rasul ini pada dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah. Ia bertujuan untuk mentarbiyah, membimbing dan memperingatkan umat Islam agar menghargai apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Salah satu pengajaran itu ialah memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pesuruh Allah yang paling berjaya menegakkan ajaran Allah, Rasul terakhir, tokoh teragong sepanjang abad di dunia dan akhirat kerana membawa perubahan besar kepada lanskap akidah seluruh juzuk hidup manusia di dunia. Malah hingga ke hari ini peribadi suci Rasulullah SAW masih dikagumi musuh-musuh Islam. Justeru, mimbar menyeru kepada semua pihak, marilah sama-sama kita menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai amalan hidup dan mengelakkan diri dari perbuatan yang menyimpang dari sifat Rasulullah SAW yang sebenarnya.

Dengan demikian sambutan Maulidur Rasul yang diberi liputan meluas dalam media cetak dan media elektronik memberi peluang kepada rakyat pelbagai agama di negara ini memperingati seorang insan terpilih, memahami gaya kepimpinan, memahami akhlaknya dan memahami dasar politik, ekonomi dan sosial untuk kita teruskan dan hayati. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat 31:

Maksudnya: Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sumber: Jakim

About these ads

Entry filed under: Evangelis. Tags: , .

“Geng pariah” yang curi bendera DAP Subang Jaya Hannah Yeoh berceramah di DUMC

21 Comments Add your own

  • 1. usin  |  January 26, 2013 at 4:24 pm

    penganut evangelist kristian sebenarnya adalah perosak kpd ‘kesucian’ agama mereka. knp mereka menggunakan pendekatan menipu dan menyeleweng utk mengembangkan agama mereka? sekiranya agama mereka benar dan suci, perlukah agama itu dikembangkan dgn taktik kotor menipu, memperdaya dan menyeleweng? menipu, memperdaya dan menyeleweng adalah kerja2 jahat dan hina. so, lu fikirlah sendiri!!!!

    Reply
  • 2. anaksi  |  January 26, 2013 at 5:04 pm

    tidak dinafikan, dalam setiap agama, pasti wujud kelompok tertentu yg agak melampau dan extrem. sama ada dalam Islam, Kristian, dll., golongan ini selalu merasakan mrk lebih beragama dari penganut yang lainnya. Saya percaya lebih ramai lagi golongan kristian yg tidak bersetuju dgn desakan puak pelampau ini.

    ada kalanya kita perlu korbankan sesuatu demi sesuatu yang lebih besar dan lebih baik seperti perpaduan dan hidup harmoni yg amat utama dlam ngara kita yg bbilang kaum dan agama….

    Reply
  • 3. forrrestcat  |  January 26, 2013 at 6:18 pm

    Extremism is fire unquenchable, Osama bin Laden and the Taliban are the fire the CIA used to fight the Soviets which ended up pulling the silly American Empire into spending two trillion dollars in wars in Iraq and Afganistan which until now have not been resolved.

    Bigoted Malay Muslims? Go ahead my Malaysiakini friends, make our day.

    Reply
  • 4. azhar  |  January 26, 2013 at 6:24 pm

    musuh islam itu memang ada dan nyata. dari dahulu hingga sekarang.

    di malaysia mereka bernasib baik sebab orang islam di malaysia (orang melayu) memang baik.

    walau bagaimana pun jangan sesekali ambil kesempatan sebab bila kata kata jihad berkumandang bersedialah menerima akibatnya.

    Reply
  • 5. anakjamil  |  January 26, 2013 at 6:28 pm

    everyone .. Please bear with an upcoming ‘JAKIM is an instrument of UMNO, hence we’re (DAP or oppo) are not a little bit suprised by this one bit’.

    Followed by ‘unconstitutional’, ‘authoritarian’, ‘anti Freedom of Speech’, ‘oppressing the Christians’.

    Then, they will get Najib to ensure that their rights to faith are not undermine, bla bla bla..

    It’s the same recycled scripts – over and over and over again.

    Reply
    • 6. Helen Ang  |  January 26, 2013 at 6:33 pm

      :)

      “They” already said that (Jakim balaci Umno, blah, blah, blah) just that I didn’t mention above b’cos I wanted to keep the posting focused solely on the Jakim text.

      They also demanded for Jakim to be investigated under sedition for sowing “hatred”. Malas saya salin-tampal their Politics of Love but you can find the comments at the usual watering holes.

      Reply
    • 7. Orangkampung  |  January 21, 2014 at 5:38 pm

      But why are they listening to or reading JAKIM? JAKIM is under the YDPA who is the head of Islam and Muslims and anything he says directly or through his agents that does not relate to non-Muslims should be ignored. Isn’t that their official stand, that they do not have to listen to what HRH has to say if it is about Islam? I don’t see any names mentioned there.

      So just ignore, can or not? But of course, I’m sure this will trigger another round of what anakjamil describes above. Maybe we should clarify. The above khutbah is not a call to fight against anyone. It’s a call to remember our duties as Muslims and to unite. As long as they keep calling for unity, the dapsters don’t have anything to worry about.

      Reply
  • 8. I.D.A.  |  January 29, 2013 at 11:46 am

    kafir ‘harbi’ memang layak diperangi. twitted this to PM, rais & hishamudin

    Reply
  • 9. antihipokrit  |  January 21, 2014 at 6:07 pm

    Well deserved. Siapa yg cari pasal pada mulanya. Jika ada paderi2 yg kena bunuh pun apa umat islam mau peduli lagi. Every action surely got reaction. You eat your own bullet la Evengelistas..

    Reply
  • 10. antihipokrit  |  January 21, 2014 at 6:09 pm

    Isu Allah menyerlahkan melampaunya puak Evengelist dan penolong mereka iaitu Muslim MUNAFIKIN. Memang Allah SWT serlahkan sifat org munafik dlm hal ini.

    Reply
  • 11. antihipokrit  |  January 21, 2014 at 6:12 pm

    Peguam Annou Xavier kata nyawa Pader Andrew terancam kerana roadshow UMNO.

    Excuse us Mr Lawyer. We beg to differ. Nyawa dia terancqm because of his ignorant and stupidity. Its the price you have to pay. For every action there will be a reaction. Its a simple mathematic that a wayside lawyers never hv the chance to learn.

    Reply
  • 12. antihipokrit  |  January 21, 2014 at 6:13 pm

    Kenapa Paderi Andrew takut MATI? Bukankah ‘Allah’ sedang tunggu kamu di pintu syurga kerana JIHAD kamu mempertahankan kalimah Allah utk Kristian? Kenapa takut mati? Jadikanlah kematian kamu nanti sebagai galakan kpd lebih ramai lagi PADERI untuk mati syahid.

    Reply
    • 13. Har  |  January 22, 2014 at 9:36 am

      jihad? takut mati? akan ada ahli PAS pertahankan dia yg lebih yg sggp mati dan berjihad sama2 pertahankan kristian guna kalimah Allah. hanya perlu arahan tok guru sahaja.

      Reply
      • 14. antihipokrit  |  January 22, 2014 at 10:42 am

        Kalau puak hamPAS rasa nak jadi golongan yg Allah SWT firmankan silakan… Dengan tok2 guru sekali takde masalah

        Artinya : “Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. karena Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.” (QS. An Nisaa : 138 – 140)

        Reply
  • 15. Eileen  |  January 21, 2014 at 6:30 pm

    PENCETUS nya siapa ?
    Memang anak beranak macam itu……. tak suka Malaysia aman.
    13 May incicident wajar dielakan.
    Malaysia is a beautiful country.

    Reply
  • 16. antihipokrit  |  January 21, 2014 at 10:17 pm

    However, it has become clear that Father Andrew and his followers are a bunch of troublemakers who just have problems abiding the law. They cannot let Malaysians of all religions live peacefully like we always do. They just have to pick a fight on the Muslims just for the fun of it. They must drag the world into their game, as spectators and judges.

    There is no way to explain their stubbornness when they cannot give even one good reason why the Christians suddenly feel the need to give their God a name that is, the same name as the Muslim’s? In their argument, they say that ‘Allah’ is a common God to all religions and there shouldn’t be any issue on whatever we call Him.

    Using the same argument, the Muslims asked, “if ‘name’ is not an issue why not just use any other name that does not offend anybody?”

    Reply
  • 17. amir  |  January 21, 2014 at 10:35 pm

    wow good article keep it up helen

    Reply
  • 18. Wa  |  January 22, 2014 at 11:23 am

    Puak2 papa Andrew Suka kacau bilau d maysia ni.
    Cuba lah klu Ada brani.
    Papa Andrew ni pengecut tu lah dia Suka jdi bapak haramjadah.

    Reply
  • 19. Hussin Rahman  |  January 22, 2014 at 4:52 pm

    Sudah ramai pak-pak imam di Malaysia, terutama yang menyokong Pas, sudah terpengaruh dengan tipu helah puak evangelista ini. Pak-pak imam ini, termasuk seorang imam yang memberi tazkirah di masjid Fatimah Al-Zahra di Taman Kosas, Ampang, sebelum solat Isyak awal minggu ini, telah memperlekehkan usaha Jakim ini.

    Reply
  • […] For Jakim sermon excerpt above, see here […]

    Reply
  • 21. Hussin Rahman  |  January 29, 2013 at 2:04 am

    Pelampau begini wajib dipancung atau ditanam hidup-hidup. Tindakan begini adalah perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran.

    Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,709,028 hits

Kalender

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: