Gambar Guan Eng lebih besar dewa Hindu

Januari 29, 2013 at 12:08 am 22 comments

Meskipun DAP seringkali menepis dengan alasan golongan Kristian “hanya 9 peratus” penduduk Malaysia namun kaum Nasrani jelas tampak pengaruh mereka.

Ungkapan Malaysia’s “two most dominant religious communities” merujuk kepada umat Islam dan puak Kristian (screenshot bawah).

Evangelis mengkafirkan Cina lain

DAP menguar-uarkan penganut agama Buddha sebagai lebih ramai bilangannya berbanding dengan Kristian. Pada hakikat suara orang Cina Buddha jarang kedengaran. Juga para pengikut Buddha bukannya suka mendakwah ataupun memiliki naluri untuk berperang (salib).

Sebaliknya orang Kristianlah yang cukup lantang selalu. Dan walaupun dianggap kononnya begitu lemah sekali – “hanya 9%” – tetapi masih cukup kuat ikhtiar dalam tuntutan keras mereka terhadap kalimah Allah.

Bukan setakat itu sahaja, ada di kalangan mereka yang fanatik yang mempunyai tabiat riak mengkafirkan orang Cina lain yang bukan Kristian.

LGEmaulidurRasul2

“I am Yahweh, that is My name”

Khalifah Lim Guan Eng meletakkan diri di depan dalam sambutan Maulidur Rasul.

Di samping mengakui Nabi Muhammad sebagai rasul Allah, sejumlah 1,620, 000, 000 umat Islam di serata dunia menggelar Tuhan yang satu dengan nama Allah yang satu-satunya.

Tiada seorang pun mengaku Muslim yang memanggil Tuhannya dengan nama lain selain Allah.

Buku Isaiah 42:8 dalam Bible menyatakan:

I am Yahweh, that is My name;
I will not give My glory to another
or My praise to idols.

(Holman Christian Standard Bible)

Kalau dalam bible bahasa Inggeris, Tuhan sudah menggelar diri-Nya “Yahweh” serta Dia menyuratkan “that is My name”, kenapa evangelis di semenanjung bermati-matian mengatakan bahawa tuhan orang Kristian bernama Allah?

Guan Eng Kristian?

Adakah Lim Guan Eng sebagai seorang Kristian tidak pernah mendalami kitab suci sendirinya?

Ataupun dia sesumpah yang boleh menjadi Tokong semua agama mengikut musim? Mana-mana agama pun akan diperalatkan olehnya.

Pada papan tanda raksana sempena Thaipusam, wajah Guan Eng kelihatan lagi besar daripada wajah dewa Hindu. Cuba anda tengok sendiri di bawah.

GuanEngThaipusam

Apa agama dianuti Guan Eng sebenarnya?

Dalam video (YouTube dipautkan di bawah) yang dirakam di Sarawak, Guan Eng bercakap seolah-olah dia seorang pastor Kristian.

Sila ke blog Gerakan Anti PKR (GAP) untuk melihat gambar gadis-gadis bertudung sedang mengikuti kelas pengajian agama Kristian. 

Kemaskini (3 pagi):

Blogger Cipan, Tapir & Tenuk (C++) mempertikaikan kesahihan gambar yang diedarkan oleh orang Umno tersebut.

Untuk mengikuti penjelasan C++ kenapa beliau menganggap gambar tersebut telah diphotoshop, boleh baca ‘Penjelasan : Isu Perempuan Bertudung Di Gereja‘.

* Tajuk posting ini telah diubah selepas mengambil-kira penjelasan rakan blogger C++.

About these ads

Entry filed under: Evangelis. Tags: , , , .

Sambutan bagi pemecatan ustaz Nasha Hannah Yeoh pun boleh buat silap mata ‘Excel’ !!

22 Komen Add your own

  • 1. forrrestcat  |  Januari 29, 2013 at 1:11 am

    Lim Guan Eng is like a snake shedding skin to attract the various religions in Malaysia. But in the end still a snake.

    Balas
    • 2. Helen Ang  |  Januari 29, 2013 at 1:25 am

      Penang got famous Tokong Ular.

      Balas
  • 3. Hussin Rahman  |  Januari 29, 2013 at 2:01 am

    Al-Quran memerintahkan penganut Islam memerangi habis-habisan musuh-musuh jahat begini.

    Balas
  • 4. C++  |  Januari 29, 2013 at 2:34 am

    Jawapan dan penjelasan bagi gambar “kononnya” gadis-gadis bertudung sedang mengikuti kelas pengajian agama Kristian ader gua berikan di blog gua

    Balas
    • 5. Helen Ang  |  Januari 29, 2013 at 2:46 am

      Terima kasih. Saya akan kemaskinikan posting dengan memuatkan input C++.

      Balas
      • 6. C++  |  Januari 29, 2013 at 3:45 am

        Helen…

        Terima kasih kerana membuat kemaskini.

        Jika gambar itu sahih betul diambil dalam gereja yang sebenar, gua perlukan sekurang-kurangnya tiga gambar diambil dalam gereja tersebut dari arah berbeza.

        Apa pun gua masih menunggu gambar lain kalu ader…

        Balas
        • 7. Helen Ang  |  Januari 29, 2013 at 3:55 am

          Salam,

          Pada awalnya saya menyangka gambar tersebut adalah gambar Indonesia yang mereka (Umno Terengganu yang edarkan di Facebook) mahu ketengahkan agar orang kita boleh mengambil iktibar.

          Juga terlintas di fikiran bahawa kegiatan murtad di negara kita adalah suatu gerakan bawah tanah (itu sebelum C++ memaklumkan bahawa kelas tersebut didakwa kononnya telah berlangsung di sebuah gereja di Ipoh).

          Ingat-ingat boleh jadi kerana kerja-kerja dakwah mereka itu terpaksa dijalankan secara sulit serta ia menyalahi undang-undang, maka tempat mengaji pun mungkin tidak konvensional juga.

          Apapun, sekali lagi diucapkan terima kasih kepada teman kerana sudi memperbetulkan mana yang salah.

          Balas
  • 8. forrrestcat  |  Januari 29, 2013 at 2:59 am

    All this issue is the third law of newton caused by the Allah debacle.

    And both sides wants to win no matter what.

    Tahniah Lim Guan Eng. You have sold your country, or at least Penang.
    _________________________________________________________________________________________________________________________________________

    I thought Penang belongs to Kedah? — Helen

    Balas
  • 9. Haha  |  Januari 29, 2013 at 3:12 am

    Helen Ang, you are a typical crony for using the racial and religious card against the opposition. Your type of people are the reason for the non-development of Malaysia as a nation and frankly, it’s sad. I and a myriad of other people have no respect for you and your opinions does not hold water in any subject. Truth is not a democracy, so, jog on. Kthxbai :D Oh, did you hear that potato screaming in the distance? No? Coz that’s you :D

    Balas
    • 10. Helen Ang  |  Januari 29, 2013 at 3:34 am

      Your type of people, commenting in a forum that plugs itself with the tagline “unite against racism” are a mirror image of the DAP’s ‘beyond race’ TALK which everybody can see does not match with its CEC party election WALK. In other words, cakap tak serupa bikin.

      Not only do a myriad of other people – and mind you, they are the majority of Malaysians (remember that DAP is not the biggest political party in Malaysia) – have no respect for your kind, they actually hold you in great contempt.

      But living in your little potato patch, you wouldn’t have any inkling now, would you?

      Balas
  • 11. Haha  |  Januari 29, 2013 at 3:14 am

    What do we have here??? Comment moderation? No wonder you have so much support for you. Well, not that it matters, as long as you can read my comments, you’ll know deep down inside that nobody cares about you.

    Balas
  • 13. Hope  |  Januari 29, 2013 at 8:23 am

    Helen, trima kasih sbb update pasal gambar wanita kononnya ‘duk dalam gereja’.
    First tengok gambar tu semalam, my first thought ialah copy and antar to all my FB friends. So, I copied but I saved in hard disk first thinking I wld do that later. I’m glad I did that.

    Actually my instinct told me something is not right with the pic. I’ve never been inside any church ever, sekadar tengok dalam movies aje. I just thought, kenapa kosong sgt gereja ni.. macam ada yg missing kat depan tu. Bila baca explanation c++, barulah I found the missing puzzles.

    Bloggers pro-govt kena hati-hati, looks like ada pihak yg nak laga-lagakan between the two religious communities.

    Seems like ‘they’ REALLY would like to see another May 13.

    Please do not fall into their trap.

    Balas
    • 14. Helen Ang  |  Januari 29, 2013 at 8:33 am

      Terima kasih atas nasihat yang saya terima dengan hati terbuka. Sememangnya saya sendiri pun harus lebih cermat dalam membuat pautan. Biar ini menjadi pengajaran :)

      Balas
  • 15. marhaeman  |  Januari 29, 2013 at 10:29 am

    Berdasarkan perkembangan Dap-Pas dan agama, kemungkinan akan ujudnya negera TEOKRASI PLURAL pertama di dunia amatlah tinggi sekali.

    Balas
    • 16. Helen Ang  |  Januari 29, 2013 at 12:58 pm

      LOL, triple classic — Plural theocracy: Lantik Patrick Teoh jadi ‘mufti’ Putrajaya.

      Balas
  • 17. I.D.A.  |  Januari 29, 2013 at 12:17 pm

    mak oii, ya Tuhan. ni baru betui punya tokong, sakan sungguh mesti besar dari muka balaci takpalah. ni lagi besar dari gambar dewa hindu, aisey man, dah melampau. thaipusam tu nak raikan dia ke?

    Balas
  • 18. sras  |  Januari 29, 2013 at 1:20 pm

    Dewa LGE ;)

    Balas
  • 19. I.D.A.  |  Januari 29, 2013 at 3:33 pm

    Kesamarataan LGE style. Sama tapi tak rata. Apapun dalam banyak-banyak dapsters dia tetap paling C.A.T (Cel@#$ Amat Teramat). Kesamarataan my foot: http://catatanseni.blogspot.com/2013/01/menyoal-hujan.html #SavePenang #TolakPakatoons

    Balas
  • 20. Calvin Sankaran  |  Januari 29, 2013 at 11:48 pm

    I was really confused this year while attending Thaipusam…was the festival held in the honor of Lord Muruga or Lord Guan Eng…

    Balas
  • 21. Apple Biru  |  Januari 30, 2013 at 11:11 am

    Dear Sis, gambar gadis-gadis bertudung sedang mengikuti kelas pengajian agama Kristian. Cerita sebenar.
    http://apple-biru.blogspot.com/2013/01/kursus-kahwin-jadi-kursus-kristiankan-remaja-islam.html.

    Balas
  • 22. submit  |  Jun 13, 2013 at 12:12 pm

    Prophecy Servant of God
    ` ` ` ` ` ` ` `
    word Atmak not necessarily means ‘whom I uphold’ but is infact a name

    the writing of Atmak is אתמך
    the writing of Ahmad is אחמד

    Isaiah 42:1
    God says
    “Behold, ‘My Servant’ (pronounced as Abd-ee), ‘whom I uphold’ (pronounced as Atmak);

    God mentioning about the coming of His servant
    Behold My Servant Ahmad (Isaiah 42:1) – so who is this Ahmad as in God’servant?

    He is none other than
    Abd-Allah Ahmad (Servant of God, Ahmad) – Prophet Muhammad s.a.w

    Balas

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


The Lion Sleeps Tonight

KARPAL SINGH

Evangelista

Tudung as political accessory

They always call Utusan

the “Umno mouthpiece”

Dear readers,

If you like my writing, please introduce my blog to 3 of your friends. Thank you.

Helen Ang

CLICK ON IMAGE TO READ

'Condolence' in Oik's blog

'Mereka perlu disekolahkan' in Sarah's blog

'10 alleged ghost sightings' in Alizul's blog

'The Calovinia' in Anisah Afifah's blog

Kiriman Terbaru

Pengunjung

  • 3,747,164 hits

Kalender

Arkib

Suapan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 304 other followers

%d bloggers like this: