Sah tsunami Cina dan ia menguntungkan PAS

May 23, 2013 at 4:16 pm 42 comments

Pertama sekali, kawasan-kawasan Parlimen yang dimenangi pembangkang telah menunjukkan tahap komitmen yang teramat tinggi untuk keluar mengundi.

Voter turnout

Pakatan telah menang 89 kerusi Parlimen. Di 76 kawasan dalam senarai tersebut, voter turnout melebihi 80 peratus. Malah di Gelang Patah, seramai 89.1 peratus pemilih telah keluar untuk membuang undi mereka. (Lihat jadual di bawah)

PRU13parlimen1PRU13parlimen2PRU13parlimen3PRU13parlimen4PRU13parlimen5PRU13parlimen6PRU13parlimen7

Tidak ada satu pun kawasan Parlimen pembangkang yang mana ‘voter turnout’nya kurang daripada 70 peratus. Penyebab utama voter turnout boleh begitu memberangsangkan ialah faktor pendesak “ini kali lah”, jom Ubah.

Mengikut tradisi, voter turnout kawasan luar bandar PAS memang selalunya tinggi dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Yang berbeza ini kali ialah di kawasan bandar di mana DAP menang kerusi baru yang tidak pernah atau kurang lazim dikebas parti tersebut.

Contohnya di Kulai, Johor voter turnout adalah setinggi 89.3 peratus dan di Serdang, Selangor, 88.9 peratus.

Sokongan tepu daripada puak Cina

Lima kawasan Cina pekat yang dimenangi DAP mengandungi lebih 80 peratus pemilih Cina, iaitu Bandar Kuching (90.9%), Kepong (90.3%), Seputeh (89.7%), Tanjong (85.2%) dan Cheras (84.1%).

Calon-calon DAP menang dengan majoriti yang terlampau besar: Teresa Kok (51,552 undi), Tony Pua (44,672), Sim Chee Keong (43,063), DOCTOR (PhD) Ong Kian Ming (42,206) dan Karpal Singh (41,778). Undi-undi yang melambak inilah tonggak kepada kelebihan “undi popular” yang diraih Pakatan.

Sebagai perbandingan, PAS menang di Bachok mengalahkan calon Umno Awang Adek Hussin dengan majoriti teramat tipis yakni 201 undi.

Di Kuala Nerus, Terengganu, PAS menang dengan majoriti 610 undi sahaja dan di Bukit Gantang, Perak dengan majoriti 986 undi. Jauh bumi dari langit jika diukur mengikut prestasi hebat DAP di kawasan-kawasan Cina.

Sebenarnya pengerusi DAP Karpal Singh telah bertanding di kawasan 74.5 peratus pemilih Cina manakala “muka Melayu DAP” Zairil Khir Johari diletakkan di kawasan 73.8 peratus pemilih Cina, iaitu Bukit Bendera di Pulau Pinang.

Jelas sekali para calon bukan-Cina DAP terpaksa berharap dan berpaut kepada sokongan Cina setia terhadap parti mereka.

Pola pemilihan PRU13 menunjukkan bahawa masyarakat Cina ini kali pangkah pada lambang roket dengan tanpa banyak usul-periksa tentang latar perkhidmatan yang pernah (atau langsung tidak) disumbang oleh calon kepada penduduk setempat.

Contohnya DOKTOR (PhD) Ong Kian Ming menyertai DAP pada lewat Ogos 2012. Bermaksud menjelang hari mengundi pada 5 Mei 2013, DOKTOR Ong hanya sempat menjadi ahli parti selama sepanjang tempoh 8 bulan.

Namun gelombang Ubah di kawasan Serdang telah menghadiahkan sebanyak 79,238 undi kepada anggota baru parti evangelis DAP 3.0 tersebut — mencerminkan ianya jenama roket yang berjaya dijaja dan terlalu laris di kalangan orang Cina.

Kuasa Cina, apalagi

Tiga puluh kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang adalah merupakan kerusi majoriti outright Cina di mana kaum Tionghua dengan berdiri sendiri sudah melebihi 50 peratus pemilih.

Sebanyak 42 buah kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang mempunyai pecahan pemilih Cina mengatasi pemilih-pemilih kaum lain. Bermakna 47.2 peratus kejayaan Pakatan digalas bahu Cina.

Daripada 89 calon Pakatan yang menang, 30 orang daripada mereka telah menewaskan calon MCA. Bermaksud satu-pertiga daripada kekalahan BN harus dipertanggungjawabkan kepada kepincangan parti Cina itu.

Calon Cina BN yang mewakili Gerakan di semenanjung, SUPP di Sarawak dan PBS serta LDP di Sabah pun turut kalah juga.

Daripada calon-calon BN yang kalah, seramai 45 orang adalah calon keturunan Cina. Bermaksud lebih separuh daripada beban kekalahan BN harus ditanggung oleh golongan Cina.

Selain DAP, calon-calon PKR yang menang merangkumi wakil Cina parti di bandar-bandar Cina juga, iaitu: Michael Teo di Miri (57.4 peratus pemilih Cina), Sim Tze Tzin di Bayan Baru (48.5% Cina), Lee Boon Chye di Gopeng (46.0%), Wong Chen di Kelana Jaya (41.7%) dan Hee Loy Sian (41.5%).

Calon-calon Melayu PKR yang menerima imbuhan daripada gelombang “Ini Kali Lah” adalah, di antaranya Rafizi Ramli di Pandan (kerusi 48.2 peratus pemilih Cina) dengan menumpaskan MCA, Mohd Idris Jusi di Batu Pahat (45.7% Cina) mengalahkan seorang calon Umno mesra Perkasa yang tidak disukai kaum Cina dan Shamsul Iskandar Akin di Bukit Katil (40.8% Cina).

Mohd Ali Rustam, mantan Menteri Besar Melaka yang dihanyut tsunami di Bukit Katil telah menyifatkan “sentimen perkauman masyarakat Cina yang begitu tebal” sebagai salah satu punca utama beliau jatuh tersungkur.

Turut menjadi mangsa penolakan keras kaum Cina terhadap parti pemerintah ialah seorang menteri beragama Kristian, Bernard Dompok, di Parlimen Penampang yang mempunyai 32.4 peratus pemilih Cina dan 59.6 peratus pemilih kaum pribumi Sabah yang kebanyakan mereka Kadazan-Dusun (Kristian).

Beliau tewas kepada calon PKR Ignatius Dorell Leiking dengan majoriti yang memeranjatkan, iaitu sebanyak 10,216 undi.

PAS mendapat habuan juga

Seperkara yang jarang berlaku sebelum ini ialah kejayaan calon parti Islam merembat kerusi majmuk.

Wakil PAS Dr Che Rosli Che Mat menang di Hulu Langat dan Mohamed Hanipa Maidin di Sepang, dua buah kawasan yang masing-masing mendaftarkan 34.3% dan 34.0% pemilih Cina.

Sementara itu, Mujahid Yusuf Rawa (PAS, Parit Buntar), Idris Ahmad (PAS, Bukit Gantang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS, Bukit Raja) menang di kawasan yang kesemuanya mempunyai sesuku jumlah pemilih Cina.

Untuk mengetahui trend pengundi Cina yang kian hari kian rapat kepada pembangkang, sila baca analisa maklumat pulangan saluran di kawasan Parlimen Sungai Siput, SINI.

Di Temerloh pula, penyandang jawatan (incumbent) Saifuddin Abdullah – seorang Umno liberal yang merupakan Timbalan Menteri ketika itu – terkejut kalah kepada seorang ustaz PAS, iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Nasarudin Hassan.

Selama ini, kerusi Temerloh telah mampu dipertahankan oleh Umno pada tahun 2008, 2004 dan 1999. Ini kali kalah atas gejala Temerloh diduduki 24.2 peratus pemilih Cina yang dijangkiti penyakit gila talak.

Orang Cina yang memekik lolong “Umno rasis” beserta menuduh BN parti perkauman sekarang ini boleh pula mengalih sokongan mereka kepada PAS yang menang 11 kerusi Parlimen di kawasan-kawasan mono-racial yang semuanya kurang lima peratus pemilih bangsa lain selain Melayu.

Sebaliknya, atas semangat setiakawan, Umno telah mengetengahkan calon-calon MCA di kerusi Padang Serai yang mempunyai 56.3 peratus pemilih Melayu, Bandar Tun Razak yang 52.6 peratus pemilihnya Melayu dan Alor Setar (61.6% Melayu).

Ketiga-tiga calon MCA tumbang.

Pasti ada pihak-pihak dalam Umno yang berpandangan bahawa nescaya diketengahkan calon Melayu di Padang Serai, Bandar Tun Razak dan Alor Setar, akan besar kemungkinan BN tidak kehilangan kerusi-kerusi majoriti Melayu tersebut.

BN pun boleh tukar angin

Jikalau betul kurang 10 peratus sahaja kaum Cina yang kekal menyokong BN maka perhitungan BN pun wajar di’Ubah’ mengikut selera semasa. Lantaran percaturan BN yang nanti wajar bertukar congak agar sepadan, bukan?

MCA telah habis dilanyak di Seputeh di mana DAP memecah rekod dengan mencatat majoriti paling besar dalam sejarah pilihanraya negara.

Lawan Teresa Kok, iaitu Nicole Wong Siaw Ting, telah memperoleh sejumlah 9,948 undi — iaitu 14 peratus daripada 71,859 undi yang dibuang dan nasib baik tidak hilang deposit.

Sekiranya Nicole telah mendapat 50 peratus sokongan kaum India (bersamaan 1,631 undi) pada hari itu dan 60 peratus sokongan kaum Melayu (bersamaan 2,419 undi), maka beliau mungkin mendapat (9,948 – 1,631 – 2,423 =) 5,894 undi Cina … paling banyak lah.

Unjuran 5,894 undi Cina yang diperolehi MCA adalah 9.15 peratus daripada undi Cina yang dibuang di Seputeh secara keseluruhannya pada 5 Mei 2013.

Nampaknya tepat juga anggaran dibuat kebanyakan para penganalis yang menjangka bahawa kurang 10 peratus undi Cina telah diserahkan kepada BN di kawasan-kawasan bandar.

(Sila rujuk silang unjuran peratusan undi mengikut etnik di kawasan Seputeh, yang saya telah kirakan sebelum ini.)

Segala data yang dikutip mengesahkan perjelmaan satu tsunami Cina. Akan tetapi masih ada pengamal media penyokong tegar Pakatan yang tak habis berbelit-belit. Asyik hendak menafi dan terus menafi hakikat di depan mata.

Untuk membaca selanjutnya tentang kelompok si pemutar alam ini dan konco-konco mereka, sila klik ‘Chua Soi Lek denies MCA asset-stripping allegation‘.

Berkaitan:

Tsunami Cina: Baling batu sorok tangan

Berani buat tapi tak berani tanggung

About these ads

Entry filed under: Gunting Dalam Lipatan. Tags: .

Vote swing: Chinese one way, Malay/Indian the other What a bloody joke!

42 Comments Add your own

  • 1. Admin  |  May 23, 2013 at 5:04 pm

    dah boring lah dengar cerita Cina nak melawan melayu.

    Reply
    • 2. Ramayana  |  May 24, 2013 at 3:56 pm

      Then go somewhere else? Takkan tu pun nak kena beritahu?

      Reply
  • 3. I am Mulan  |  May 23, 2013 at 5:15 pm

    Helen
    Selamat Hari Wesak.
    Tomorrow we have to listen to our living Buddha (YAB Tokong Joseph Lim) and our living Mary Kuan Imm (YAB Ugly Bald Betty of Penang) preach on kindness and the evils of BN. I have you will have more articles to shield us from those evils.

    I will learn to be kind to the Zebras (Cina celup, Melayu celup etc like Hanna Banana and Chai Yi Lil s/o ex UMNO) for good karma tommorrow ONLY. Then I will blast their lies after that. Dr (pHd) Evagelinsta Ong looks like a bald monk. Maybe it is a way for the Jerusubanglang to inflitrate the temple.

    Reply
  • 4. moya  |  May 23, 2013 at 5:17 pm

    Helen salah bila mengatakan Dap rasis. Dap cuma secara total mengguna sentiment cina untuk meraih undi. Tak pernah saya lihat org cina begitu berharap mahu menjatuhkan BN.

    Reply
    • 5. nisbah  |  May 23, 2013 at 11:46 pm

      Moya, kalau dap tak rasis mengapa lim kit siang nak halau keluar semua orang2 melayu dari kuala lumpur yang kemudian mencetuskan peristiwa berdarah 13 mei 1969?

      Mengapa dinasti lim asyik mengutuk umno yang merupakan tempat bergantungnya harapan orang2 melayu? Jatuh umno maka jatuhlah melayu.

      Reply
  • 6. chee man hin  |  May 23, 2013 at 5:51 pm

    chinese power. malay powerless. disunity among malay. let us move forward chinese. together we can conquer the world

    Reply
    • 7. Helen Ang  |  May 23, 2013 at 5:59 pm

      You’re being provocative.

      This blog posting of mine is a factual refutation – based on publicly available data – to rebut the pusing-pusing-pusing in denial of those who refuse to acknowledge that a Chinese tsunami indeed occurred.

      They deny and keep denying even after they have reaped the fruit of its success (38 Parliament seats for DAP and a boost of its allies in some of the other mixed seats). As always, my reminder: “What kind of people are they?”

      Reply
    • 8. Fazillah  |  May 23, 2013 at 8:16 pm

      Go ahead and conquer the world but do it with dignity.

      Reply
    • 9. nisbah  |  May 23, 2013 at 11:52 pm

      Man hin, you are trapped here in malaysia. Whatever you wanted to do you will always have to ask permission from the malays. Your graduation from chinese primary school is also a gift from the malays.

      If you continue to deny your misfortune … [edited]

      Reply
      • 10. nisbah  |  May 24, 2013 at 12:09 am

        Okay ok, I got it. Say nicey words only…

        Man hin, if continue to deny your misfortune because your grandfathers brought you here and keep cry baby everyday, I will be very happy to politely SPANK YOUR TINY BUTT.

        Reply
        • 11. nisbah  |  May 24, 2013 at 12:17 am

          So helen, you do censorship too…

          Too sensitive to discuss the issue of tbh? It is the truth although it hurts innocent people being fooled by dap.

          When will the chinese ever going to learn?

          Reply
          • 12. Helen Ang  |  May 24, 2013 at 12:21 am

            In the context that you put it, it’s too controversial.

            Okay, I admit that I’m saying this from the Chinese community POV. I am aware of the sensitivities of the Chinese too, y’know.

            re: “When will the chinese ever going to learn?”

            Under the present circumstances with DAP backed by so many media propaganda machinery, it ain’t gonna happen.

            Reply
            • 13. nisbah  |  May 24, 2013 at 12:42 am

              Dear helen, you are their saviour if they wish to continue and survive in this country. Wealth is not everything to the majority malaysians. Even with less than 20% of the economic pie, the other races has shown great unity and coalition to live in harmony. At anytime we may choose to downgrade the lifestyle without much trouble or pain. Can the chinese sustain?

              Your gift of journalism and your determination to continue writing is not for fun. It is a responsibility.

              The role of politicians here has been almost negligible. They have failed.

              Reply
            • 14. joe  |  May 24, 2013 at 4:19 am

              hi helen, it’s only fair that u also censor CMH’s comment. Very controversial and sensitive to malays, too u know….. frankly, i feel like strangling him to death right away!!

              Reply
              • 15. Ramayana  |  May 24, 2013 at 4:01 pm

                Agree strongly. Other races have been patient with the Chinese, we censure ourselves. The DAP Cinapeks, on the other hand, mulut kasi lepas, tak ada insurans. And now 95% of the Malaysian Chinese are becoming like them. They kept pointing fingers at UMNO and Perkasa, but who’s the real local KKK and Hitler now?

                Reply
    • 16. Ramayana  |  May 24, 2013 at 3:58 pm

      Shades of May 11, 1969.

      Reply
  • 17. kedahan  |  May 23, 2013 at 6:01 pm

    Hai helen,

    Selepas hari pengundian,saya ada menonton rancangan bual bicara di RTM. Dalam rancangan itu ada 3 panel yg dijemput termasuk salah seorang yg bernama Chong.

    Dalam rancangan tu, saya lihat saudara chong seolah-olah menafikan berlakunya tsunami cina dan menyatakan kaum cina mahukan perubahan dan apa yang berlaku merupakan politik matang.

    Pada saya, ianya sesuatu yang amat janggal apabila dia mengeluarkan kenyataan sebegitu. Perubahan apa yg kaum cina mahukan? Adakah dgn menukar sesuatu yg telah tersedia elok dgn sesuatu yg belum pasti, menunjukkan kematangan?

    Mmg kerajaan yg ditadbir BN bukanlah sempurna. Tapi, kita dpt lihat kerajaan sentiasa berusaha utk melakukan penambahbaikan. Nampaknya kaum cina belum puas dgn apa yg dimiliki.

    Minta maaf helen,sejujurnya saya kini berasa sangsi dengan kenalan saya dari kaum cina.

    Reply
    • 18. IDA  |  May 23, 2013 at 6:44 pm

      mmg patutpun sangsi :)

      Reply
  • 19. AJJ  |  May 23, 2013 at 6:16 pm

    Actually, the pangkah-DAP-regardless-of-the-candidates started in 2008, and it was worse back then. DAP put any Chinese under its banner and they won. One example is Subang ADUN, who lost her job in Australia and had to come back, jobless and was just helping out at one of the DAP’s offices then. However, when the word bless and Lord (sometimes Allah) appear in almost every sentences that she uses, anyone will believe she is the real deal.

    I have seen it before with PAS using religion to “save” (or in my word, to recruit) the youth and now DAP is using a similar strategy. Here, I think DAP is more influential than PAS.

    I love my religion so much and that is the reason I do not believe in mixing religion with politic. But, who am I to say because I am not in politic. I can just pray that PAS supporters will open their eyes wide and clear to see what DAP is really up to.

    Reply
    • 20. Helen Ang  |  May 23, 2013 at 6:21 pm

      I think you’ve got a point there.

      Religion is sacred / suci dan politics is profane / kotor. Tell me where in the world is politics bersih.

      Politicians who cheapen faith by dragging it into their dirty world of politics sebenarnya bertindak mencemarkan kesucian agama.

      If anyone loves his religion, he should keep it safe from being mixed and contaminated by opportunistic politicians who are dishonest and thrive on demagoguery.

      Reply
      • 21. IDA  |  May 23, 2013 at 6:46 pm

        politik adalah shortform dari kata “pulas taik”, kotor ke tak?

        Reply
      • 22. Kurik Kundi  |  May 23, 2013 at 6:57 pm

        The worst of all kind Helen are those who use religion as smokescreen to cover up immoral behaviors and put up religious facades whenever they go. They dress, speak with religious flair but behind the scene they screw up every single thing they come across with.

        Reply
      • 23. shamshul anuar  |  May 23, 2013 at 7:02 pm

        Helen,

        They say a knife can cut both ways and do cut both ways. Meaning a strategy especially if it is unethical can backfire.

        PAS, due to its association with DAP as everyone can see does rattle the Malays. Instead of bringing DAP closer to Islam, the effect is the opposite. PAS loses its principle and instead becomes closer to DAP’s principle.

        And that explain why PAS lost Kedah and suffered in Kelantan.

        The biggest winner in PR is DAP. It took PAS for a ride. As PAS leader seldom uses brain to think, they are easily manipulated by DAP.

        One interesting feature in BN is the willingness to babysit MCA and Gerakan is over. UMNO should take note. Places like alor setar, Padang Serai with malay majority should be contested by UMNO itself. I even heard one member of UMNO bandar Tun Razak openly urging Malays to vote for Khalid.

        Reply
      • 24. Chris  |  May 24, 2013 at 1:39 am

        Certainly agree with you sister, not that religion and politics do not mix, but the real worry is that altruistic love does not permeate religion or that politics does not represent justice.

        Revitalizing the Heart of Islam: The Prophetic Wisdom Between Human Ego and the Love for Others: [YouTube]

        Reply
  • 25. sarah  |  May 23, 2013 at 6:25 pm

    Yes, they try to deny it and rejected this tsunami cina but fact will remain fact. How ever you spin it, it will always stay constant. A lot of DAP and PKR members forget this. They try to cover it with calling it with different name but fact was it is CHINESE TSUNAMI.

    :( sarah

    Reply
    • 26. IDA  |  May 23, 2013 at 6:49 pm

      admit or not, people are not endlessly dump. the dapsters, I don’t buy the denial is because of ignorant, they purposely do that for political gains. mmg dasar tamak haloba.

      Reply
      • 27. Helen Ang  |  May 23, 2013 at 6:54 pm

        Gaya tipu muslihat evangelista. Sama saja macam tekad (tak masuk akal) gereja Cina di semenanjung mahu menggunakan kalimah Allah.

        Reply
        • 28. IDA  |  May 23, 2013 at 7:22 pm

          cunningly smart strategi tipu muslihat mencari pasal dengan kalimah Allah. ia dilakukan dengan bersepadu antara dapsters dan gereja evangelist.

          orang2 yg alim dan sentiasa berdakwah tentang kasih sayang sesama manusia tanpa mengira samada pisang, manggis atau langsat pun boleh menipu. betul-betul sama macam Pas.

          inilah yang disebutkan dalam hadis tentang agamawan akhir zaman, merekalah yg paling menyesatkan. rupanya evangelist pun ada spesis laknat macam ni.

          Reply
  • 29. SoPMoD  |  May 23, 2013 at 7:25 pm

    dear helen,

    i came to your blog many years ago.. but havent came back since.. but now im a fan!!!

    keep up the good work & happy holidays.

    Reply
  • 30. IDA  |  May 23, 2013 at 8:20 pm

    ini pun tsunami cina:

    minggu depan aku kena bagi taklimat di sebuah konvesyen di KL audiens semua cina M’sia. penganjur suruh aku tambah tulisan cina kat slides. negara cina kah ni?

    Reply
    • 31. shamshul anuar  |  May 23, 2013 at 10:24 pm

      IDA,

      Tak perlu tulis tulisan Cina.

      Reply
    • 32. nisbah  |  May 24, 2013 at 12:05 am

      Ida, cuba buat tulisan jawi. Buat kelainan sikit. Nak cuba perhatikan reaksi mereka.

      Reply
      • 33. islam1st  |  May 24, 2013 at 1:18 am

        Theresa Kok nanti mengamuk pulak kat majlis IDA tengok tulisan jawi.

        Kepala hotak DAP, tulisan Jawi tu Arab. Nama Allah tu Melayu!!!

        Reply
  • 34. Melonhead  |  May 23, 2013 at 9:49 pm

    Selamat Hari Wesak to you and your family, Helen!

    Keep up your good work. You have ‘converted’ many of my friends who were either fence sitter or pro-oppo after 2008. Now, they can’t stand the hypocrisy and double standard practiced by the opposition, thanks in part, to your hard-hitting analysis-based articles, such as the one here. No wonder the Dapsters and their pathetic army feel so threatened by you.

    Anyway, my hubby thinks that if PR were to have won GE13, the DAP would have gone all over town, proudly proclaiming their victory as a Chinese Tsunami. Now, they are just doing damage control. A little but too late, i think!

    Reply
    • 35. Helen Ang  |  May 23, 2013 at 9:51 pm

      Thanks for the Wesak wishes.

      Reply
    • 36. islam1st  |  May 24, 2013 at 1:21 am

      Terima Kasih Helen kerana Berbodhi Bahsa!

      Reply
  • 37. slashspace  |  May 23, 2013 at 11:33 pm

    rockets just cant afford to let this tsunami cina thing to go on any further because this catchy name will be a very effective way in reminding the malays that malays unity is of utmost important. rockets are banking on a clean sweep in the next election and will not want the malay unity to spoil their plan to be the king of this land. so their denial is just a drama to try to kill the momentum of malays unity.

    Reply
  • 38. AkuMelayu  |  May 23, 2013 at 11:51 pm

    I’m gong to be your fan. Can’t believe I can find a chinese (Malaysian) like you. Selamat Hari Wesak.

    Reply
    • 39. nisbah  |  May 24, 2013 at 12:27 am

      There are actually many chinese like helen before anwar ibrahim was released from prison that gave lim kit siang a powerful bullet to demonise the peace loving chinese community. We will do our best to save people like helen from becoming extinct.

      InsyaAllah.

      Reply
  • 40. joe  |  May 24, 2013 at 4:40 am

    Selamat Hari Wesak, Helen!!

    You are truly ‘malaysian’ indeed. You are even ‘more malay’ than a malay. It’s true…….

    God bless you!!

    Reply
  • 41. AC-DC  |  May 24, 2013 at 6:37 pm

    Conclusions from the data table:

    1. Pakatan does well in mixed seats

    2. Even in mono-Malay seats like in Kelantan & Terengganu, it did well. So much for the ‘Cainis Suenami’

    3. Candidates liek Rafizi, Khasturi Patto, Kulasegaran, etc did well in Chinese majority areas. This shows Helen’s earlier assumption (using Pandan’s 2008 results to back her up) is wrong

    Reply
    • 42. Helen Ang  |  May 24, 2013 at 6:53 pm

      re: Pandan

      2008 conditions and 2013 are different.

      In 2008, DAP had one Parliament seat and 4 DUN seats in Johor.

      In 2013, DAP won 4 Parliament and 13 DUN seats in Johor.

      In 2008, DAP had one Parliament seat in Sarawak.

      In 2013, DAP won 5 Parliament seats in Sarawak.

      In 2008, MCA was half demolished.

      In 2013, MCA is obliterated.

      If it was not Rafizi Ramli standing in Pandan but a broomstick, the Dapsters would have still pangkah roket to put the broomstick in office.

      About the data showing Pakatan making inroads into mixed areas, it indicates the trend that DAP is now the taikor like how Umno is the taikor in BN.

      (a) Prior to 2013, when BN (read: Umno) decides to allow Chinese and Indian candidates to stand in mixed areas but with a Malay-majority, the MCA-MIC candidates could win there.

      (b) Now in 2013 and under the Pakatan seats division arrangement, a non-Chinese like Rafizi can win in a 48.2 percent Chinese area.

      The situations are parallel: (a) dengan ehsan Umno, (b) dengan ehsan DAP

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Smell the flowers

Recent Posts

CLICK ON IMAGE TO READ

Look who got TS Muhyiddin's autograph

'Apo Kono ei Jang' in Sarah's blog

'5 Maps that will help you understand the MH17 crash' in Alizul's blog

Pengunjung

  • 4,905,826 hits

Kalender

May 2013
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Archives

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 341 other followers

%d bloggers like this: