#NotMyPM

Although I do not have any Twitter or Facebook, the hashtag #NotMyPM resonates deeply with me. I find the newly installed administration just as repulsive as how the ‘popular vote’, i.e. Dapsters and Pakatuns, had found the old regime similarly despicable.

(more…)

Advertisements

May 11, 2018 at 11:22 am 128 comments

Umno lebih kuat dengan terbubarnya BN

Semua parti-parti komponen Sabah dan Sarawak sudah menarik diri daripada perikatan BN. Terkini Gerakan pula mengumumkan ia keluar BN.

Maka Umno akan boleh bertanding semua kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya akan datang. Sebelum ini, beberapa kerusi majoriti/pluraliti Melayu telah diserah kepada parti komponen untuk mereka bertanding. Umno akan juga boleh masuk Sarawak buat julung kalinya.

Antara contoh kerusi yang disia-siakan BN ialah kawasan parlimen Bentong di Pahang yang mempunyai 47 peratus pengundi Melayu dan 42 peratus pengundi Cina di mana presiden MCA Liow Tiong Lai masih diperturunkan pada PRU14. Beliau tentunya kalah.

Presiden Gerakan Mah Siew Keong bertanding kerusi parlimen Teluk Intan di Perak yang mempunyai 41 peratus pengundi Melayu, 40 peratus pengundi Cina dan 19 peratus pengundi India. Beliau turut kalah PRU14.

BAWAH: Tidak menghairankan bahawa akar umbi Gerakan mahu tolak BN 

Umno sekarang bebas menegakkan agenda Melayu

Beberapa lagi orang besar Cina dari MCA dan Gerakan juga bertanding di kawasan Melayu, contohnya Alor Setar (64% pengundi Melayu), Alor Gajah (61% Melayu), Simpang Renggam (60% Melayu), Padang Serai (59% Melayu), Tanjung Piai (57% Melayu), Tanjung Malim (56% Melayu) dan banyak lagi.

Perlunya BN dibebankan dengan parti-parti komponen ini ibarat Umno terpaksa masuk gelanggang dengan tangan terikat di belakang kerana memang sudah dijangka bahawa wakil Cina BN pasti kalah. Ini berdasarkan hakikat 93-95 peratus pengundi Cina menyokong DAP dan Pakatan Harapan.

Sebaliknya Umno mempunyai peluang cerah untuk menang pilihanraya kerana ia parti (tonggak BN, gabungan) yang memiliki paling banyak sokongan Melayu, iaitu pada tahap 46.3 peratus berbanding PAS dengan 28.1 peratus dan Pakatan Harapan dengan hanya 25.5 peratus (sumber: analisa Dah Ikhwan). 

BAWAH: Ratu Gila Publisiti DAP mengadakan sidang akhbar bagi budak Anak Bangsa M’sia serahkan dermanya bagi Tabung Harapan

‘Kerajaan minoriti’ perdana menteri minoriti

Tiga perempat (three quarters) pengundi Melayu menolak Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan memegang tampuk kerajaan dengan sokongan 93-95 peratus pengundi Cina yang taksub gila pada DAP.

Untuk berapa lama agaknya Pakatan Harapan mampu terus berkuasa dengan hanya bergalaskan sokongan kaum bukan Melayu walhal sebilangan besar kaum majoriti adalah anti Pakatan Harapan?

Untuk berapa lama agaknya Melayu secara amnya boleh bertoleran terhadap perangai melampau si Dapster?

June 24, 2018 at 12:09 pm 29 comments

Dulu DAP gelar MCA “running dog”, sekarang sila tengok cermin…

DAP akhirnya berjaya hancurkan MCA selepas serangan bertalu-talu mengejek parti Cina itu sebagai budak suruhan Umno yang patuh kepada tuan. (more…)

June 20, 2018 at 12:15 pm 13 comments

Kenduri MM

Video viral Makan & Minum pelancong Cina di buffet.

Habis licin dalam tempoh enam saat.

June 18, 2018 at 7:00 am 20 comments

Peminat-peminat baru “Tun yang tercinta”

Sejak dua menjak ini, komen-komen Dapster di portal sarang Harapan – contohnya Malaysiakini – sudah mula menggelar perdana menteri sebagai “our beloved Tun”.

Fenomena u-turn yang pelik bin ajaib.

Gambar-gambar di bawah telah dirakam kelmarin oleh beberapa media utama di rumah terbuka Tun Mahathir. Rupa-rupanya “Tun yang tercinta” sekarang ini paling popular di kalangan kaum Anak Bangsa Malaysia. (more…)

June 16, 2018 at 1:27 pm 28 comments

Merdeka Center: 95% Cina sokong Harapan

Langsung tiada wujud apa-apa mekanisme semak imbang di kalangan politik masyarakat Cina. Parti-parti BN yang berasaskan kaum Cina seperti MCA dan Gerakan habis musnah pada PRU14 bulan lepas. (more…)

June 14, 2018 at 2:15 pm 4 comments

Wajah DAP yang sebenarnya

DAP bukan berjiwa Cina.

Pengerusi Harapan Tun Mahathir Mohamad sering mengeluarkan retorik anti China yang kemudiannya akan di’megaphone’ atau dibesar suarakan oleh konco-konco DAPnya.

Jika anda meneliti betul-betul ethos yang dipakai pemimpin tertinggi DAP, anda akan melihat bahawa mereka berkiblatkan warisan Kristian (Judeo-Christian heritage) dan tamadun Barat (Christendom). Ramai di kalangan mereka adalah evangelis.

BAWAH: Setiausaha Agung DAP mengaku diri beliau “bukan Cina” (more…)

June 12, 2018 at 1:56 pm 7 comments

Sejak bila Wee Ka Siong masuk DAP?

Kemaskini: Portal parlimen sudahpun mengeluarkan nama YB Wee Ka Siong dari senarai DAP dan sekarang mencatat parti tersebut sebagai mempunyai 41 orang MP — 12 Jun 2018


Screenshot berikut dirakam daripada laman sesawang rasmi parlimen Malaysia. Ia boleh dilihat di bawah menu ‘ahli dewan’.

MP Ayer Hitam iaitu timbalan presiden MCA Wee Ka Siong telah disenarai sebagai salah seorang Yang Berhormat DAP.

http://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?ahli_name=&parti=DAP&p=All&Filter=Lihat&uweb=dr

(more…)

June 11, 2018 at 2:06 am Leave a comment

Older Posts


Recent Posts

My blog, my like

Helen Ang

Archives

Pengunjung

  • 7,831,499 hits

Kalender

June 2018
M T W T F S S
« May    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930