Posted in Muzik

Antara pemain drum terhebat dunia

Klip YouTube di bawah mempamerkan secara khususnya bakat Jukka Nevalainen, pemain drum sebuah kumpulan symphonic rock berasal dari negeri Finland.

Tarja Turunen yang membawa lagu ‘Over the hills and far away’ adalah seorang penyanyi terlatih soprano. Gabungan alunan suara ala operanya dengan aliran muzik metal (dua ciri yang jarang sekali diketemukan) menjadikan penampilan Nightwish agak lain daripada yang lain.

Video yang saya pilih untuk tontonan kalian dirakam pada tahun 2005 semasa konsert terakhir Tarja bersama kumpulan tersebut.

‘Kiitosia’ yang diucapkan Tarja pada akhir persembahan bermaksud ‘terima kasih’ dalam bahasa ibundanya.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

6 thoughts on “Antara pemain drum terhebat dunia

  1. Stewart Copeland of the Police….. should listen to Wrapped Around Your Finger on headphones….

Comments are closed.