(A) Bukan mata biru
Daripada gambar di atas, nampaknya Anders Behring Breivik bermata kelabu. Dalam gambar-gambar lainnya di Internet pun tidak kelihatan bahawa warna biji matanya biru.
Namun media antarabangsa begitu ghairah mendagangkan stereotaip “blond haired, blue-eyed” tentang pembunuh Norwegia itu yang pada minggu lepas menembak mati berpuluh-puluh orang di sebuah kem politik remaja.
Contoh salah lapor media:
- Dari suratkhabar The Independent: “With Anders Behring Breivik’s piercing blue eyes, pale complexion and blond locks …”
- The Independent: “Breivick is a handsome Aryan with glassy, blue eyes.”
- Wall Street Journal: “OSLO—Blond, blue-eyed and athletic, Anders Behring Breivik’s outward personification of the Norwegian ideal …”
- TIME: ” NRK and other Norwegian media posted pictures of the blond, blue-eyed Norwegian.”
- Sunday World: “This is the blue-eyed ‘Christian’ psycho…”
(B) Bukan kanak-kanak
Media bahasa Inggeris juga melaporkan bahawa Breivik telah menyerang dan membunuh “kanak-kanak”.
- Washington Post: “Breivik could slaughter children without remorse”
- New York Times: “the attacks that he has admitted mounting on government buildings and a children’s summer camp”
- Wall Street Journal: “murdering children en masse”
- The Guardian: “on the island to guard the children“
- Toronto Sun: “To target and murder children, as Breivik did”
- Copenhagen Post: “some children on Utøya”
Daripada senarai nama mangsa dan laporan saksi yang berjaya melepaskan diri tatkala Breivik mengamok, didapati kebanyakan mereka berumur awal 20-an tahun, dan ada yang antara 17-19 tahun. Remaja paling muda ialah seorang berumur 14 tahun tetapi lebih ramai lagi yang berusia lewat 20-an dan awal 30-an tahun turut juga terkorban.
Jadi mengapakah media tidak menyemak fakta supaya betul tetapi mengambil langkah mudah mensensasi?
(A) Kenapa kata mata biru?
Teliti ayat ini dalam the New York Times, “When it turned out that the terrorist who shocked the world last Friday was no Islamic extremist, but a blue-eyed, light-haired Nordic …”
Media mengatakan Breivik bermata biru dan berambut perang — stereotype orang Nordic — kerana mahu menonjolkan kelainan latarbelakangnya, yakni kali ini terrorist yang terlibat bukanlah lelaki berserban dan berjanggut lebat. Ini memandangkan pada awalnya, suspek disyaki seorang Muslim.
(B) Kenapa kata kanak-kanak?
Media yang mengatakan mangsa pembunuhan adalah kanak-kanak (contohnya The Daily Mail: “killing innocent children”, “gunning down children“) enggan mengaku hakikat bahawa peserta kem Parti Buruh itu merupakan “ahli politikus muda” dan “aktivis muda politik”.
Malah Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg sendiri meraihkan mereka sebagai “our most talented young politicians“. Mereka merupakan “young activists” sayap kiri melampau yang ditaja setiap tahun oleh partinya untuk mengikuti program pendedahan tersebut.
Nyata bahawa “ahli politikus muda” dan “aktivis muda politik” yang sedang mengikuti program politik di kem politik anjuran sebuah parti politik tidak selari dengan gambaran yang dikehendaki media popular tentang “kanak-kanak” setahun jagung berseronok di summer camp.
Media memilih untuk mensensasikan liputan sebab perbuatan dashyat membunuh kanak-kanak kononnya akan meninggalkan kesan lebih mendalam ke atas para pembaca.
Kenapa lari dari fakta?
Media telah menyeleweng dari fakta demi mempromosikan agenda sendiri. Mereka hanya mahu menyerlahkan jalan cerita yang mereka reka dan yang mereka restui, bukan apa yang benar.
Perangai media antarabangsa tidak jauh beza dari perangai media tempatan kita, baik yang arus perdana mahupun media baru alternatif.
Sungguhpun wartawan, kolumnis dan pengkomentar media liberal dua kali lima sahaja dengan rakan sejawat mereka di media konservatif, namun mereka bersikap mengata dulang paku serpih.
Maka apabila seorang pengacara berhaluan kanan di Amerika menyebut dalam rancangan radionya bahawa kumpulan Norwegia itu seakan-akan mengikuti program indokrinasi era Nazi, beliau begitu lantang dicemuh oleh media lain.
Glenn Beck: “There was a shooting at a political camp, which sounds a little like, you know, the Hitler Youth. I mean, who does a camp for kids that’s all about politics? Disturbing.”
Walaupun kata-kata Beck tidak kena pada waktunya dan pasti menyinggung perasaan keluarga mangsa yang masih berkabung, namun diskripsi “Hitler Youth” yang diberikannya mungkin lebih tepat pada sasaran daripada diskripsi yang mengatakan Breivik bermata biru ataupun diskripsi bahawa peserta kem adalah kanak-kanak belaka.