Posted in Ekonomi, Olok-olok

Burgernomics kini berusia 25 tahun

Pada tahun 1986, majalah The Economist telah mencipta panduan Indeks Big Mac, burger McDonald’s yang paling dikenali.

Burgernomics adalah suatu tinjauan antarabangsa olok-olok untuk menilai sama ada tukaran matawang sesebuah negara itu berada pada tahap yang munasabah.

Ia berdasarkan teori ‘purchasing-power parity’ (keseimbangan kuasa beli / PPP), iaitu pengertian bahawa dalam jangkamasa panjang, kadar pertukaran matawang akan bergerak ke suatu kadar di mana harga sebakul barangan (basket of goods) akan lebih kurang sama di mana-mana dua buah negara.

PPP lazimnya digunakan untuk membandingkan taraf hidup antara negara.

Misalannya pada kiraan purata, harga Big Mac in AS ialah USD4.07 manakala di negeri Cina ianya 14.7 yuan (USD2.27 pada kadar pertukaran matawang pasaran), yakni Big Mac dijual pada harga 44 peratus lebih murah di China.

Dalam kata lain, index Big Mac membayangkan secara kasarnya bahawa yuan ditaksir bawah harga 44 peratus berbanding dolar Amerika.

Jika diikut rumusan Indeks Big Mac, nampaknya matawang ringgit pun ditaksir bawah harga juga. Big Mac di negara kita RM7.20 ringgit (USD2.42).

Untuk pengetahuan umum, harga Big Mac di Singapura ialah S$4.41.

Jadual terperinci harga Big Mac di serata dunia boleh diteliti di sini.

***  ***  ***  ***

Berapa harga sebungkus bubur lambuk agaknya tahun ini? Kat mana yang best?

Author:

I have no Faceook or Twitter.