Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Judas

Mengikut kepercayaan Kristian, Judas ialah seorang sahabat akrab yang mengkhianati Jesus (bersamaan Nabi Isa dalam Islam).

Simbolisme video ‘Judas’ rakaman bintang pop Lady Gaga

Airmata menitis di pipi kiri Lady Gaga manakala sebiji airmata terbeku di pipi belah kanannya

Video ini dilancarkan pada April 22, 2011, yakni hari Good Friday — sambutan orang Kristian untuk memperingati ‘kemangkatan’ Jesus.

Gereja Katolik pernah mengutuk penyanyi kontroversi tersebut kerana dianggap terpesong akidah. Namun video Lady Gaga ini tetap meletup dan sudah ditontoni hampir 88 juta kali di YouTube.

Babak penari latar lelaki berselang-seli dengan penari wanita

Video di minit 1:40-2:16 — Klik sini untuk membaca tafsiran adegan di atas

Judas mempunyai perlambangan berlapik-lapik yang mana maksud tersiratnya menjadi topik perbincangan di majalah dan suratkhabar Barat seperti TIME, Washington Post dan New York Times.

New York Magazine pula telah menganalisa senikata lagu Judas dengan berbandingkan ayat-ayat Al-Kitab.

Lady Gaga memegang watak Mary Magdalene, seorang 'biker chick'

Di dalam video, Lady Gaga dan 12 orang pengikut Jesus merupakan ahli sebuah geng Mat Rempit yang sedang menaiki motosikal mereka menuju ke Jerusalem (Baitul Maqdis).

Lady Gaga membentuk simbol 'sacred heart'; lihat juga lukisan di bawah

Pengarah Judas banyak memuatkan unsur-unsur artistik yang bersandarkan ikonografi Kristian, dan dari segi olahan visual, video ini menongkah arus.

Ia menyimpang daripada tradisi, misalnya, dengan memberi gambaran Jesus sebagai bergaya rambut ‘corn rows’ umpama fesyen orang kulit hitam.

Virgin Mary berpakaian biru; begitu juga Lady Gaga (atas)

Judas mengisahkan cinta tiga segi di mana Lady Gaga menaruh hati terhadap Judas walaupun sudah bertunang dengan Jesus.

Akhirnya Lady Gaga menerima musibah angkara kecurangannya dan mati direjam dalam bab penutup.

Video Judas telah dicalonkan untuk anugerah Best Art Direction (Arahan Seni terbaik) dan Best Choreography (Seni Perencanaan Tari terbaik) dalam MTV Video Music Awards baru-baru ini.

Author:

I have no Faceook or Twitter.